Dalam dunia teknologi serba moden kini, apa jua idea yang terlintas di kepala tidak mustahil boleh bertukar realiti pada bila-bila masa. Tidak kiralah apa jua angan-angan, jika disemai dengan penyelidikan dan perlaksaan, ia pasti boleh terhasil
Bagi Tan Sri Tony Fernandes yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Capital A, ‘angan-angan’ untuk melihat perkhidmatan seru pandu udara atau lebih dikenali sebagai ‘Teksi Terbang’ di Malaysia mampu terlaksana alam tempoh beberapa tahun sahaja lagi.
Katanya dalam satu temubual bersama Bloomberg TV, teksi terbang bakal menjadi satu keperluan dan akan meraih permintaan hangat. Biarpun belum bersedia sepenuhnya sekarang, ia akan wujud dalam tempoh terdekat setelah ekosistem dan peraturan trafik udara diperhalusi.
“Kita masih tiada perincian mengenai harga tiket, ekosistem dan kerangka lengkap sistem trafik udara. Ia bakal terlaksana dalam beberapa tahun sahaja lagi. Apabiila itu terjadi, teksi terbang akan menjadi pasaran yang besar terutamanya kepada Capital A,” katanya.
Tambahnya dalam temubual tersebut, idea teksi udara muncul sewaktu dunia dilanda pandemik COVID-19 dan memaksa semua pihak untuk berfikiran kreatif demi survival perniagaan.
Dengan idea untuk cabang perniagaan baharu ini, beliau berpendapat ia akan bermula sebagai cabang premium terlebih dahulu sebelum perlahan-lahan menjadi satu perkhidmatan awam yang lebih menyeluruh untuk masyarakat di rantau Asia Tenggara.
*
Ads
Terdahulu, syarikat tersebut melalui cabang perniagaan penerbangannya, AirAsia Aviation Group Limited (AirAsia) pernah berazam untuk menjadi syarikat penerbangan pertama di Asia Tenggara yang menyediakan perkhidmatan perjalanan udara jarak pendek dengan pelepasan sifar.
Ia juga pernah merancang untuk melancarkan perkhidmatan ini seawal tahun 2022 namun belum kesampaian.
Sejak itu, Capital A telah menandatangani memorandum persefahaman dengan syarikat pemajakan pesawat antarabangsa, Avolon bagi memajak sekurang-kurangnya 100 buah pesawat jenis eVTL VX4 untuk kegunaan perkhidmatan seru pandu udara ini.
Ads
Tony Fernandes bersama Dómhnal Slattery, Ketua Eksekutif Avolon di hadapan model teksi udara eVTOL.
Jangan angan-angan ini mendapat nasib seperti gambaran ‘kereta terbang Wawasan 2020’ sudahlah ya. Hehe..
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Beliau mungkin baru saja menggantung raket squasy selaku pemain kebangsaan profesional. Namun itu tidak sesekali membuatkan peminat dunia sukan melupakan nama beliau sama sekali.
Datuk Nicol David sekali lagi telah membanggakan Malaysia setelah beliau dnobatkan sebagai penerima anugerah Atlet Paling Unggul Sepanjang Zaman dalam dunia sukan.
Dengan undian sebanyak 318,943, beliau telah mengenapi beberapa lagenda sukan kontemporari lain seperti juara tarik tali Ireland, James Kehoe yang menerima 113,120 undian dan atlet powerlifting Ukraine, Larysa Soloviova yang menduduki tangga ketiga dengan 80,790 undian.
Nicol jelas berada pada kelas tersendiri, bahkan ia juga merupakan kenangan manis memandangan ini merupakan anjuran edisi ke-40 oleh Persatuan Sukan Dunia Antarabangsa (IWGA).
Untuk pengetahuan, talian unidan telahpun dibuka mulai 8 Januari lalu sehingga jam 9 malam tadi. Secara totalnya, sebanyak 1,204,637 undian telah diterima dan suku daripadanya diperolehi atlet Malaysia berusia 37 tahun itu.
Tahniah Nicol!
Semoga ini menjadi pemangkin semangat buat atlet negara lain terutamanya atlet muda squasy berbakat, S.Sivasangari yang dilihat mampu mengulangi prestasi Nicol David sekiranya dia meruskan momentum cemerlang untuk jangka masa panjang.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bukan calang-calang orang boleh terpilih untuk menerima anugerah khas yang diberikan universiti di Majlis Konvokesyen. Hanya mereka yang cemerlang dan membawa nama institusi dengan baik akan dinobatkan.
