Hati mana yang tidak luluh apabila ibu yang dikasihi meninggal dunia saat diri masih lagi meniti usia muda. Namun tiada siapa yang boleh menolak takdir tuhan, kehidupan harus diteruskan.

Namun itu tidak bermakna harus melupakan ibu yang sudah pergi, sebaliknya semangat yang dimiliki dijunjung sebagai satu wadah perjuangan dalam kehidupan. Inilah yang dilakukan oleh Diedre Ann Walker sebagai tribute kepada mendiang ibunya yang tewas kepada kanser payudara pada 2021.

Graduan Psikologi Dinobat Miss Supranational Malaysia 2023. Mendedikasikan Kejayaan Kepada Mendiang Ibu

Wanita berusia 28 tahun asal Tambunan ini telah dinobat sebagai Miss Supranational Malaysia 2023 dalam satu majlis gilang-gemilang yang diadakan di Sabah International Convention Centre.

Menjadikan kemenangannya lebih berharga, dia membawa advokasi mengenai kanser payudara dalam satu misi untuk meluaskan lagi maklumat tentang pentingnya wanita melakukan pengesanan awal.

ARTIKEL BERKAITAN: Dinobat Sebagai Miss Grand Malaysia 2022, Graduan Komunikasi Massa Ini Lambang Individu Tak Pernah Mengalah

IKLAN

Graduan Psikologi Dinobat Miss Supranational Malaysia 2023. Mendedikasikan Kejayaan Kepada Mendiang Ibu

Dalam satu temubual bersama media tempatan, Diedre berkongsi, “Saya mahu mendidik, memperkasa dan menaikkan wanita serta semua orang di selurh dunia terutamanya dengan advokasi yang telah saya bawa iaitu kepentingan atau pengesanan awal kanser payudara. Advokasi ini juga merupakan satu penghormatan untuk mendiang ibu saya.”

Seiring dengan advokasinya untuk berjuang melawan kanser payudara, wanita anggun ini berkerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan yang membawa ideologi sama dengan perjuangannya. Kini dia merupakan suara kepada organisasi Kinabalu Pink Ribbon yang giat melakukan kempen kesedaran menegani kanser tersebut.

IKLAN

ARTIKEL BERKAITAN: Anggun, Bijak & Aktif Dalam Kerja Amal, Gadis Asal Sabah Dinobat Sebagai Miss World Malaysia 2022

Graduan Psikologi Dinobat Miss Supranational Malaysia 2023. Mendedikasikan Kejayaan Kepada Mendiang Ibu

Bukanlah asing dalam dunia ratu cantik, Diedre pernah menyertai pertandingan ketika berusia 18 tahun dan berjaya mendapat tempat kedua. Memilih untuk menamatkan pengajian terlebih dahulu sebelum menyertai mana-mana pertandingan selepas itu. Ternyata setelah 10 tahun berlalu, graduan jurusan Psikologi ini menjadi lebih matang dan berkeyakinan untuk menggalas tanggungjawab sebagai wakil negara.

IKLAN

Pada malam kemenangannya Diedre berjaya mengetepikan saingan 11 peserta lain. Dia menerima mahkota daripada Miss Supranational 2022, Melisha Lin. Tempat kedua dimenangi oleh Vinthiya Vasu dan tempat ketiga pula digondol oleh Viviana Alfred.

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Diedre Ann Walker

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI