Amy Nur Tinie Abdul Aziz satu nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi dalam lapangan ratu cantik tempatan. Dengan kecantikan dan ketinggian yang dimiliki kelibatnya pasti menangkap perhatian mata yang memandang.
Mula berjinak-jinak dalam dunia ratu cantik ketika masih muda, gadis yang berkelana di Ipoh, Perak ini merupakan Miss Eco Malaysia 2019 dan kemudiannya diangkat sebagai Miss Eco International 2019 selepas pemenang asalnya menarik diri.
Menamatkan pertandingan berada dalam kelompok top 5, gadis tinggi lampai ini dipilih oleh organisasi ratu cantik itu untuk membawa gelaran tersebut dan meneruskan kerja-kerja amal dan aktiviti yang telah diatur.
Kini setelah tiga tahun berlalu, dia mengorak langkah bergelar sebagai pelakon pula di samping meneruskan kerjayanya sebagai hos. Sibuk mengatur kerjayanya, Tinie sudah membintangi sebuah filem dan juga drama-drama yang disiarkan di saluran RTM, TV3 dan juga Astro.
Ads
Sempat bertemu empat mata dengannya yang hadir ke pejabat REMAJA, Amy berkongsi petua kecantikan yang senantiasa diamalkannya.
Berikut adalah 5 tip kecantikan untuk kekal sihat dan berseri mengikut petua Amy Nur Tinie.
Ads
Tidur haruslah mencukupi, kerana badan perlukan rehat yang cukup.
Jaga pemakanan. Pilih makanan yang memberi khasiat yang baik kepada tubuh Wajah akan nampak berseri dan badan bertambah sihat.
Air basuhan beras digunakan untuk mencuci wajah.
Amalkan penggunaan produk kecantikan face mask sekerap 2 atau 3 kali semingu. Pemakaian face mask boleh membantu kulit lebih terhidrat selain merehatkan kulit wajah.
Amalkan konsep double cleanse selepas mengenakan solekan di wajah. Ini bagi memastikan segala sisa solekan tidak terkumpul di dalam liang pori wajah.
Wah patutlah kekal cantik je Tinie. Korang kalau nak cantik seperti Miss Eco International 2019, korang boleh cuba petua yang diamalkannya.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Minggu Fesyen di negara Eropah mulai hangat dilangsungkan pada bulan ini bersempena kempen musim bunga/panas 2023 and it can only mean one thing : penampilan selebriti!
Jika pada minggu lalu, peminat teruja menyaksikan kelibat beberapa selebriti kelahiran Malaysia berada di kota New York sebagai jemputan khas ke pertunjukan fesyen Coach. Antaranya termasuklah penyanyi Yuna, Joe Flizzow, Daiyan Trisha dan pengacara, Yaya Zahir.
Pada minggu ini mula, sekumpulan lagi selebriti Malaysia telah ‘terbang’ ke Milan, Itali untuk pertunjukan fesyen jenama pakaian sukan dari Jepun, Onitsuka Tiger pula pada 21 September 2022. Mereka terdiri daripada duta pertama Onitsuka Tiger dari Malaysia Hael Husaini, Daiyan Trisha dan pasangan fesyenista negara, Scha Alyahya serta Awal Ashaari.
Wakil Malaysia bersama selebriti Indonesia, Luna Maya.
Di bawah kelolaan Andrea Pompilio yang juga bertanggungjawab ke atas hala tuju jenama Asics, Onitsuka Tiger perlu membuktikan bahawa persalinan kasual dan sukan yang sudah sinonim dengan jenama itu juga boleh ditransformasikan dengan rekaan dan siluet yang berbeza.
Helaian pakaian daripada koleksi Onitsuka Tiger kali ini majoritinya terdiri daripada warna hitam dan putih. Kedengaran basic namun ia diolah dengan cara Andrea. Pilihan seluar trek kelihatan kemas, manakala hoodie labuh hingga melepasi lutut pula dipadankan dengan celana pendek di dalam.
Hael Husaini.
Ternyata, Andrea memilih konsep uniseks bagi koleksi kali ini apabila setiap satu boleh digayakan oleh mana-mana jantina; seperti yang ditunjukkan oleh selebriti Malaysia yang berada di sana.
Hael Husaini memilih top labuh bersama jaket bomber berkolar, manakala Daiyan pula kelihatan edgy dalam persalinan sweater dress dan skirt bersama sneakers putih.
(Dari Kiri) : Kim Yugyeom dari Got7 dan Hael Husaini.(Dari Kiri) : Daiyan Trisha dan Hael Husaini.Daiyan Trisha.
Kehadiran Scha Alyahya dalam dress serba hitam bersama sarung kaki berpaten belang harimau (juga dalam rona hitam) bertambah menarik apabila pasangannya, Awal Ashaari bertindak berani untuk memadankan top putih dan vest hitam dengan aksesori skaf kepala.
Awal Ashaari dan Scha Alyahya.
Scha dan Awal kini akan terus berada di Milan bagi menghadiri beberapa lagi pertunjukan fesyen jenama terkemuka seperti Moschino, Emporio Armani dan Boss.
Untuk melihat koleksi penuh Onitsuka Tiger musim bunga/luruh 2023, KLIK DI SINI.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
”.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Korang pernah tak mencuba pelbagai cara untuk memutihkan gigi sehingga ke tahap menukar bermacam-macam jenama ubat gigi?
REMAJA ingin kongsikan cara mudah dan murah untuk korang dapatkan gigi yang bersih, putih dan bersinar.
Tadaa! Tanpa perlu menghabiskan duit untuk rawatan, caranya ialah dengan menggunakan kulit pisang. Ya, kulit pisang telah dibuktikan mampu memutihkan gigi tanpa memerlukan bahan kimia.
