Pelakon dan usahawan jelita, Nur Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin memang dikenali dengan perwatakannya yang sangat lembut serta sering merendah diri. Baru-baru ini, selebriti ini telah berkunjung ke Institut Kanser Negara dan juga melawat mangsa keganasan rumah tangga yang koma dipukul suami.
Gelagat mesra Fazura bersama suaminya, Fattah Amin yang tampak sangat penyayang melayan pesakit-pesakit kanser di Institut Kanser Negara telah tular di aplikasi TikTok baru-baru ini.
Menerusi video pendek berdurasi 12 saat yang dimuat naik oleh seorang pengguna @fazuralovers di laman TikToknya itu; aktres itu tidak dapat menahan sebak ketika sedang melawat seorang pesakit dan terlihat mesra melayani staf di institut berkenaan.
Netizen berpendapat bahawa Fazura seakan tidak kekok dan begitu merendah diri dalam melayan pesakit kanser meskipun dirinya merupakan seorang selebriti berpengaruh besar dalam industri hiburan. Disamping itu, Fazura turut dilihat selesa melayan staf-staf Institut berkenaan yang mahu mengambil gambar dengannya.
Dibanjiri Pujian Daripada Netizen
Susulan itu, menjengah ke ruangan komen, ramai dalam kalangan peminat Fazura kagum melihat sikap aktres Gol dan Gincu ini.
Tambahan itu, Fazura dan Fattah Amin turut turun untuk melawat mangsa belasahan suami sendiri iaitu Jahidah Nordin baru-baru ini. Untuk pengetahuan pembaca Remaja, Jahidah Nordin telah terlantar koma disebabkan kecederaan parah pada kepala dengan tengkorak terpaksa dibuang akibat pendarahan selain rahang, tulang belakang serta rusuk retak akibat dipukul suaminya yang berusia 38 tahun.
Foto: Facebook milik Fauziah, adik Jahidah.
Menurut satu laman portal berita, sifat mesra dan prihatin Fazura yang datang bersama suaminya Fattah Amin jelas terpancar ketika melawat mangsa tersebut. Perkara ini dikongsikan Fauziah iaitu adik mangsa.
Dia juga memaklumkan melalui laman Facebooknya yang Fazura menangis serta tidak sanggup melihat keadaan kakaknya (Jahidah), yang terlantar.
“Masa nak masuk bilik tengok kakak, Fazura tak boleh nak masuk sebab dia dah sebak menangis di luar bilik, tak sanggup tengok keadaan kak Jahidah.” jelasnya.
“Walaupun kedua-dua selebriti itu orang terkenal, tetapi sangat merendah diri kerana sanggup datang melawat kak Jahidah dan Nufail, memang pemurah sangat dia.” tambahnya lagi.
Wah, memang sangat merendah diri. Patutlah ramai yang turut menyayangi pelakon ini. Malahan, sebelum ini Faz juga telah berbelanja lebih puluhan beg jenama mewah Coach; untuk dihadiahkan buat stafnya. Tak lekang cerita baik Fazura yang sentiasa membantu orang ramai. Sememangnya queen di hati semua orang. Personaliti Faz yang baik ini wajar dijadikan inspirasi ramai. Keep inspiring!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Siapa tidak kenal dengan anak seni berbakat besar seorang ini. Bakat lakonannya sering menjadi perhatian ramai apabila sering kali mewarnai layar skrin menerusi naskhah tempatan.
Fazlina Ahmad Daud, pelakon yang merupakan adik kepada pelakon terkenal, Fauziah Ahmad Daud ini menerima dengan tangan yang luas kehadiran pendatang baharu dalam industri seni tanah air.
Ujarnya, para pelakon senior haruslah menerima dan memberi sokongan yang baik buat mereka yang baru sahaja hendak bertatih mengenali industri ini.
“Siapa saya untuk menidakkan rezeki orang lain? Itu adalah rezeki mereka. Saya perlu menerima kehadiran mereka dengan baik dan memberikan sokongan.
“Sebagai pelakon senior, saya kena membantu mereka juga. Cuma saya berharap pendatang-pendatang baharu ini, sebelum menjejakkan kaki dalam industri, pergilah kelas untuk menuntut ilmu.
“Terlalu ramai cikgu-cikgu lakonan yang anda boleh timba ilmu untuk mempersiapkan diri. Sekurang-kurangnya biar ada asas dalam bidang lakonan. Jadi mereka perlu sedar diri dan sedar ruang sebelum memasuki industri. Ingat, bakat boleh diasah,” katanya kepada Remaja.
Bertanya pula mengenai caranya berdepan dengan kecaman oleh jabatan netizen yang dilhat semakin lantang mengkritik dalam media sosial.
Dia bagaimanapun enggan mengambil pusing dengan segala komen negatif yang dilemparkan mereka.
“Sejujurnya saya tidak akan ambil hati. Mereka (netizen) berhak untuk bercakap apa sahaja. Terpulang pada mereka.
