
Dengan matlamat untuk mengekalkan produktiviti pekerja dan syarikat walaupun tempoh bekerja kurang daripada seminggu dengan gaji yang penuh. Nampaknya kerajaan UK berjaya.
ARTIKEL BERKAITAN : Etika ‘Inemuri’ Di Jepun, Tidur Dalam Mesyuarat Tanda Dedikasi Bekerja

Hal ini selepas Independent UK melaporkan, dalam eksperimen yang telah memasuki bulan keempat. Setakat ini, sejumlah 88 peratus responden memberi maklum balas kepada tinjauan mengenai percubaan tersebut dan menyatakan bahawa bekerja selama empat hari setiap minggu itu memberi impak yang baik pada mereka.
“Bagi mereka yang terlibat, peralihan ini adalah yang agak lancar dan bagi sesetengah orang terdapat beberapa halangan yang boleh difahami, termasuk mereka yang pernah bekerja dalam tempoh lima hari seminggu seperti sebelum ini,” kata Joe O’Connor, ketua eksekutif 4 Day Week Global.
“Produktiviti kekal tinggi dengan peningkatan kesejahteraan dalam pasukan, perniagaan kami berprestasi 44 peratus lebih baik dari segi kewangan,” kata Ketua Eksekutif di Trio Media.
Syarikat lain yang mengambil bahagian dalam percubaan itu dari pelbagai sektor termasuk perbankan, penjagaan, perniagaan dalam talian, latihan perisian IT, perumahan, studio animasi, hospitaliti dan banyak lagi.
Menurut laporan, penyelidik juga bekerjasama dengan setiap organisasi yang mengambil bahagian untuk mengukur impak ke atas produktiviti dalam perniagaan dan kesejahteraan pekerja, serta kesan terhadap alam sekitar dan kesaksamaan jantina.
Percubaan selama empat hari seminggu yang disokong kerajaan juga dilaporkan akan dimulakan pada akhir tahun ini di Sepanyol dan Scotland.
Untuk info, United Kingdom (UK) telah memulakan polisi baru bekerja 4 hari seminggu dengan memberikan gaji penuh selama tempoh percubaan iaitu 6 bulan. Usaha itu merupakan projek perintis yang melibatkan 3,300 pekerja daripada 70 syarikat.
Malaysia bila lagi?
BACA : Kurang 3 Jam Seminggu, Waktu Bekerja Akan Dipendekkan Mulai 1 September Ini!
Sumber: Independent UK
[Video] Perempuan Ini Cedera Digigit Anjing Depan Rumah, Apa Sepatutnya Dia Lakukan?

Isi Kandungan
ToggleDi Malaysia memang ada banyak anjing. Ada juga kes anjing mengejar orang ramai terutama anjing liar yang berkeliaran.
Namun viral baru-baru ini apabila satu video menunjukkan seorang wanita malang diserang anjing secara mengejut.
Kalau kena serang, memang boleh cedera parah kot!!! Dah la nama anjing, serang pula dalam diam, curi-curi pula serang orang!! Cubalah serang ‘time’ orang tengah ‘ready’. Memang lari tak cukup tanah la!!!!!
Seorang pengguna laman twitter dengan nama @Bukan Wanted berkongsikan video yang sadis ini.
Kes dekat taman tanjung minyak perdana. Tak pasal2 je akak ni kena serang dgn anjing ni.. kesian dia smpi luka2.. kepada owner2 anjing, tambat atau jaga la anjing korang elok2. Nnt bila org pukul ke ape ke, mula la geng2 pecinta haiwan bersuara.. pic.twitter.com/eBWT5vVsq6
— TeD (@BukanWanted) July 28, 2020
Melihat video tersebut, penulis pun memang rasa seram. Tengok la macam mana dia datang berkali-kali nak gigit seakan-akan nak makan pula!!! Aiyoooo…
Kesian wanita itu. Dah la baru balik kerja, tiba-tiba kena serang macam tu!!!!!
Ngeri tengokkan….huhu
So, kalau korang kena kejar anjing liar. Ini yang perlu korang lakukan.
Buat Tidak Tahu
- Jika anda didekati anjing, cuba untuk berhenti, dan berdiri seketika.
- Lebih lama anda buat tidak endah, senyap sahaja, semakin kurang anjing itu berminat terhadap anda.