Ini kerana kulit pisang mengandungi kalium, magnesium dan manganese yang membantu mengurangkan kotoran pada enamel.
Caranya sangat mudah.
Pilih buah pisang yang matang tetapi elakkan pisang yang sudah hitam kulitnya. Setelah menghabiskan buah pisangnya, gosok kulit pisang ke seluruh gigi dan biarkan selama 10 minit tanpa mencuci.
Sementara itu, buka mulut dan jauhkan gigi dari bibir. Mungkin ini akan membuatkan korang tidak selesa. But this is how it works best.
Selepas 10 minit, beruslah gigi dengan berus gigi yang kering. Berus dengan gerakan memutar selama 1 hingga 3 minit. Kemudian, basahkan berus gigi dan gunakan ubat gigi untuk membersihkan sisa-sisa pisang pada gigi. Lakukan rawatan kulit pisang itu setiap hari bagi hasil yang optimal.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Perancangan awal organisasi pertandingan ratu cantik Miss World untuk menobatkan juaranya yang ke-70 pada 16 Disember lalu tidak kesampaian setelah kluster COVID-19 melanda para peserta serta kru penganjur.
Terdahulu, REMAJA pernah melaporkan bagaimana wakil Malaysia iaitu Dr. Lavanya Sivaji turut menjadi salah seorang mangsa yang disahkan positif hanya beberapa hari sebelum acara akhir Miss World dilangsungkan secara langsung dari San Juan, Puerto Rico.
Menurut organisasi tersebut, mereka mencapai kata sepakat untuk menunda acara akhir tersebut sehingga bulan Mac kelak. Kesemua peserta telah dihantar pulang ke negara masing-masing setelah mereka disahkan selamat serta sihat sepenuhnya pada Disember lalu. Lantas, timbul persoalan tentang nasib 97 wakil pertandingan Miss World 2021 dan bagaimana mereka ingin memilih juaranya.
Sesudah penantian selama sebulan, akhirnya pihak organisasi hari ini telah mengumumkan 40 orang wakil yang disenaraikan sebagai Top 40 dan layak untuk meneruskan perjuangan bagi merebut gelaran Miss World. 15 daripada mereka terlebih dahulu telahpun menempah slot setelah masing-masing memenangi cabaran peringkat ‘preliminary’. Mereka termasuklah :
Palesa Mofele (Botswana)
Audrey Monkam (Cameroon)
Olivia Yacé (Cote d’Ivoire)
Rehemia Muthamia (England)
Manasi Varnasi (India)
Sharon Obara (Kenya)
Karolina Vidales (Mexico)
Burte-Ujin Anu (Mongolia)
Namrata Shrestha (Nepal)
Sheynnis Palacios (Nicaragua)
Bethania Borba (Paraguay)
Tracy Maureen Perez (Philippines)
Shudufadzo Musida (South Africa)
Shree Saini (United States)
Alejandra Conde (Venezuela)
25 lagi peserta lain yang menjadi pilihan juri telahpun diumumkan dan mereka ialah (mengikut abjad negara) :
TAHNIAH REMAJA ucapkan kepada Dr Lavanya Sivaji yang menjadi sebahagian daripada wakil yang layak ke peringkat Top 40. Menariknya, wakil pertama Somalia berhijab, Khadija Omar juga tersenarai.
Catat Dr Lavanya menerusi hantaran di Instagram Story, beliau berkata, “Malaysia secara rasminya telah menyertai peringkat suku akhir, Top 40 Miss World menerusi pilihan juri. Saya amat gembira dan bersyukur. Puerto Rico, here we come.”
Turut gembira apabila mendapat tahu mengenai perkhabaran ini ialah Miss World Malaysia 2019 iaitu Alexis Sue-Ann yang mengucapkan tahniah kepada Dr Lavanya. “Sudah agak lama saya tidak mengikuti sebarang perkembangan dunia ratu cantik, namun kini adalah masa untuk kita memberikan perhatian kepadanya semula, Top 40 baby! Tahniah Lavanya.”
Wakil Miss World Malaysia 2018 Larissa Ping, Miss Globe Malaysia 2021 Malveen Kaur dan Miss Grand Malaysia 2021 Lishalliny Kanaran tumpang berbangga dengan pencapaian Malaysia pada kali ini dan memberikan sokongan mereka sepenuhnya.
*
Kini, 39 wakil termasuk Dr Lavanya dijangka akan kembali ke San Juan, Puerto Rico pada 12 Mac 2022 untuk bersama-sama wakil tuan rumah, Aryam Diaz dan menyertai pentas akhir Miss World 2021.
Ia dijadualkan berlangsung di Jose Miguel Agrelot Coliseum pada 16 Mac 2022 pada jam 8 malam waktu tempatan di sana. Selain itu, sebuah acara istimewa yang dinamakan sebagai ‘A Beauty with A Purpose’ turut akan dilangsungkan sehari selepas juara dinobatkan. Dan akhirnya, kesemua peserta bakal terbang pulang ke negara masing-masing pada 18 Mac 2022.
REMAJA pasti rakyat Malaysia mendoakan kesejahteraan, kesihatan dan agar Dr Lavanya mampu beraksi dengan cemerlang di pentas Miss World 2021 kelak. Dengan kredibiliti, personaliti dan kecantikan yang dimilikinya, tidak mustahil wakil Malaysia itu mampu melangkah lebih jauh dari peringkat Top 40.
P.S : Teringin nak lihat Dr Lavanya menyarungkan gaun berwarna kuning. Yellow looks so good on her!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!