Begitulah reaksi pelakon tempatan berbakat, Carmen Soo setelah diangkat sebagai penerima trofi Pelakon Wanita Terbaik bagi kategori drama bersiri di acara Pesta Perdana 2025 semalam.
Berlangsung di The Theatre at Mediacorp, Singapura; kemenangan Carmen itu adalah bagi lakonan mantapnya sebagai Lily dalam drama bersiri Operandi Gerhana.
Ia mengisahkan tentang dua anggota polis yang menyiasat kes penculikan pegawai atasan pada era 1950-an dengan berlatar belakangkan gambaran dunia kongsi gelap.
Selain Carmen, empat lagi calon lain yang turut tersenarai bagi kategori berkenaan termasuklah primadona moden negara, Fauziah Latiff (Mencari Marina) dan tiga lagi pelakon kelahiran Singapura iaitu Wahyu Rahman (Krisalis), Rosita Hussain (Makan INC) dan Izyan Mellynna (Raja Bundle).
Ads
Menerusi hantarannya di Instagram, Carmen bersyukur di atas penghargaan ini dan mengambil kesempatan untuk berterima kasih kepada pihak-pihak yang telah merealisasikan kemenangan tersebut.
“Terima kasih kepada Mediacorp Suria di atas pengiktirafan ini. Terima kasih kepasa Mike Wiluan yang mencipta karakter ini dan memberi kepercayaan kepada syaa untuk menghidupkannya.
“Kru-kru kami daripada kesemua jabatan yang paling berkerja keras. We bled, we sweat, we cried, we wipe tears. Kemudian kami ketawa bersama. Terima kasih kerana memudahkan semua perkara untuk saya dan menjaga saya,” catatnya panjang lebar.
Ads
Pemenang bagi kategori pelakon terbaik drama bersiri (diri kiri) Carmen Soo dan Norman Ishak
Carmen turut menitipkan ucapan paling manis buat ‘Lily’ iaitu watak yang dibawakan dalam drama bersiri Operandi Gerhana.
“Lily ialah watak yang sangat istimewa untuk saya. ‘Perjalanan’ saya untuk menemui siapakah karakter Lily yang sebenar menjadi lebih bermakna dengan kehadiran anda semua.
“Personaliti Lily adalah depiksi rapat berdasar rakan saya, Anne. Terima kasih Anne, saya dedikasikan kemenangan ini untuk anda,” kata anak kelahiran Kuala Lumpur itu.
Ads
Dalam pada itu, drama Operandi Gerhana turut cemerlang malam tadi apabila membawa pulang trofi bagi kategori Drama Bersiri Terbaik dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik menerusi Jamie Aditya.
Untuk pengetahuan korang, Pesta Perdana merupakan acara anugerah anjuran MediaCorp Singapura sejak tahun 2001 bagi menjulang kecemerlangan karya-karya hiburan berbahasa Melayu tempatan. Ia ditayangkan di saluran MediaCorp Suria dan di saluran Channel News Asia bagi penonton antarabangsa.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi berbakat besar, Danial Chuer meluahkan perasaan sedih selepas bapa tercinta, Chuer Niang, pergi dijemput Ilahi, pada Isnin.
Dalam satu perkongsian di Instagram, pelantun lagu Erti Sempurna itu berkata dia mengambil masa untuk menerima takdir Allah dan kesedihan yang dirasai akibat pemergian bapa yang sangat disayanginya.
Danial mengimbas kembali pengaruh besar yang diberikan oleh arwah bapa dalam perjalanan muziknya. Menurutnya, bapanya adalah individu yang pertama kali memperkenalkannya kepada muzik dan selalu menyokong minatnya tersebut.
“Saya menghabiskan sepanjang hari cuba memproses perasaan saya. Mengapa kehilangan ayah amat menyakitkan saya? Saya duduk di dalam bilik, berfikir, mengasingkan diri seketika untuk memikirkan semuanya.
“Sekarang saya faham mengapa itu sangat menyakitkan. Ayah ialah orang pertama yang suruh saya bermain muzik, kami berkongsi minat yang sama iaitu muzik.
“Ia adalah tutor muzik pertama saya, orang yang mendorong saya untuk mengambil muzik secara serius sebagai kerjaya. Dia adalah sebab saya jatuh cinta dengan muzik,” katanya.
Selain itu, bekas peserta Big Stage itu juga memberitahu, arwah bapa tidak pernah berkira dalam melabur untuk perkembangan bakat muziknya, termasuk memberi nasihat supaya dia dapat mempelajari alat muzik lain selain hanya menyanyi.
Dia tidak teragak-agak untuk membelanjakan wang demi perkembangan saya dalam muzik. Saya masih ingat dia berkata, ‘Dek, jangan nyanyi je, papan kekunci utama sambil nyanyi bah.
