Siapa sahaja yang tidak kenal dengan personaliti terkenal di media sosial ini. Khairul Aming atau nama sebenarnya Khairul Amin Kamarulzaman mula popular dalam kalangan rakyat Malaysia apabila dia memuat naik video tutorial masakannya di Instagram.

Dengan jutaan pengikut setia yang meminati konsep video masakan yang dipersembahkan, anak jati Kelantan ini kemudiannya menceburi bidang perniagaan menerusi penghasilan produk Sambal Nyet Berapi. Terjual dengan pantas dan sold out dalam masa beberapa minit sahaja setiap kali dikeluarkan, ternyata sambal yang dihasilkan diminati ramai.

Jualan Setahun Cecah RM7.5 Juta, Khairul Aming Belanja Lebih RM1 Juta Siapkan Kilang Pengeluaran Sambal

Bagi penulis yang pernah mencuba sambal ini, rasanya memang boleh dipuji. Sambal yang dihasilkan tidak langsung seperti rasa sambal yang ditempah di kilang pengeluaran secara pukal. Sebaliknya sambal tersebut dihasilkan dengan penuh teliti dengan kualiti rasa yang dijaga rapi.

Hari ini dalam satu perkongsian menerusi video di laman media sosial, jejaka yang merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal dari Vanderbilt University, Amerika Syarikat ini bercerita mengenai perkembangan terbaharu perniagaannya.

Jualan Setahun Cecah RM7.5 Juta, Khairul Aming Belanja Lebih RM1 Juta Siapkan Kilang Pengeluaran Sambal

“Setahun yang lepas aku lancarkan produk yang pertama iaitu sambal nyet berapi dan alhamdulillah sambutan sangat luar biasa. kita masih lagi sold out sampai ke hari ini dan sekarang setahun kemudian aku nak laporkan yang jualan kita telah mencecah 540 ribu botol sambal untuk tahun yang pertama which is bersamaan dengan RM7.5 juta.

IKLAN

“So, buat masa sekarang kita jual 100% sambal dekat shopee Khairul Aming Brand sahaja dan dalam masa setahun kita berjaya mengumpul 212 ribu reviews atau pun rating daripada customer dan 97% daripada rating tersebut adalah lima bintang,” ujarnya.

Jualan Setahun Cecah RM7.5 Juta, Khairul Aming Belanja Lebih RM1 Juta Siapkan Kilang Pengeluaran Sambal

Dalam video tersebut, jejaka berusia 30 tahun ini turut berkongsi perkembangan terkini progress mengenai kilang penghasilan sambalnya sendiri. Berkeluasan 14 ribu kaki persegi, kilang yang terletak di Kota Bharu, Kelantan ini menjadi lokasi utama telah siap diubah suai.

Berkongsi lebih lanjut tentang perkara ini, dia berkata, “Kilang ini memang kosong, tiada apa-apa. Jadi kita build dari ground up termasuklah design, fabricate, machine import buat masuk semua ke dalam kilang. Ia bukan satu proses yang mudah tetapi reason kenapa aku nak buat kilang sendiri, aku nak belajar manufacturing proses daripada awal sampai akhir. Selepas spend lebih daripada RM1 juta akhirnya siap juga kilang kita ni.”

IKLAN
Jualan Setahun Cecah RM7.5 Juta, Khairul Aming Belanja Lebih RM1 Juta Siapkan Kilang Pengeluaran Sambal
Khairul Aming di kilangnya yang terletak di Kota Bharu.

Siapa sangka daripada memuat naik video masakan di media sosial, kini jejaka ini sudah memiliki perniagaan yang bernilai jutaan ringgit. Satu pencapaian yang membanggakan dan boleh dijadikan inspirasi kepada remaja-remaja di luar sana.

Video yang dimuat naik ini telah pun menerima lebih 370 ribu tontonan di Instagram ketika artikel ini ditulis dan menuai ribuan ucapan tahniah daripada para pengikut.

 +++ Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

IKLAN

Sumber & gambar: Instagram Khairul Aming, Kosmo

 

 

 

 

 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI