Di zaman tahun 90-an ke bawah, kebanyakan yang mampu membeli motosikal hanya orang kaya. Sekarang di mana-mana orang miliki motosikal malah kereta mewah.
Malah,ibarat sudah menjadi satu trend dalam kalangan pempengaruh popular tempatan untuk memiliki kenderaan mewah sebaik sahaja mereka berjaya menerusi content masing-masing.
Pemandu Kereta ‘Kayangan’ Punya IQ’ Rendah Foto Via Pexels
Tapi korang percaya atau tidak, kajian menunjukkan kemampuan intelektual pemandu kenderaan mewah terutamanya Mercedes berada di kedudukan tiga terendah.
Hal ini selepas sebuah laman web terkemuka di United Kingdom menjalankan satu kajian bagi menyiasat hubungkait antara jenama kenderaan dengan kecerdasan pemandu.
IQ Pemandu Kereta Mewah Rendah
Kajian tersebut mendapati, purata darjah kecerdasan otak (IQ) di kalangan pemandu kereta kayangan itu mendapat markah 91.68 iaitu nilai kedua terendah.
Ads
Pemandu kenderaan buatan Republik Czech, pemandu Skodas mengungguli ujian IQ dengan skor purata 99. Pemilik Suzuki tidak ketinggalan (98.09), dengan lima teratas yang lain terdiri daripada Peugeot (97.79), Mini (97.41) dan Mazda (95.91).
Di hujung skala yang lain ialah mereka yang mempunyai BMW (91.68) dan Fiat (90.14), dengan yang ketinggalan adalah pemandu Land Rover, yang tidak sampai ke 90, dengan skor purata 88.58.
Kaji selidik yang dijalankan oleh Scrap Car Comparison itu turut membuat pendedahan bahawa pemilik kenderaan berpetrol lebih pintar berbanding pemilik kenderaan elektrik (EV).
Pemilik Kenderaan Bewarna Putih
Ads
Kagum dengan hasil tersebut, pengkaji turut membagikan pemilik kereta mengikut warna bagi menguji tahap IQ berdasarkan pemilihan fizikal kereta.
Pemandu Kereta ‘Kayangan’ Punya IQ’ Rendah. Foto Via Pexels
Hasilnya, pemilik kenderaan bewarna putih mengungguli tempat pertama manakala tempat terakhir diduduki oleh pemandu kereta hijau dengan IQ 88.43.
Ujikaji tersebut hanya melibatkan pemandu kereta yang berasal dari Britain dengan jumlah lebih daripada 2,000 orang respondan. Oleh yang demikian, pemandu Mercedes di Malaysia tidak perlu khuatir akan tahap kecerdasan mereka dengan dapatan kajian tersebut.
Tapi ini hanyalah sekadar kajian yang dibuat, penulis percaya pemandu-pemandu kereta kayangan di Malaysia ni bijak-bijak semuanya..hiks
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kalau korang penggemar pizza, pasti korang akan suka sos terbaharu yang dilancarkan oleh Domino’s Pizza Malaysia ini. Baru-baru ini, Dommal Food Services Sdn Bhd (Domino’s Pizza Malaysia) melancarkan sos ‘Top Secret’ pedas memikat khas untuk semua peminat pizza.
Selain itu, Domino’s juga telah memperkenalkan menu terbaharu iaitu Spicy Fling Breadstix dan Spicy Fling Chicken Wings buat pelanggan yang gemarkan sentuhan pedas dan boleh dimakan bersama pizza, kini ianya boleh didapati dalam masa yang terhad.
Sumber: Domino’s Pizza
Ketua Pegawai Pemasaran Kumpulan Domino’s Pizza Malaysia dan Singapura, Linda Hassan berkata, penggunaan rempah dalam sos tersebut merupakan versi perisa pedas daripada pizza Top Secret yang digemari di negara ini.
Domino’s melancarkan varian sos ‘Top Secret’ Pedas Memikat baharu ini iaitu Spicy Tuna Tempation, Spicy Vegie Fiesta, Spicy Classified Chicken, dan Spicy Chicken Confidential.
Sos pedas memikat ini dilengkapi dengan gabungan bawang putih, krim dan keju dalam empat rasa yang berbeza. Sos ini juga disisipkan dengan salutan cili pedas unik yang digabungkan dengan daun pasli kering dan bawang putih rangup, menyatukan perisa campuran.