“Sebenarnya, berbalik pada kita sama ada untuk menerima dengan baik atau memeningkan kepada dengan memikirkan tentang komen-komen netizen.
“Itu adalah hak kebebasan bersuara. Semua orang punya hak untuk meninggalkan komen dan mengeluarkan apa sahaja yang terbuku dalam hati dan minda mereka. Cuma saya minta, hormatilah satu sama lain,” kongsinya lagi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Itulah peribahasa yang sesuai digambarkan setelah menonton sebuah video viral di Tik Tok yang berkongsi gambar anak lelaki empat selebriti Bollywood terkenal dunia.
Siapa sangka rupa-rupanya pelakon legend Shah Rukh Khan (SRK), Saif Ali Khan, Akshay Kumar dan Sunil Shetty mempunyai anak lelaki remaja yang berwajah kacak.
Namun begitu, kami pasti mungkin ramai yang sudah familiar dengan anak lelaki SRK, Aryan. Selain ayahnya, Aryan juga sering mendapat liputan media sebelum ini kerana merupakan anak kepada pelakon popular Bollywood.
Video yang telah dimuat naik oleh s.wndrti itu menerima lebih kurang 2.7 juta tontonan dengan hampir 4,000 komen. Masing-masing mempunyai pendapat mereka apabila melihat wajah anak remaja selebriti Bollywood itu.
Hm, what say you guys, ada yang berkenan tak? Hiks!
Baru-baru ini, JYP Entertainment dan pengasasnya, J.Y. Park atau nama penuhnya Park Jin-young menyentuh hati orang ramai apabila tampil menyumbang sebanyak 550 juta Korea Won (kira-kira RM1.65 juta) bagi membantu kanak-kanak kurang berkemampuan yang menghidap penyakit serius di Mexico.
Menurut JYP Entertainment dalam satu kenyataan, jumlah sumbangan tersebut terdiri daripada 450 juta Korea Won (kira-kira RM1.35 juta) daripada pihak syarikat, manakala 100 juta Korea Won (kira-kira RM299,000) lagi disumbangkan oleh J.Y. Park menggunakan dana peribadinya. Sumbangan berkenaan disalurkan menerusi World Vision Mexico dan World Vision Korea sebagai sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporat mereka, EDM (Every Dream Matters!).
“Saya suka menyanyi dan membuat persembahan untuk peminat, tetapi tujuan utama saya berada di sini adalah untuk membantu kanak-kanak. Saya berbesar hati dapat menyertai usaha ini, menghimpunkan sokongan dan meningkatkan kesedaran supaya lebih ramai kanak-kanak dapat dibantu,” kata J.Y. Park.
Dalam pada itu, penyanyi berusia 54 tahun tersebut turut berkongsi bahawa sebagai seorang bapa kepada dua anak perempuan, melihat senyuman anak-anaknya sering membuatkan beliau teringat kepada kanak-kanak lain yang tidak dapat mengejar impian mereka akibat masalah kesihatan.
“Kejayaan kami adalah hasil daripada kasih sayang dan sokongan yang diberikan oleh peminat. Oleh itu, saya merasakan menjadi tanggungjawab kami untuk membalas kasih sayang tersebut,” ujarnya lagi.
Difahamkan, melalui sumbangan itu, kanak-kanak dan remaja yang berdepan penyakit serius akan dibantu mendapatkan akses kepada rawatan perubatan khusus berdasarkan keperluan masing-masing. Bantuan yang disediakan merangkumi rawatan pakar, pembedahan, peralatan bantuan serta kemoterapi.
Dalam pada itu, projek tersebut turut memberi tumpuan kepada beberapa bidang perubatan seperti oftalmologi, rawatan respiratori pediatrik, penyakit jantung, epilepsi, hematologi-onkologi pediatrik dan penyakit jarang berlaku. Proses bantuan akan melibatkan penilaian keadaan ekonomi keluarga serta saringan kesihatan bagi memastikan golongan yang benar-benar memerlukan mendapat rawatan sewajarnya.
Usaha JYP Entertainment dalam membantu pesakit kanak-kanak di luar negara bukanlah perkara baharu apabila syarikat itu telah menjalankan pelbagai projek sokongan perubatan sejak 2020. Secara keseluruhan, kira-kira 10.01 bilion Korea Won (kira-kira RM30 juta) telah disalurkan di 10 wilayah seluruh dunia, sekaligus membantu sekitar 4,489 kanak-kanak mendapatkan semula akses kepada rawatan dan penjagaan kesihatan.
Selain sumbangan menerusi syarikat, J.Y. Park juga dilaporkan konsisten menjalankan kegiatan kebajikan secara peribadi dengan menyumbang 1 bilion Korea Won (kira-kira RM2.99 juta) setiap tahun sejak 2022. Kini, sumbangan di Mexico itu bukan sahaja membuka peluang kepada kanak-kanak mendapatkan rawatan yang diperlukan, malah mencerminkan usaha berterusan JYP Entertainment dan J.Y. Park untuk menggunakan kejayaan mereka dalam membantu mereka yang memerlukan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram, TikTok dan Threads rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!