Kemanisan bulan Ramadan dan Syawal yang bakal menjelang bertambah manis dengan kehadiran kolaborasi terbaru di antara syarikat rantaian aiskrim terbesar di dunia, Baskin-Robbins® bersama jenama fesyen Muslimah Malaysia, dUCk.
dUCk seperti yang diketahui ramai tidak asing lagi dengan projek kolaborasi seperti ini setelah jenama yang diasaskan oleh Vivy Yusof ini pernah melancarkan koleksi bersama jenama antarabangsa seperti Barbie, Monopoly dan Swarovski.
Namun ada sesuatu yang istimewa mengenai kolaborasi bersama Baskin-Robbins® memandangkan ia bukan sekadar pelancaran koleksi tudung baharu. Ia menampilkan edisi terhad hidangan aiskrim Baskin-Robbins® yang diinspirasikan daripada dUCk DAN edisi terhad koleksi fesyen serta aksesori dUCk yang – pada pandangan REMAJA – amat bersesuaian untuk dijadikan Raya look korang.
Sambil makan aiskrim edisi terhad, korang boleh menggayakan Tiered Shirt daripada dUCk ini.
Tambahan pula bulan Ramadan inikan masa yang istimewa untuk masyarakat Islam di Malaysia. Justeru, Baskin-Robbins® ingin meraikannya dengan berkongsi bukan saja perisa ketika berbuka puasa tetapi juga look baharu bersama dUCk. Lagipula, dUCk merupakan jenama pertama yang berkolaborasi dengan Baskin-Robbins® dalam sejarahnya. Oleh itu, bersiap-sedialah untuk mata korang dikaburi dengan variasi pilihan aiskrim, kek dan aksesori fesyen terbaru dua jenama ini bermula sekarang sehingga 12 Mei 2022.
Jom lihat apa yang special sangat mengenainya.
Ads
Di stor Baskin-Robbins® seluruh Malaysia, korang boleh mendapatkan koleksi aiskrim istimewa dUCk scoop, a stylish dUCk cake, More Eh! Party Pack dan More Eh! Family Pack.
Selain itu, terdapat juga cooler bag edisi terhad Baskin-Robbins® bersama dUCk yang akan berada di pasaran bermula esok, 9 April 2022 di stor Baskin-Robbins® dengan setiap pembelian mana-mana aiskrim ‘Pint’ atau ‘Quart’.
Promosi beli 3, percuma 1 khas untuk Handpacked Pint (RM100.50) dan Handpacked Quart (RM184.50).Pilih saja antara perisa kek Very Berry Strawberry atau Mint Chocolate Chip. RM85
Di stor dUCk pula, korang perlu melihat sendiri koleksi tudung edisi terhad serta pakaian yang diinspirasikan daripada perisa aiskrim Baskin-Robbins® kegemaran ramai seperti Baseball Nut, Pralines ‘N Cream, Strawberry Cheesecake dan Mint Chocolate Chip.
Ads
Diperbuat daripada material satin sutera dalam bentuk square dan shawl, ia juga didatangkan dengan loket duo yang menampilkan loket silver dUCk bersama Baskin-Robbins® waffle ice cream cone.Rekaan kotak tudung juga mengikut perisa aiskrim kegemaran korang.Set Body Butter and Body Scrub kolaborasi dUCk x Baskin-Robbins® didatangkan khas dalam Praline ‘N Cream, Very Berry Strawberry and Mint Chocolate Chip. Diperkaya dengan Vitamin E, body scrub dan body butter yang menyelerakan ini akan membuatkan anda rasa penuh dengan kemanisan.
Turut ditawarkan ialah set edisi terhad dUCk x Baskin-Robbins® Body Butter dan Body Scrub yang diinspirasikan daripada perisa Very Berry Strawberry, Mint Chocolate Chip dan Praline ‘N Cream. Sekali korang cuba pada lengan dan badan, memang bau sama seperti aiskrim Baskin-Robbins®! Jangan pula korang terjilat body B=butter dan body scrub ini sudahlah, puasa..
Last but not least, dUCk turut menawarkan beg Mayday Tote dengan cetakan motif Baskin-Robbins® bagi melengkapkan gaya korang. Cantik juga dibawa sebagai beg telekung untuk menunaikan solat Tarawih dan solat sunat Aidilfiitri nanti, kan?
MayDay Tote Bag bersaiz H 33cm x L 35 cm x D 12 cm dan diperbuat daripada material kanvas.
Kesemua ini ada dijual secara ata talin di LAMAN WEB dUCk, dUCk App dan butik dUCk di seluruh negara. Bagi yang mendapatkan Baskin-Robbins® ‘Pint’ secara online, korang akan mendapat Baskin-Robbins® Single Junior scoop secara percuma!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Terbaru, penyanyi terkenal dan juga anggota BTS, Jin telah diangkat sebagai Duta Global untuk jenama terkenal Gucci.
Pengarah Kreatif Gucci, Sabato De Sarno berkata, “Gucci adalah salah satu jenama ikonik penuh warisan lengkap dengan kemodenan yang sudah lama ada. Ini sangat bermakna dan mendebarkan apabila menjadi sebahagian daripada ‘rumah’ seperti itu”.
Dalam pada itu, Sabato turut meluahkan rasa senang dan gembira apabila penyanyi Korea berkenaan menjadi sebahagian daripada jenama Gucci.
“Saya sangat gembira menyambut Jin sebagai Duta Jenama Global. Sikapnya yang sangat hangat dan baik hati betul-betul menarik hati. Juga gayanya sangat unik”
“Dia juga adalah seorang artis yang murah hati dan luar biasa yang boleh mempengaruhi orang melalui karya muziknya,” tambah Sabato lagi.
Difahamkan, sebagai Duta Global jenama Gucci, Jin BTS akan mewakili ‘House’ dalam pelbagai acara jenama berkenaan untuk menunjukkan semangat inovatif bagi pihak mereka. Selain itu, penggemar antara jenama dan artis tersebut juga boleh menantikan kerjasama antara Jin dan Gucci pada masa akan datang.
Sekadar info, Jin BTS akan mengeluarkan album solo pertama pada suku tahun keempat tahun ini iaitu antara Oktober hingga Disember 2024.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Demam musim pertandiingan ratu cantik masih belum berakhir pada akhir tahun ini. Kali ini, wakil Bahrain di pertandingan Miss Universe 2021, Manar ‘Jess’ Deyani pula yang mencuri tumpuan dunia.
Ini kerana Manar mencipta sejarah sebagai wakil Bahrain pertama yang bertanding di Miss Universe biarpun dia berpegangan agama Islam.
Pelajar fesyen berusia 25 tahun ini menetap terus menjadi salah seorang peserta paling diperketakan pada edisi kali ini setelah dia memilih untuk tidak memakai bikini atau ‘one piece suit’ sewaktu pusingan pakaian mandi di peringkat pemilihan awal (preliminary).
Sebaliknya, Manar memilih pakaian mandi jenis jumpsuit yang menutup penuh tubuhnya kecuali bahagian kepala dan pemilihan itu telah diperkenankan oleh organisasi Miss Universe.
Kemunculan Manar pada waktu tersebut telah menerima sorakan gemuruh oleh para penonton di Universe Dome, Eilat Israel. Di media sosial pula, ramai menyokong keputusan Manar untuk kekal dengan pegangan agama dan budaya biarpun bertanding bersama 79 orang wakil negara lain yang memakain bikini atau pakaian mandi biasa.
Keputusan membolehkan pesertanya untuk tidak memakai pakaian mandi tipikal sekaligus membuatkan ramai peminat pertandingan ratu cantik tertanya-tanya mengapakah peserta beragama Islam dari Malaysia masih tidak dibenarkan untuk menyertai pertandingan Miss Universe.
Sewaktu pusingan busana gaun pula, Manar yang kini menuntut dalam jurusan rekaan fesyen di American University UAE masih kekal konservatif dengan pemilihan gaun yang tidaklah terlalu terdedah hasil ciptaan pereka fesyen Pakistan-Kanada bernama Safia Zulfiqar.
Dunia ratu cantik sebenarnya semakin membuka ruang agar wanita beragama Islam atau wanita yang datang dari negara berbudaya konservatif boleh mewakili negara mereka di pentas antarabangsa.
Sebagai contoh, wakil Bangladesh di Miss Universe 2019 iaitu Shirin Akter Shila memilih seluar legging dan bukannya bikini. Wakil Somalia pertama di Miss World 2021, Khadija Omar pula tampil berhijab dalam persalinan burkini!
(Dari kiri) : Shirin Akter Shila dari Bangladesh dan Khadija Omar dari Somalia.
Pada pandangan korang, sudahkah tiba masanya untuk Malaysia menerusi organisasi Miss Universe Malaysia dan platform lain membenarkan penyertaan gadis beragama Islam dalam pertandingan ratu cantik ‘Big Four’ yakni Miss Universe, Miss World, Miss International dan Miss Earth selagi mereka boleh berpakaian sopan seperti yang ditunjukkan oleh wakil Bahrain ini?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ramai melihat kurus sebagai cantik. Insiden indvidu berbadan besar yang sering dipermainkan membuatkan minda masyarakat terus tertanam bahawa kurus itu cantik dan menarik.
Tidak hairanlah ramai yang mencuba pelbagai jenis diet termasuk mengamalkan diet keto untuk tubuh kelihatan ramping. Malah ramai “membuang” makanan berlemak, berminyak dan hanya makan makanan di grill untuk kelihatan kurus.
Sebelum kita tersilap perkiraan untuk diet dan nak kurus, apa kata korang ikut tip diberikan oleh Bahagian Pemakanan Kementerian Kesihatan Malaysia ini. Lagi selamat dari entah apa-apa amalan diet dari “doktor segera” khususnya dari penjual produk kurus yang berlambak di pasaran.
TIP NAK KURUS – MAKAN LEBIH SAYUR
Betul ke makan sayur boleh kurus?
Sayur menyumbang kalori yang lebih rendah berbanding kumpulan makanan yang lain.
Lebih banyak sayur anda makan, lebih banyak serat yang anda dapat. Ini boleh memberikan rasa kenyang yang lebih lama. Dengan ini, anda tidak cenderung untuk makan berlebihan atau mengambil snek yang berlebihan di antara waktu makan.
Apa akan terjadi jika anda tak isikan separuh pinggan dengan sayur? Anda akan cenderung untuk mengambil sumber karbohidrat (seperti nasi, mi atau lain-lain) dan lauk pauk secara berlebihan. Hal ini akan menyebabkan pengambilan KALORI yang tinggi.
Walaupun begitu, pemilihan sayur yang tidak bersantan atau kurang berminyak adalah pilihan yang lebih baik untuk mengurangkan pengambilan kalori yang seterusnya membantu anda menurunkan berat badan.