Bukan itu sahaja, sebagai sebahagian daripada menu Domino’s Everyday Value Buy 1 Free 2, pelanggan juga akan diberikan lebih banyak item percuma untuk dipilih dengan penghantaran ke rumah bebas kontak percuma, dalam jaminan masa 30 minit. Pizza Domino’s Top Secret pedas memikat ini boleh didapatkan dalam saiz personal, sederhana besar, dan ekstra besar dari kedai Domino’s di seluruh negara.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bagi peminat tegar K-Drama sudah pastinya mengenali bintang jelita ini, Jongseo Jun yang berjaya membawa karakter berani matinya menerusi siri netfilx berjudul Money Heist versi Korea yang kini telah menjadi fenomena seantero dunia.
Terbaharu, aktres tinggi lampai itu dilantik sebagai Duta Eucerin yang melancarkan rangkaian produk terbaharunya Even Radiance bagi membantu menyerlahkan kulit agar lebih terhidrat, berseri dan segar dalam jangkamasa dua minggu.
Sewaktu REMAJA berkesempatan menemui bintang ini ketika sidang media, Jeong So mengakui dirinya sudah jatuh cinta ketika pertama kali menjejakkan kaki ke Malaysia selain menyifatkan produk terbaharu itu amat berkesan terhada kulit wajahnya seawal beberapa minggu sahaja.
“Saya tidak pernah datang ke sini sebelum ini, dan ini adalah kali pertama saya berada di Malaysia. Saya dah mulai ‘jatuh cinta’ dengan negara ini, dan saya juga suka hotel yang saya kunjungi.
“Saya tidak sangka akan ada ramai orang yang hadir pada hari ini, untuk bertemu dan berbual bersama saya. Saya sungguh berbesar hati dijemput ke sini.
“Selamat berkenalan dengan anda semua,” katanya ketika ditemui di majlis pelancaran produk terbaharu itu di IOI City Mall, Putrajaya, baru-baru ini.
Sekadar informasi, selain Jeong So, penyanyi popular tanah air, Ayda Jebat juga merupakan duta rasmi bagi produk kulit keluaran Eucerin itu.
Rangkaian ini diilhamkan daripada usaha untuk mencipta rangkaian penjagaan kulit yang dapat membantu pengguna memperoleh kulit kaca Korea yang jelas terhidrat dan berseri.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sebuah syarikat penerbangan Iran mencatat sejarah apabila melaksanakan penerbangan khas hanya untuk golongan wanita sahaja.
Memetik laporan agensi berita rasmi IRNA, pesawat Aseman Airlines itu selamat mendarat buat kali pertama di Lapangan Terbang Antarabangsa Hasheminejad, Mashhad iaitu bandar kedua terbesar di Iran.
Begitupun, laporan tempatan tidak pula mendedahkan lokasi dari mana pesawat itu berlepas.
Pesawat yang diterajui oleh salah seorang juruterbang wanita terawal di Iran, Shahrzad Shams itu membawa 110 penumpang dan kru yang semuanya terdiri daripada wanita.
Disebabkan situasi unik ini, penerbangan itu digelar sebagai penerbangan Iran Banoo yang bermaksud penerbangan Wanita Iran.
Tambah istimewa, perjalanan ke Mashhad itu juga berselisih dengan tarikh kelahiran puteri Nabi Muhammad SAW iaitu Fatimah al-Zahra yang jatuh pada 20 Jamidilakhir bersamaan dengan 22 Disember 2024, Ahad lalu (waktu tempatan).
Sekadar info, Iran menerusi industri penerbangan semakin terbuka untuk mengiktiraf golongan hawa. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, ia menyaksikan beberapa wanita berkebolehan dilantik menjadi juruterbang di sana walaupun ia masih jarang berlaku.
Juruterbang wanita pertama Iran, Neshat Jahandari bersama suaminya, Farid Shah-Pasandi yang juga berkhidmat sebagai seorang juruterbang di Zagros Airlines.
Paling diingati ialah juruterbang wanita, Neshat Jahandari dan pembantu juruterbangnya, Forouz Firouzi yang mencatat sejarah sebagai pasangan wanita pertama yang menerbangkan pesawat komersi dengan penumpang dalam sejarah negara Iran.