Virus Influenza kini ‘menyerang’ negara, rata-rata masyarakat disekeliling terutamanya rakan dan saudara kita terdekat jua dijangkiti penyakit ini.
Menurut pakar, influenza adalah sejenis jangkitan saluran pernafasan yang disebabkan oleh virus influenza. Terdapat dua jenis virus influenza yang sering menjangkiti manusia iaitu virus influenza A dan Influenza B.
Ramai juga yang bimbangan dengan penularan penyakit ini. Tapi korang tahu tak persamaan dan perbezaan selesema yang disebabkan oleh penyakit seperti influenza (ILI) dan COVID-19?
Bagaimana untuk membezakan simptom selesema, ILI dan COVID-19?
Kebanyakan simptom adalah sama iaitu demam, batuk, sakit tekak dan hidung berair. Kehadiran simptom juga bergantung kepada tahap imuniti seseorang.
1. ILI: Demam bermula secara tiba-tiba dan suhu tinggi > 38 darjah celsius.
2. Selesema: Jarang menyebabkan demam, sakit kepala, sakit otot dan kelesuan. Jika demam, suhu tidak tinggi.
Ads
3. COVID-19: Jarang menyebabkan bersin tetapi boleh menyebabkan kehilangan deria rasa dan bau.
Perbezaan Influenza Dan COVID-19
Cara penularan dan tempoh kebolehjangkitan selesema, ILI dan Covid-19 adalah sama.
1. Titisan pernafasan semasa batuk atau bersin.
2. Sentuhan tangan atau dengan tisu dan barang lain yan dicemari oleh cecair dari hidung dan tekak.
Ads
Tempoh kebolehjangkitan:
1-2 hari sebelum sehingga 4-5 hari selepas simptom bermula.
Siapa yang berisiko untuk mendapat jangkitan teruk ILI dan COVID-19?
Kumpulan berisiko:
1. Warga emas.
2. Individu yang mempunyai komorbid seperti penyakit respiratori kronik, penyakit kardiovaskular, diabetes dan kanser.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jaguh paralimpik kebanggaan negara, Datuk Abdul Latif Romly, kini sedang meniti detik paling bermakna dalam hidupnya apabila beliau bakal bergelar seorang ayah tidak lama lagi!
Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh isterinya, Datin Nurul Nabila Farhana Musaidi, menerusi satu hantaran manis di media sosial.
Apa yang lebih mencuri perhatian tentunya apabila Nabila kelihatan anggun dalam dress yang menampakkan baby bump, menandakan mereka bakal menyambut cahaya mata pertama!
Ruangan komen di akaun media sosial Nabila terus dihujani dengan ucapan tahniah dan doa daripada rakan-rakan serta para warganet yang turut tumpang gembira dengan berita tersebut.
Ramai mendoakan agar proses kehamilan Nabila dipermudahkan dan segalanya berjalan lancar sehingga detik kelahiran nanti.
Untuk info, Abdul Latif dan Nurul Nabila mendirikan rumah tangga pada 13 Disember 2022. Kini, pasangan ini bersedia melangkah ke fasa baru kehidupan sebagai bakal ibu dan ayah!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Terbaru, Bangunan Sultan Abdul Samad, antara mercu tanda paling ikonik di Kuala Lumpur, kini semakin menjadi bualan di media sosial apabila ia rasmi dibuka semula kepada orang ramai selepas menjalani kerja pemulihan dan pengubahsuaian di bawah program Warisan KL.
Dibina pada tahun 1897, bangunan yang terletak di Dataran Merdeka ini terkenal dengan seni bina bergaya Moorish serta nilai sejarah yang tinggi. Selain itu, ia juga pernah berfungsi sebagai pusat pentadbiran utama semasa era penjajahan British.
Pembukaan semula ini juga membolehkan orang ramai memasuki dan meneroka beberapa ruang dalaman bangunan yang sebelum ini tidak dibuka kepada umum. Pengunjung juga dibenarkan mengambil gambar sebagai sebahagian daripada pengalaman lawatan.
