Biasalah, selebriti kalau pakai apa pun cantik. Tapi kalau Dewi Remaja, cantik dia macam ekstra sedikit.
Bermula dari era 90-an lagi, setiap kali bekas finalis pencarian Dewi Remaja mengambil keputusan untuk mengikat tali pernikahan bersama lelaki pilihan mereka, pasti kelompok media dan netizen amnya tak sabar untuk melihat foto pernikahan mereka.
Bukan saja tertanya-tanya siapakah lelaki bertuah itu, netizen juga hendak melihat rekaan gaun pernikahan yang dipilih oleh Dewi ini. Ada di antara gaun ini yang khas direka bersama oleh Dewi dan pereka fesyen tersohor.
Jom tengok idea yang mungkin korang boleh gunakan untuk hari pernikahan korang kelak.
01
Scha Alyahya

Scha Alyahya, pemenang Pencarian Dewi Remaja 2005/2006 akhirnya disatukan dengan Awal Ashaari pada tahun 2012 dengan memakai kurung moden Syaiful Baharim. Sumpah cantik sangat dan penulis juga merasakan ia amat bersesuaian dengan Scha yang ringkas tetapi fashionable.
Sehingga kini, masih ramai yang bercakap mengenai baju nikah ini dan baju perkahwinan songket Scha berwarna hijau zamrud tu. Walaupun 6 tahun telah berlalu tetapi impaknya masih bertahan!

02
Anzalna Nasir

Siapa boleh lupakan gaun perkahwinan Anzalna Nasir rekaan Cosry yang masih terbayang-bayang dalam ingatan penulis?
Tetapi kali ini, kita nak bercakap tentang baju nikahnya terlebih dahulu. Direka oleh Rizalman Ibrahim, tiada siapa yang boleh menafikan bahawa finalis Pencarian Dewi Remaja 2009/2010 ini memang cantik sangat pada malam itu. Walaupun ada yang sedikit ‘terkejut’ dengan elemen ruffles pada dada, tetapi Anzalna mampu menggayakannya.
Kata orang, she wore the dress, not the other way around.
Anzalna juga merupakan antara selebriti yang selesa memakai semula baju nikahnya! Muat okay, walaupun selepas setahun berkahwin.

03
Mawar Rashid

Mawar juga merupakan salah seorang finalis Dewi Remaja yang inginkan rekaan Putra Aziz dari Cosry untuk majlis nikahnya. Kelihatan berbeza daripada gaun nikah konvensional, Mawar memilih kebaya Jawa untuk disalaskan dengan tema pernikahan ini.
Katanya, “Masa Mawar fitting baju ini, mengalir air mata sebab cantik sangat. Sampaikan salah seorang staf di Cosry pun cakap dia terkejut dengan rekaan Abang Put ni.”

04
Izara Aishah

Majlis pernikahan pemenang tempat kedua Pencarian Dewi Remaja 2009/2010 iaitu Izara Aishah dan Adib Khalid sememangnya menjadi topik perbualan hangat netizen pada akhir tahun lalu.
Bukan saja kerana Izara berstatuskan selebriti tetapi juga kerana semua orang ternanti-nantikan baju rekaan Rizalman Ibrahim yang akan disarung olehnya. Hasilnya, nyata tidak mengecewakan! Rizalman sendiri pernah berkongsi bahawa sebaik saja majlis merisik Izara dan Adib selesai, pelakon itu terus menghubunginya dan meminta Rizalman menyiapkan baju pernikahan.
Antara bahagian baju kurung moden Izara yang diperkatakan adalah kerudung dempak yang dipakainya di atas sanggul kepala, bahagian leher ‘bottleneck’ yang diakui ramai sukar untuk dibentuk dan bahagian lengan baju yang dipenuhi perincian ala ‘petals’.

Kata Izara, “Che tak mahu kahwin kalau abang Rizalman tak nak buat wedding Che!”. Sememangnya, baju yang dilabel Sopan Couture / Future Classic oleh Rizalman ini merupakan antara baju nikah paling dinantikan pada tahun lalu.
05
Syamim Farid

Hanya lima bulan selepas majlis resepsi, pemenang tempat kedua Pencarian Dewi Remaja 2014/2015 iaitu Syamim Farid sah diijab kabulkan kepada YM Tengku Ezrique Ezzuddean.
Berlangsung pada 17 Mac 2016, Syamim memang cantik menyarung kebaya moden putih. Hanya bahagian butang di tengah baju dan kelim kerudung Syamim saja yang diberikan perincian lebih. Selebihnya, Syamim memilih untuk tampil seringkas boleh.

