Terbaru, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek memaklumkan bahawa hanya murid yang melepasi ujian saringan diagnostik khas akan layak memasuki Tahun Satu seawal usia enam tahun bermula sesi persekolahan 2027.
Memetik laporan Berita Harian, pelaksanaan dasar itu bertujuan memastikan kanak-kanak yang memasuki alam persekolahan lebih awal benar-benar bersedia dari segi perkembangan diri, sekaligus mengelakkan sebarang tekanan terhadap murid pada peringkat awal pendidikan.
Menurut Fadhlina, ibu bapa yang berhasrat memasukkan anak ke Tahun Satu pada usia enam tahun perlu mendaftarkan anak mereka terlebih dahulu untuk menduduki ujian diagnostik khas yang pelaksanaannya akan dimaklumkan oleh Kementerian Pendidikan (KPM) dalam masa terdekat.
Pada masa yang sama, mengulas kebimbangan segelintir pihak, beliau menegaskan bahawa dasar berkenaan bukan suatu keperluan wajib, sebaliknya ditawarkan sebagai pilihan kepada ibu bapa, manakala kanak-kanak lain masih boleh memasuki Tahun Satu pada usia tujuh tahun seperti amalan sedia ada.
“Pertama, (ibu bapa) jangan panik, itu paling penting, kena bertenang dan melihat ini sebagai suatu pembaharuan dalam sistem pendidikan. Ia bukan asing di negara lain yang sudah melaksanakannya. Sebab itulah, kita memulakannya dengan tidak wajib dan ia adalah pilihan,” katanya.
“Walaupun pilihan, kita tidak memberikan kebebasan kepada ibu bapa begitu saja, ia datang dengan kebersediaan anak dan paling penting sokongan pada peringkat Kementerian Pendidikan (KPM) yang kita namakan sebagai ujian diagnostik,” jelasnya lagi.
Tambah beliau, walaupun ia bersifat pilihan, ibu bapa tidak diberikan kebebasan sepenuhnya kerana kemasukan murid enam tahun perlu disokong melalui ujian diagnostik yang menilai kebersediaan kanak-kanak dari aspek psikoemosi, tahap kemahiran serta keupayaan mengikuti pembelajaran di kelas Tahun Satu.
Sementara itu, pelaksanaan dasar itu bertujuan mengenal pasti sama ada kanak-kanak benar-benar bersedia untuk memasuki Tahun Satu pada usia enam tahun. Ibu bapa yang bersetuju perlu memberi komitmen dengan memastikan anak menduduki ujian berkenaan, manakala ibu bapa yang tidak bersetuju boleh memilih laluan biasa dengan kemasukan ke
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya secara rasminya melantik Dato’ Haji Rizalman bin Haji Ibrahim sebagai Profesor Adjung Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith untuk tempoh 3 tahun mulai 23 Oktober 2024.
Pengumuman tersebut dilakukan menerusi hantaran Instagram di beberapa akaun milik Kumpulan Syarikat Rizalman Ibrahim (RIC) pada hari ini.
Perlantikan ini sekaligus merupakan satu bentuk pengiktirafan buat Dato’ Rizalman oleh ahli akademia Institut Pengajian Tinggi di Malaysia yang memandang tinggi buah pemikiran bekas pereka fesyen berusia 53 tahun itu dalam mencetukan idea-idea baru di samping usaha beliau mencetuskan sinergi dengan pakar-pakar ilmuwan dalam pelbagai bidang termasuklah pengajian Al-Quran dan Al-Hadis.
Memetik kenyataan rasmi yang dikeluarkan, pengiktirafan ini juga adalah hasil daripada sokongan dana dan keprihatinan beliau dalam membantu pembangunan ummah dari aspek ekonomi dan rohani. Beliau juga kian dilihat aktif dalam mengusahakan projek-projek baharu yang dekat di hati ummah; baik di dalam mahupun di luar negara bersama beberapa rakan kolaborasi.
Contoh terbaru adalah kunjugan beliau ke Rumah Komuniti Malaysia (MCH) Liverpool, United Kingdom pada bulan September lepas bagi membantu penambahbaikan lokasi perhimpunan warga Malaysia itu setelah sekian lama berada dalam keadaan ‘lesu’ dan memerlukan usaha pemuliharaan.
