Bukan mudah untuk mengimbangi tuntutan akademik dengan latihan sukan berintensiti tinggi, apatah lagi apabila baru bergelar pelajar tahun pertama universiti. Namun, Ahmad Dani Amir Fariz membuktikan kedua-duanya mampu bergerak seiring menerusi pencapaiannya di Ironman 70.3 dunia.
Pelajar tahun satu Fakulti Undang-Undang, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu bukan sahaja berjaya meraih Anugerah Dekan bagi semester ini, malah mencipta pencapaian membanggakan apabila menamatkan Kejohanan Dunia Ironman 70.3 2026 di Nice, Perancis.
Lebih mengagumkan, Ahmad Dani merupakan peserta termuda dari Malaysia yang menyertai kejohanan berprestij tersebut, selain menjadi pelajar Universiti Awam pertama yang berjaya melayakkan diri ke pentas berkenaan.
Pencapaian itu menjadi lebih istimewa apabila mengambil kira komitmennya sebagai seorang pelajar tahun pertama yang perlu membahagikan masa antara pengajian dan persediaan untuk berdepan cabaran sukan ketahanan di peringkat dunia.
Peserta Termuda Malaysia Tamatkan Ironman 70.3 Dunia Dalam 6 Jam 44 Minit
Bersaing di salah satu race course yang dianggap antara paling mencabar di dunia, Ahmad Dani berjaya menamatkan keseluruhan perlumbaan dengan catatan masa 6 jam 44 minit 21 saat.
Kejohanan itu menguji ketahanan fizikal dan mental peserta menerusi tiga disiplin berturut-turut iaitu berenang sejauh 1.8 kilometer, berbasikal sejauh 90 kilometer sebelum mengakhiri saingan dengan larian sejauh 21 kilometer.
Ahmad Dani turut berjaya menamatkan cabaran berkenaan bersama tujuh lagi peserta dari Malaysia.
Ads
Untuk menamatkan Ironman 70.3 ini, peserta bukan sahaja perlu mempunyai tahap kecergasan yang tinggi, malah perlu memastikan tenaga dapat dikawal sepanjang ketiga-tiga disiplin sehingga ke garisan penamat.
Menurutnya, segmen berbasikal menjadi antara bahagian paling mencabar sepanjang perlumbaan kerana laluan berbukit serta pendakian curam yang perlu ditempuhi.
Namun, daripada membiarkan tekanan menguasai diri, Ahmad Dani memilih untuk menikmati pemandangan pergunungan di sekitar Nice sepanjang kayuhan bagi membantu dirinya kekal tenang dan fokus.
Cabaran tidak berakhir selepas turun dari basikal. Walaupun laluan larian lebih landai, ia tetap menguji ketahanan apabila otot kaki sudah bekerja keras sepanjang segmen berbasikal, ditambah pula dengan keadaan cuaca yang panas terik.
Ads
Keupayaannya meneruskan perlumbaan dalam keadaan tersebut sehingga berjaya sampai ke garisan penamat memperlihatkan ketahanan fizikal dan mental yang diperlukan untuk bersaing dalam kejohanan bertaraf dunia.
Ironman Ketiga, Kini Sampai Ke Pentas Ironman 70.3 Dunia
Kejohanan Dunia Ironman 70.3 2026 merupakan penyertaan ketiga Ahmad Dani dalam pertandingan Ironman 70.3.
Perjalanannya ke pentas dunia bermula selepas beliau berjaya menempatkan diri dalam kelompok 10 terbaik kategori usia 18 hingga 24 tahun pada Ironman 70.3 Langkawi 2025. Pencapaian tersebut sekali gus melayakkannya untuk beraksi di kejohanan dunia di Nice.
Ads
Daripada saingan di Langkawi sehingga memperoleh peluang bertanding di Ironman 70.3, perjalanan Ahmad Dani menunjukkan bagaimana satu pencapaian boleh membuka ruang untuk seseorang atlet menguji kemampuan pada tahap yang lebih tinggi.
Apa yang menjadikan pencapaiannya lebih istimewa adalah kejayaan itu diraih ketika beliau masih perlu memberikan komitmen tinggi terhadap pengajian dalam bidang undang-undang.
Seimbang Akademik Dan Sukan
Dengan status penerima Anugerah Dekan serta pencapaian di pentas Ironman 70.3, Ahmad Dani membuktikan kesibukan sebagai pelajar bukan penghalang untuk mengejar kecemerlangan dalam bidang lain.
Kedua-dua pencapaian itu memerlukan bentuk komitmen yang berbeza. Dalam akademik, beliau perlu memberikan perhatian terhadap pengajian undang-undang, manakala dalam sukan, latihan bagi menghadapi perlumbaan melibatkan tiga disiplin memerlukan persediaan fizikal secara konsisten.
Daripada meraih Anugerah Dekan di UKM hingga berjaya menamatkan cabaran Ironman 70.3 di Nice, pencapaian Ahmad Dani memperlihatkan bahawa usia muda dan kesibukan sebagai seorang pelajar tidak semestinya menjadi batas untuk mengejar sasaran besar.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram, TikTok dan Threads rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru beberapa hari dilancarkan, muzik video single terbaru Andi Bernadee, Shimmy Shimmy telah menerima kritikan hebat daripada netizen yang mengatakan bahawa ia terlalu seksi dan membawa persepsi negatif terhadap masyarakat Malaysia.
Video yang menerima lebih daripada 900 ribu tontonan ini memaparkan Andi menjadi seekor Dracula dan ada pula scene mengigit leher perempuan. Ini yang membuatkan ramai yang tidak senang apabila menonton klip muzik video tersebut.
Malah, ada juga yang turut merasakan muzik video ini meniru daripada artis antarabangsa.
