SMK Bandar Utama Damansara 4 Guna Metal Detector Demi Keselamatan
Bukan di luar negara, bukan juga dihasilkan oleh kecerdasan buatan malah inilah realiti yang sedang berlaku di tanah air sendiri. Terbaharu di SMK Bandar Utama Damansara 4, pihak sekolah kini mengambil langkah luar biasa dengan memperkenalkan pemeriksaan keselamatan menggunakan metal detector kepada semua pelajar sebaik mereka tiba di kawasan sekolah.
Langkah keselamatan ini diambil selepas kejadian menyayat hati yang meragut nyawa pelajar baru-baru ini, sekali gus mencetuskan kebimbangan ramai terhadap tahap keselamatan di sekolah. Apa yang sebelum ini hanya dilihat dalam filem atau berita luar negara, kini menjadi kenyataan di sekolah Malaysia.
Pemeriksaan Metal Detector Dijalankan Dengan Berhemah
Menurut perkongsian tular di laman Threads, pemeriksaan ini dijalankan menggunakan alat pengesan logam mudah alih bagi mengesan sebarang bahan berbahaya atau terlarang yang mungkin dibawa oleh pelajar, termasuk senjata tajam, vape, atau peranti elektronik tidak dibenarkan.
Walaupun nampak drastik, langkah ini dianggap perlu dan wajar selepas insiden tragis yang berlaku baru-baru ini. Pihak sekolah menegaskan bahawa tindakan menggunakan metal detector ini dilakukan dengan penuh berhemah, tanpa menjejaskan privasi pelajar, dan semata-mata demi keselamatan semua warga sekolah.
Ads
“Sedih Bila Sampai Tahap Ni Perlu Dilakukan…”
Ramai ibu bapa dan netizen meluahkan rasa terkejut namun memahami keputusan pihak sekolah ini.
“Sedih bila sampai tahap ini perlu dilakukan. Tapi demi keselamatan, kita tiada pilihan,” tulis seorang ibu bapa di media sosial.
Ada juga yang mencadangkan supaya pihak sekolah bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi memperkukuh keselamatan.
“Pengetua kena jalinkan kerjasama dengan polis untuk hadir setiap pagi atau semasa perhimpunan,” ujar seorang pengguna Threads.
Langkah Drastik Tapi Perlu Untuk Elak Tragedi Berulang
Tindakan menggunakan metal detector ini sebelum ini sering dikaitkan dengan sekolah di Amerika Syarikat yang berdepan isu school shooting. Namun kini, langkah yang sama diambil di Malaysia sebagai tanda bahawa isu keselamatan pelajar bukan lagi perkara remeh.
Ads
Menurut pakar psikologi pendidikan, persekitaran sekolah yang selamat sangat penting untuk kestabilan emosi dan fokus pelajar. Bila mereka rasa selamat, mereka boleh belajar dengan lebih tenang dan produktif.
Pihak sekolah berharap langkah ini bukan sahaja mampu mengelak insiden tidak diingini, tetapi juga mendidik pelajar tentang disiplin, tanggungjawab dan kesedaran diri terhadap keselamatan sekolah.
Kesimpulan: Lebih Baik Mencegah Daripada Menangis Kemudian
Langkah keselamatan seperti penggunaan metal detector mungkin mengejutkan, tapi inilah realiti dunia hari ini. Ia peringatan kepada semua pihak — ibu bapa, guru dan pelajar — bahawa keselamatan perlu menjadi keutamaan utama di sekolah.
Ads
Kadangkala, langkah luar biasa perlu diambil agar tragedi tidak berulang lagi. Kerana akhirnya, lebih baik mencegah daripada menangis kemudian.
Pelakon terkenal, Rita Rudaini meluahkan rasa kecewa dan marah dengan perkembangan siasatan kes kematian tragis pelajar SMKA Tun Datu Mustafa, Allahyarham Zara Qairina, yang dipercayai menjadi mangsa buli.
Menurut Rita, walaupun insiden menyayat hati itu telah berlaku beberapa hari lalu, namun masih tiada tangkapan dilakukan setakat ini. Menerusi satu hantaran tegas di media sosial, beliau menggesa saksi kejadian supaya tampil memberikan maklumat kepada pihak berkuasa.
“Sudah hari ke berapa dah ni, seorang (suspek) pun tiada ditahan reman lagi ke? Susah sangat nak cari?
“Cekup dulu warden, pengetua dan guru-guru, siasat! Waktu macam ini tak nak pula mengaku Zara di bawah jagaan korang,”tegasnya.
Tambah Rita lagi, keadilan perlu ditegakkan dan mereka yang terlibat secara langsung atau cuai dalam kes ini tidak boleh dilepaskan begitu sahaja.
Dia turut menyeru agar semua saksi, sama ada pelajar mahupun guru, supaya tidak takut untuk menyatakan perkara sebenar.
“Mungkin hari ini nasib ibu Zara, suatu hari akan kena dekat anak korang pula. Tolong jadi manusia!
