Mood keseluruhan di acara anugerah BAFTA yang merupakan anugerah paling berprestij untuk dunia perfileman dan televisyen di Britain jelas sedikit muram berbanding tahun-tahun lalu.
Ini berikutan berita kemangkatan Duke of Edinburgh, Prince Philip yang disahkan telah menghembus nafas terakhir pada hujung minggu lalu setelah sekian lama dalam keadaan gering.
Atas rasa hormat terhadap pemergiaan mendiang datuknya, Duke of Cambridge, Putera William yang pada asalnya dijadualkan untuk membuat kemunculan di karpet merah serta di acara tersebut memutuskan untuk tidak menyertai BAFTA pada tahun ini.
“Kami bersimpati terhadap keluarga diraja buat masa ini.”
Selaku presiden persatuan BAFTA sejak tahun 2010, Putera William telahpun menjadi salah seorang VVIP yang sering mencemar duli menghadiri acara berprestij tersebut bersama Duchess of Cambridge, Kate Middleton.
Penghormatan turut diberikan menerusi gaya dan fesyen para penggiat seni dan selebriti yang dicalonkan untuk kategori masing-masing serta mereka yang menjadi penyampai anugerah.
10 gaya pilihan kami ini berjaya menarik perhatian pemerhati fesyen dengan stail elegan serta menangkis tanggapan bahawa busana serba hitam akan kelihatan membosankan.
Kalau korang masih ingat, anugerah BAFTA pada tahun 2018 juga dihadiri oleh jemputan yang memakai busana serba hitam disebabkan oleh pergerakan MeToo yang hangat diperkatakan pada waktu itu sebagai tanda solidariti memerangi ketidak adilan terhadap wanita.
Ahli perniagaan dari Johor Bahru, Eunice Wong mengenepikan 12 peserta lain untuk dinobatkan sebagai Miss Universe Malaysia 2026, Jumaat malam.
Jelitawan berusia 37 tahun sekaligus menerima mahkota terbaru daripada organisasi Miss Universe Malaysia, ‘Star of the East’ daripada Pengarah Kebangsaan, Ayu Omar sambil disaksikan oleh Naib Juara Miss Universe 2025 dari Thailand, Praveenar Singh dan Toh Puan Datuk Patinggi Hajah Raghad Waleed Alkurdi Taib.
Kedudukan naib juara pula menjadi milik Sapphire Wong dari Sarawak, manakala Amreet Kaur pula di kedudukan ketiga. Bekas atlet negara, Emanuelle Mah melengkapkan senarai Top 4 di tempat keempat.
Menerusi kemenangan ini, Eunice bakal mewakili negara ke pertandingan Miss Universe 2026 yang akan berlangsung di Puerto Rico, bulan hadapan.
Bercakap mengenai persediaannya ke sana kelak, Eunice ingin membawa semangat ‘Malaysia Boleh’ di mata dunia dan berazam untuk sedaya upaya mengharumkan nama negara menerusi persembahan terbaik.
Sementara itu, misinya di sana bukan sekadar untuk bertanding bersama jelitawan dari seluruh pelusuk dunia. Bahkan, Eunice bercita-cita untuk memberi sinar kepada bakat tempatan yang baginya mempunyai potensi yang besar.
“Saya benar-benar ingin memajukan Malaysia. Saya merasakan bahawa Malaysia mempunyai ramai individu yang berbakat.
“Namun malangnya, ramai yang sering meninggalkan negara ini, membawa potensi mereka ke tempat lain dan membangunkan negara-negara lain, bukan?
“Jadi, saya benar-benar merasa bahawa saya telah banyak menyumbangkan kepada negara-negara lain dan pengalaman tersebut telah membantu membentuk diri saya.
“Memandangkan saya kini mendapat perhatian daripada perwakilan antarabangsa, saya ingin membawa bakat-bakat ini kembali ke dalam negara kita. Saya berpendapat sudah tiba maanya untuk Malaysia. Dan saya melihat semakin ramai individu berbakat yang ingin kembali semula,” katanya di sidang media yang berlangsung selepas acara kemuncak Miss Universe Malaysia 2026 melabuhkan tirainya.