Jangan Cuba Mendekati
- Percubaan ini akan merangsang tidak balas mangsa.
- Sebolehnya jangan menunjukkan anda berniat untuk melawan, kerana ia boleh membuatkan anjing tersebut cuba melawan juga.
- Lebih baik, kekal tenang, dan gunakan posisi badan yang tegak untuk menyatakan anda berkuasa.
Suara Lembut
- Gunakan suara dalaman, untuk menyampaikan suasana yang tenang, dan elakkan sama sekali gunakan suara nyaring, atau jeritan.
- Ini juga akan menyebabkan naluri untuk melawan bagi anjing tersebut akan terangsang.
Sembur Air
- Ini boleh digunakan jika anjing tersebut betul-betul agresif, cuba semburkan sedikit air pada mereka.
- Anda juga boleh menggunakan ‘cokmar’, mungkin seperti agak keterlaluan, tetapi ia tidak menyakitkan anjing tersebut, hanya untuk mengajar untuk tidak terlalu agresif.
- Jika anjing tersebut masih mengejar, atau mengekori anda semasa sedang berlari, cari laluan lain, dan buat laporan kepada agensi yang berkaitan.
Jika Diserang
- Jatuhkan badan anda pada permukaan tanah. Menurut pakar, jika anjing menyerang anda, cuba untuk tutup kepala anda, dan buat kedudukan seperti ‘bola’.
- Pastikan anjing tersebut tidak dapat akses terhadap kawasan tisu lembut seperti kerongkong, muka, dan perut anda.
- Seterusnya, mula menjerit sekuat hati, pastikan jeritan anda akan merangsang orang untuk terus bertindak, seperti, “Tolong..tolong..” atau “Kebakaran”.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat. Jangan pula lepas ini cuba cari anjing nak try tips di atas. Ini kalau emergency sahaja.
Dalam Kepedasan Kena Sambung Bacaan Al-Quran, Samyang Challenge Versi Pelajar Tahfiz Dapat Pujian Netizen

Korang mesti pernah dengar dengan cabaran samyang atau #SamyangChallenge yang baru-baru ini menjadi aktiviti viral di kalangan orang muda. Cabaran yang di mana mereka memakan mee segera pedas Korea dan memuat naik reaksi mereka. Cabaran ini bukan sahaja popular di kalangan netizen biasa tetapi turut dilakukan oleh artis, selebriti dan instafamous di Malaysia dan seluruh dunia.
Tapi yang Remaja ingin ketengahkan kali ini berbeza sekali. Dan seriously memang inilah Samyang Challenge terbaik pernah kami saksikan.
Menerusi Facebook Pusat Tahfiz Integrasi An Nur, mereka telah memuat naik sebuah video di mana dua pelajarnya melakukan cabaran ini dengan cara yang cukup unik.
Menerusi posting tersebut, dua pelajar iaitu Abdul Hannan Haznan dan Hazman Johari telah mengajak ustaz mereka, Ustaz Dr Wan Ahmad Afiq, Mudir Pusat Tahfiz Integrasi An Nur untuk berbuka puasa ke sebuah restoran piza terkenal. Dan menu pilihan mereka tidak lain tidak bukan piza samyang, menu terbaru daripada restoran tersebut.
Pelajar ini juga dikatakan telah khatam hafalan 30 juz yang dilakukan dalam masa 3 bulan sahaja. Hebatnya!
Dan di dalam video tersebut mereka berdua diberi cabaran istimewa daripada Ustaz Dr Wan Ahmad Afiq. Apa cabarannya? Mereka berdua dikehendaki menyambung bacaan Al-Quran yang dibaca olehnya.
Dalam keadaan menahan pedas mereka berdua melakukan menyambung bacaan yang dihafal dengan cukup baik sekali. Reaksi mereka yang menahan pedas tapi mampu membaca hafazan dengan baik mencuit hati ramai netizen. Komen-komen di posting video tersebut rata-rata sangat positif dan baik.
Video inilah yang sepatutnya menjadi viral. Keakraban antara ustaz dan pelajarnya serta bagaimana mereka sentiasa dekat dengan Al-Quran membuatkan ramai yang tersentuh. Semoga mereka menjadi contoh yang baik buat golongan muda dan remaja di luar sana. Amin.
Bagaimana Rasa Bila Kerap Dihina?, Lelaki Dituduh “Lembut” Kongsi Penderitaan & Pengalaman Sendiri

Sotong, makyah, pondan, lembut, lembik. Banyak lagi gelaran “buruk” selalu kita labelkan pada orang yang lembut perwatakannya. Di sekolah pun, biasa kita jumpa lelaki begini tapi biasanya kita lebih senang berkawan dengan mereka berbanding lelaki sejati.
Dalam komuniti, lelaki berperwatakan lembut juga ada. Kadang dia jiran, rakan sekerja tetapi kita boleh saja menerima tanpa ada masalah pun. Tak ada prejudis langsung. Nak berlawak, gurau secara kasar atau lembut, kebanyakannya tak kisah malah banyak siap kutuk berjemaah. Tapi sayang, ramai yang suka prejudis dan menjadi hakim terhadap golongan ini. Kadang kutuknya boleh membuat hati terluka sehingga hati tiada masa untuk sembuh.
Baca bagaimana “penderitaan” dialami seorang lelaki muda, Hakim Halim, 25 tahun fotographer profesional yang melalui penderitaan sejak dia kecil lagi hanya kerana dia berperwatakan lembut. Seperti katanya, pedihnya kutukan kawan-kawan hanya kerana dia lembut tetapi dia bukan gay, bukan juga maknyah tetapi dia sememangnya dilahirkan dengan perwatakan lembut membuat dia “dibuli” habis-habis ketika kecil dahulu. Menangis adalah “senjata” terakhirnya menepis pandangan orang. Allah juga ada untuk menjaganya.
Dia syerkan kisahkan agar jadi tauladan pada orang lain. Moralnya, biarlah orang pandang kita dengan pandangan hina tetapi jangan sampai kita hina di mata Allah taala di akhirat kelak. Baca perkongsian kisah Hakim seperti ditulis di fb miliknya,Dx Hakym atau boleh tengok di instagramnya atas nama @dxhakym.
Dulu aku selalu dimaki oleh pelajar-pelajar. Dari zaman sekolah rendah hingga zaman universiti. Mereka maki aku sebab aku jenis lembut. Zaman sekolah rendah orang panggil aku sotong. Zaman sekolah menengah pula orang panggil aku pondan siap ejek aku dengan buat gaya sotong. Di zaman universiti pula orang panggil aku gay.
Aku ni manusia biasa, kadang-kadang aku menangis sebab aku malu bila orang panggil aku gay, ponda makyah dan macam-macam. Kalau zaman sekolah, aku nak ke sekolah pun malas tapi sebab zaman dulu kalau tak pergi sekolah ayah dan mak aku pukul dengan tali pinggang atau tak bagi aku masuk rumah. Jadi nak tak nak terpaksa pergi sekolah dengan perasaan malu. Tiap-tiap hari aku kena ejek, maki.
Aku tahu Allah cipta aku dengan watak aku lembut, tapi bukan bermakna aku ni gay pondan transgender ke apa. Tapi Allah cipta aku mungkin ada sebab supaya aku terima ujian ni. Perit nak lalu hidup tiap-tiap hari walaupun sekarang pun masih ada orang panggil aku gay. Siapa tahu kadang aku malu, menangis dihadapan Allah supaya ujian aku tidak berat. Disebabkan kawan-kawan laki ni selalu ejek aku, jadi masa zaman sekolah aku banyak kawan dengan pelajar-pelajar perempuan jer.
Kadang nak suka ada sebab aku ni champion main batu selambut, congkak, lompat tali getah. Haha power jugak aku tapi itu semua kenangan dahulu kala.Kalau tak percaya boleh tanya kawan aku dahulu zaman sekolah. Aku main mainan perempuan pun tapi hati aku seinci tak pernah terfikir nk jadi perempuan. Aku cuma nak berkawan ja. Kawan dengan laki ni semua ejek aku, tu buat aku geram dan sakit hati dengan manusia bernama lelaki nih.
Tapi aku terima hakikat bahawa aku ni lelaki juga. Nak tak nak aku cuba bergaul dengan lelaki. Cuma pada zaman sekolah aku susah nak rapat dengan kawan-kawan laki ni sebab sekolah harian faham-faham jela asyik kena buli je. Nangis tu kompen ada bila balik sekolah kena tahan. Begitu la hari demi hari aku hadapi ujian sampai la aku masuk matrik. Alhamdulillah masih lagi jadi laki.
