Baru saja drama lakonannya dalam Setelah Terlafaznya Akad selesai, kini Alip Muhaimin pemenang Hero Remaja 2017 sudah muncul dengan drama terbarunya, Sara Sajeeda yang bakal disiarkan malam ini.
Alhamdulillah sudah tertulis rezeki Alif nampaknya kerana dapat beraksi back to back di kaca TV. Berbeza dengan watak yang dilakonkan sebelum ini, dalam drama Sara Sajeeda Alif memegang watak sebagai Khalif, adik kepada Sara yang dilakonkan oleh Tiz Zaqyah.
“Jika sebelum ni Alif melakonkan watak anak muda yang sememangnya lebih kepada diri Alif sendiri, dalam drama ini pula Alif kena menjadi seorang yang jauh lebih matang,”
“Khalif merupakan seorang pelajar dan adik kepada Sara iaitu seorang pensyarah undang-undang. Khalif menaruh perasaan terhadap kawan baik kakaknya sendiri, Nelissa (Fouziah Gous) yang juga merupakan pensyarah di universitinya,” jelas Alif.
Berpeluang berlakon bersama pelakon-pelakon hebat tanah air, Alif berasa sangat bertuah dan bersyukur kerana dapat menimba pengalaman berlakon dengan individu yang dia sanjungi.
“Dalam set penggambaran Sara Sajeeda, Fouziah Gous dan Tiz Zaqyah banyak membantu Alif untuk menjayakan watak Khalif. Bukan mudah juga nak bawa watak ni sebab semua orang tahu yang Alif ni seorang yang ‘gila-gila’. Bila dah jadi Khalif, Alif perlu lebih matang dan fokus kepada keluarga kerana dalam watak ini Alif akan bergelar seorang suami,” jelasnya lagi.
“Selain itu, dalam drama terbaru ini juga, Alif dapat merasa perbezaannya kerana berpeluang berlakon menggunakan bahasa Inggeris juga. Drama ini mengisahkan tentang dua dunia, Malaysia dan Pakistan. Jadi dari situ Alif kena berbahasa Inggeris untuk beraksi bersama pelakon dari Pakistan, Arslan Butt.
Suka pasangan lebih berusia
Berlakon menjadi seorang suami di dalam drama ini, sudah tentu ia merupakan pengalaman berbeza buat Alif. Ditanya apakah pendapatnya tentang bercinta dengan pasangan lebih berusia, Alif mengaku bahawa dia memang suka kepada wanita yang lebih berusia daripadanya.
Ads
“Alif memang suka berkawan dengan perempuan matang kerana bila bersama mereka kita pun jadi matang juga. Berbual dengan topik-topik yang lebih serius, contohnya tentang bisnes dan perancangan masa hadapan,”
“Wanita berusia juga seorang yang bertanggungjawab. Tak ada masa nak berfoya-foya dan kalau tanya Alif sama ada okay atau tidak untuk memilih pasangan yang lebih berusia, memang Alif taka da masalah jika sudah jodoh kerana Alif suka orang yang matang, memahami dan dapat menjaga kita dengan baik,” jawab Alif.
Kalau korang nak tengok macam mana agaknya Alif melakonkan watak seorang lelaki matang yang bergelar suami, jangan lupa saksikan drama Sara Sajeeda setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam di TV3.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Di negeri matahari terbit ini, kadar bunuh diri pada tahun 2020 telah meningkat dengan mendadak berbanding sebelas tahun lalu. Bahkan kes kematian akibat bunuh diri pada tahun lalu lebih tinggi dari kes kematian yang disebabkan oleh virus Covid-19.
Tetsushi Sakamoto telah dilantik oleh Perdana Menteri pada awal bulan ini bagi mengatasi masalah kes bunuh diri yang semakin meruncing. Antara portfolio yang harus digalas oleh Sakamoto adalah mengurangkan kesunyian dan juga pengasingan sosial yang berlaku dalam kalangan masyarakat. Sebelum ini Sakamoto telah memegang tugas untuk mengatasi masalah kelahiran yang rendah.
Kesunyian telah lama menjadi masalah di Jepun sehinggakan ada terma khas untuk masalah ini yang degelar sebagai ’hikikomori’, atau orang yang hidup dalam pengasingan sosial yang melampau. Pelbagai cara telah dilakukan untuk mengatasi masalah ini.
