Warna hitam sekali lagi mendominasi karpet merah untuk musim anugerah karya lakonan di Hollywood.
Kali ini, selebriti, penggiat di belakang tabir dan pengiring makanan sekalipun memilih untuk memakai pakaian berwarna hitam di anugerah BAFTA 2018 sebagai tanda solidariti memerangi ketidak adilan yang dihadapi oleh wanita.
Situasi ini seakan pengalaman deja-vu yang pernah berlaku di anugerah Golden Globe, Januari lalu.
Pelakon dan penggiat karya wanita menyokong Time’s Up Movement dan kempen #MeToo di anugerah Golden Globes tahun ini.
Ia bukan saja dilakukan untuk wanita semata-mata. Ia juga adalah untuk memperjuangkan hak semua jantina ketika berada di lokasi kerja, sama ada menyentuh tentang bayaran tak setimpal, penindasan, mempergunakan kuasa secara autokratik dan sebagainya.
Walaupun berada di kalangan dress, pant suit dan gaun pendek berwarna hitam, sepuluh selebriti ini berjaya mencuri perhatian ramai dengan stail mereka.
Ini termasuklah Duchess of Cambridge, Kate Middleton yang – hairannya – memilih untuk memakai dress berwarna hijau lumut.
Hhm, kenapa agaknya? Dan siapa paling bergaya di anugerah BAFTA, hari ini?
Ads
Jom lihat!
Kate Middleton
Jenny Pakham.
Dress hijau lumut ini menjadi antara topik hangat di media sosial. Ramai bertanyakan mengapa Kate Middleton enggan memilih warna hitam seperti selebriti dan aktivis lain?
Well, menurut laporan tak rasmi Istana Buckingham, ahli kerabat istana seringkali akan dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang political statement di acara terbuka. Malah, ahli kerabat istana juga tidak akan mengundi semasa pilihan raya.
Ads
Walaupun pemakaian warna hitam di anugerah BAFTA bukanlah satu statement politik yang memihak kepada mana-mana parti negara itu, namun Kate memilih untuk bersifat neutral.
Memang ramai netizen yang tak puas hati dengan keputusan Kate untuk tidak memakai dress hitam. Namun, masih ramai yang merasakan beliau tetap menyokong kempen Time’s Up Movement ini dengan memilih warna gelap dan nampak cantik dengan baby bump!
Ramai orang suka meminjam saat terdesak. Sama ada dari kawan-kawan, saudara mara, ibu bapa, rakan taulan hatta bank sekalipun.
Asal namanya berhutang, ianya WAJIB DIBAYAR.
Sabda Rasulullah SAW:
“Barangsiapa yang mati dalam keadaan masih memiliki hutang satu dinar atau satu dirham, maka hutang tersebut akan dilunasi dengan kebaikannya (di hari kiamat nanti) kerana di sana (di akhirat) tidak ada lagi dinar dan dirham.” (HR. Ibnu Majah.
Lihat berapa ingatan tentang hutang ini wajib dibayar tak kira dalam keadaan apa sekalipun. Ini kerana jika seorang individu itu mati dan meninggalkan hutangnya maka hutang itu akan dituntut di akhirat oleh si pemberi pinjaman.
Tak boleh viralkan individu yang berhutang dengan kita di media sosial kerana itu perbuatan membuka aibnya. Buka aib orang hukumnya berdosa. Ustaz Azhar Tuarno
REMAJA menghubungi Ustaz Azhar Tuarno, Pegawai JAKIM berkaitan isu hutang dan boleh ke individu yang berhutang ini diviralkan di media sosial kerana culas membayar atau enggan bayar walau diminta?
Jawapannya sama sekali TIDAK BOLEH?
Menurut Ustaz Azhar, individu yang memberi hutang kepada seseorang TIDAK BOLEH menggunakan media sosial sebagai platform untuk menuntut hutangnya kembali kerana perbuatan itu dikira sebagai MEMBUKA AIB.
Katanya lagi, jika diri kita sendiri tidak suka orang mengetahui berapa jumlah hutang kita termasuk pinjaman di bank dan sebagainya, begitulah juga kalau individu yang berhutang itu. Sebab itulah kita dilarang menggunakan media sosial untuk tuntut hutang.