So dari sini lah aku cuba berkawan-kawan dengan puak-puak laki nih. Di matrik aku berkawan banyak lelaki. Sebelum masuk matrik aku banyak terpengaruh cerita jepun Gokusen, Hanazakari no Kimitachi, My boss My hero dll. Aku suka tengok cerita dia sebab semangat persahabatan tu kuat. Jadi bila aku berkawan dengan kawan-kawan aku dekat matrik aku cuba la apply apa yang aku tengok dalam citer tu. Diorang ajar makan bersama, tidur bersama ramai2, travel sama. Tapi malang bila aku cuba apply ada kata aku pelik sebab terlalu rapat. Kata orang kelantan nak “berdepek semace” haha. Jadi mulai situ aku makin hari rasa dipinggir nak dijadikan kawan.
Bila teringat zaman matrik dulu lawak jugak, mengaju dengan kawan laki-laki ni sampai kunci diri dalam bilik imam kat masjid di matrik sampai tak makan, masalah siap sembunyi bawah meja lagi merajuk hahah. Lawak betul kisah hidup aku ni. Merajuk punya pasal sebab rasa kawan-kawan pinggirkan kita. Padahal tak pun cuma biasa la manusia tak semua nak bersama kadang-kadang diorang pun sibuk kerja lain juga. Nasib baik zaman matrik tu sekejap 1tahun jer. Tu pun menangis akhir day kat matrik, nangis sebab nak berpisah dengan kawan yang faham dengan perangai kita nih jenis lembut. Apepun Alhamdulillah semua tu Allah nak ajar aku manusia ni setiap yg hadir pasti akan pergi. Jadi sabar la.
Habis zaman matrik, masuk zaman universiti pula. Zaman universiti ni sedikit tough. Mula-mula masa orentasi pun rasa geram dengan puak-puak laki especially lelaki kelantan. Benci gatal nak mampus waktu sesi senam aerobik, kebetulan masa tu coach tu pakai seksi. Sumpah aku benci dengan lelaki macam nie. Macam-macam aku lalui zaman universiti ni. Kena pulau, dikhianati, ditipu macam. Malas nak cerita panjang zaman universiti aku nie paling aku rasa worst gila dalam hidup aku, kalu boleh nak jer quit universiti benci sangat2, nasib baik ada juga kawan-kawan laki aku rapat, dia paham aku walaupun aku selalu bersama dengan dia. Dia tak pernah kata aku gay ke apa walaupun aku selalu bertempek dengan dia. Then budak-budak rumah dia pun semua baik faham aku. Apepun syukur grad jugak walaupon tak konvo naik pentas mcm org lain. Bagi aku xde lansug feel konvo…
Zaman universiti ni, aku bukan orang kaya. Tapi aku tahu nilai persahabatan sebab tu aku selalu belanja kawan-kawan aku, buat kerja diorang, diorang nak apa aku utamakan dahulu. Aku ni jenis bila berkawan, aku akan berkawan bersungguh-sungguh kadang-kadang sampai duit perbelanjaan aku takde pun aku okey asalkan mereka bahagia. Aku beri apa segala aku ada sebab aku betul nak jadi sahabat terbaik.
Tapi malang, bila aku buat camtu orang kata aku ni gay, aku ni suka kat dia. Mulut manusia biasalah aku tak boleh tutup, hanya Allah yang tahu bila aku tahu mereka kata aku camtu dibelakang, aku berkawan habis-habisan, last itu aku dengar dari mulut kawan-kawan tu. Sedih bhai bayangkan kalau orang buat kat korang camtu. Dekat universiti nie berapa kali entah aku menangis bila orang kata aku macam tu, rasa pedih tu lebih tajam dari mata pedang tu menusuk dihati. Sedih teramat.
Jadi nak dipendekkan cerita, aku walaupun lembut, tapi aku tak pernah terfikir nak jadi gay, wanita bebagai tu sebab apa? Sebab aku tahu Allah ciptakan manusia ni sempurna, setiap kejadian yang dia cipta ada hikmah dia. Bagi aku mungkin aku ni lembut, aku suka rapat dengan kawan, aku suka peluk kawan-kawan sebab aku hargai sangat orang yang hadir dalam hidup aku.
