Kata orang, trend fesyen itu kan silih berganti. Kadangkala dilupakan, kadangkala ia muncul semula secara tiba-tiba!
Begitulah perumpaan yang tepat terhadap trend foamies yang dilihat semakin diterima semula oleh remaja di Malaysia setelah beberapa tahun dipandang sepi.
Adakah ia kasut? Adakah ia sandal? Sukar untuk kami kategorikannya, apa yang pasti foamies akan menjamin keselesaan kepada sang pemakainya. Bukan sahaja ia hadir dengan warna dan paten comel, malah kini ia dilihat sebagai aksesori trendy yang wajar korang miliki.
Terbaru, jenama pakaian sukan dan gaya hidup, Skechers telah muncul dengan koleksi Skechers GOWalk 5 Foamies versi Pokémon.
Pada awalnya, REMAJA meramalkan ia akan digemari oleh peminat animasi popular dari Jepun itu untuk dijadikan sebagai item koleksi. Namun tidak sangka pula, mereka yang bukanlah peminat Pokémon tegar pun inginkannya kerana kecomelan lima karakter yang ditawarkan!
Ads
Ini termasuklahh karakter Eevee, Jigglypuff, Charizard, Snorlax dan tentunya yang disarungkan oleh pelakon Thailand Mew Suppasit ini iaitu Pikachu.
Pikachu.
Bukan sahaja populariti lima karakter ini menjadikan koleksi Foamies ini menjadi rebutan ramai, malah pemakainya juga mengakui keselesaan yang ditawarkan ole Skechers menerusi teknologi kusyen ULTRA GO pada bahagian tapak midsole.
Kesemua rekaannya ini juga sesuai digayakan oleh lelaki, perempuan mahupun kanak-kanak. Cuba bayangkan sekiranya korang dan pasangan menggayakan karakter Pokémon yang sama, serius comel!
Ads
Lagipun, korang tidak pelu risaukan dengan kemungkinan hari hujan memandangkan foamies ini lengkap dengan sistem ‘draining’ agar ia mudah kering.
Eevee.Jigglypuff.
Bagi karakter Pikachu, Eevee dan Jigglypuff, ketiga-tiganya hadir dengan pilihan untuk pemakai wanita dan boleh didapati pada harga RM279. Manakala karakter Charizard, Snorlax dan sekali lagi, Pikachu hadir dalam saiz untuk pemakai lelaki dan juga boleh didapati pada harga yang sama.
CharizardSnorlax.
Menariknya, korang juga berpeluang mendapatkan ‘dry bag’ Pokémon secara PERCUMA sekiranya korang mendapatkan dua barangan daripada koleksi Skechers GOWalk 5 Foamies Pokémon ini di stor konsep Skechers selagi stok masih ada.
Ads
Korang juga boleh mendapatkan koleksi istimewa ini di laman web rasmi Skechers, platform Lazada mahupun platform Shopee.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kecantikan selalunya sinonim dengan wanita, namun kenapa tidak lelaki? Orang lelaki pun sebenarnya perlu menjaga ‘kecantikan’ diri. Kecantikan yang dimaksudkan ini bukanlah meniru gaya wanita atau terlebih sampai kalah perempuan.
Kecantikan yang dimaksudkan adalah keperluan untuk menjaga kulit wajah agar kekal bersih, segar dan terlindung dari sebarang cela agar sentiasa terlihat menarik. Produk Foreo LUNA Men 3 ini merupakan inovasi yang dihasilkan khusus buat lelaki yang mementingkan penampilan.
Direka agar sesuai dengan kulit lelaki yang bersifat lebih kasar dari wanita, produk ini sememangnya mampu membantu para lelaki yang mahukan kulit wajah yang lebih ‘terjaga’.
Produk ini menyalurkan denyutan T-Sonic untuk memberikan hasil pembersihan permukaan kulit wajah yang luar biasa, menghilangkan 99.5% kotoran, minyak sebum dan sel-sel kulit mati untuk mengurangkan jerawat dan bintik hitam, tanpa merosakkan lapisan semula jadi kulit yang menghalang hidrasi.
Selain memiliki mod untuk membersihkan, produk ini juga didatangkan dengan mod untuk mengurut. Denyutan T-Sonic yang merangsang memberikan tenaga menerusi urutan untuk membantu mengatasi tanda-tanda penuaan yang kelihatan, menjadikan anda kulit yang tampil lebih tegang dan segar.
Produk penjagaan kulit yang sesuai digunakan bersama produk ini adalah jenis krim yang tidak memiliki sebarang biji kasar untuk pengelupasan. Dan jika ada yang bertanya adakah produk ini sesuai digunakan oleh wanita? Sebenarnya tidak sesuai, kerana permukaan memebrsihnya direka untuk kulit lelaki yang pada zahirnya lebih kasar.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Mood keseluruhan di acara anugerah BAFTA yang merupakan anugerah paling berprestij untuk dunia perfileman dan televisyen di Britain jelas sedikit muram berbanding tahun-tahun lalu.