REMAJA mengupas isu sebar aib di media sosial semalam dan ada pertanyaan boleh ke kita meviralkan individu yang berhutang dengan kita di media sosial untuk menuntut hutang?
Dosa membuka aib orang, hukumnya jika pelakunya tidak meminta maaf dan individu itu pula tidak memaafkan, sama seperti kita merangkak di akhirat dan pahala kebaikan yang kita buat di dunia akan diberikan kepada individu yang kita buka aibnya itu.
Menurut Ustaz Azhar, menurut hukum Islam, sebelum memberi hutang sebaiknya LAKUKAN PERJANJIAN BERTULIS.
“Tulis jumlah hutangnya dan bila mahu dibayar. Kalau ada saksi lagi bagus. Lepas beri pinjam, kedua belah pihak tandatangan dan saksi juga sama. Kalau tak nak bayar juga, itu urusan di akhirat tetapi kita mesti berusaha mencarinya dahulu, bertanya dan meminta berdasarkan bukti perjanjian tadi.
“Jika hutang itu diberi tanpa surat perjanjian, wajib individu yang meminjam mengingati segala hutang piutangnya dan kalau masih enggan bayar, jiwa seorang mukmin itu masih tergantung dengan hutangnya hingga ia melunasinya seperti diriyawatkan oleh HR Tirmidzi.
Jelas Ustaz Azhar lagi, manusia yang berhutang mesti sentiasa berusaha sedaya upaya untuk membayar hutang sesama manusia.
“Jangan bertangguh serta bersikap endah tak endah dalam membayar hutang. Takutlah ancaman Allah terhadap mereka yang sengaja tidak melunaskan hutang,” katanya sambil menambah hutang ibarat belenggu yang menjerat leher manusia, selagi tidak melunaskan hutang, selagi itu ia mengikat kita. Malah biar kita bergolok gadai membayar hutang di dunia demi kesejahteraan di akhirat kelak,” katanya ketika dihubungi.
Dalam pada itu Ustaz Azhar menjelaskan, seorang yang mati syahid seperti mati dalam perjuangan kerana mengembangkan ilmu Allah, mati ketika lemas, mati ketika melahirkan dan dikategorikan bagi syahid kecil dan diberikan jaminan syurga NAMUN INDIVIDU ini yang jika hayatnya berhutang dan hutangnya tidak dilunasi PUN TIDAK BOLEH MASUK SYURGA DI AKHIRAT KELAK.
Hutang bukan isu main-main dan individu berhutang wajib membayarnya. Malah orang yang mati syahid pun belum tentu masuk syurga jika ada berhutang
Begitulah teruknya KESAN ORANG BERHUTANG DAN JIKA IA TIDAK MEMBAYARNYA.
“Kalau orang mati syahid yang Allah janjikan syurga pun akan terhenti masuk ke syurga kalau ada hutang, apa akan jadi pada kita yang meninggal dalam keadaan biasa-biasa sahaja,” soalnya.
Pegawai JAKIM ini turut menjelaskan, hutang bukan sekadar pada hutang wang ringgit tetapi juga hutang pinjaman seperti kenderaan, motor, kereta, beli rumah dan apa-apa lain yang bersifat pinjaman.
“Kalau pinjam kita wajib bagi semula. Sama macam hutang duit, kalau pinjam wajib bayar balik,” katanya mengingatkan agar individu yang mengutip hutang tidak menggunakan media sosial demi menuntut hutang kerana ia membuka aib individu dan hukumnya berdosa.
Beliau turut berkongsi kisah Rasulullah SAW yang beberapa hari sebelum wafat bertanya kepada para sahabat, andai Baginda ada terhutang dengan mereka dan jika ada tuntutlah sementara dirinya masih ada. Ini kerana Baginda sangat menjaga perihal hutang biar dirinya adalah manusia yang maksum, iaitu orang yang bebas dari dosa.
So korang, kalau hutang bayarlah ya. Lebih baik kalau nak minta pada kawan suruh dia belanja, jangan cakap pinjam. Kalau kalau belanja, tak adalah leher korang terjerat di akhirat kelak kalau terlupa membayarnya nanti.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dalam waktu-waktu kritikal ini, semua orang memahami bahawa kos yang diperlukan untuk menstabilkan negara.