Kredit: IG BSASKL
Pada masa yang sama, kawasan sekitar bangunan turut dimeriahkan dengan pembukaan galeri pameran serta beberapa kafe terkenal. Antaranya termasuk KLCG dan Bungkus Kaw Kaw, sekaligus menjadikan kawasan ini sebagai ruang santai yang sesuai untuk pengunjung yang menggemari suasana estetik dan aktiviti media sosial.
Di samping itu, usaha pemulihan di bawah program Warisan KL ini dilaksanakan bagi mengekalkan keaslian struktur bangunan tanpa menjejaskan nilai sejarahnya. Penambahbaikan turut dibuat agar bangunan ini kekal relevan dengan keperluan semasa.
Sehingga kini, Bangunan Sultan Abdul Samad kekal sebagai antara bangunan warisan paling kerap dikunjungi dan dirakam oleh pelancong tempatan serta antarabangsa serta lokasinya yang strategik menjadikannya simbol penting ibu negara.
Pembukaan semula bangunan ini turut dijangka memberi impak positif kepada sektor pelancongan dan ekonomi setempat, khususnya kepada peniaga di sekitar kawasan tersebut.
Sementara itu, sebagai warisan yang terus dipelihara dalam arus pembangunan moden, Bangunan Sultan Abdul Samad membuktikan bahawa elemen sejarah dan kemodenan mampu bergerak seiring serta terus relevan kepada generasi muda.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Hari ini sudahpun memasuki hari kelima umat Islam di Malaysia berpuasa. Kemeriahan dan kenikmatan Ramadan jelas terasa. Bazar Ramadan kembali meriah pasca pandemik Covid-19, masing-masing berpusu-pusu demi membeli juadah kegemaran masing-masing.
Jika diimbas kembali nostalgia Ramadan sejak penulis masih lagi di bangku persekolahan, ada satu rancangan yang sentiasa dinantikan saban tahun. Program masakan Ketuk-Ketuk Ramadan cukup ikonik! Mana tidaknya, dengar lagu runut bunyi rancangan ini sahaja membuatkan suasana menjadi lebih ceria.
Ketuk-Ketuk Ramadan pada tahun 2008. Sumber foto: Budiey
Biarpun sudah melabuhkan tirai pada 2019 setelah 15 tahun menemui penonton, rancangan masakan popular kendalian Sheila Rusly ini cukup mencuit hati dan menarik perhatian. Apatah lagi bagi mereka yang mahu resipi-resipi baharu untuk dicuba.
Disiarkan di saluran TV1, Ketuk-Ketuk Ramadan menjadi rancangan masakan dengan tontonan tertinggi di bulan Ramadan. Konsepnya cukup bersahaja dan tidaklah terlalu ‘di pentaskan’. Dari memasak di taman ke pasar tani sehinggalah di dalam supermarket, Ketuk-Ketuk Ramadan kekal relevan
Menampilkan ramai tetamu jemputan dari kalangan selebriti dan penggiat seni tanah air, Ketuk-Ketuk Ramadan menjadi pilihan seisi keluarga terutama golongan ibu yang berada di rumah. Mengimbas kembali mengapa rancangan ini dihentikan, menurut laporan media, selain program yang sudah terlalu lama, salah satu punca lain adalah kos yang meningkat saban tahun.
Ketuk-Ketuk Ramadan pada 2019, tahun akhir penyiarannya. Menampilkan selebriti, Alif Satar.
Seperti dikongsikan oleh Jinggo, pengarah rancangan tersebut, “Selain Sheila yang penat ke sana kesini mencari resipi, punca lain adalah kos penerbitan program ini yang bertambah. Sejak lima tahun kebelakangan ini, kita cuba bertahan mencari penajaan dan sebagainya. Bayangkan untuk episode Syawal sebelum ini menelan belanja hampir RM300 ribu.”
Walaupun rancangan ini sudah tidak lagi disiarkan, sesekali ada warganet yang memuat naik klip video Ketuk Ketuk Ramadan di laman media sosial membuatkan hati tergamit dengan nostalgia lalu. Ya lah, 15 tahun bukan masa yang singkat! Apa yang pasti irama rancangan ini tetap segar sehingga kini.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!