Kata ustaz Azhar tanda tinggi martabat sahabat itu apabila mereka mencium dahi sahabat tersebut dan peluknya. Jadi siapa yang pernah aku cium dahinya atau peluk tu bukan sebab aku gay ke apa tapi sebab aku sangat-sangat menghargai dan sayang korang dalam hidup aku ni. Kalau boleh nak sehidup semati bertapa bermakna dia tersebut dalam hidup aku.
Kita nak hargai sahabat bukannya ajak g karokea, lepak sana situ, bagi rokok, ajak hisap rokok sekali..tu merosakkan bagi aku. Bagi aku hargai sahabat ni cukup apa aku ada boleh bantu buat kebaikan dengan apa yang Allah bagi kelebihan pada aku ni.
Apepun Alhamdulillah aku seorang lelaki walaupun hadapi ujian macam-macam dari Allah. Benarlah Allah nak uji kita sejauh mana kita bersangka baik kepada Allah. Setiap apa yg terjadi pasti hikmah nya. Antara rahsia yang aku boleh kongsikan dengan korang bila orang kata kau pondan, gay, lesbian atau betina ke apa, ingat ni jer !!! Sesungguhnya Allah bersama dengan kita cuma kita tak nampak tapi kehadirannya kita boleh rasai apabila korang amalkan apa aku amalkan ni
Sentiasa solat berjemaah dimasjid, sentiasa sabar apa yg orang katakan pd kau dan berdoa moga dia jadi orang baik-baik. Sentiasa buat baik pada orang walaupun orang buat jahat kat kita. Amalkan Al-mathurat pagi dan petang, selalu ingat bahawa mati itu dekat dengan kita, dan paling penting sentiasa solat TAUBAT(seminggu sekali pun okey dah)
In Sha Allah bila korang boleh buat semua ni korang tak rasa apa-apa dah bila orang kata kat kau. Kerana Allah jaga kita dari bisikan syaitan, semua yang mengata kat kita tu adalah hasutan syaitan. Disebabkan iman dia tak kuat sebab tu dia boleh kata kat kita lembut.
Hari ni Alhamdulillah aku hidup dengan penuh kebahagian. Syukur pada Allah Az Zawwa Jalla, hari ni Allah bagi peluang aku travel dunia melihat kebesarannya dan jadi photographer cak ayam boleh tangkap kehebatan Allah sana sini. Mungkin ini adalah reward aku kerana banyak bersabar dari tomahan manusia selama ni. Alhamdulillah harini syukur sangat tiada apa mampu di ungkap. Hanya Allah yang tahu bahawa setiap perkara hitam kita lalui pasti Allah nak bagi nikmat yang lebih besar.
Jadi bagi mereka yang rasa bangga bila dipanggil gay, transgender, lgbt, lesbian what ever.. in Sha Allah cuba ingat balik mungkin korang pernah lalui zaman kegelapan macam aku lalui dahulu kala, tapi bila korang rapat dengan Allah maka korang akan rasa satu nikmat dimana korang tak pernah rasa sebelum nie.. in Sha Allah. Bangga la apa yg Allah cipta kamu sekarang kerana kesudahnnya pasti Allah bagi kemanisan, setiap Allah cipta tu mesti ada uniknya tersendiri, kalau semua sama Allah cipta kita-kita, tak rasa kita macam alien ke sejibik sama.
Last pesanan ikhlas buat lelaki-lelaki suka mengata tu, mungkin disebabkan mulut laser korang, mereka berubah menjadi tak sepatutnya. Jadi sama-sama jaga mulut laser korang tu mungkin kerana korang, dia menjadi macam tu. Jangan salahkan mereka kenapa berubah tapi salahkan diri sendiri kenapa mereka berubah. Ingat kalau disebabkan mulut korang dia berubah, dia boleh tarik kau sama-sama ke Neraka Allah (nauzubillah min zalik). Selagi mana kau tak maaf dia selagitu la kau akan dicampak ke neraka.
P/s : boleh share buat peringatan bersama
Ikhlas dari
Hakim Halim
REMAJA salute lelaki seperti Halim yang sudi berkongsi kisah hidupnya. Manusia yang hatinya rosak akan selalu judgemental orang tanpa sedar diri sendiri banyak kekurangan.