Seorang pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang dikenali sebagai Alia berkongsi mengenai perancangan asalnya bersama rakan lain untuk menaiki bas yang terbabit dalam nahas di Jalas Gerik-Jeli berdekatan Tasik Banding, Perak pada jam 1 pagi tadi.
Pantang maut sebelum ajal, perancangan itu bagaimanapun diubah oleh Alia. Dia memilih untuk pulang ke UPSI dari kampung halamannya pada hari Khamis dan sekadar menyambut Hari Raya Aidiladha di kampus atas sebab tertentu.
Bercakap kepada rakan media di Harian Metro ketika dihubungi, nama Alia yang ada dalam senarai penumpang mengesahkan dirinya tidak berada dalam bas terbabit sewaktu nahas berlaku.
“Saya sepatutnya menyambut Aidiladha di Setiu, Terengganu dan akan pulang dengan menaiki bas bersama-sama malam tadi. Namun saya ubah perancangan untuk pulang ke UPSI lebih awal.
“Memang terkejut, terkedu mendengar rakan-rakan terbabit dengan kemalangan. Malah, ramai juga menyangka saya berada dalam bas itu memandangkan nama saya ada.
Ads
“Pagi ini ramai yang menghubungi saya kerana menyangka saya juga berada di dalam bas,” kata pelajar tahun pertama itu.
Tambahnya, kesemua mangsa yang berada di dalam bas berasal dari Besut dan Setiu, Terengganu.
REMAJA terdahulu melaporkan kemalangan nahas membabitkan sebuah kenderaan jenis MPV dan sebuah bas yang dinaiki 36 orang pelajar UPSI yang dalam perjalanan pulang daripada program khidmat masyarakat (CSR) di Kelantan.
Seramai 15 pelajar telah disahkan maut manakala selebihnya yang mengalami kecederaan pelbagai tahap kini sedang dirawat di Hospital Gerik dan Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh.
Situasi cuaca semasa di Malaysia pada awal ini jelas tidak menentu.
Implikasi daripada amaran cuaca bahaya dengan hujan lebat yang dijangka berlaku di seluruh negara terutamanya di Terengganu, Pahang dan Johor sepanjang minggu ini, Habatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran cuaca bahaya di beberapa kawasan terjejas.
Menurut laporan yang dikeluarkan oleh BERNAMA, kawasan yang mungkin akan terjejas teruk di Terengganu ialah daerah Kemaman, Besut, Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Hulu Terengganu, Marang dan Dungun.
Keadaan banjir di Dungun, Terengganu semalam. Sumber Foto: Sinar Harian
Di Pahang pula, ia lebih menyeluruh dengan membabitkan kawasan seperti Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran, Kuantan, Pekan, Rompin, Cameron Highlands, Lipis dan Bera.
Negeri terawal yang terjejas akibat situasi cuaca ini iaitu Johor pula perlu bersiap sedia untuk berdepan hujan lebat berterusan di daerah Mersing, Segamat, Kluang, Kota Tinggi, Kulai, Batu Pahat, Muar, Tangkak dan Johor Bahru.
Sebagai saudara sesama agama dan sebagai rakyat Malaysia secara amnya, wajarlah untuk kita sampaikan satu doa khusus yang boleh diamalkan semasa kita melihat orang lain ditimpa musibah.
Doa ini adalah bagi kita meminta perlindungan daripada Allah SWT agar terhindar daripada sebarang musibah fizikal yang boleh menimpa kita pada bila-bila masa.
Ia juga boleh diucapkan sekiranya kita melihat bala penyakit melanda sesebuah kawasan, ataupun sekiranya kekufuran di kalangan masyarakat jelas dapat dilihat.
Akibat hujan lebat, Jalan Gua Musang-Lojing telah ditutup akibat bencana tanah runtuh dan banjir lumpur, semalam. Sumber Foto: Sinar Harian
Riwayat Ibnu Umar dari ayahnya, Umar Radhiyallahu ‘Anhuma, bahawa Rasulullah SWT bersabda:
(Maksudnya: Segala puji bagi Allah yang telah menyelamatkan aku dari musibah yang menimpamu dan benar-benar memuliakanku dari makhluk lainnya.)
“Jika kalimah ini diucapkan, maka ia akan diselamatkan dari musibah tersebut, musibah apa pun itu semasa ia hidup.” (Hadis Riwayat Tirmidzi)
*
Pengajaran yang kita boleh dapati daripada bacaan doa tersebut adalah untuk mengingatkan kita agar sentiasa bersyukur kepada Allah SWT kerana kita masih diselamatkan olehNya daripada bala bencana atau penyakit yang sedang melanda orang lain.
Bukanlah untuk kita merasa ‘selamat’ kerana diikecualikan. Kita seharusnya merasa gentar jika musibah yang sama melanda diri kita. Ia mengingatkan kita untuk tidak pernah melupakan Allah SWT di saat senang mahupun susah.
Pada masa yang sama, kita seharusnya bersyukur kita masih dipelihara olehNya dan masih berpeluang untuk kembali ke jalan yang benar.