06
Ramona Zamzam

Ramona Zamzam dari Pencarian Dewi Remaja 2009/2010 pula tampil berbeza semasa majlis nikah bersama Rami Alaskhar.
Memilih biru firus sebagai tema, bridesmaids kepada Ramona pula menyarungkan pakaian berwarna merah jambu. Sweet sangat, terutamanya pada bahagian atas baju yang seolah-olah bercantum dengan selendang. Dengan perincian batu kuning pada gaun, Ramona tidak lagi memerlukan jewellery yang terlalu sarat untuk majlis pernikahan.

07
Syatilla Melvin

Berwalikan bapanya, Amirol Melvin Abdullah, Syatilla Melvin dari Pencarian Dewi Remaja 2009/2010 sah menjadi milik pelakon, Shaheizy Sam dalam gaun rekaan Syaiful Baharim. Memilih untuk ‘memberatkan’ detailing pada veil, baju Syatilla pula dibiarkan ringkas dan tidak terlalu sarat.
Pada majlis ini juga, kalau korang masih ingat, Sam telah melakukan gimik pengsan di atas pelamin selepas selamat diijab kabulkan.
Anda mungkin berminat dengan
08
Balqish Maarif

Pemenang tempat ketiga Pencarian Dewi Remaja 2014/2015 ini memilih Azura Couture sebagai pereka gaun nikah idamannya. Sementara itu, wajahnya pula disolek oleh Alha Alfa.
Azura sempat berseloroh dengan Balqish di mana Azura berkata dia merupakan pengantin ‘paling gila’ pernah bekerja dengannya disebabkan diri Balqish yang sememangnya selalu ceria. Perincian pada bahagian atas gaun dan cape belakang saja sudah memadai kerana Balqish sendiri memang cantik orangnya. Tidak perlu terlalu keras mencuba.
Di dalam caption untuk salah satu fotonya, Balqish berkata dia ingin sekali hidup bersama suami, Ahmed sehingga tua dan berkedut. Hehe, insyaAllah dear.

09
Deja

Nurul Hazrina atau lebih dikenali dengan panggilan Deja juga merupakan finalis dari batch 2014/2015. Memilih Faruq Fadhullah sebagai teman sepanjang hayat, Deja kelihatan amat berlainan apabila menyarung gaun pastel bagi hari pernikahannya.
Pasangan sama tinggi (literally, tinggi!) sama padan ini memilih Iwan Fancy Wedding Couture sebagai pereka. Memang sweet sangat warna gaun tersebut, tambahan pula dengan floral detailing pada bahagian dada, lengan dan pinggul.

* * * * *
Siapa pula finalis Pencarian Dewi Remaja yang akan berkahwin tak lama lagi..? Hehe
Jangan lupa untuk saksikan malam FINALE DEWI REMAJA 2018/2019 di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) bermula jam 10.30pm. Tapi sebelum itu, SAKSIKAN LIVE RED CARPET pada jam 9.30pm – 10.30pm kerana kami akan menemu ramah finalis dan alumni Dewi Remaja serta Hero Remaja terdahulu!
#dewiremaja #dewi1819 #majalahremaja
∞
Sederhana saja tatacara Neelofa dalam menyambut hari kelahirannya, dia sekadar mendoakan semula segala ucapan dan doa yang dihulurkan oleh para peminatnya itu dikurniakan Allah SWT.

“Semoga Allah menerima doa kita dan memberkati kita dengan iman yang teguh, kesabaran, kebahagiaan, usia panjang dan dengan taqwa.
Seperti dijangka, sejak semalam lagi, ribuan ucapan ‘Happy Birthday’ telah diterima olehnya di media sosial. Jom kita lihat 5 ucapan paling sweet mengikut pilihan REMAJA.
.
.
01
“Kamu baru berusia 32 tahun dan saya selalu terfikir betapa luas perubahan yang telah kamu lakukan kepada dunia. Sejak dari usia remaja hinggalah sekarang, setiap tahun kamu telah memberikan kami kejutan yang tidak disangka-sangka. Untuk tahun 2021, kamu telahpun melancarkan aplikasi The Noor untuk menyenangkan pula cara muslim menunaikan solat.” – @fieshaaaa

.
.
02
“Happy birthday Neelofa! Semoga dipanjangkan umur dimurahkan rezeki serta hidup sentiasa diberkati Allah! You inspire me a lot! I beli inner tudung ini sejak 2018. Hingga sekarang saya masih tidak mahu gunakannya, nanti kepala Lofa hilang tinggal muka je..” – @atiqahzan


