Personaliti televisyen, Aidid Marcello meluahkan rasa syukur dan gembira apabila anak lelakinya, Muhammad Iman Marcello berjaya menghafal 30 juzuk Al-Quran dalam tempoh hanya 11 bulan.
Menerusi perkongsian di entri Instagram miliknya, Aidid menyifatkan kejayaan tersebut sebagai hadiah paling bermakna untuknya dan isteri.
“Alhamdulillah. Terima kasih Allah. Bagi kami ayah dan ibu, tiada apa lagi hadiah yang lebih berharga jika nak dibandingkan dengan apa yang Iman berikan kepada kami. Terima kasih Iman kerana menjadi anak yang taat dan berjaya mengharungi pelbagai ujian dan cabaran sepanjang proses hafazan ni.
“Semoga Iman terus berjaya dan jadikan al-Quran sebagai sahabat terbaik sehingga ke penghujung usia. Jangan lupa daddy dan mummy bila kami dah tiada nanti.
Ads
“Ingat, Iman anak sulung lelaki kami. Bacaan Quran dan doa anak yang soleh sahaja yang mampu membantu kami kelak,” coretnya panjang lebar.
Ads
Iman berjaya menghafal 30 juzuk al-Quran selepas mengikuti Akademi al-Quran Amalillah (AKMAL).
Menerusi video sama, isterinya yang juga bekas personaliti televisyen, Norzie Pak Wan Cik dilihat mengalirkan airmatanya tanda bangga buat putera sulungnya itu.
Ads
Hasil perkongsian hidup bersama, mereka dikurniakan empat orang anak iaitu Alyea Nai Lina berusia, Muhammad Iman, Muhammad Yusuf dan Muhammad Ibrahim.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu, menyeru rakyat untuk menggunakan ruang di rumah masing-masing bagi menanam sayuran. Langkah ini dilihat sebagai satu cara untuk mengurangkan kebergantungan terhadap bekalan import susulan ketidaktentuan geopolitik di Asia Barat.
Beliau menjelaskan bahawa konflik geopolitik bukan sahaja isu luar negara, malah kesannya boleh menjejaskan rantaian bekalan makanan global. Walaupun kesan tersebut mungkin tidak dirasai secara langsung, gangguan berterusan boleh sampai ke meja makan rakyat.
“Tanam Apa Yang Mampu, Walaupun Ruang Terhad”
“Sebab itu, Bang Mat hendak ajak semua, kalau ada ruang walaupun kecil di rumah, tanamlah apa yang mampu. Cili, sayur, ulam. Sedikit sebanyak boleh bantu kurangkan kebergantungan dan dalam masa sama jadi satu usaha yang bermanfaat untuk keluarga,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.
Buktikan Ruang Terhad Bukan Halangan
Pada Disember lepas, Mohamad membuktikan bahawa ruang tanah terhad bukan alasan untuk tidak bercucuk tanam. Beliau berjaya memanfaatkan tanah di sekeliling rumah untuk menanam tanaman seperti pandan dan ulam raja.
Beliau juga berkongsi pelbagai hasil tanaman yang dinikmati selepas kejayaan menternak ikan tilapia dan menanam bawang Rose Ehsan beberapa bulan sebelumnya.
Kerajaan Terus Perkukuh Sistem Makanan Negara
Selain usaha individu, Mohamad menegaskan bahawa kerajaan akan terus memperkukuh sistem makanan negara bagi memastikan bekalan mencukupi dan akses rakyat sentiasa terjamin.
“Ini tanggungjawab yang sedang dan akan terus kita laksanakan. Yang penting, kita sama-sama ambil peranan. Mulakan dengan apa yang ada. Insya-ALLAH, usaha kecil hari ini akan jadi kekuatan besar untuk masa depan,” kongsinya lagi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Undang-undang baharu yang dikuatkuasakan bermula tahun ini dilihat mampu mendidik pemilik haiwan peliharaan agar lebih bertanggungjawab, khususnya dalam menjaga kebersihan persekitaran awam.
Menerusi pelaksanaan Undang-Undang Najis Haiwan 2026, tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pemilik haiwan yang membiarkan najis haiwan peliharaan mereka di tempat awam sehingga mengganggu ketenteraman dan keselesaan orang ramai.
Langkah ini mencerminkan kesungguhan pihak berkuasa tempatan (PBT) dalam memastikan persekitaran awam kekal bersih, selamat dan selesa untuk semua lapisan masyarakat.
gambar AI
Denda Sehingga RM10,000 Bermula Januari 2026
Bermula Januari 2026, individu yang didapati bersalah di bawah Undang-Undang Najis Haiwan 2026 boleh dikenakan denda maksimum sehingga RM10,000 oleh pihak berkuasa tempatan.
