Gadis Sabah sememangnya berbakat. Setelah melalui pelbagai cabaran dan tugasan, Wenanita Angang akhirnya dinobatkan sebagai Miss World Malaysia 2022. Gadis berusia 26 tahun yang berasal dari daerah Kuala Penyu ini berjaya mengetepikan cabaran 14 peserta lain yang turut bertanding.
Merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Sistem Sains Maklumat dari Sunway University, Malaysia dan Lancaster University, England, Wenanita bukanlah wajah baharu dalam dunia ratu cantik. Sebelum ini dia pernah bergelar Unduk Ngadau Kuala Penyu 2018 dan bergelar Miss Sabah Model of The Year 2016.
Sebagai advokasi sosialnya, Wenanita mengetengahkan projek Beauty With A Purpose mengenai Hippotherapy. Ia merupakan satu bentuk terapi menunggang kuda, untuk memulihkan kanak-kanak autistik dan individu yang mengalami cerebral palsy.
Katanya, dia terpikat untuk mengetahui bagaimana menunggang kuda membantu kanak-kanak ini meningkatkan keseimbangan selepas mendengar taklimat doktor di Hospital Mesra Bukit Padang.
Pada malam finale Miss World Malaysia 2022, Wenanita telah diajukan soalan mengenai perubahan iklim yang melanda dunia.
“Kebenaran yang menyakitkan tentang perubahan iklim adalah ia berlaku dengan pantas dan kita tidak melakukan apa-apa tentangnya. Jika anda semua keluar dari pintu SICC malam ini, pasti anda merasakan bahang panas yang tidak kita rasai beberapa tahun lalu. Saya memohon kepada anda semua bukan sekadar menjadikan isu ini sekadar advokasi tetapi mengambil tindakan sewajarnya,” jawabnya ringkas.
Selain Wenanita yang bergelar juara, Evelyn Ting dari Sarawak menggondol tempat kedua manakala Anya Kimberly pula berpuas hati di tempat ketiga.
Ads
Perwakilan Malaysia di pertandingan Miss World antara yang paling cemerlang jika hendak dibandingkan dengan wakil-wakil negara di pertandingan ratu cantik utama yang lain. Boleh dikatakan ramai wakil Malaysia berjaya mendapat tempat atau mara ke pusingan seterusnya dan bukan sekadar bergelar peserta.
Sebelum ini sebagai contoh, pada tahun 1994, Rahimah Orchient Yayah bergelar peserta top 10. Pada tahun 1998 pula, Lina Teoh berjaya berada di kedudukan ketiga manakala Deborah Henry pada 2007 berjaya berada di kedudukan top 16. Selepas itu itu perwakilan seperti Dewi Liana Seriestha berjaya menempatkan diri pada kedudukan top 25 pada 2014.
Wakil terbaharu seperti Larissa Ping, Alexis Sue Ann dan Lavanya Sivaji yang beraksi pada pertandingan edisi 2018, 2019 dan 2020 berjaya menembus ke kedudukan top 30 dan top 40.
Adakah Wenanita akan berjaya mengulangi prestasi baik yang ditonjolkan Miss World Malaysia yang lain, sama-sama kita nantikan. Pertandingan Miss World 2022 dijangka berlangsung penhujung tahun ini.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Memasuki minggu keenam konsert Gegar Vaganza musim kelapan pada hujung minggu lalu, nama salah seorang pesertanya; Suki Low telah hangat diperkatakan.
Ini bukan hanya disebabkan persemabahannya bersama Khai Bahar menerusi lagu Tiga Malam Tanpa Bintang telah memperolehi markah tertinggi sebanyak 83.70 peratus pada malam tersebut.
Suki Low bersama rakan penyanyinya pada minggu keenam konsert Gegar Vaganza musim kelapan, Khai Bahar.
Ia juga disebabkan oleh stail yang digayakan oleh Suki dalam persalinan serta solekan biru gelap metalik. Ia diakui ramai sebagai salah satu stail yang paling sesuai dengannya sepanjang GV musim kelapan ini keudara.
Bercakap mengenai solekan Suki yang telah menerima pujian daripada ramai pemerhati, REMAJA mendapatkan tip daripada jurusolek yang bertanggungjawab ke atas solekan tersebut iaitu Syamiel Idid. Bukan hanya ia glamor, malah stail tersebut kelihatan segar dan mudah memukau mata yang memandang.
Menurutnya, remaja di luar sana boleh mencuba solekan tersebut dengan menggunakan enam produk di bawah:
PRIMER
Laura Mercier Hydrating Base
Laura Mercier Pure Canvas Primer Protecting. RM168. DAPATKAN DI SINI
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pertandingan Miss Thailand merupakan pertandingan ratu cantik tertua negara gajah putih itu. Diadakan sejak tahun 1934, pertandingan ini bejaya melahirkan dua pemenang Miss Universe pada tahun 1965 dan 1988 menerusi perwakilan Apasra Hosangkula dan Pornthip Nakhirunkanok.