“Wahai pelajar dan guru-guru, Allah sedang menguji kamu untuk bercakap benar atau tidak,”katanya lagi.
Sebelum ini, Datuk Nurulhidayah iaitu anak kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, turut menyuarakan kebimbangan terhadap kes tersebut.
Beliau mendesak agar pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) tampil memberikan penjelasan berhubung dakwaan bahawa suspek sedang ‘dilindungi’ oleh pihak tertentu.
Walau bagaimanapun, pihak polis Sabah menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan, memandangkan kes ini masih dalam siasatan yang giat dijalankan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Nooryana Najwa yang juga merupakan anak perempuan kepada bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor meluahkan rasa syukurnya setelah ibunya dilepaskan dan dibebaskan pada Khamis daripada 12 pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM7,097,750 dan lima lagi pertuduhan yang gagal menyerahkan penyatan pendapatan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Menerusi hantaran di Instagram, Nooryana atau lebih dikenali sebagai Yana Najib berkongsi betapa tabahnya Datin Seri Rosmah dalam melalui dugaan mahkamah tersebut sepanjang enam tahun lepas.
Nooryana Najwa Binti Datuk Seri Najib Razak. Sumber Foto: Malay Mail
“Alhamdulillah. Rasa lega yang amat dirasai selepas enam tahun. Ibu telah berjuang dalam perjuangannya sendiri untuk keadilan.
“Seterusnya, marilah kita sabar menunggu tarikh 6 Januari yang akan datang (tarikh pendengaran rayuan Datuk Seri Najib Razak terhadap keputusan mahkamah berkaitan Titah Adendum).
“Semoga yang baik-baik lagi akan menyusul selepas ini,” catatnya menerusi Instagram Story.
Yana turut berkongsi bahawa tarikh 19 Disember hari ini juga menandakan genap empat tahun selepas nendanya, Allahyarham Tun Rahah meninggal dunia pada usia 87 tahun.
Yana Najib setia memberikan sokongan buat Datin Seri Rosmah Mansor sewaktu perbicaraan. Sumber Foto: BenarNews
Untuk pengetahuan, Datin Seri Rosmah memperolehi keputusan yang menyebelahinya pada hari ini selepas Hakim, K Muniandy membenarkan permohonan beliau untuk membatalkan kesemua 17 pertuduhan yang dikenakan ke atas beliau.
Datin Seri Rosmah masih berdepan prosidin rayuan terhadap keputusan Hakim Mohamed Zini Mazlan yang menjatuhi hukuman penjara 10 tahun dan denda bernilai RM970 juta di atas tiga pertuduhan rasuah membabitkan projek solar hibrid bernilai RM1.25 bilion.
Terdahulu, REMAJA menyenaraikan Datin Seri Rosmah Mansor sebagai salah seorang daripada 25 figura popular yang merupakan alumni Universiti Malaya.
Penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Datin Seri Heliza Helmi mencadangkan agar kisah perjuangan rakyat Palestin dijadikan sebahagian daripada silibus pendidikan di sekolah iaitu sebagai langkah awal untuk menanam kesedaran dalam diri generasi muda.
Menurut Heliza, inisiatif ini bukan sekadar memberi pendedahan awal tentang erti kemanusiaan, malah mendidik pelajar supaya menghargai keamanan dan memahami perjuangan rakyat tertindas.
“Terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Malaysia kerana terus konsisten mengangkat isu Palestin.
“Saya berharap selepas ini kisah Palestin dapat dimasukkan dalam silibus pembelajaran anak-anak kita.
“Biar mereka faham sejak kecil apa makna perjuangan dan erti kemanusiaan sebenar,” katanya ketika berucap dalam Himpunan Solidariti bersama Gaza.
Heliza turut menegaskan, pendidikan merupakan senjata paling kuat untuk menanam rasa empati terhadap penderitaan rakyat Palestin. Langkah ini juga diyakini mampu membuka mata masyarakat sejak usia muda agar tidak leka dengan keselesaan sendiri.
Pengalaman Menakutkan Di Lautan
Dalam ucapannya, Heliza turut berkongsi pengalaman mencemaskan ketika menyertai misi Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza bersama adiknya, Hazwani Helmi, dan aktivis kemanusiaan Farah Lee.
Ucapan penuh emosi tersebut disambut dengan laungan lantang “Free, free Palestine!” oleh ribuan hadirin yang memenuhi dewan, tanda solidariti rakyat Malaysia terhadap penderitaan di bumi Gaza.
Sokongan Padu Dari Pelbagai Pihak
Turut berkongsi pentas malam itu ialah barisan aktivis GSF Malaysia seperti Zizi Kirana, Ardell Aryana, PU Rahmat, Ustaz Mad Kecik dan Nadir Al-Nuri.
Acara bersejarah ini turut disaksikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr. Mohd. Nai’im Mokhtar, serta Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil.
Hadir sama ialah Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, dan Ketua Pengarah Sumud Nusantara Command Centre (SNCC), Datuk Sani Araby Abdul Alim Araby.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!