
Penyanyi dan komposer lagu popular ‘Tergantung Sepi’, Haqiem Rusli berjaya membuktikan bahawa usia bukanlah penghalang kepada mencapai kejayaan dalam kehidupan.

Haqiem Rusli, nama yang tidak asing lagi dalam dunia hiburan tanah air. Terkenal dengan genre lagu pop, antara yang popular adalah Lembah Kesepian, Tergantung Sepi, Selamat Tinggal Sayang dan banyak lagi.
Terbaru, Haqiem Rusli menerusi laman Twitter nya berkongsi khabar gembira bersama peminat apabila dia kini telah memiliki sebuah kereta.
Reward yourself,Syukur. pic.twitter.com/abZ8LJ4bSa
— – (@HaqiemRusli) October 27, 2020
Hadiah Untuk Diri Sendiri
Memuat naik foto dirinya di sisi kereta mewah jenis Mercedes Benz GLC 200 itu, Haqiem turut menganggap ianya sebagai hadiah buat dirinya yang selama ini telah bekerja keras di dalam industri. Dianggarkan kereta mewah itu bernilai RM286,378.77 dan merupakan model SUV bagi jenama kereta mewah tersebut.

Rata-rata peminatnya turut mengagumi dan memuji kejayaan Haiem di usia muda. Berikut antara reaksi yang ditinggalkan mereka di ruangan komen:

Jelaslah, jika kita meletakkan impian dan cita-cita sejak usia muda lagi, tak mustahil untuk kita mencapainya pada usia remaja. Seperkara lagi, tidak semua orang mampu untuk ‘beringat’ dan tidak berbelanja sewenang-wenangnya. Betul tak gaiss.. hehe.
Tahniah Haqiem Rusli moga terus success di masa akan datang okay!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pernah Dibayar Lebih RM100k Oleh Jho Low, Ini Tip Badan Seksi Emily Ratajkowski

Sejak dua menjak ini nama Emily Ratajkowski hangat di Malaysia apabila model dan pelakon Amerika ini mendedahkan bahawa ahli perniagaan buruan Malaysia iaitu Low Taek Jho atau Jho Low membayarnya USD25,000 (RM103,882.93) untuk menjadi peneman di sebuah acara Super Bowl.

“Dia tidak yakin mengapa dia ada di sana, berapa lama dia harus tinggal dan dengan siapa dia harus berunding ketika acara berakhir, dan bagaimana untuk dia minta diri”.

Tapi memang tidak dinafikan aktres dan model jelita berusia 30 tahun ini mempunyai bentuk badan yang ‘perfect’ dengan perut rata, pinggang ramping, dan payudara kencang itu. Nak tahu rahsia beliau, ini dia!
Kalau korang follow dan stalker Instagramnya, pasti anda ketahui apa yang penulis maksudkan.
Emily hanya mengambil karbohidrat ketika sarapan
Berkongsi dengan Vogue, Emily memulakan harinya dengan mengambil black coffee, granola, yogurt dan roti bakar.
Suka makan daging
“Saya suka makan daging, dan paling favorite ialah steak,” jelasnya.
Tidak tinggal makan tengah hari
Untuk hidangan tengah hari, Emily hanya makan salad atau sandwich sahaja.
Emily pesan makanan takeout
Sushi, Itali, India dan Thai antara beberapa makanan kegemarannya.
Memasak
Paling penting ialah memastikan bahan-bahan segar – sumber makanan dan apa yang ada di dalam setiap makanan yang diambil.
“Saya lebih senang memasak, jadi saya tahu berapa banyak garam dan gula yang diletakkan ke dalam setiap hidangan,” jelasnya.
Gilakan dessert
“Sesekali saya akan manjakan diri dengan dessert. Saya paling suka cupcake, chocolate cake atau pumpkin cheesecake,” beritahunya pada Vogue.
Minum air sebelum tidur
Sebahagian daripada rutinnya sebeum tidur adalah minum air untuk memastikan tubuh badan sentiasa terhidrat.
Lakukan yoga
“Melakukan yoga tiga kali seminggu adalah sebahagian besar rejimen saya,” katanya pada ELLE.
Hujung minggu hiking
Emily tidak pergi ke gimnasium tetapi lebih senang walking dan hiking bersama kawan-kawan.
Kata Emily, tak perlu berpantang dalam makanan. Tapi mengambil dalam portion yang sedikit dan mengawal pemakanan agar tidak binasakan tubuh dan kesihatan.
So apa lagi, yang nak body macam Emily, ikut tips di atas. Selamat Beramal!
- Sumber : Astro Awani, Cosmopolitan
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Datuk Red Temui Sinar Selepas 5 Tahun Muflis. Kini Model Baju Raya Jakel, Adira Pesan Elok-Elok Kerja