Sebaiknya, kita disarankan untuk menyambung bacaan doa sebentar tadi dengan bacaan doa berikut
“Innalillahi wa inna ilaihi roji’un. Allahumma ajirhum fii mushibatihim, wa akhlif lahum khoiron minha.”
Maksudnya: Sesungguhnya kita milik Allah dan sungguh hanya kepada-Nya kita akan kembali. Ya Allah, berilah mereka pahala dalam musibah mereka dan berilah ganti yang lebih baik.
*
Meskipun kita sedih melihat kejadian yang menimpa masyarakat di beberapa buah negeri buat masa ini, kita wajib percaya bahawa ini adalah takdir yang diturunkan oleh Allah SWT ke atas umat zaman ini bagi mengingatkan kita untuk selalu kembali kepadaNya pada waktu senang mahupun susah.
Wallahualam.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sistem pendidikan Malaysia sekali lagi membuktikan kejayaan apabila kedudukan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) melonjak ke kedudukan ke-26 dalam penarafan QS World University Rankings 2025 Asia berbanding kedudukan ke-28 tahun lalu.
Penilaian ini merangkumi lima petunjuk iaitu sitasi, penjanaan industri, pengantarabangsaan, penyelidikan dan pengajaran, sekaligus meletakkan mereka di tempat keempat berbanding kelima dalam kalangan universiti terbaik di Malaysia.
Kejayaan ini juga menunjukkan kecemerlangan yang berterusan UKM dalam mencapai peningkatan konsisten selama 10 tahun berturut-turut dalam penarafan ini.
Dalam pada itu, pencapaian ini turut mencerminkan usaha gigih warga UKM dalam memantapkan bidang pengajaran, mengukuhkan pengantarabangsaan, membina reputasi yang unggul, meningkatkan kebolehpasaran graduan, dan memperluas jaringan strategik.
Ini juga membuktikan penggunaan bahasa Melayu yang diterap oleh UKM sedikit pun tidak membuatkan mereka mengabaikan elemen pengantarabangsaan yang juga penting bagi mengekalkan reputasi universiti itu di persada dunia.
Sebelumnya, UKM telah melakar sejarah apabila meletakkan status pengajian tinggi negara di pentas dunia melalui pembukaan kampus baru di Doha, Qatar.
Tahniah sekali lagi diucapkan kepada UKM! Semoga dapat melahirkan lebih banyak graduan yang berguna dan berkhidmat untuk masyarakat.
Sumber: Facebook UKM
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Mungkin ramai yang menganggap nak jadi selebriti ini tidak memerlukan kelayakan akademik kerana jika ada bakat, semuanya boleh tercapai untuk bergelar seorang pelakon, penyanyi atau penghibur.
Seperti di negara kita, rasanya ramai yang sudah tahu bahawa selebriti-selebriti Malaysia juga mempunyai kelayakan akademik yang tinggi sebelum mereka memasuki dunia hiburan.
Kali ini, kami nak berkongsi pula antara selebriti Hollywood yang mempunyai kelayakan akademik terbaik dan tidak hanya bermodalkan wajah untuk beraksi di kaca televisyen.
Sebelum memainkan peranannya dalam filem komedi Bridesmaids, pelakon Pitch Perfect ini merupakan bekas pelajar di University of New South Wales dengan kelulusan double degree in Law and Arts. Sebelum itu, dia juga pernah menuntut di Australian Theatre for Young People pada tahun 2003.
Pada tahun 2003, Portman menamatkan pelajaran dari Universiti Harvard dengan kelulusan A.B Degree in Psychology. Jelasnya, “Saya tidak kisah jika kuliah merosakkan karier saya, saya lebih memilih menjadi seorang yang bijak daripada bintang filem”.
Hathaway melanjutkan pelajaran di Vassar College untuk belajar bahasa Inggeris dan selepas beberapa semester, dia berpindah ke NYU’s Gallatin School of Individualized Study.
Setelah mendapat Ijazah Sarjana Muda Sains Kinesiology di Texas A&M University-Kingsville, Longoria terus memperoleh ijazah sarjana dalam pengajian Chicano, pada tahun 2013.
Pelakon ini dilaporkan pernah mendaftarkan diri di University of California di Los Angeles untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Kesusasteraan Inggeris.
Model terkenal dunia ini pernah melanjutkan pelajaran dalam jurusan psikologi jenayah di New York University’s New School tetapi terpaksa berhenti untuk memberi fokus kepada kerjayanya modellingnya itu. Kata Gigi, dia sering ketinggalan terlalu banyak kelas kerana sibuk dengan kerja modeling.
Walaupun mempunyai kerjaya yang besar dalam industri hiburan dunia, tetapi sebenarnya ramai di antara mereka yang turut berjaya dalam bidang akademik. Inilah yang dikatakan beauty with brain kan?
Menjelang detik bahagia yang semakin hampir, pasangan selebriti dan politik, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman serta Bella Astillah dijangka berkongsi lebih banyak perincian mengenai...