Haih, macam-macam komen netizen ni. Hiks! Korang pula rasa macam mana, onz ke tak?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Situasi semasa yang menyaksikan beberapa mangsa terbaru positif Covid-19 adalah di kalangan petugas kesihatan.
Mereka merupakan golongan kehadapan yang sanggup meletakkan nyawa dalam risiko demi berkhidmat kepada masyarakat.
Pergaulan jarak dekat dengan pesakit yag disahkan positif akhirnya membuatkan diri mereka lebih terdedah kepada risiko jangkitan. Lalu beberapa perkhabaran kes kematian Covid-19 yang melibatkan petugas kesihatan tempatan amatlah mendukacitakan.
Mengambil sentimen keprihatinan tersebut, hari ini Pengarah Awam Kesihatan Malaysia iaitu Datuk Dr Noor Hisham Abdullah telah berkongsi posting yang menarik perhatian netizen di akaun Facebook beliau.
Ia adalah mengenai inisiatif Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang telah menyediakan makanan tengah hari untuk petugas kesihatan di Hospital Sungai Buloh.
Menurut beliau lagi, kesemua penerima pek makanan tersebut cukup menghargai pemberian nasi berlauk ‘Cheminahsayang’ tersebut walaupun masing-masing sedang sibuk berkhidmat.
Hari ini, hidangan seterusnya disediakan pula untuk petugas di Hospita Kuala Lumpur. Ia tersiro daripada kari telur, ayam goreng kunyit, sayur Jawa dan buah-buahan. Nyum!
Dalam pada itu, Raja Permaisuri Agong sendiri berkongsi momen menyediakan makanan itu menerusi akaun Instagram @airtangab_tunkuazizah dan menyatakan sekurang-kurangnya ini yang boleh dilakukan untuk petugas kesihatan yang sedang meletakkan nyawa dalam risiko.
Bagi yang belum lagi tahu, “20th Century Girl” ialah filem romantik yang mengisahkan tentang cinta pertama antara Na-Bo-Ra seorang gadis berusia 17 tahun pada tahun 1999 bersama pemuda Kim Yoo Jung.
Malah, yang menjadi perhatian penonton ialah watak Kim Yoo Jung yang disandang pelakon tinggi lampai Byeon Woo Seok. Berikut kami kongsikan 5 fakta tentang Byeon Woo Seok yang kian popular menerusi filem 20th Century Girl ini :
Memulakan Kerjaya Sebagai Model
Mengikut laporan Kpopmap, Byeon Woo Seok memulakan kerjayanya sebagai model pada 2010. Pelakon berusia 30 tahun itu juga telah menamatkan perkhidmatan tenteranya pada 2013.
Malah, pelakon filem 20th Century Girl itu pernah menjadi model di bawah YG KPLUS seperti beberapa pelakon Korea, termasuk Nam Joo Hyuk, Jang Ki Yong, dan Lee Soo Hyuk.
Pada 2016, dia mula mencuba nasib sebagai berlakon dan muncul sebagai cameo dalam drama Korea Dear My Friends. Debutnya sebagai pelakon pun bermula. Byeon Woo Seok juga membuat penampilan cameo dalam drama Korea Weightlifting Fairy Kim Bok Joo dan Moon Lovers: Scarlet Heart Ryeo.
Drama Lakonan Byeon Woo Seok
Selepas kontraknya dengan YG KPLUS tamat, Byeon Woo Seok berpindah ke agensi BH Entertainment pada 2017. Dia akhirnya lebih menumpukan sepenuh perhatian kepada bidang lakonan dan menjadi pelakon sokongan untuk beberapa drama Korea seperti Welcome to Waikiki 2, Search: WWW, dan Flower Crew: Joseon Marriage Agency
Popular Melalui Drama ‘Record of Youth’
Dan sejak 2020, Byeon Woo Seok berada di bawah agensi eksklusif VARO Entertainment yang ditubuhkan oleh BH Entertainment. Pada tahun yang sama, Byeon Woo Seok mendapat populariti dengan wataknya dalam drama Korea ‘Record of Youth’ sebagai kawan baik dan saingan Park Bo Gum.
Membintangi Sekuel ‘Strong Woman Do Bong Soon’
Selepas filem 20th Century Girl, Byeon Woo Seok kini akan membintangi sekuel drama Korea Strong Woman Do Bong Soon yang bakal ditayangkan pada tahun 2023.
‘Strong Woman Gang Nam Soon’ akan memaparkan kisah sepupu jauh Do Bong Soon yang tidak kurang hebatnya. Byeon Woo Seok akan bersaing berlakon dengan Lee Yoo Mi yang popular dalam ‘Squid Game’.
Kisah Cinta Tak Berbalas
Byeon Woo Seok kini memegang watak yang hebat sebagai cinta pertama Na-Bo-Ra dalam filem 20th Century Girl. Dalam wawancaranya dengan Wikitree, pelakon itu menceritakan kisah cinta pertamanya yang tidak berbalas.
“Sejujurnya, cinta pertama saya tidak terbalas di sekolah menengah. Sama seperti Woon Ho yang sukakan Bo Ra sejak awal. Pengalaman saya sendiri membantu saya berhubung dengan watak saya,” kata Byeon Woo Seok seperti dilaporkan Koreaboo.
Dia kesal kerana tidak dapat meluahkan perasaannya ketika itu.
“Dia seorang yang rapat dengan saya, tetapi saya tidak pernah meluahkan perasaan saya. Sebab itu saya boleh berhubung dengan Woon Ho,” akhiri Byeon Woo Seok.
Kalau korang tonton filem ini, mesti jatuh cinta dengan watak Kim Yoo Jung ini. Yang penting kena sediakan tisu siap-siap tau!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!