Manakala pada tahun2019 pula, juara Miss Thailand berjaya merangkul gelaran Miss International 2019 menerusi perwakilan Sireethorn Leearamwat. Pertandingan ini diadakan atas dasar memperhebatkan suara wanita dan juga memperkenalkan budaya Thailand ke mata dunia.
Bersama Manita Hang, Miss Thailand 2022. Sumber gambar: Instagram Miss Thailand
Terbaharu, Chonnikarn Supittayaporn yang mewakili Chiang Mai, telah berjaya merebut gelaran Miss Thailand 2023 pada pertandingan yang diadakan di Central Chaengwattana di Nonthaburi, Bangkok.
Gadis cantik berumur 24 tahun ini merupakan seorang model, namun begitu dia bukanlah calang-calang orangnya. Memiliki taraf pendidikan yang membangakan, dia adalah graduan bidang farmasi dari Universiti Chiang Mai. Memiliki ketinggian 170cm, Chonnikarn menjadi kegemaran ramai sejak awal pertandingan lagi.
Marisa Phonthirat dari Sakhon Nakhon dinobatkan sebagai naib johan manakala Arabella Sitanan Gregory dari Phatthalung menduduki tempat ketiga. Kanokporn Payungwong dari Phra Nakhon Si Ayutthaya dan Supansa Wattananusit dari Amnat Charoen masing-masing menjadi berpuas hati di tempat keempat dan kelima
Seramai 47 peserta menakjubkan dari pelbagai wilayah Thailand telah dipilih untuk mengambil bahagian dalam edisi Miss Thailand ke-54. Pertandingan tahun ini bertemakan “The Ultimate Precious” dianjurkan oleh TPN Global dengan kerjasama Tero Entertainment.
Seiring dengan kemenangannya, Chonnikarn bakal mewakili Thailand ke pertandingan Miss World kali ke-71 yang bakal diadakan di Emiriah Arab Bersatu.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bulan Ramadan Mubarak ini kita semua diajar untuk menahan lapar dan dahaga. Selain itu kita juga perlu ‘puasa’ dalam banyak perkara sama ada perbuatan, percakapan atau penglihatan.
Bagi ramai orang, mereka turut menjadikan bulan puasa sebagai masa untuk ‘kickstart‘ semula rejim diet dan megurangkan berat badan. Tapi ada juga sesetengah orang yang sambut waktu berbuka dengan penuh ‘meriah’ dengan banyak makanan di atas meja.
Tapi sedarkah korang bahawa ada ramai orang yang berat badan mereka meningkat walaupun berpuasa. Nak tahu kenapa mereka jadi begini?
Nafsu Membeli Makanan
Tiba sahaja bulan puasa terdapat banyak pasar Ramadan yang muncul dengan menawarkan pelbagai juadah. Pada ketika inilah banyak hidangan istimewa menjadi sangat popular berbanding bulan-bulan yang lain seperti murtabak, roti john, tepung pelita dan bermacam lagi. Dan orang yang tak jaga makan mereka akan beli dan balun semua benda sebab nafsu!
Makanan Bergula Terlalu Banyak
Ya, kami faham berbuka dengan makanan manis merupakan salah satu sunnah. Tetapi jagalah pengambilan gula korang agar ia tidak berlebihan. Selang-selikan pengambilan makanan dan minuman bergula. COntoh kalau hari ini korang berbuka dengan cendol (yang manis, berlemak!), keseokannya apa kata cuba berbuka dengan jus buah tanpa gula. Kandungan gula yang banyak dalam badan boleh buat berat badan naik dengan mudah.
Bahana Makanan Bergoreng
Selain makanan dan minuman bergula, makanan berminyak juga merupakan penyumbang utama kenaikan berat badan. Kalau boleh semasa berbuka atau bersahur, kurangkanlah makanan yang terlalu banyak minyak seperti makanan bergoreng.Jangan kerana minyak kamu naik minyak bila berat badan naik bila nak beraya nanti!
Makan Banyak Kali
Selepas berbuka biasanya korang akan pergi ke surau solat terawih. Dan ramai orang bila habis sahaja solat terawih dia akan balun macam-macam jenis makanan lagi. Bukan tak boleh tapi beringat-ingatlah. Jangan sampai kamu makan terlalu kenyang sampai perut pun rasa kembung. Apatah lagi bila korang makan itu terlalu dekat dengan waktu tidur. Nanti bangun sahur nak makan lagi! Berapa banyak makan daaa.
REMAJA ada perkhabaran yang BETUL-BETUL hebat nak dikongsikan! Jom memeriahkan KARNIVAL KARANGKRAF 2018 #BetulBetulRaya pada 1 hingga 3 JUN 2018 di Kompleks Media Karangkraf, Shah Alam. Pelbagai juadah sihat dan pelbagai program akan diadakan khas buat pengunjung seperti korang!
Psstt, kami dengar ramai artis nak datang nanti 🙂
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
JALEN Star Chef 2 menyaksikan wakil UiTM Puncak Alam berdepan tekanan besar untuk meneruskan legasi kejayaan universiti sambil memburu tempat ke peringkat akhir menerusi semangat berpasukan dan persediaan rapi.