Satu dunia teruja dengan perkongsian gambar di Instagram Justin Bieber dengan menunjukkan perut isterinya, Hailey yang semakin membesar hamil anak pertama mereka.
Pasangan ini telah memperbaharui ikrar perkahwinan mereka. Bukan itu sahaja, kedua-dua mereka mengejutkan orang ramai dengan berita kehamilan Hailey!
Untuk momen intim mereka di Hawaii, Hailey mengenakan gaun renda putih off-shoulder dari Saint Laurent.
Gaun putih Saint Laurent yang direka oleh Anthony Vaccarello itu menampilkan garis leher off-shoulder, fitted top, lengan panjang dan skirt renda paras lantai.
Semasa memperbaharui ikrar perkahwinan mereka, Hailey turut menggayakan veil putih yang diikat seperti selendang di kepalanya, kaca mata hitam Saint Laurent, jam tangan emas dan barang kemas Tiffany & Co yang sepadan dengan Justin.
Ads
Manakala Justin pula memakai, t-shirt putih, seluar hitam, topi besbol dan fuzzy bomber jacket daripada Saint Laurent.
Ads
Untuk info, gaun busana pengantinnya dulu pun direka oleh Virgil Abloh. Ia sangat chic dan menyerlahkan seri penampilannya di hari bahagia itu!
Ads
Dah nampak ‘baby bump’ tu. Tahniah Justin dan Hailey Bieber!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Walaupun ada di antara khusus bagi sambutan perayaan Natal di seluruh dunia pada bulan Disember, namun kami merasakan tidak salah untuk sesiapa saja merebut tawaran edisi terhad ini. You have been through a looong year for 2020, why don’t you give yourself a little reward?
Ini adalah 4 lagi koleksi edisi terhad musim cuti pilihan REMAJA.
Drunk Elephant Holiday 2020
Jenama eksklusif ini membawakan 3 kit percutian iaitu Dewy, Firmy dan Glowy. Masing-masing didatangkan dengan compact mirror manakala produk dalam setiap kit berbeza mengikut keperluan kulit korang.
Dewy (The Polupeptide Kit) akan kembali memberi khasiat kepada kulit, mengurangkan kedutan dan melembapkan kulit sebaik mungkin. Firmy (The Day Kit) pula adalah pilihan utama kami untuk memulakan rutin pagi dengan kandungan antioksidan dan memastikan kulit bertenaga sepanjang hari.
Manakala Glowy (The Night Kit) mampu membersihkan segala kotoran, sel kulit mati, kesan minyak dan kembali menyerikan semula lapisan kulit pada waktu malam.
Kesemuanya kit Drunk Elephant ini boleh didapati di stor Sephora dan secara online DI SINI.
innisfree Green Holidays
Pada setiap tahun, koleksi musim percutian innisfree pasti tidak akan mengecewakan peminat jenama itu. 2020 tidak terkecuali walaupun dunia sedang dilanda musim pandemik. Ceriakan semula akhir tahun masing-masing dengan koleksi edisi terhad innisfree Green Holidays.
Istimewanya untuk 2020, innisfree telah berkolaborasi bersama pereka dan artis dari Los Angeles, Steven Harrington untuk rekaan packaging yang comel – as expected!
Antara produk yang boleh korang miliki daripada koleksi Green Holidays ini adalah dua jenis perfumed diffuser, Green Tea Seed serum bersaiz jumbo, Jeju Orchid encriched cream, Jeju Root Energy mask set, Winter Glow skin set, Green Holidays Glam Mood Palette, Green Holidays my lip balm set, Green Holidays perfumed hand cream set dan Jelly Balm Crayon.
Menariknya, sebahagian daripada hasil jualan koleksi innisfree Green Holidays ini akan disalurkan kepada dana World Vision’s Malaysia Assistance untuk membantu perkembangan komuniti kanak-kanak di Mukim Tulid dan Mukim Tatalaan, Sabah.
Koleksi ini boleh didapati di semua stor innisfree dan secara online DI SINI.
Rangkaian Lush Makeup mungkin masih baru jika ingin dibandingkan dengan jenama solekan lain. Namun dengan idea Lush untuk menghasilkan produk secara mesra-alam, you have got to love it.
Lush Christmas Makeup 2020 umpamanya adalah bersifat cruelty-free, packaging-nya diperbuat daripada bahan kitar semula dan ia boleh digunakan semula dalam bentuk refillable lipstick case.