Setelah berdepan episod hitam dalam hidupnya, Datuk Red atau nama sebenar, Datuk Seri Adnan Abu hari ini memanjatkan rasa syukur apabila diberikan peluang kedua untuk mencari sinar kehidupan.
Terdahulu pada 25 Oktober 2023, Datuk Red telah menerima penfailan cerai oleh bekas isteri yang juga penyanyi, Adira Suhaimi di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat Rawang, Selangor atas sebab tiada persefahaman.
Siapa sangka, Datuk Red pada ketika itu sudahpun diisytiharkan muflis selama lima tahun tanpa memiliki sebarang pendapatan sehingga perlu menumpang belas ihsan isterinya itu.
Dalam temubual bersama media, Datuk Red mengulas bahawa gelaran biawak hidup itu sememangnya menceritakan keadaannya dan beliau tidak malu dengan gelaran itu.
Cuma, perasaan beliau tercuit sedikit mengenangkan nasib anak-anak yang meminta baju raya seperti yang telah dijanjikan sebelum ini.
Apatah lagi apabila Datuk Red mengaku dirinya tidak mempunyai kewangan mencukupi untuk membeli juada berbuka puasa sehingga terpaksa meminta Adira menghulurkan RM100 sebagai pinjaman.
Mengenangkan nasibnya itu, hari ini Datuk Red diumumkan sebagai model baju Melayu bagi jenama Jakel setelah sekian lama menganggur.
Jejaka berusia 46 tahun itu ditampilkan dalam video hantaran akaun Jakel Textile sebentar tadi.

“Bismillah. Terima kasih di atas atas peluang yang tidak disangka-sangka ini. Ini adalah kali pertama saya menjadi model bagi jenama fesyen dan saya terharu dengan peluang ini,” catatnya di akaun TikTok.
Selain menerima bayaran selaku model pakaian, Datuk Red juga khabarnya menerima hadiah berupa pakaian hari raya untuknya sekeluarga oleh Jakel.


Turut mencuri tumpuan adalah pesanan bekas isterinya, Adira di hantaran Jakel Textile tersebut.

Dalam pada itu, seorang lagi pempengaruh popular, Abang Tesla turut meminta Datuk Red untuk menghubunginya bagi memudahkan pemberian bantuan agar Datuk Red sekali lagi dapat bergelar ahli perniagaan.
Semoga dengan sinar Ramadan ini, rezeki Datuk Red sekeluarga akan mula melimpah-ruah.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ketua Pereka ZARA Keluar Kenyataan Anti-Palestin, Model Ini & Warganet Ajak Boikot

Pengguna media sosial mula mengajak orang ramai melancarkan gerakan boikot ke atas jenama fesyen terkenal, Zara setelah Ketua Pereka bahagian wanitanya, Vanessa Perilman didakwa mengeluarkan kenyataan anti-Palestin sambil mempertahankan tindakan zalim Israel.
Segalanya bermula apabila seorang model lelaki kelahiran Palestin, Qaher Harhash berkongsi mengenai ketidakadilan yang perlu dilalui oleh rakyat di negaranya berikutan pencerobohan tentera Israel.

Berdasarkan hantaran di Instagram Story milik Qaher, Vanessa telah memberi respon dengan sentimen ‘mesej kebencian’ yang sama sekali tidak masuk akal, bersifat anti-Palestin dan langsung tidak mencerminkan profesionalisme dirinya sebagai seorang wanita berkarier yang memegang posisi tinggi dalam syarikat fesyen ‘high street’ itu.
“Jadi, poin kamu adalah kamu cuba menunjukkan kepada dunia bahawa Israel adalah sebuah negara kejam yang melakukan perkara terkutuk kepada rakyat Palestin? OMG saya ingin muntah. Ini adalah sangat tidak adil dan merupakan satu bentuk penipuan,” catat Vanessa – dan ia sempat ditangkap layar oleh Qaher untuk kemudian dikongsikan kepada pengikutnya.

