Siapa pernah kena bohong dengan pasangan? Biasa kita dengar perempuan menuduh lelaki suka berbohong namun lelaki turut menyuarakan pendapat bahawa perempuan juga suka berbohong. Memang sakit hatikan bila dapat pasangan yang suka berbohong. Nak tinggal sudah sayang, sudahnya kena hadap seumur hidup.
Tentu ramai tertanya-tanya bagaimana SIKAP berbohong ini mula terbentuk? Menurut Prof Madya Dr Rusinah Siron dari Kolej Pengajian Siswazah UNITEN jika sedari kecil individu sudah terbiasa dengan percakapan bohong, diajar untuk berbohong oleh kedua ibu bapanya, sikap inilah yang akan membentuk personaliti dirinya pada masa depan.
“Sebagai contoh jika anak kecil diajar, “jangan cakap dengan mak ayah keluar dengan kawan. Di hari lain pun anak diajar oleh emaknya, jangan bagitahu ayah. Di hari lain pula ada lagi pembohongan diterimanya, lama kelamaan hal ini berkembang sebagai satu KEBIASAAN dalam hidupnya.
“Apabila terlalu banyak diajar tentang pembohongan yang dianggap perkara biasa bagi menyembunyikan perlakuan salah, anak akan membesar dengan menganggap pembohongan itu adalah perkara biasa baginya pada masa depan.
“Hal ini dipanggil fundemental yang mampu merosakkan masa depan jiwa anak sedari kecil. Bohong ini biasanya berprinsip kepada cubaan menyelamatkan diri, suka-suka selain amalan kepada satu pelarian. Jika anak sudah terbiasa dididik sejak kecil begini, mereka akan mewarisi genetik PEMBOHONGAN INI SEUMUR HIDUPNYA kerana dia beranggapan, bohong itu biasa bagi menyelamatkan dirinya dan lari dari kesalahan dia lakukan,” katanya ketika dihubungi.
Ads
Hal yang menjadi amalan dalam keluarga, didengari dari kecil seterusnya akan jadi kebiasaan untuk terus berbohong – Prof Madya Dr Rusinah
Adakah sikap ini boleh diubah?
Menurut Prof Madya Dr Rusinah, untuk memperbetulkan situasi yang sudah jadi kebiasaan memang akan mengambil masa.
“Jika seorang itu mempunyai jati diri dan ada keinginan untuk berubah, secara perlahan-lahan sikap ini boleh diubah. Tapi agak sukar pada permulaan kerana ia sudah menjadi kebiasaan baginya.
Ads
“Biasa bagi orang yang suka berbohong memang agak susah kecuali ada dorongan dan dia terdorong untuk mengubah sikapnya. Perempuan harus belajar bersabar kalau mendapat pasangan hidup yang suka berbohong. Memang sakit hati tetapi bila selalu diajar untuk berkata benar biar pahit, lama kelamaan sikap ini boleh diatasi.
Jelas Prof Rusinah lagi, manusia ini dikurniakan akal namun akal seharusnya diguna dengan baik, bukan untuk mencipta penipuan demi penipuan yang harus ditanggung oleh pasangan yang sentiasa sakit hati apabila dibohongi. Bohong itu juga berdosa di sisi agama. Tak wujud bohong sunat, bohong wajib atau lain-lain istilah.BERBOHONG INI JUGA SIKAP ORANG MUNAFIK!
“Nak tinggal dah sayang, ada anak-anak, ada keluarga. Nak tak nak lelaki memang kena berubah. Boleh berubah jika lelaki ini tahu untuk memimpin diri dan keluarganya dengan talian agama dan hidup secara positif. Isteri menyokong, mendorong, menjadi inspirasi untuk suami berubah dengan lebih baik,”katanya lagi.
Ads
Berbohong ketika menjalin hubungan bukan saja boleh mengakibatkan ribut tapi taufan terus
Bagaimana kalau semasa bercinta dah nampak pasangan suka berbohong? Ini remaja yang sedang hangat bercinta harus membacanya dengan teliti kerana Prof Rusinah menasihatkan agar DITINGGALKAN SAJA LELAKI/ PEREMPUAN yang biasa berbohong kerana kita tak akan sakit hati bila dah berkahwin nanti.
“Bila bohong dah jadi sikapnya kerana diajar dari kecil, agak susah dia tinggalkan sikapnya. Jadi paling selamat, kalau dah biasa kena tipu semasa bercinta, tinggalkan saja kerana kita tak akan selalu sakit hati,” katanya memaklumkan hal ini sukar jika pasangan sudah berkahwin.
So guy n girl, kalau biasa jumpa pasangan suka menipu, datang lambat pun nak tipu, pinjam duit janji nak bayar pun tipu serta banyak lagi penipuan demi penipuan dicipta, eloklah putus saja ya agar tak sakit hati sangat bila dah kahwin.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kesilapan dalam menyampaikan fakta dalam bentuk pendidikan bukanlah satu perkara yang boleh dipandang remeh. The Kadazan Dusun Cultural Association (KDCA) menzahirkan rasa tidak puas hati akan fakta dalam buku tahun satu dan buku bahasa Inggeris tingkatan dua yang kecelaruan fakta mengenai tarian Sumazau, tarian tradisional Kadazandusun dan Taman Kinabalu.
Sekumpulan masyarakat etnik pribumi di Sabah telah menyarankan Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menyiasat maklumat mengelirukan tentang keadaan di beberapa buku-buku dan rujukan yang terdapat di pasaran.