Ini berikutan berita kemangkatan Duke of Edinburgh, Prince Philip yang disahkan telah menghembus nafas terakhir pada hujung minggu lalu setelah sekian lama dalam keadaan gering.
Atas rasa hormat terhadap pemergiaan mendiang datuknya, Duke of Cambridge, Putera William yang pada asalnya dijadualkan untuk membuat kemunculan di karpet merah serta di acara tersebut memutuskan untuk tidak menyertai BAFTA pada tahun ini.
“Kami bersimpati terhadap keluarga diraja buat masa ini.”
Selaku presiden persatuan BAFTA sejak tahun 2010, Putera William telahpun menjadi salah seorang VVIP yang sering mencemar duli menghadiri acara berprestij tersebut bersama Duchess of Cambridge, Kate Middleton.
Penghormatan turut diberikan menerusi gaya dan fesyen para penggiat seni dan selebriti yang dicalonkan untuk kategori masing-masing serta mereka yang menjadi penyampai anugerah.
10 gaya pilihan kami ini berjaya menarik perhatian pemerhati fesyen dengan stail elegan serta menangkis tanggapan bahawa busana serba hitam akan kelihatan membosankan.
Phoebe Dynevor Louis Vuitton
.
Rose Bryne Miu Miu
.
Priyanka Chopra Ronald van der Kemp
.
Youn Yuh-Jung Dior Couture
.
Sophie Cookson Giorgio Armani
.
Felicity Jones Valentino
.
Emerald Fennel Roland Mouret
.
Vanessa Kirby Versace
.
Daniel Kaluuya Alexander McQueen
.
Koser Ali Alexander McQueen
*
Kalau korang masih ingat, anugerah BAFTA pada tahun 2018 juga dihadiri oleh jemputan yang memakai busana serba hitam disebabkan oleh pergerakan MeToo yang hangat diperkatakan pada waktu itu sebagai tanda solidariti memerangi ketidak adilan terhadap wanita.
Hati mana yang tidak luluh apabila ibu yang dikasihi meninggal dunia saat diri masih lagi meniti usia muda. Namun tiada siapa yang boleh menolak takdir tuhan, kehidupan harus diteruskan.
Namun itu tidak bermakna harus melupakan ibu yang sudah pergi, sebaliknya semangat yang dimiliki dijunjung sebagai satu wadah perjuangan dalam kehidupan. Inilah yang dilakukan oleh Diedre Ann Walker sebagai tribute kepada mendiang ibunya yang tewas kepada kanser payudara pada 2021.
Wanita berusia 28 tahun asal Tambunan ini telah dinobat sebagai Miss Supranational Malaysia 2023 dalam satu majlis gilang-gemilang yang diadakan di Sabah International Convention Centre.
Menjadikan kemenangannya lebih berharga, dia membawa advokasi mengenai kanser payudara dalam satu misi untuk meluaskan lagi maklumat tentang pentingnya wanita melakukan pengesanan awal.
Dalam satu temubual bersama media tempatan, Diedre berkongsi, “Saya mahu mendidik, memperkasa dan menaikkan wanita serta semua orang di selurh dunia terutamanya dengan advokasi yang telah saya bawa iaitu kepentingan atau pengesanan awal kanser payudara. Advokasi ini juga merupakan satu penghormatan untuk mendiang ibu saya.”
Seiring dengan advokasinya untuk berjuang melawan kanser payudara, wanita anggun ini berkerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan yang membawa ideologi sama dengan perjuangannya. Kini dia merupakan suara kepada organisasi Kinabalu Pink Ribbon yang giat melakukan kempen kesedaran menegani kanser tersebut.
Bukanlah asing dalam dunia ratu cantik, Diedre pernah menyertai pertandingan ketika berusia 18 tahun dan berjaya mendapat tempat kedua. Memilih untuk menamatkan pengajian terlebih dahulu sebelum menyertai mana-mana pertandingan selepas itu. Ternyata setelah 10 tahun berlalu, graduan jurusan Psikologi ini menjadi lebih matang dan berkeyakinan untuk menggalas tanggungjawab sebagai wakil negara.
Pada malam kemenangannya Diedre berjaya mengetepikan saingan 11 peserta lain. Dia menerima mahkota daripada Miss Supranational 2022, Melisha Lin. Tempat kedua dimenangi oleh Vinthiya Vasu dan tempat ketiga pula digondol oleh Viviana Alfred.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Selepas mengesahkan tarikh pernikahan mereka, pasangan Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kini berkongsi pula perancangan untuk beberapa majlis...