Nama pempengaruh masakan, Khairul Aming dan bulan Ramadan memang tidak boleh dipisahkan.
Saban tahun, ramai pengikut jejaka berusia 29 tahun ini yang tidak sabar menantikan resepi mudah (tetapi dijamin sedap!) baharu yang akan dikongsikan oleh Khairul Aming menerusi projek “30 Hari, 30 Resepi”-nya sepanjang bulan mulia ini.
Menariknya pada tahun 2022, semakin ramai terinspirasi dengan caranya itu dan mereka turut muncul dengan perkongsian resepi pada bulan ini. Cuma malangnya, inisiatif pempengaruh masakan ini tidak begitu disenangi oleh sebilangan warganet yang menggelar mereka sebagai ‘peniru’.
Minggu lalu, Khairul Aming terpanggil untuk memberi pendapatnya mengenai tohmahan warganet di gelanggang Twitter. Baginya, konsep ‘the more the merrier’ perlu dipupuk dalam industri penciptaan kandungan digital di Malaysia.
“Kita perlukan lagi banyak content creator untuk naikkan lagi industri ini. Negara jiran pun dah ramai maju ke depan dengan content hebat-hebat. Aku harap dah tak berbangkit isu iini dan kita semua enjoy dan appreciate content setiap orang,” catatnya.
Khairul Aming
Begitupun, tidak semua warganet sama pandangannya dengan Khairul Aming. Terbaru, cef cilik lagi berbakat, Danish Harrazmenjadi mangsa keadaan apabila dia dituduh meniru kandungan Khairul Aming oleh seorang warganet tidak bertauliah.
Dik, dah nama pun cef yang memasak. Memanglah seakan sama!
Ads
Khairul Aming pantas menempelak semula komen tersebut dengan nada kecewa dan berkata, “Mulut macam inilah yang rosakkan habis vibe puasa tahun ini. Sebelum ini enjoy buat video puasa, tahun ini habis jadi toxic di Twitter. Lepas itu, habis jadi gaduh semua orang. Please lah stop.”
*
Bagi Danish yang aktif memuat naik resepi baharu walaupun sedang bersekolah, dia turut sedih memikirkan sentimen negatif yang dimainkan sesetengah warganet.
“Kasihan Abang Khairul Aming. Dia tak buat salah apa-apa tetapi dia yang kena tempiasnya.”
Danish Harraz
“Hope kita semua boleh kembali seperti sebelum-sebelum ini. Raikan setiap perkongsian dan apa saja content tak kira dari siapa dengan pandangan positif dan membina. Semua tahu bukan senang untuk buat content. Video masak 1-2 minit itu ambil masa berjam-jam untuk shoot.
Ads
“Belum lagi preparation, mengemas dan editing; kerana itu siapa saja akan down bila diperlekehkan,” catatnya sambil menghargai segala bentuk sokongan dan pendapat yang diterimanya selaman ini.
Kasihan Abang Khairul Aming. Dia tak buat salah apa-apa tetapi dia yang kena tempiasnya.
Tinjauan REMAJA ke ruangan komen berharap agar Danish memekakkan saja telinga apabila muncul komen-komen negatif di media sosial.
Kata @amalinaseroun, “It is okay Danish, keep moving forward. Kakak follow kedua-dua Khairul Aming dan Danish sejak awal dan korang memang ada content tersendiri. Tak ada siapa yang tiru siapa.”
Ads
@deedeee97 pula telah lama mengikuti Danish dan berkata, “Resepi cookies Danish sangat lah membantu bulan puasa macam ini. Thank you Danish for all your hardwork and recipes ya.”
Buat @shafinahmj pula, Danish memperagakan minda yang lebih matang daripada sesetengah warganet dewasa yang kerjanya hanya untuk menghentam semberono.
Benar, ada gula adalah semut. Hakikatnya, dunia penciptaan kandungan digital di Malaysia ini kecil sahaja. Jangan disebabkan minoriti warganet berfikiran cetek lagi sempit, kelompok kreatif ini hilang rasa ghairah untuk mencipta kandungan baru bagi tontonan korang.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Pelakon, Fatiya Latiff menafikan dirinya menghidap penyakit mental seperti yang didakwa ramai selepas mencetuskan provokasi terhadap pasangan selebriti popular, Zahirah MacWilson dan Aiman Hakim Ridza.
Menjawab pertanyaan warganet dalam sebuah video, pelakon drama hit Ariana Rose berkata dia akan ditempatkan di wad psikiatri sekiranya mempunyai masalah mental.
“Saya tidak mental. Kalau sakit mental, saya sepatutnya sudah berada di Hospital Tanjung Rambutan, Perak tetapi saya masih di sini.
“Saya tidak sakit,” katanya dalam sebuah video TikTok.
Dalam pada itu, Fatiya turut berpendapat dirinya bukanlah selebriti yang kurang popular seperti yang didakwa segelintir individu.
“Kalau saya sendu, saya tidak akan jadi viral. Lihatlah jumlah penonton video saya. Kenapalah anda semua buat begini kepada kaum sejenis.
“Betullah bapa saya cakap, orang Melayu memang suka dengki,” ujarnya.
Sejak beberapa hari lalu, nama Fatiya kembali hangat di serata media sosial apabila dia mula mencetuskan provokasi dengan menggelar Zahirah sebagai bibik (pembantu rumah).