Pernah Bergelut Dengan Isu Disisihkan Rakan Sebaya
Terdahulu, Eunice Wong berkongsi kepada Remaja mengenai cabaran hidupnya sejak usia kecil untuk mencapai versi terbaik dirinya pada masa ini.
Biarpun dia tampak yakin dari luaran berlandaskan portfolio hebat dalam dunia kewangan, Web3, perdagangan saham, kripto dan automotif; laluan hidupnya ketika zaman kanak-kanak tidak semudah yang disangka.
Sejak di bangku sekolah, Eunice berkata dirinya pernah merasa terasing daripada rakan sebaya. Disisihkan oleh majoriti rakan perempuan untuk tempoh hampir setahun di sekolah, Eunice beranggapan pengalaman tersebut menjadi salah satu faktor dirinya memilih industri kewangan yang didominasi lelaki.
Kini, Eunice telahpun bergelar Miss Universe Malaysia 2026!
Dengan pengalaman profesional serta perjalanan hidup yang pernah dilaluinya, Eunice Wong kini mempunyai peluang untuk memperkenalkan dirinya dan Malaysia kepada khalayak antarabangsa. Lebih daripada mengejar kedudukan terbaik, pentas tersebut turut menjadi ruang buatnya membawa mesej mengenai potensi bakat tempatan seperti yang dihasratkannya.
Sebagai info, Malaysia tidak berjaya menempatkan diri dalam kalangan peserta terbaik pada edisi 2025 di Bangkok, Thailand. Namun pada tahun sebelumnya, Malaysia melakar sejarah menerusi Sandra Lim yang berjaya melayakkan diri ke kelompok 30 peserta terbaik daripada 125 negara yang bertanding pada edisi Miss Universe 2024 bertempat di Mexico.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Dalam sesebuah pertandingan ratu cantik, segmen kostum nasional merupakan segmen yang menjadi perhatian ramai. Apatah lagi, menerusi segmen ini peserta boleh mempamerkan rekaan yang diinspirasikan daripada indentiti negara mereka.
Terbaharu, Yayasan Puteri Indonesia telah mempersembahkan kostum nasional yang akan digayakan oleh Adinda Creisheilla selaku Miss Supranational Indonesia 2022 yang akan bertanding di peringkat antarabangsa pada 15 Julai akan datang.
Adinda yang merupakan pemenang tempat ketiga pertandingan Puteri Indonesia 2022 telah diberikan gelaran Puteri Indonesia Pariwisata yang mana menerusi gelaran ini, dia secara automatik menjabat gelaran sebagai Miss Supranational Indonesia.
Memberi kejutan kepada pencinta dunia ratu cantik, Adinda tampil anggun dalam persalinan kostum nasional yang penuh dengan cantuman rangkaian bunga dengan warna merah jambu menjadi dasar kepada keseluruhan rekaaan.
Kostum Nasional wakil Indonesia ini menyerlahkan aura grandeur sekaligus membawa suntikan kemewahan dan kekayaan alam semulajadi Indonesia. Diberi nama Puspa Kusuma Negara atau The Exquisite of Indonesia Flower, kostum nasional ini merupakan hasil rekaan rumah fesyen Naranaia.
Kostum tersebut diilhamkan oleh keindahan bunga negeri di Indonesia iaitu bunga Melati sebagai bunga kebangsaan, bunga Orkid Bulan sebagai lambang pesona, dan bunga rafflesia yang merupakan bunga terpelihara.
Ada kisah menarik di sebalik penghasilan kostum ini. Seperti yang kita tahu Puteri Indonesia baru sahaja melabuhkan tirai, jadi pereka fesyen hanya memiliki masa yang singkat untuk membuat kostum nasional ini agar boleh di pakai Adinda di pentas Miss Supranational yang bakal berlangsung tidak lama lagi. Dalam satu hantaran di Instagram Naranaia, mereka menyiapkan kostum ini dalam masa hanya 10 hari.