“Mungkin sekiranya rakyat kamu berpendidikan, mereka tidak perlu meletupkan hospital dan sekolah yang telah dibiayai Israel di Gaza,” tambah Vanessa. Tidak cukup dengan itu, Vanessa meneruskan komennya itu dengan menyelar rakyat Palestin sebagai pencetus keganasan di negara itu dan menyatakan, “rakyat Israel tidak mengajar anak mereka membaling batu.”
Well, nampaknya Vanessa tidak tahu kesan yang akan dihadapi akibat perbuatan tidak sensitifnya. Vanessa kembali berhubung secara mesej dengan Qaher dan menyatakan dirinya telah menerima ugutan bunuh sambil masih mempertahankan kenyataannya sebelum ini. Vanessa enggan mengaku dirinya bersifat jahil dalam isu yang melanda Palestin-Israel.
Qaher meneruskan perbualan dengan Vanessa secara private dengan menerangkan mengapa kenyataan wanita tersebut menerima kecaman ramai dan Vanessa juga didapati telah memohon maaf.



ARTIKEL BERKAITAN : Bella Hadid Berisiko Hilang Kontrak Kerana Lantang Pertahankan Palestin? – REMAJA
Teks perbualan mereka itu telah dikongsikan di bahagian Instagram Story Qaher; yang menyebabkan warganet berang dan mengarahkan agar orang ramai memboikot Zara kerana mempunyai pekerja seperti Vanessa.
Qaher juga telah memuat masuk segala hantaran perbualannya dengan Vanessa dalam bentuk stories highlight di Instagram agar orang ramai boleh terus membacanya.
Biarpun Vanessa telah memohon maaf (dan memadamkan akaun Instagram-nya dan akaun media sosial lain), warganet masih merasakan bahawa Vanessa hanya memohon maaf kerana dia gentar dengan ugutan yang diterima – bukannya kerana dia benar-benar mengesali kata-katanya.

Buat masa ini, pihak Zara belum tampil dengan kenyataan rasmi berhubung hal ini. Bagaimanapun, menerusi hantaran Qaher di Instagram Story, REMAJA mendapati Zara telahpun berhubung dengan model Palestin itu. Malang sekali apabila Zara dikatakan ingin Qaher memuat naik kenyataan maaf Vanessa dengan harapan segalanya akan ‘kembali normal’.
Qaher menempelak percubaan Zara itu. Sebaliknya, dia merasakan Zara perlu ‘step up’ dan mempertahankan integriti selaku salah satu pemain industri fesyen utama dunia.

“Jika Zara ingin membuat kenyataan bersama saya, kenyataan itu perlu menyatakan bahawa mereka juga sedar dengan apa yang sedang berlaku di khemah perlarian rakyat China di Xinjiang, apa yang berlaku kepada orang asli dan isu Islamophobia.
“Apabila mana-mana pereka fesyen bercakap perkara berbaur anti-Israel, mereka terus dipecat,” katanya yang mempersoalkan mengapa tindakan sama tidak diambil ke atas pereka fesyen seperti Vanessa yang bercakap perkara anti-Palestin.

Respon Zara ini seakan tidak mahu dibelengu isu dan hanya akan melancarkan ‘siasatan dalaman’. Zara juga bertindak menutup kes ini setelah mendapat tahu Qaher dan Vanessa telah berhubung secara peribadi di ruangan DM Instagram; lalu menyangka mereka berdua telah memulihkan keadaan.
Tindak-tanduk Zara ini menambah rasa amarah warganet yang merasakan jenama itu tidak memandang isu kenyataan perkauman dan kebencian oleh pekerjanya sebagai satu isu besar. Ia sekaligus menyakinkan warganet untuk melancarkan gerakan #BoycottZara.
*
Biarpun isu ini telah menjadi sebesar ini, Qaher berharap agar orang ramai tidak membuta-tuli mengecam dan menghantar mesej ugutan kepada Vanessa Perilman mahupun kepada Zara.
Sebaliknya dia berharap agar sesiapa yang tidak berpuas hati dengan tindakan atau kata-kata Islamophobia dan perkauman seperti ini menerangkan dengan lanjut mengapa isu tersebut penting serta mengapa ia perlu diatasi.

*
Terdahulu pada awal bulan ini, jenama ‘high end’ Louis Vuitton berdepan isu panas apabila didakwa mengeksploitasi budaya pemakaian Keffiyeh Palestin sebagai skaf berharga USD705.
ARTIKEL BERKAITAN : Louis Vuitton Dikecam, Jual Skaf Inspirasi Keffiyeh Palestin – REMAJA
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