Menurut FMT, dalam buku tahun satu, menunjukkan gambar sekumpulan penari Sumazau dengan kapsyen yang berbeza dari fakta asal. Menurut pengarang, tarian dilakukan selepas menuai padi dan pada hari Sabtu. Ia sama sekali salah kerana menurut Pengerusi KDCA Joniston Bangkuai, ia tidak terhad untuk menuai masa semata-mata, dan yang pastinya bukan dilaksanakan hanya pada hari Sabtu.
Untuk buku teks tingkatan dua pula mengatakan bahawa Taman Kinabalu dan Gunung Kinabalu terletak di Kota Kinabalu dan Orang Utan berkeliaran di kawasan tersebut, walhal jarak antara dua tempat itu melebihi 100km dan pastinya tiada orang utan di Taman Kinabalu.
Orang Sabah khususnya etnik Kadazandusun amat kesal dengan sikap Kementerian Pendidikan dan ahli akademik kerana tidak memandang isu ini serius. Bagi Bangkuai, Sumazau bukan lah satu benda baru, dan sudah banyak portal dan laman sesawang rasmi untuk mendapatkan info.
Dia turut berharap agar pengarang untuk menghubungi persatuan-persatuan yang berkaitan atau Kementerian bagi memastikan ketepatan fakta apabila menulis tentang isu-isu berkaitan dengan Sabah dan Sarawak.
“Kesilapan fakta sepeti Taman Kinabalu boleh dielakkan jika mereka mempunyai kesungguhan bertanya kepada Kementerian Pelancongan Sabah,” katanya kepada FMT.
Menteri Penolong Pendidikan dan Inovasi, Jenifer Lasimbang berkata perkara itu berada di bawah skop Kementerian Pelajaran Persekutuan.
Beliau menambah, bagaimanapun, Sabah turut bertanggungjawab dalam kekurangan bahan terbitan yang boleh digunakan sebagai rujukan untuk isu-isu seperti ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Masih belum cari baju raya sis? Ini ada beberapa koleksi raya yang korang boleh refer untuk busana pagi raya nanti.
Semua design tahun ni memang meletop-letop! Tak caya tengok ni..
1. Tom Abang Saufi for Zalora
Rebecca-Wide Sleeves Top With Mermaid Skirt
Busana motif etnik dalam sentuhan moden. Nice wey!
2. NH by Nurita Harith
Agnes Kurung Moden
Pilihan gaya polos tetap menarik dengan rekaan moden daripada koleksi Nurita Harith.
3. Zalia
Lace Kebaya Set
Ringkas tapi tetap nampak elegan. Pilih warna kuning tu memang buatkan korang nampak macam orang have-have datang beraya. Hiks!
4. Rizalman for Zalora
Kalau nak kelainan sikit, koleksi Rizalman for Zalora merupakan pilihan tepat untuk korang. Ala-ala gaya Bollywood, sudah tentu raya nanti korang paling meletop dengan gaya persis artis Hindustan.
5. Karlie Kurung In Baby Blue Stripes
Macam comel je. Macam cantik je. Memang la cantik uolls. Koleksi baju raya dari Fashionvalet antara yang tidak menghampakan. Bosan dengan corak bunga atau polos, pilih saja motif stripes macam ni. Cunz gila kan?
Peningnya nak buat pilihan. Semuanya memang meletop! Tak sabar pula nak raya.
Kalau korang free weekend ni boleh la datang ke Karnival Karangkraf, ada banyak booth dibuka untuk mencari barang persiapan raya. Disamping tu, berbuka puasa secara percuma juga diberikan kepada 23,000 ribu pengunjung terawal. Datang jangan tak datang!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jika dahulu, nama Cheryl Samad begitu sinonim dengan rancangan muzik-muzik yang dikendalikan bersama pengacara terkenal, Faizal Ismail. Namun kelibatnya sudah lama tidak kelihatan apatah lagi drama Ghost yang ditayangkan sekitar tahun 2008 merupakan kemunculannnya yang terakhir di kaca televisyen.
Cheryl atau nama sebenarnya Cheryl Marina Abdul Samad adalah anak kedua daripada tiga beradik, merupakan anak jati Kuala Lumpur,
Kini Cheryl sudahpun memegang status sebagai isteri dan ibu namun pasti ramai tidak menyangka figura ini sudahpun mencecah usia 44 tahun kerana raut wajahnya yang tidak dimamah usia.
Penampilan Cheryl juga masih ayu seperti dulu, tidak ubah seperti anak dara! Malah isteri kepada Ng Ping Ho yang merupakan pengusaha KLoe Hotel ini sudahpun memiliki 2 anak dalam perkahwinannya yang memasuki tahun ke-12 pada 30 April yang lalu.
Pemilik & Pengusaha Hotel
Sejak mendirikan rumah tangga, Cheryl dan Ping bersetuju memperlahan kerjaya masing-masing demi membesarkan anak tersayang. Malah, pasangan ini juga pemilik kepada Kloe yang terletak di tengah kota Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Hotel yang bermotifkan seni kraf dan alam ni dimiliki oleh suami kepada hos terkenal, Cheryl Samad. Suaminya, Ng Ping Ho sememangnya seorang usahawan sukses namun pasangan ini cukup low profle.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Stella berusia sembilan tahun dan Kate, enam tahun.
Artikel ini diambil dan diolah dari NONA.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Profesor Adjung UPSI menjadi pengiktirafan baharu buat Datuk Syafinaz Selamat dalam usaha memperkukuhkan pendidikan muzik, vokal dan pembangunan bakat generasi muda.