Dr Muhammad Fairuz Abd Rauf dan Sangetha penerima Anugerah Khas Perdana Menteri di Istiadat Konvokesyen Unisel ke-16.
Graduan Ijazah Doktor Falsafah Komputeran (PhD), Dr Muhammad Fairuz Abd Rauf dan penuntut jurusan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (kepujian), M Sangetha merupakan insan terpilih menerima Anugerah Khas Perdana Menteri.
Menariknya, ia merupakan julung kalinya pada Istiadat Konvokesyen Unisel ke-16 pada Sabtu lepas.
Rahsia Kejayaan Kerap Amal Solat Sunat Tahajud Awal Pagi
Menurut Muhammad Fairuz, 40, kejayaannya itu adalah berkat doa dan restu ibu, Zainab Sheikh Yusoff, 72, serta isteri, Umi Sofia Saad, 40.
Foto Via Selangor Kini
“Saya bersyukur kerana dua insan paling istimewa dalam hidup saya tidak pernah putus berdoa dan memberi sokongan serta dorongan untuk saya berjaya,” katanya.
Muhammad Fairuz yang juga pensyarah dan Pengarah Pusat Teknologi Komunikasi dan Informasi Unisel Shah Alam berkata, antara rahsia kejayaannya itu, beliau juga kerap mengamalkan solat sunat tahajud awal pagi.
Perasaan Teruja
Seorang lagi penerima anugerah sama, Sangetha, 23, berkata, perasaannya teruja apabila dipilih menerima anugerah itu yang kali pertama diperkenalkan sejak penubuhan Unisel.
Foto Via Selangor Kini
Sangetha yang berasal dari Klang memberitahu, semasa mula-mula mengikuti pengajian peringkat ijazah di Unisel empat tahun lalu, dia hanya mahu belajar bersungguh-sungguh.
“Saya berhasrat menjadi pelajar terbaik dalam jurusan perakaunan sahaja, tetapi tidak menyangka memperoleh anugerah tertinggi pada konvensyen kali ini.
“Terima kasih kepada ibu bapa dan keluarga, pensyarah serta rakan yang banyak membantu sepanjang menuntut di Unisel Shah Alam,” ujarnya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jujurnya, ramai saja rakyat Malaysia sudah bersedia untuk disuntik dengan vaksin COVID-19 setelah beberapa negara lain kini aktif memulakan kempen bersama rakyat negara masing-masing.
Namun seperti yang dijelaskan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi iaitu Khairy Jamaluddin pada bulan lalu, terdapat kelewatan bagi Malaysia mendapatkan vaksin disebabkan oleh faktor kos.
Negara jiran, Singapura sebagai contoh berjaya menjadi negara pertama Asia untuk menerima vaksin Pfizer-BioNTech seawal bulan Disember kerana, “mereka mempunyai kemampuan kewangan yang lebih besar.”
Tambah beliau, adalah lebih penting bagi Malaysia mengurus jangkaan memandangkan pelan vaksinasi Malaysia akan mengambil masa sehingga 18 bulan untuk kesemua rakyat.
Kelmarin, BERNAMA melaporkan sejumlah rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura menjadi di antara penerima suntikan vaksin Pfizer-BioNTech baru-baru ini.
Sebahagian daripada mereka telah berkongsi perngalaman menerima suntikan termasuklah lelaki yang dikenali sebagai Imra Astata Ibrahim, 40.
Beliau yang bekerja dalam sektor marin telah menerimanya pada 13 Januari lalu dan akan menerima suntikan kedua selepas 21 hari.
Kata beliau, mereka sekumpulan telah dimaklumkan mengenai kemungkinan adanya kesan sampingan selepas menerima suntikan. Setakat ini mereka masih sihat, cuma beliau merasa sedikit kebas pada hari kejadian seperti yang biasa kita rasai selepas menerima apa-apa suntikan.
Berbanding Malaysia yang memerlukan 18 bulan untuk program vaksinasi, Singapura dijangka akan menerima vaksin mencukupi bagi keseluruh rakyatnya sebelum akhir 2021.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!