Memahami keperluan tersebut, Dato’ Rizalman dan pasukannya di Yayasan Rizalman Ibrahim bertindak proaktif dan menyalurkan dana sebanyak RM500,000 melalui Dar Al Qari Resources yang diberikan tanggungjawab menyelia dan membantu kerja-kerja pembaikan bangunan setinggi tiga tingkat itu.
Dalam pada itu, beliau mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada pihak Universiti Malaysa dan Jabatan Al-Quran dan Al-Hadis kerana mencalonkan beliau untuk memperkasakan ilmu kedua-dua cabang ilmu utama itu di Malaysia dan di institusi tersebut, khususnya.
Terdahulu, Dato’ Rizalman dilantik sebagai Profesor Adjung Fakulti Akademi Kontemporari Islam (ACIS), Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang berkuat kuasa sejak 13 Ogos 2023 hingga 30 Julai 2025. Sebelum itu, beliau pernah dilantik menjadi Ahli Lembaga Pengarah UiTM selama tiga tahun.
Baru-baru ini, hasrat pasukan remaja negara untuk menamatkan kemarau 13 tahun di pentas final Kejohanan Badminton Remaja Dunia 2024 acara berpasukan campuran tidak kesampaian apabila tumbang kepada China pada aksi separuh akhir pada 4 Oktober lalu.
Pada aksi yang berlangsung di Pusat Sukan Antarabangsa Nanchang, China, pasukan negara kendalian Jeffer Rosobin tumpas 110-76 sekaligus meraih pingat gangsa.
Berdasarkan format baru yang digunakan pada edisi kali ini, setiap pasukan perlu beraksi sebanyak 10 perlawanan iaitu dua bagi setiap kategori membabitkan perseorangan lelaki, perseorangan wanita, beregu lelaki, beregu wanita dan beregu campuran.
Setiap perlawanan hanya akan bermain sehingga 11 mata dan pasukan pertama yang mencapai 110 mata akan dinobatkan sebagai pemenang.
Menurut Jeffer menerusi audio yang diberikan Persekutuan Badminton Dunia (BWF) kepada media pada Jumaat lalu, beliau kurang berpuas hati dengan pingat yang diraih oleh pasukan negara.
“Saya tak puas hati dengan pingat gangsa. Kami mahu bermain secara berbeza hari ini, tetapi entah bagaimana, minda pemain agak terkesan disebabkan jurang mata yang agak besar”
“Mereka sangat ingin mempamerkan persembahan terbaik, jadi ini telah memberi kesan kepada emosi mereka dan menjadi tidak stabil,” katanya.
Pencapaian yang diraih Malaysia itu menyaksikan pasukan negara mengulangi pencapaian pada edisi lepas yang berlangsung Washington, Amerika Syarikat setelah tumpas kepada lawan yang sama di separuh akhir.
Sebelumnya, kali terakhir pasukan remaja negara merangkul gelaran dunia dalam acara berpasukan adalah pada 2011 di Taiwan.
Sumber: Bernama
Sumber Foto: Badminton Association of Malaysia (BAM)
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi terkenal, Yuna baru-baru ini berkongsi pengalamannya apabila dia menyatakan solidariti buat penduduk Palestin yang teruk diserang oleh zionis Israel pada ketika ini.
Melalui akaun Instagram, Yuna menyatakan bahawa dia pernah dilabel ‘gila’ dan tidak waras selepas bertindak untuk tidak lagi mahu bekerjasama dengan satu jenama antarabangsa pada November tahun lalu.
Kredit: Instagram Yuna
“Saya cuma nak cakap, bila saya beritahu rakan-rakan di Los Angeles, Kuala Lumpur, saya membuat keputusan untuk berhenti bekerja dengan jenama Z pada November 2023”
“Rakan-rakan cakap saya ‘gila’ dan ‘ia tak bagus untuk awak’, malah ada di antara mereka malah menukar topik”
Kredit: Instagram Yuna
Yuna atau Yunalis binti Mat Zara’ai (37) juga turut diancam oleh beberapa individu lelaki yang mengganggunya dengan mengambil foto ketika dirinya memakai rantai berbentuk tembikai.
“Sebagai manusia, saya tahu saya tak sempurna, kami tak sempurna. Anda tidak fikirkan di sana ada orang yang kehilangan pekerjaan, kehilangan biasiswa, shadowbanned, dan diganggu kerana menentang genocide?”
Di ruangan komen, rata-rata pengikut Yuna memuji sikap Yuna yang tetapi berani menyokong Palestin walaupun menerima ancaman daripada sesetengah individu.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!