Penguatkuasaan ini melibatkan kawasan awam seperti taman permainan, laluan pejalan kaki, kawasan perumahan dan mana-mana ruang yang digunakan bersama oleh orang ramai.
Tindakan ini diambil susulan peningkatan aduan penduduk mengenai najis haiwan yang dibiarkan merata-rata sehingga menjejaskan keselesaan hidup komuniti setempat.
Demi Disiplin & Tanggungjawab Sivik
Pelaksanaan Undang-Undang Najis Haiwan 2026 bukan sekadar bertujuan menghukum, sebaliknya mendidik masyarakat agar lebih berdisiplin serta bertanggungjawab terhadap kebersihan persekitaran bersama.
Najis haiwan yang dibiarkan di kawasan kejiranan bukan sahaja menimbulkan bau busuk dan rasa tidak selesa, malah berpotensi menjejaskan kesihatan awam.
Ia boleh menjadi punca pembiakan bakteria, parasit dan penyakit yang memberi risiko khususnya kepada kanak-kanak, warga emas serta individu berisiko tinggi.
Najis Haiwan Kini Dikategorikan Sebagai ‘Sampah’
Sebelum ini, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming menjelaskan bahawa menerusi pindaan undang-undang kementerian yang diluluskan pada Julai 2025, najis haiwan secara rasmi dikategorikan sebagai ‘sampah’.
Pengkategorian ini membolehkan penguatkuasaan Undang-Undang Najis Haiwan 2026 dilaksanakan dengan lebih berkesan, termasuk mengenakan tindakan undang-undang terhadap pemilik haiwan yang gagal membersihkan najis haiwan peliharaan mereka.
Langkah ini selari dengan amalan di banyak negara maju yang menekankan kebersihan awam sebagai tanggungjawab bersama.
Gambar Hiasan ( Anjing Terbiar)
Warga Asing Turut Tidak Terkecuali
Menariknya, peraturan ini turut dikuatkuasakan ke atas warga asing yang menetap atau berada di negara ini.
Bermula 1 Januari 2026, pemilik haiwan peliharaan termasuk warga asing yang sengaja membiarkan najis haiwan di tempat awam boleh dikenakan tindakan tegas tanpa sebarang pengecualian.
Individu yang gagal mematuhi peraturan ini berdepan denda antara RM3,000 hingga RM10,000, selain berkemungkinan dikenakan hukuman khidmat masyarakat sebagai langkah mendidik dan memberi kesedaran.
Sayang Haiwan, Jaga Kebersihan Bersama
Pemilikan haiwan peliharaan bukan sekadar soal kasih sayang, tetapi juga amanah dan tanggungjawab terhadap masyarakat sekeliling.
Membersihkan najis haiwan mungkin kelihatan sebagai perkara kecil, namun impaknya bes
Baru-baru ini, bekas jaguh badminton negara, Datuk Tan Yee Khan, dilaporkan meninggal dunia pada usia 85 tahun, sekaligus meninggalkan kesan mendalam terhadap arena sukan tanah air.
Memetik laporan Bernama, pemergian legenda beregu yang pernah menjulang Piala Thomas 1967 di Jakarta itu disahkan oleh Timbalan Presiden I Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk V. Subramaniam.
Menurut Datuk Subramaniam, kehilangan Yee Khan merupakan satu tamparan besar buat komuniti badminton negara yang selama ini menjadikan mendiang sebagai ikon dan rujukan sepanjang zaman.
“Bagi pihak BAM, saya ingin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang. Kita telah kehilangan seorang legenda yang merupakan antara pelopor badminton negara pada awal 1960-an,” katanya.
Beliau turut menegaskan bahawa pencapaian serta dedikasi Yee Khan dalam sukan badminton telah membuka laluan luas kepada generasi baru untuk mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa.
Selain kejayaan bersejarah memenangi Piala Thomas edisi 1967, Yee Khan juga dikenang sebagai sebahagian daripada pasangan beregu lelaki paling digeruni dunia pada era 1960-an bersama gandingannya, mendiang Datuk Ng Boon Bee.
Gandingan unggul itu meraih pingat emas Sukan Asia pada edisi 1962 dan 1966, muncul juara All England pada 1965 dan 1966 serta menjuarai Kejuaraan Asia pada 1965.
Mendiang juga pernah mencatat kejayaan cemerlang di peringkat serantau apabila memenangi emas Sukan SEA pada 1961, 1965 dan 1967, selain mengumpul lima gelaran Terbuka Malaysia sepanjang karier gemilangnya.
Sumber: Bernama
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Iklan promosi CelcomDigi Sepak Takraw League 2026 mencuri perhatian di Bangsar menerusi papan iklan digital kreatif Sooka yang memaparkan aksi saling melibas.