.
.
03
“Mungkin saya tidak menyambut hari istimewa ini bersama Neelofa. Tapi saya cuma hendak dia tahu bahawa saya selalu teringatkan dia dan berharap (perkara yang baik-baik) untuknya. Hari kelahiran hanyalah hari pertama daripada perjalanan 365 hari setahun, jadi nikmatilah setahun yang akan datang ini. Semoga segala perkara yang diharapkan oleh kamu tercapai dan sentiasa sihat selalu. – @sestictinyboo
.
.
04
“Kepada Neelofa, kamu telah memberikan saya pandangan yang lebih jelas mengenai apa yang saya inginkan untuk masa depan saya. Segala tunjuk ajar yang saya perolehi dari kamu amatlah bermakna. Kamu bula hanya idola saya dalam satu aspek saja, kamu juga mentor saya dari semua segi. Kamu akan terus ke hadapan dalam semua bidang. I love you kakak and will always love you.” – @afifahmokhtar

.
.
DANNN.. tentunya ucapan paling sweet harus hadir daripada kami di REMAJA.
Hampir 12 tahun Neelofa bergelar public figure sejak menyertai pencarian Dewi Remaja 2009/2010, tiada satu pun detik dalam hidupnya yang tidak diperkatakan oleh masyarakat.
Apa juga langkah dan keputusan yang diambil, pastinya Lofa akan terus diasak dengan pandangan sejagat sama ada ia dengan niat yang baik mahupun semata-mata untuk menjatuhkannya.
ARTIKEL BERKAITAN : “I Don’t Normally Do This..” Neelofa Akhirnya Buka Mulut & Jelaskan Situasi Sebenar – REMAJA
Apa yang kami sematkan dalam doa buat Lofa pada hari bermakna ini adalah agar dia mencapai ketenangan dalam apa jua yang dilakukan dan diperjuangkan.
Sama ada ia berkait rapat dengan perihal peribadi, keluarga, perniagaan dan sebarang perancangan yang tersusun rapi buat Lofa bagi tahun 2021 ini, moga-moga kesemuanya berjalan penuh lancar dan memberikan ketenteraman buat iron lady ini.
Love you Queen, always!
∞
Okay, korang semua dah pun selamat menonton episod pertama Dewi Remaja 2018/2019 pada hari Ahad lepas, kan?
Sebelum korang komen siapakah finalis Top 12 kegemaran kepada kami, kami mendapat beberapa pertanyaan melalui media sosial. Antara soalan paling popular di kalangan korang adalah,
“Audition Dewi Remaja ni betul-betul ke atau drama je lebih?”
Amboiii, nak kata Dewi Remaja aturkan semua ke supaya ia terjadi mengikut skrip semasa ujibakat?


Jujurnya, proses ujibakat yang berlangsung secara walk in pada bulan September dan November lalu diadakan secara lancar. Baik pada pihak peserta yang hadir, petugas, kru dan para juri jemputan – mereka semua menjalankan tugas dengan teratur bagi memastikan semuanya smooth.
Tapi ada juga beberapa perkara yang tak dijangka berlaku di sebalik tabir. Haa, apa benda tu? Jom tengok.
Tak Bawa Gambar
Ramai juga peserta yang hadir tanpa menyediakan beberapa keperluan mengikut requirement. Antaranya tak lain, tak bukan adalah GAMBAR!

Lantas, apabila mereka disuruh untuk mencetak gambar bersaiz A4 untuk rujukan kru kami, mulalah juri pening kepala. Mengapa?
“Kenapa baju awak sama dengan dalam gambar ni?….Oh baru print..”
Dari Seluruh Negara
Daripada 12 orang finalis yang terpilih, ya, majoriti berasal dari Kuala Lumpur dan Selangor. Melainkan Fazreen Fazera (Johor), Aween Ismail (Kelantan) dan Lydia De Sal (Sabah), sembilan lagi orang peserta berasal dari sini.

Namun apa yang ramai tidak tahu adalah sejumlah besar peserta dari luar Lembah Klang yang hadir untuk mencuba nasib ketika ujibakat. Cuma, rezeki tidak berpihak kepada mereka. Apatah lagi, saingan untuk memilih 12 yang terbaik amatlah sengit.
Pada kesempatan ini, penulis mengucapkan terima kasih banyak kepada korang yang datang dari jauh!
Datang 2-3 Kali
Tak cukup dengan itu, ada juga beberapa peserta yang dilihat familiar pada hari-hari ujibakat.

