
Rayuan Da’i Syed Ditolak Mahkamah Tinggi
Da’i Syed kembali ke penjara 10 tahun dan tiga sebatan selepas Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan serta hukuman terhadap pendakwah selebriti itu atas kesalahan merogol seorang wanita yang berlaku tujuh tahun lalu.
Keputusan tersebut dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi, Adlin Abdul Majid, selepas meneliti hujahan daripada pihak pembelaan dan pendakwaan dalam permohonan rayuan terhadap sabitan dan hukuman yang telah dijatuhkan sebelum ini.

Dengan keputusan itu, hukuman penjara terhadap Da’i Syed berkuat kuasa serta-merta bermula hari ini.
Rayuan Gagal Timbulkan Keraguan Munasabah
Dalam penghakimannya, Hakim Adlin memutuskan bahawa Hakim Mahkamah Sesyen tidak terkhilaf dalam membuat keputusan ketika mensabitkan tertuduh.
Mahkamah mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan sepanjang perbicaraan berlangsung.
View this post on Instagram
Menurut mahkamah, keterangan tertuduh yang juga dikenali dengan nama sebenar Syed Shah Iqmal Syed Mohd. Shaiful, 31, hanyalah bersifat penafian semata-mata dan tidak disokong dengan bukti yang kukuh.
Sebaliknya, keterangan mangsa serta bukti lain yang dikemukakan pihak pendakwaan didapati konsisten dan boleh dipercayai.
Sabitan Disifatkan Selamat & Tidak Wajar Diganggu
Mahkamah turut menegaskan bahawa kes pendakwaan telah dibuktikan melampaui keraguan munasabah.
Oleh itu, sabitan terhadap Da’i Syed kembali ke penjara dianggap selamat dan tidak wajar diganggu oleh mahkamah rayuan.

Hukuman Penjara Berkuat Kuasa Serta-Merta
Hakim Adlin turut menyatakan bahawa tiada alasan khas untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman memandangkan kesalahan yang dilakukan merupakan kes yang serius.
“Ia merupakan kesalahan yang serius dan sabitan serta hukuman yang dikenakan sebelum ini adalah selamat. Justeru, hukuman penjara itu bermula hari ini,” tegas beliau.
Susulan keputusan itu, Da’i Syed dihantar ke penjara hari ini bagi menjalani hukuman penjara selama 10 tahun serta tiga sebatan seperti yang telah diputuskan sebelum ini.
Kes Berprofil Tinggi Undang Perhatian Masyarakat
Kes melibatkan Da’i Syed sebelum ini mencetuskan perhatian meluas kerana tertuduh dikenali sebagai pendakwah selebriti yang mempunyai pengaruh besar, khususnya dalam kalangan anak muda dan pengguna media sosial.
Keputusan mahkamah ini mengundang pelbagai reaksi masyarakat, dengan ramai melihatnya sebagai peringatan bahawa undang-undang terpakai sama rata tanpa mengira latar belakang, status atau imej seseorang individu.
Pengajaran Kepada Masyarakat
Dalam masa sama, kes ini turut dilihat sebagai satu pengajaran penting mengenai keberanian mangsa untuk tampil bersuara serta keperluan sistem keadilan melindungi hak dan keselamatan semua pihak.
BACA LAGI :Da’i Syed Bakal Timang Cahaya Mata Kedua, Hana Ismail Kini Hamil Lagi. Tahniah!
SUMBER : Kosmo Online
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!