Selain panggilan bibik, Fatiya turut mengundang kemarahan ramai apabila memuat naik fotonya bersama Aiman dan mendakwa bekas kekasihnya itu masih mencintai dirinya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Baru-baru ini, penyanyi dan juga anggota kumpulan terkenal, Jeongyeon TWICE menarik perhatian peminat dan juga orang ramai apabila mengaku pernah bekerja sambilan di sebuah kafe semasa hiatus.
Menerusi sebuah video yang dimuat naik di Youtube Channel ‘The Inspector’ episod ketujuh yang menampilkan pelakon dan penyanyi, Kangnam sebagai tetamu jemputan. Beliau memberitahu bahawa dia kini sedang mengendalikan sebuah kafe.
Kredit: The Inspector
Dalam pada itu, Jeongyeon atau nama sebenar Yoo Jeong-yeon dengan pantas mengungkapkan bahawa dia pernah bekerja sambilan di sebuah kafe dan kenyataan itu telah mengejutkan Kangnam.
“Awak kan selalu jalani kehidupan yang sibuk. Bekerja sambilan, pergi sekolah, ikut pertandingan, dan sekarang selalu buat persembahan di stadium. Awak sepatutnya dah tulis buku tau!” – Kangnam
Apabila ditanya sama ada Jeongyeon masih ingat untuk membuat minuman di kafe, dia mengaku “Ini pertama kali saya cerita tetapi ketika saya berhenti dari sebarang aktiviti (TWICE) kerana gangguan panik yang saya hidapi. Saya bekerja sambilan buat sementara waktu di kafe yang dimiliki oleh kawan saya”.
Kredit: The Inspector
Kangnam yang mendengar ketika itu berkata, “Jadi, awak bukan duduk diam di rumah tetapi masih terus sibukkan diri juga ya”.
“Saya juga mula bekerja dari 6 pagi hingga 4 petang,” tambah penyanyi yang berusia 28 tahun itu.
Dalam pada itu, disebabkan populariti yang diraih Jeongyeon bukan sahaja di Korea Selatan malah di persada antarabangsa, Kangnam juga sempat bergurau “Wah! Awak sangat bekerja keras. Mesti susah untuk kawan awak tu! Berapa banyak kawan awak kena bayar gaji awak? Mesti dia hampir muflis”.
Pelantun lagu TT, What is Love? dan Fancy itu juga sempat mengklarifikasi bahawa rakannya yang juga pemilik kafe itu memahami keadaannya pada ketika itu dan dia sangat berterima kasih kepada rakan berkenaan.
Sekadar info, Jeongyeon pernah memutuskan untuk hiatus daripada aktiviti bersama TWICE pada tahun 2020 kerana gangguan panik. Dia kembali melanjutkan aktiviti bersama kumpulan K-Pop itu pada Jun 2021 tetapi terpaksa mengundurkan diri semula sekali lagi selepas dua bulan kemudian yang menimbulkan kebimbangan dalam kalangan peminat.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Nama pelakon jelita Alya Iman kembali menjadi perhatian selepas didakwa antara selebriti yang terlibat menjalin hubungan dengan suami orang.
Namun begitu, pelakon berusia 24 tahun itu memilih untuk tidak melayan gosip lama yang kembali diperkatakan di media sosial. Malah, Alya mengakui dia langsung tidak membaca komen-komen negatif yang dilemparkan kepadanya.
“Kalau orang cuba melibatkan nama saya dalam hal ini, itu adalah di luar kawalan saya. Bagi saya, perkara yang sudah berlalu biarkan ianya berlalu.
“Saya tak nak komen apa-apa pun sebab sejujurnya saya tidak baca pun komen-komen negatif fasal saya di media sosial.
“Bagi saya perkara ini tidak penting dan ia tidak memberi kesan kepada saya,” katanya ketika ditemui di majlis pelancaran drama Pabila Dia Tersenyum yang berlangsung di Sunway Pyramid.
Sebelum ini, tular satu perkongsian di aplikasi Threads yang mendakwa beberapa selebriti tanah air terlibat menjadi ‘perampas suami orang’, dan antara nama yang disebut termasuklah Alya sendiri.
Pendedahan itu dibuat oleh seorang individu berhubung kisah rumah tangga seorang pempengaruh media sosial.
Walaupun ada netizen yang seolah-olah mahu menjatuhkan kariernya, Alya tetap positif dan percaya kepada rezeki yang telah ditentukan oleh Allah.
“Saya tidak tahu dan saya tak rasa pun ada pihak yang mahu menjatuhkan saya.
“Bagi saya rezeki itu di tangan Allah. Saya hanya buat yang terbaik dan kerja saya. Rezeki itu tetap akan ada walau macam mana orang nak menjatuhkan kita,” jelas anak kepada pelakon Allahyarham Azmil Mustapha itu.
Terdahulu pada tahun 2020, Alya pernah terpalit kontroversi apabila didakwa menjalinkan hubungan dengan seorang ahli perniagaan berstatus suami orang. Isteri kepada lelaki berkenaan mendedahkan perkara tersebut menerusi Instagram Story dan mendakwa pelakon itu sedang hangat bercinta dengan suaminya.
Tidak berdiam diri, Alya kemudian tampil mengakui hubungan tersebut dan menjelaskan bahawa mereka pernah bertunang, namun pertunangan itu telah pun putus pada Mac 2020.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!