Sesetengah pihak telah berusaha untuk membuat penyelesaian yang luas untuk masalah ini termasuklah ada sekumpulan jurutera yang membina robot untuk memegang tangan seseorang apabila mereka berasa kesunyian dan ada juga individu yang membayar orang untuk tidak melakukan apa-apa selain menemani mereka.
Satu berita duka untuk umat Islam apabila mengikut laporan Quds News Network, Masjid Al-Aqsa dalam keadaan bahaya apabila daerah tempat tinggal kaum Israel di Jerusalem dikhabarkan mengalami kebakaran.
Angin yang bertiup di daerah itu membuatkan kawasan tersebut semakin dijilat api dan merebak ke kawasan-kawasan lain yang berdekatan.Sementara itu, api telah mula merebak di kawasan hutan di bahagian barat, bersebelahan Masjid Al-Aqsa.
Dilaporkan juga, 13 jet pemadam kebakaran telah diterbangkan untuk mengelakkan api daripada merebak, namun setakat ini kebakaran masih belum dapat dikawal.
Gambar: Quds News NetworkGambar: Quds News NetworkGambar: Quds News NetworkKredit Foto : Via www.timesofisrael.com Photo by Yonatan Sindel/Flash90
🇮🇱 The huge forest fire west of #Jerusalem now. Thousands are being evacuated from the villages and communities in its path. 10 fire fighting planes and firemen from across the country are battling the blaze thats out of control. #PrayForJerusalempic.twitter.com/lBoGgpwMo1
Menurut info, api tersebut bermula di kawasan kependudukan Beit Meir, Ksalon, Ramat Razeil, dan Givat Ye’arim. Pun begitu, pihak berkuasa Israel telah melakukan evakuasi terhadap penduduk terjejas.
Sebagaimana kita tahu, Baitulmaqdis adalah tempat suci ketiga umat Islam, selepas Makkah dan Madinah. Di situ jugalah tempat Rasulullah SAW melalui proses israk dan mikraj. Di sini juga Baginda menjadi Imam kepada para Nabi pada malam tersebut. Di sini juga banyak fadhilat apabila bersolat di Masjid Al-Quds.
Mari la kita sama-sama doakan keselamatan Masjid Al-Aqsa dan semoga “Kiblat Pertama Umat Islam” ini dilindungiNYA.
Sebelum ini, Israel yang disokong oleh Amerika Syarikat berjaya memindahkan pusat pentadbirannya dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis yang dianggap sebagai kota suci umat Islam.
Inilah kerajaan yang prihatin kepada nasib rakyat yang sebahagiannya masih bergelut mencari rezeki akibat COVID-19.
Dalam Perutusan Khas Kita Prihatin sebentar tadi, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kerajaan bakal memberikan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 susulan dari BPN sebelum ini kepada golongan yang layak.
Ia membabitkan peruntukan hampir RM7 bilion untuk empat kumpulan rakyat.
Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kumpulan pertama yang akan menerima bantuan tambahan RM1,000 ialah golongan B40 seramai 3.7 juta isi rumah.
"Kedua RM500 kepada 3.8 juta kumpulan B40 bujang; ketiga adalah RM600 kepada hampir 1.4 juta isi rumah M40.
"Manakala kumpulan keempat adalah 1.7 juta kumpulan M40 yang akan menerima RM300," katanya dalam Perutusan Khas Kita Prihatin, hari ini.
Beliau berkata, bayaran BPN 2.0 akan dibuat dalam dua ansuran, iaitu pada hujung Oktober dan keduanya, pada Januari 2021.
Katanya, golongan B40 yang menerima RM700 dan RM300 akan menerima bayaran ansuran pertama.
"Tiada permohonan yang perlu dibuat untuk mendapatkan bantuan BPN 2.0. Kerajaan akan menyalurkan bantuan secara terus kepada 10.6 juta penerima yang telah diluluskan di bawah BPN sebelum ini," katanya. Sumber : Harian Metro. Foto : BERNAMA
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Graduan universiti, ada ijazah, kerja pejabat 9-5, tapi gaji masih bawahRM3,000 sebulan. Inilah realitinya yang sedang dihadapi oleh ramai anak muda di Malaysia terutama yang...