Gincu RM60 setiap satu.
Untuk koleksi musim cuti ini, Lush Makeup memperkenalkan 3 varian gincu iaitu Treasured (glitter keemasan), Ruby (merah metalik) dan Midnight (ungu). Masing-masing memberikan tekstur kemasa matte dan mudah dicalit pada bibir.
Snow Fairy Glow Stick RM80.
Selain itu, satu lagi produk yang boleh korang miliki ialah Snow Fairy Glow Stick iaitu highlighter yang memberikan wajah seri semasa musim percutian. Korang boleh dapatkan kesemuanya di stor Lush bermula 27 November ini.
Dr. Jart+
Istimewa untuk akhir tahun 2020, Dr. Jart+ menyediakan bukan satu tetapi DUA produk dalam 1 pek. Dua jenis krim yang laris dijual oleh jenama ini disatukan untuk memberi manfaat kepada kulit korang. Ini termasuklah Dr. Jart+ Cicapair Cream dan Dr. Jart+ Ceramidin Cream.
Kombinasi produk ini disatukan dalam pek musim percutian pada harga RM195..
Kedua-dua jenis krim ini adalah khas untuk melembapkan kulit yang selalunya kering, untuk meredakan kemerahan pada kulit yang sensitif dan memastikan kulit dilindungi daripada ancaman cuaca yang tidak menentu.
Ia boleh didapati di kesemua stor Sephora dan secara online DI SINI.
*
Musim percutian juga tidak lengkap tanpa koleksi pakaian edisi terhad. Ini adalah 6 jenama pilihan REMAJA.
Pejam celik pejam celik, minggu depan kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri Bersama yang tersayang. Maklumlah dah sebulan berpuasa, mestilah kita mahu meraikan hari istimewa ini dengan memasak juadah istimewa, memakai pakaian yang cantik belaka dan semestinya yang anak dara mahu bersolek sakan.
Bersolek di pagi raya semestinya aktiviti yang paling dinanti terutama jika anda mempunyai ramai sepupu dan saudara perempuan lain yang turut mahu kelihatan cantik berseri. Namun, lambakan alat solek dan kecantikan di luar sana merungsingkan anda? Tak tahu nak beli dan guna yang mana?
Jangan risau, Remaja kali ini akan berkongsi senarai produk mekap yang wajib dibeli untuk menjamin selfie raya yang berseri dan tahan lama.
Untuk dapatkan hasil mekap yang cantik, bukan sahaja kualiti produk perlu diutamakan namun anda juga perlu sentiasa berlatih untuk memantapkan lagi kemahiran bersolek yang ada. Jangan lupa juga untuk beli produk-produk ini di Watson dan Guardian berhampiran sebab selalunya bila nak dekat raya ni, mereka giat jalankan promosi pemotongan harga!
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Konflik yang berlaku usai berlabuhnya tirai pertandingan ratu cantik, Miss Grand International 2024 baru-baru ini seakan merobek momen kemenangan Rachel Gupta dari India selaku juara edisi 2024-nya.
Ini susulan penarikan semula gelaran pemenang tempat ketiga oleh pihak organisasi Miss Grand International daripada wakil Myanmar, Thae Su Nyein atas dasar tingkah laku tidak senonoh dan perlakuan di khalayak umum yang melanggar beberapa peraturan yang ditetapkan oleh organisasi.
Tingkah laku tersebut merujuk kepada bagaimana Thae yang baru berusia 18 tahun menangis dan berteriak selepas turun dari pentas utama. Gadis itu juga terpaksa ‘digendong’ oleh pasukan Myanmar untuk keluar dari dewan pertandingan sambil mahkota serta selempangnya dirampas oleh pengarah kebangsaannya.
Lalu, ramai pemerhati yang merasakan faktor usia mudanya sebagai punca kepada episod ‘breakdown’ di dalam dewan tersebut.
Bagaimanapun, jika diamati sejarah kemenangan dunia ratu cantik sejak era 90-an hingga tahun lalu, sudah ramai juara berusia 18 tahun yang ditabalkan di pentas berprestij termasuklah Miss Universe, Miss World, Miss Earth dan Miss International .
Jom kita lihat sembilan orang ratu pilihan REMAJA yang memenangi gelaran juara masing-masing ketika berusia 18 tahun dan mampu menunjukkan kematangan yang menyakinkan sewaktu menang dan sepanjang tempoh mereka menggalas gelaran tersebut.