Siapa sahaja yang tidak suka tidur kan? Lebih-lebih lagi orang dewasa yang seharian sibuk mencari rezeki, apabila hari cuti mesti mereka cuba ambil peluang untuk menghabiskan masa dengan berehat atau pun tidur.
Tapi awas!! kalau korang tertidur dalam meeting atau ditempat kerja mesti korang dipandang serong oleh rakan sekerja. Silap-silap kena panggil dengan bos terus kan.
Jepun begitu terkenal dengan peraturan etika yang sangat kompleks. Bagi masyarakat dari negara-negara lain etika-etika ini pasti menjadi sesuatu yang sangat rumit tetapi tidak di Jepun, ia tidak menjadi suatu masalah yang besar.
Contohnya etika Inemuri di Jepun yang membenarkan pekerja tidur dalam mesyuarat dan ia adalah tanda kepada dedikasi bekerja. Serius???
Ads
Menurut Dr. Brigitte Steger dari Universiti Cambridge, beliau pertama kali menghadapi situasi ini ialah semasa pertama kali tinggal di Jepun pada akhir 1980-an semasa Jepun berada di puncak Bubble Economy, satu keadaan semasa harga saham dan hartanah menjadi terlampau mahal.
Pada ketika itu, pekerja bekerja tanpa henti kemudian tertidur semasa perjalanan ulang alik ke tempat kerja. Malah pelajar juga berjaga sehingga larut malam dan tertidur di dalam kelas.
Ini menjadikan tidur semasa di perjumpaan sosial semakin meluas dalam budaya Jepun.
Ads
Tapi tidak semua boleh tidur ye!
Dalam inemuri ada peraturan ia bergantung kepada status dalam tangga sosial.
Sebagai contoh, sekiranya anda seorang kakitangan yang baru menyertai syarikat tidak dibenarkan untuk tidur. Sebaliknya jika anda berusia 40-50 tahun dan topik yang dibincangkan tidak secara langsung merujuk kepada anda, maka anda dibenarkan untuk tidur.
Secara mudahnya, semakin tinggi tangga sosial anda, semakin banyak anda boleh tidur.
Selain daripada itu, dalam etika inemuri, seseorang itu mungkin ‘jauh’ daripada segi mental, namun mereka perlu kembali ke situasi sosial jika diperlukan. Inemuri di Jepun hampir sama dengan budaya di Sepanyol iaitu siesta; pemberian waktu rehat makan tengah hari yang panjang.
Ini kerana bagi mereka, ketidakseimbangan yang berlaku boleh memberikan kesan buruk bukan sahaja kepada syarikat disebabkan produktiviti yang semakin menurun, tetapi juga kepada pertumbuhan ekonomi negara.
Wah…bunyi menarikkan etika Inemuri di Jepun, tapi kalau korang rasa sesuai ke laksanakan ia di Malaysia?
Korang masih ingat dengan pemenang pingat emas berusia 14 tahun, Quan Hongchan yang pernah tular Ogos lalu susulan kemenangan pingat emas Sukan Olimpik Tokyo 2020 dalam acara terjun platform 10m individu wanita?
Quan Hongchan merupakan atlet termuda di antara 12 orang yang bertanding DAN dia muncul juara! Kemenangan itu juga merekod sejarah dalam bidang sukan di China. Dia kini ialah pemenang emas termuda yang pernah mewakili China dalam kejohanan sukan luar negara.
Gaya Hongchan yang tenang dan langsung tidak terbuai dengan skor ‘perfect 10’ yang beberapa kali dilakukannya telah membuatkan penonton seluruh dunia terkesima. Kisah hidupnya yang susah dan ingin memenangi emas untuk membantu kos perubatan ibunya membuatkan seluruh dunia lebih mengasihinya.
Selepas Sukan Olimpik, Quan Hongchan meneruskan kecemerlangan dengan merangkul 2 pingat emas dalam kejohanan kebangsaan di Xian, China baru-baru ini.
Remaja berusia 14 tahun ini cukup ceria sewaktu perarakan atlet di upacara pembukaan kejohanan kebangsaan China di Xian, dua minggu lalu.
Prestasi memberangsangkan ini membuatkan ramai rakyat China tertanya-tanya berapakah jumlah wang insentif yang akan diterimanya. Dia dilaporkan akan menerima ganjaran hingga 7 juta Yuan (lebih RM4.5 juta).
Jika di Malaysia, ganjaran untuk sekalung pingat emas Sukan Olimpik dan Sukan Paralimpik bernilai RM1 juta. Jadi tidak mustahil jika China menghadiahkan Quan Hongchan dengan nilai 7 juta Yuan.
Apapun, nasib baik remaja ini tidak ‘dikaburi’ kemewahan yang datang secara tiba-tiba. Lihatlah betapa gembiranya Hongchan semasa melawat sebuah zoo di China untuk KALI PERTAMA dalam hidupnya sambil ditemani penerjun senior, Chen Aisen.
Chen Aisen (kiri) juga merupakan pemenang pingat perak di Sukan Olimpik Tokyo 2020 bagi acara 10m platform seiringan lelaki.
Khabarnya, Quan Hongchan dan ayahnya juga telah menolak semua tawaran lumayan yang datang selepas Sukan Olimpik termasuklah peluang memiliki sebuah rancangan televisyen realitinya sendiri di China yang dilaporkan bernilai 10 juta Yuan! Fuhh..*kaching*
Ayah Quan Hongchan.