Kos yang diguna pakai oleh pihak hospital bukannya sedikit, begitu juga dengan kesempitan bajet di kalangan rakyat yang tersekat punca rezeki mereka akibat perintah kawalan pergerakan sementara.
Alhamdulillah, banyak pihak yang tampil ke hadapan untuk membantu.
2 perkhabaran baharu pada hari sedikit sebanyak membuatkan ramai orang terharu dengan keprihatinan yang ditunjukkan.
Pekhabaran pertama hadir daripada pihak Istana Negara apabila pasangan diraja, Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong mengumumkan bahawa mereka MENOLAK sebarang bentuk bayaran gaji diraja (royal emolument) untuk tempoh 6 bulan.
Ini bermakna Baginda berdua enggan menerimanya bermula Mac ini hingga bulan ogos kelak setelah melihat keadaan semasa Malaysia yang sedang bergelut untuk menangani wabak Covid-19.
Menurut Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin kepada the Star, “Kehendak ini mencerminkan kebimbangan dan personaliti Baginda terhadap perkembangan pandemik dan situasi kewangan negara sekarang.”
Keputusan ini juga selari dengan keputusan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, para menteri dan timbalan menteri yang mendermakan gaji 2 bulan mereka kepada dana awam Covid-19.
*
Sementara itu, satu lagi syarikat nasional menghulurkan bantuan pada hari ini.
Jenama kereta nasional, Proton telah mendermakan lebih 50 buah kereta SUV X70 kepada Kementerian Kesihatan bagi membantu kakitangan barisan hadapan kesihatan untuk bekerja dengan lebih mudah, lancar dan berterusan.
Kenderaan bernilai lebih RM122,800 sebuah ini akan digunakan untuk tujuan mengambil dan menghantar pulang dari tempat kerja. Ia juga akan digunakan untuk menghantar staf kesihatan ke kawasan yang teruk dijangkiti oleh wabak Covid-19.
*
Tiada kata lain kecuali terima kasih atas keprihatinan yang ditunjukkan. Moga Tuhan saja membalas jasa dan niat baik semua pihak yang tampil membantu.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Bakat bermain bola sepak David Beckham nampaknya diturunkan kepada anak keduanya, Romeo Beckham yang kini aktif dalam dunia sukan bola sepak.
Setelah Brooklyn bergelar ‘suami orang’ timbul ura-ura yang mengatakan giliran Romeo untuk berumah tangga akan menyusul tidak lama lagi. Ini memandangkan ayahnya, David dan abang, Brooklyn juga berkahwin pada usia muda
Namun, sangkaan korang salah apabila remaja 19 tahun ini memutuskan hubungan bersama kekasihnya, Mia Regan demi karier bola sepaknya.
Anak kedua David Beckham dan Victoria Beckham diketahui telah memadamkan foto bersama dengan Mia di Instagram miliknya. Malah, sepanjang tiga tahun bercinta, Romeo dan Mia sering berkongsi detik-detik intim mereka di media sosial.
Mengikut laporan dari Daily Star, sumber yang rapat dengan mereka berkata bahawa perpisahan ini disebabkan kerana Romeo mahu fokus menjadi atlet bola sepak. Romeo sukar bertemu Mia kerana lokasi yang berbeza dan jadual latihannya yang juga padat.
“Hubungan jarak jauh yang terjalin pada usia muda menjadi punca. Romeo dan Mia adalah pasangan muda yang sedang hangat bercinta. Mereka saling menyayangi dan keluarga juga menyayangi Mia,” kata sumber.
Biarpun saling menyayangi, Romeo dan Mia mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan mereka demi masa depan masing-masing. Romeo diketahui kini banyak menghabiskan masa di Miami, Amerika Syarikat demi kerjayanya, manakala Mia masih di England.
Ada kata-kata nakal yang mengatakan Mia memilih Romeo sebagai teman lelaki untuk melonjakkan jumlah pengikutnya demi mengikat klien-klien komersil di luar sana. Bagaimanapun, Mia tidak tergugat dengan tuduhan seperti itu. Tidak banyak pun hantaran foto atau video bersama Romeo, sebaliknya Mia lebih gian memuat naik hantaran berkaitan ‘film photography’ di Instagram.
Bagus Mia dan Romeo ini, walaupun masih muda namun sudah berpandangan jauh dan pentingkan kerjaya masing-masing.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!