Seperti yang ramai sedia maklum, perubahan imej Nur Fazura Sharifuddin atau Fazura tampak lebih manis sekarang selepas imejnya berhijab. Fasa kehidupan terbaru Fazura itu membiakkan aura positif di media sosial, malah isteri kepada Fatah Amin ini giat memulakan perniagaan tudung.
Tudung jenama Fazura itu laris terjual dalam beberapa jam sahaja dan mendapat respon yang baik daripada warganet kerana harganya yang murah serta mampu milik.
Yang menariknya, seorang pengguna Twitter yang menggunakan nama akaun @seposenYS telah memuat naik kembali sedikit potongan video jawapan Fazura ketika IG live bersama seorang influencer media sosial, Viviana Abdullah. Mengapa dia menjual tudung dengan harga yang murah.
Menurutnya, tindakan menjual dengan harga murah adalah untuk memastikan ramai yang mampu membeli tudung tersebut dan ramai wanita muslim dapat memakainya.
Dia sendiri mengakui jika membeli tudung lebih dari harga RM50 pasti akan terfikir-fikir dan menganggap harga RM27 sangat sesuai dan pasti ramai yang mampu untuk membelinya.
Ads
Perkongsian tersebut telah mendapat maklum balas yang pelbagai daripada warganet dan menerima pujian diatas Perkongsian tersebut telah mendapat maklum balas yang pelbagai daripada warganet dan menerima pujian diatas mtlamat utama Fazura
Sementara itu jom kita lihat OOTD Fazura yang kini manis berhijab.
Berita baik buat penggemar muzik, sebuah konsert yang bukan hanya menggabungkan muzik, tetapi juga kualiti luar biasa dari para pemuzik serta penyanyi dari Malaysia dan Indonesia.
Dikenali sebagai Govinda Hal Hebat @ Kuala Lumpur, konsert ini akan diadakan di panggung Zepp KL pada 31 Oktober 2024, bermula pukul 8:30 malam. Lima pemuzik dan penyanyi ini akan memastikan malam itu akan meninggalkan kenangan manis kepada peminat.
Konsert ini akan menampilkan Govinda, bersama rakan kolaborasi hebat iaitu Fadly Padi, Ernie Zakri, Aina Abdul, dan Elica Paujin. Malam tersebut dijanjikan dengan persembahan menarik dari barisan penghibur khas yang pernah bekerjasama dengan pemain gitar utama Govinda, Ade Govinda, bagi menghiburkan peminat yang telah lama menantikan kehadiran mereka.
Konsert ini juga akan menjadi peluang eksklusif untuk menyaksikan penampilan pertama Govinda x Ernie Zakri di atas pentas.
Ernie Zakri juga akan membawakan lagu popular Masing-Masing, yang dihasilkan bersama Ade Govinda, menjadikan malam itu lebih istimewa.
Aina Abdul dan Elica Paujin pula akan memberikan pesona tersendiri dengan karya mereka yang turut mendapat sentuhan dari Ade Govinda.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kalau selama ini kita sering merungut tentang cukai barangan dan perkhidmatan GST sebanyak 6 peratus yang dikenakan ke atas pengguna di tanah air, pendedahan dan suara hati pemuda yang tinggal di London, United Kingdom ini boleh kita fikirkan bersama.
Jika kita memandang negara luar punya pemandangan indah, punya negara empat musim, boleh bermain salji dan lain-lain perasaan tetapi rasa sebenarnya rasa rindu bila berjauhan dari keluarga adalah satu perasaan yang sangat sukar ditepis.
Mungkin pengalaman pemuda ini, Mohd Azmeer Faiq (Emmex) boleh kita hadam, apa yang best dan tak bestnya tinggal di luar negara ini. Malah katanya dia tengah merindui Malaysia kala ini.
Mohd Azmeer Faiq akui rindukan Malaysia sekarang ini…pix fb Mohd Azmeer Faiq
Walaupun taklah duduk lama kat sini jika nak dibandingkan mereka yang menetap kat sini bertahun-tahun lamanya, siapalah kita ni. Tapi bagi aku ada best dan ada tak bestnya.
Kita melihat hidup di negara luar ni indah sebenarnya adalah dengan perspektif sebagai pelancong ja atau traveller bukan sebagai warganegara.
Kita ni teruja nak tahu hal baru, teroka tempat baru, dan pergi ke tempat-tempat cantik. Euforia sebagai pelancong atau traveller mengaburi kepala otak kita masa tu. Jadi, skop pemikiran yang difikirkan sangat berbeza dengan warganegara satu-satu negara tu pada masa tu.
Bila difikirkan apa yang tak best, pertama sekali tentulah cuaca. Bukan semua sukakan cuaca sejuk. Tambah-tambah winter ni. Nak kena pakai baju berlapis-lapis, emosi dan mental akan mudah tak stabil, kesihatan merudum, stress, jari jemari kaku dan pedih serta perbezaan malam dan siang yang tidak sama. Faktor ni serba sedikit menjadi penyumbang juga.
Pix sumber Mohd Azmeer Faiq
Kedua, mereka perlu membayar cukai yang tinggi berbanding kita dan juga elektrik. Kalau di UK ni apa yang kita dok sebut GST kat Malaysia nu sini depa panggil Value Added Tax (VAT) dan ia sebanyak 20%. Tak kira lagi cukai-cukai lain juga. Sebab tu rakyat depa dapat benefit dari pembayaran cukai tu. Nak negara kita mencapai semua ni, kita perlu bertanggungjawab membayar cukai, atau rasa bertanggungjawab dulu untuk bayar balik pinjaman PTPTN tu.
Ketiga, jauh dari keluarga. Mestilah rindu pada kedua ibu bapa kita. Perasaan ni dia mai sendiri walau kita cuba untuk isi masa terluang kita tu. Sesibuk manapun kita, kita akan terfikir rumah adalah tempat paling best dan bahagia. Homesick sekarang ni. Huhu
Keempat, interaksi. Sudah pasti budaya bertegur sapa dan santun jiran tetangga adalah perbuatan murni yang telah lama kita amalkan di Malaysia. Kat sini kawasan kejiranan sunyi ja. Walaupun kita dapat berkenalan dengan ramai kawan baru, tapi ia tak sama macam kita kenal kawan-kawan kita di Malaysia sana yang ‘They did many silly things but it makes your life fun!’.
Yang kelima, takda ikan puyu. Hahah ini aku lawak ja. Rindu makan gulai puyu dengan pekasam ikan puyu wehh. Makanan Malaysia memang syurga laahh.
Meraikan malam tahun baru – pix sumber FB Mohd Ezmeer Faiq
Yang bestnya, kita dapat lihat struktur geografikal bumi yang tuhan cipta ni berbeza-beza, bangsa yang berbeza untuk kita saling kenali, dan ketamadunan sejagat. Dan kita tak boleh tenggelam dalam keindahan ni saja. Kita nak negara kita juga setanding dengan mereka. Macam mana?
Nak negara nampak indah cantik, janganlah buang sampah merata-rata, ubah sikap kita bagi ada sivik sikit nak jaga hak alam.
Aku tengah rindu Malaysia sekarang ni.
Aku suka lirik lagu Azmyl Yunor “Coming Home”
Mother I’m coming home to cry
‘Cause home is where I’ve never tried to live
I’m always drifting all about this world so blue
Ain’t no other colours I’ve known
dan lirik lagu Michael Bubble “Home”.
May be surrounded by
A million people
I still feel all alone
I just wanna go home
SUMBER :- MOHD AZMEER FAIQ
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Shaheizy Sam. Antara anak seni yang sentiasa komited dalam melunaskan watak yang diberinya dengan jaya.
Setiap lakonannya di layar skrin tidak pernah sekalipun menghampakan penonton. Malah, ramai yang ternanti-nanti setiap kali projek baharu yang bakal menampilkan aktor hebat tersebut.
Beri jiwa dan raganya terhadap karakter yang dimainkan agar tidak menghampakan para penonton, bintang berusia 41 tahun ini sanggup ‘berlapar’ demi mendapatkan bentuk badan yang ideal dan menarik.
Demikian dikongsikan Sam, apabila sekali lagi muncul sebagai Inspektor Khai dalam filem hit tempatan, Polis Evo 3 yang bakal ditayangkan di pawagam pada tanggal 25 Mei Ini.
Bagi mendapatkan tubuh badan yang diinginkan untuk watak tersebut, dia mendedahkan sanggup berlapar ketika menjalani penggambaran selain mengamalkan diet esktrem secara masa yang singkat.
Bukan itu sahaja, disebabkan terpaksa menahan perut, emosinya juga sedikit terganggu dan terpaksa mengelak untuk berjumpa dengan isteri tercintanya yang juga pelakon, Syatilla Melvin supaya tidak berlaku perselisihan faham.
“Saya memang buat diet ekstrem. Apa yang ada unsur gula saya tidak akan ambil. Jika ada peluang untuk membakar lemak saya akan buat. Selagi mampu berjalan dan bekerja tanpa makan saya akan teruskan.
“Ketika itu juga saya elak berjumpa isteri… biasalah apabila lapar, sesiapa sahaja akan cepat marah. Emosi saya memang tidak stabil ketika itu. Bayangkanlah bagaimana saya jalani penggambaran dalam keadaan lapar,” katanya kepada Remaja.
Bapa kepada tiga cahaya mata itu bagaimanapun tidak menggalakkan orang di luar sana untuk melakukan perkara sama kerana boleh memberi kesan kepada kesihatan.
Ia kerana, Sam turut berkongsi pengalaman dirinya dimasukkan ke unit kecemasan sebuah pusat perubatan ketika menjalani penggambaran Polis Evo 2 dek kerana menialani rutin diet yang sama.
“Disebabkan badan tidak cukup air dan tak makan, saya juga terkena serangan gastrik. Saya mengalami kekejangan otot sehingga terpaksa masuk hospital. Ketika itu rasanya macam nyawa sudah berakhir. Jadi janganlah buat seperti yang saya lakukan.
“Saya sanggup buat semua itu sebab minat dalam dunia lakonan dan saya mahukan hasil yang terbaik. Biarpun kena tanggung kos sendiri tapi saya sanggup agar boleh nampak hasilnya,” tuturnya panjang.
Bercakap mengenai pengalaman dalam pembikinan filem kali ini, pelakon itu memberitahu faktor usia antara cabaran untuk dia melakukan babak aksi.
“Saya jarang bersenam jika tidak terlibat dengan penggambaran. Jadi apabila mula masuk ke set dan melakukan babak aksi memang ada sikit rasa penat dan mudah letih.
“Usia pun semakin meningkat… jika silap langkah sikit mulalah rasa sakit,” ujarnya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Personaliti media sosial, Andika Putera berkongsi perkembangan terkini mengenai keadaan anak perempuannya, Alisha Puteri yang baru sahaja menjalani pembedahan mata.
Menerusi satu hantaran di TikTok,...