“Eh, bukan dia ni dah datang semalam ke?” “Biarlah dia nak cuba nasib!”
Betul tu, kami memang respect dengan peserta seperti ini. Again, thank you.
Ibu Bapa Gigih Tunggu

Hanya para peserta yang dibenarkan naik ke tingkat kelapan. Selebihnya – ibu-bapa, kawan BFF, kakak, abang, boyfriend, skandal dan sewaktu dengannya perlu tunggu di kawasan lobi.
Kami ingatkan mereka akan ke lokasi lain dulu untuk makan atau shopping. Tapi ramai di ibu bapa yang gigih juga tunggu di kawasan berhampiran!
Sehingga Jam 1-2 Pagi
Salah satu sebab mengapa mereka sanggup tunggu adalah waktu ujibakat yang boleh berlarutan sehingga tengah malam. Bukan saja peserta yang letih tau! Kru dan juri juga perlu tabahkan diri. Why not, Dewi Remaja hadir 3-4 tahun sekali.

Salah seorang daripadanya ialah Sissy Iman yang hadir pada hari ketiga ujibakat. Sebagai peserta terakhir pada hari tersebut, Sissy memang kuat dan gigih! #respek
Dapat Pun Nangis?

Daripada ratusan yang hadir, hampir 80 orang peserta yang menerima kad tahniah daripada juri seperti Datuk Aznil Haji Nawawi, Puan Emmarina dan Editor FZ Aimman. Kebanyakan akan senyum girang seperti Qys Batrisyia di atas.
Tapi yang peliknya, dah dapat terus menangis. Aik, tangisan gembira ke sis? Hehe..

Puasa 4 Hari
Kalau korang nak tahu, sepanjang proses ujibakat, juri Pak Nil mengambil keputusan untuk berpuasa pada setiap hari berkenaan. Tapi kenapa?

“Pak Nil sebenarnya sudah terbiasa untuk berpuasa pada hari bekerja. Alang-alang juri tak perlu bergerak ke mana-mana, hanya duduk dan mengadili peserta, jadi Pak Nil tak ada masalah pun untuk puasa,” kata beliau.
Sempat Melukis
Sambil berpuasa, Pak Nil juga sempat untuk melukis tau! Sementara menunggu waktu rehat makan tengah hari tamat, Pak Nil bersama dua orang juri lagi sibuk melukis menggunakan warna air.
Comel!
Sesi Grooming

Bukan je jurusolek yang sempat mempersiapkan peserta untuk sesi photoshoot tau. Pak Nil juga dilihat memperbetulkan stail rambut peserta. Asalkan nampak ‘penyek’ dan kejung, Pak Nil terus bangun dari tempat duduk dan…..
Korang tengok sendirilah.
Terima Kasih Dewi & Hero
Selain daripada Pak Nil, ada juga rakan selebriti tempatan yang dahulunya berasal dari pencarian Dewi Remaja dan Hero Remaja yang turut serta sebagai juri jemputan.


Antaranya termasuklah Raysha Risrose (Dewi Remaja 14/15), Mawar Rashid (Top 5 Dewi Remaja 14/15), Syamim Farid (Pemenang Tempat Kedua Dewi Remaja 14/15), Hafreez Adam (Top 10 Hero Remaja 11/12) dan haaa, Rita Rudaini!


Kak Rita kita pun berasal dari Dewi Remaja juga, pada tahun 1996/1997 yang akhirnya dimenangi oleh Juliana Banos.
So, what do you think of the first episod. Tak sabar nak tunggu episod kedua pada 2 Disember ini

∞
Diam tak diam, dah masuk minggu akhir Pencarian Dewi Remaja dan Ahad ini menjadi malam penentuan untuk lima finalis akhir merebut takhta Dewi Remaja 18/19.
Bagi menghargai sokongan peminat yang selama ini tidak putus-putus memberi semangat kepada barisan finalis Dewi Remaja, Remaja telah pun bekerjasama dengan Astro Circle dalam Girl Power Challenge Contest pada Disember lepas.
Korang hanya perlu like FB Majalah Remaja dan Astro Circle, seterusnya tonton episod mingguan Girl Power Challenge setiap khamis di website kami untuk berikan idea paling power korang di ruangan komen FB ini.
Hadiah utama merupakan pakej percutian ke Pulau Langkawi untuk dua orang dan sepasang pas VIP ke Final Dewi Remaja, manakala harga sagu hati akan diberikan kepada dua pemenang yang masing-masing mendapat sepasang pas VIP ke Final Dewi Remaja.
Nah, pemenang sudah pun dipilih berdasarkan idea paling kreatif yang mereka kongsikan.
Pemenang hadiah utama diberikan kepada, jeng jeng jeng..
Sharifah Norbaizura Binti Syed Mhd Safie, 840825-10-XXXX
Dan dua lagi pemenang sagu hati adalah milik..
Nurul Irma Iza Binti Zulkafli, 911126-03-XXXX
Zuriatie Binti Mohd Nawi, 880330-03-XXXX
Tahniah kami ucapkan kepada semua barisan pemenang. Jumpa di malam finale Dewi Remaja nanti okay?
∞