Baguslah jika pasangan anak-beranak ini fokus dengan bidang sukan saja. Lagipun, Quan Hongchan baru saja menerima peningkatan elaun bulanan sebagai atlet kebangsaan China. Itu sudah lebih daripada memadai untuk membiarkannya dan keluarga hidup secara selesa.
Kalau korang pernah melancong ke Jepun, pastinya korang pernah singgah ke kedai Don Don Donki kan? Selain seleksi pelbagai barangan yang dijual, Don Don Donki juga menawarkan harga yang jauh lebih murah berbanding pasar raya lain.
Rangkaian pasar raya ini telah pun mempunyai beberapa cawangan di Asia Tenggara, termasuklah 8 cawangan di Singapura, 7 di Hong Kong, 2 di Thailand dan 1 di Taiwan. Kini, Don Don Donki telah pun membuka cawangan pertamanya di Malaysia, bertempat di Lot 10, Kuala Lumpur.
Don Don Donki menawarkan rangkaian produk barangan dan makanan yang dimport dari Jepun. Ia dijangka bakal menarik perhatian masyarakat Malaysia, khususnya mereka yang merindui untuk melancong ke negara matahari terbit itu.
Antara yang menarik perhatian kami adalah barangan makanan kerana terdapat pelbagai jenis makanan yang ‘rare’ dan korang takkan jumpa di Malaysia. Hiks! Jepun juga terkenal dengan koleksi coklat KitKat, jadi di Don Don Donki ini, korang boleh mendapatkan pelbagai variasi KitKat istimewa.
Semua bungkusan ditulis dalam bahasa Jepun, namun dibelakang produk makanan itu dilekat dengan pelekat yang memberi informasi tentang kandungan yang terdapat dalam setiap produk tersebut. Pekerja di situ sangat ramah dan membantu, dan sekiranya korang ingin bertanyakan soal isu halal atau tidak, mereka sedia memberikan penerangan.
Selain daripada barangan makanan, Don Don Donki yang dibina setinggi tiga tingkat ini juga mempunyai jualan bahagian kosmetik, barangan kecergasan, produk elektronik dan banyak lagi.
Paling istimewa, ia dibuka dibuka selama 24 jam setiap hari, namun disebabkan kita masih lagi berhadapan dengan situasi pandemik COVID-19, Don Don Donki dibuka pada jam 8 pagi hingga 12 tengah malam.
So guys, apa kata hujung minggu ni korang datang sendiri ke Lot 10, Kuala Lumpur bagi menikmati pengalaman seakan membeli-belah di Jepun. Hiks!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Semalam tular di media sosial apabila pelakon Hollywood, Will Smith menampar Chris Rock di pentas Oscar gara-gara berjenaka tentang kepala botak Jada Pinkett, isteri kepada Smith.
Tahukah korang sebenarnya Jada berkepala botak kerana mengalami alopecia? Apa itu alopecia? Ia adalah kondisi di mana seseorang itu mempunyai masalah kehilangan rambut (atau bulu). Secara normalnya, rambut manusia boleh gugur sebanyak 50-100 helai sehari, tetapi sekiranya rambut gugur melebihi 100 helai sehari ada kemungkinan individu tersebut mengalami alopecia.
Menurut Public Health Malaysia, untuk wanita biasanya masalah ini disebabkan faktor diet pemakanan tidak seimbang, stres, penggunaan pemanas rambut yang kerap atau rambut gugur selepas bersalin. Manakala, untuk lelaki pula masalah ini disebabkan oleh faktor genetik, umur dan ketidakseimbangan hormon. Antara punca-punca lain adalah seperti hormon, jangkitan (kulat/bakteria), masalah imun/ekzema dan malnutrisi (kurang zat).
Adakah alopecia ni masalah yang kekal? Jika tidak kekal, apa rawatan yang ada untuk merawatnya?
Pengurusan stress: susun masa, cukupkan rehat, pengawalan emosi dan gaya hidup.
Hentikan pengambilan steroid anabolik (jika ada menggunakannya)
Pengambilan diet yang lebih seimbang dan teratur. Kurangkan makanan ringan.
Jika puncanya jangkitan kulat di kulit kepala, ubatnya antifungal. Jika bakteria, antibiotik.
Jika berpunca dari masalah autoimmune maka perlukan ubat mengawal respon imuniti.
Sekiranya korang sudah melakukan cara-cara seperti itu tetapi tiada perubahan, maka dinasihatkan untuk berbincang dengan doktor tentang Minoxidil 5% (serum), Fenesteride (pil) dan lain-lain. Fenesteride biasa diberi pada pesakit lelaki sahaja. Ubat-ubat ini perlu pengambilan berterusan untuk menampakkan hasil.
Andai kata rawatan dengan ubat masih tidak mampu mendapatkan hasil yang diharapkan, maka pilihan terakhir adalah hair transplant (tanam rambut). Doktor akan mengambil rambut di kawasan yang tidak botak dan pindahkan (tanam) di kawasan yang botak. Maknanya guna rambut sendiri sahaja.
Secara kesimpulannya, masalah ini mempunyai pelbagai punca dan bukan sekadar menjejaskan penampilan fizikal. Ia boleh mengganggu emosi dan keyakinan diri individu yang mengalaminya. Jadi, topik ini sebenarnya tidak sesuai untuk dijadikan bahan jenaka, apa lagi di majlis besar yang dilakukan secara langsung.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.