“Keterujaan ayah terhadap muzik tidak pernah berhenti, bahkan sehingga perbualan terakhir kami, dia selalu memberitahu saya untuk mengarang dan mengatur muzik seperti Dewa 19 dan Ahmad Dhani kerana lelaki itu ‘genius’,” ujar Danial.
“Saya akan merindui sesi ketika saya memainkan muzik dan dia akan tersenyum, menganggukkan kepalanya, dan berkata, ‘Bagus dek, ada improve sudah muzik mu.’ Hanya Tuhan yang tahu betapa bangganya saya mempunyai dia sebagai ayah saya,” ujar Danial lagi.
Menganggap arwah sebagai adiwira dalam hidupnya, Danial turut berjanji untuk meneruskan legasi dan menjaga ibunya dengan baik.
“Saya kehilangan rakan muzik saya, orang yang menunjukkan dunia kepada saya dan mengajar saya lebih daripada yang pernah saya minta.
“Saya kehilangan orang yang boleh menyelesaikan segala-galanya dalam sekelip mata. I’ll get that Dr title for you. Ayah, biarlah mummy di bawah kendalian saya mulai sekarang.
“Saya kehilangan adiwira saya. Saya kehilangan ayah saya. Saya kehilangan kawan baik saya,” katanya dalam luahan yang penuh emosi itu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Instagram Danial Chuer
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jika korang merupakan seorang ‘kaki wayang’ seperti kami, tentunya korang perasan akan klip teaser filem terbaru francais Star Wars yang telah dimainkan hampir setahun lamanya di pawagam.
Star Wars: The Rise of Skywalker merupakan antara filem yang dinanti-nantikan sejak awal tahun ini. Walaupun korang bukan pengikut Star Wars sekalipun, klip teaser pertamanya saja sudah membangkitkan rasa ingin tonton.
Akhirnya setelah tempoh setahun, pengeluar rasmi filem ini iaitu The Walt Disney Company mengeluarkan poster rasminya pada hari ini.
Ia menampilkan watak-watak penting yang akan menjadi penguat kepada Star Wars: The Rise of Skywalker yang dibawakan oleh pelakon Hollywood berbakat. Antaranya termasuklah Carrie Fisher, Mark Hamill, Adam Driver, Daisy Ridley, Oscar Isaac, John Boyega, Lupita Nyong’o dan ramai lagi.
Ini pula merupakan klip teaser terkininya.
Star Wars: The Rise of Skywalker sekali lagi dihasilkan oleh Lucasfilm dan J.J Abrams dan kali ini, penonton akan dibawa ke slot pengakhiran saga Skywalker di mana lagenda baru akan muncul untuk berlawan demi satu misi: kebebasan.
Ia akan mula ditayangkan pada 19 Disember ini. Untuk info terkini, korang boleh ikuti update terbaru mereka di Instagram dan Twitter
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi lelaki negara, Jay Jay yang popular dengan lagu Rindu Bayangan menghembuskan nafas terakhir di Hospital Thomson, Kota Damansara pada jam 9.27 malam Ahad.
Berita pemergian Allahyarham Jay Jay atau nama sebenarnya, Mohd Fauzi Darus itu disahkan oleh isterinya, Zaitoon Wahid yang reda dengan pemergiaan suami tercintanya itu.
Difahamkan, Allahyarham telahpun mengalami kegagalan organ dalam selepas Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini. Disebabkan komplikasi kesihatan tesebut, Allahyarham menjalani pembedahan pintasan jantung di Institut Jantung Negara (IJN) pada 23 Mei lepas namun keadaannya bertambah serius.
Zaitoon ketika ditemui oleh rakan pemberita di Masjid Al Husna, Bandar Sunway juga memaklumkan Allahyarham telah ditemani oleh anak-anak dan adik beradik arwah semasa pemergiannya semalam.
“Alhamdulillah kami tengok dia pergi dengan baik. Sebelum itu, dia tiada pun tunjuk tanda-tanda dia sakit tapi keadaannya makin terus selepas Raya yang lalu,” katanya.
Sebelum ini, anak Allahyarham bernama Cammy Fauzi pernah berkongsi bapanya mengalami lumpuh pada bahagian tubuh sebelah kanan pada awal Jun lalu selepas menjalani pembedahan terbabit.
“Tidak berapa lama selepas pembedahan itu, kesihatan ayah kembali merosot akibat diserang angin ahmar. Disebabkan serangan itu, ayah lumpuh pada bahagian tubuh di sebelah kanan,” katanya
Keadaannya menunjukkan perkembangan positif selepas menjalani sesi fisioterapi namun Cammy sekeluarga redha apabila Allah SWT lebih menyayangi bapanya itu.
Dalam pada itu, kira-kira 200 orang ahli keluarga dan kenalan Allahyarham tiba di masjid untuk memberikan penghormatan terakhir mereka.
Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Tandang, Subang Jaya pada hari Isnin.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!