Setakat ini wakil Indonesia sudah tujuh kali berjaya bergelar semi-finalis di pentas Miss Supranational. Pencapaian tertinggi adalah menerusi perwakilan Jesica Fitriana pada tahun 2019 apabila dia berjaya memenangi tempat ketiga.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Soal membuang air kecil, orang lelaki sudah terbiasa melakukannya dengan cara berdiri. Banyak kemudahan tandas juga menyediakan toilet bold yang memerlukan lelaki berdiri. Jadi ia bagai sudah menjadi satu kebiasaan kerana tabiat ini dilakukan dari kecil lagi.
Namun Islam itu agama yang sangat indah. Mengatur kehidupan umatnya untuk menuju ke arah kesempurnaan. Salah satu aspek yang amat dititik beratkan dalam agama ialah soal kebersihan terutama ketika bersolat.
Tahukah, kenapa orang lelaki tidak boleh kencing berdiri? Jika sebelum ini, korang dah terbiasa berdiri, sikap itu boleh ditukar dengan mencangkung pula.
Menurut Ustaz Mohd Khairul Azman Md Daud atau mesra disapa MK Azman, salah satu sebab mengapa Islam tidak menggalakkan umatnya terutama lelaki berdiri adalah kerana pengeluaran air kencing tidak lawas dan keluar sepenuhnya. Ada sisi air yang tertinggal.
“Berbanding dengan perbuatan mencangkung jika dilakukan, air akan keluar sepenuhnya.
Dalam sesetengah kes, baki air kencing ini tadi akan keluar ketika solat sekaligus mengakibatkan solat menjadi tidak sah. Masa yang sama pada pandangan ulama, membuang air kecil secara berdiri adalah satu perbuatan buruk dan tidak senonoh,” katanya.
Menjelaskan lagi soal perbuatan ini secara berdiri berdasarkan hadis yang dicatatkan, kata Ustaz MK Azman, terdapat pelbagai hadis yang menyebut tentangnya.
“Cuma hadis yang melarang secara berdiri ini bukanlah hadis yang kuat. Namun secara umumnya Nabi dan para sahabat mengamalkan perbuatan ini secara duduk atau mencangkung.
“Ulama assafieyyah berpendapat bahawa makruh i melainkan jika ada keuzuran seperti tidak mampu mencangkung, tempat kencing kotor dikhuatiri mengotori pakaian seperti di tempat pembuangan sampah,”katanya turut memaklumkan, perbuatan membuang air secara berdiri pada pandangan ulama adalah perbuatan buruk dan tidak senonoh.
“Jika kita hendak berdiri juga, hendaklah dipastikan tiada percikan yang terkena pada pakaian. Pakaian yang terkena percikan ini dianggap bernajis dan tidak boleh dibawa untuk solat. Jika solat dengan pakaian bernajis, solatnya tidak sah. Inilah yang paling penting dan utama sebenarnya,” katanya lagi.
Dalam pada itu, dari sudut kesihatan pula, kata Ustaz MK Azman, harus diingatkan bahawa lelaki yang biasa melakukan secara berdiri ini biasanya air yang dikeluarkan tidak tus atau tidak lawas sepenuhnya.
“Sisa air masih ada dalan saluran pundi kencing. Apabila berlaku pergerakan dalam solat seperti rukuk dan sujud, pada saat itu, sisa baki air tadi akan mengalir keluar dan terkena pada pakaian solat dan tubuh badan. Ini bermakna seseorang itu sudah berhadas dan solatnya tidak sah.
“Bukan itu saja, sisi-sisa air itu sebenarnya boleh membentuk masalah batu karang yang serius,” katanya memaklumkan, jika seseorang itu menyedari ada air kecilnya terkeluar sedikit semasa solat dan dia meneruskan lagi ibadah tersebut makan seorang itu harus sedar dan faham, bahawa ada sahabat Nabi yang diseksa di dalam kubur kerana masalah sisa air ini.
“Isu ini mungkin nampak seperti tiada apa tetapi bersolat dengan keadaan baju kotor terkena air kencing, solatnya tidak sah dan sahabat Nabi pun diseksa dalam kubur kerana mengabaikan soal tersebut.
“Dalam satu hadis riwayat Ibnu Abbas ra, ia berkata, Rasulullah saw. pernah melewati dua buah kuburan, lalu beliau bersabda. Ingat, sesungguhnya dua mayat ini sedang disiksa, namun bukan kerana dosa besar. Yang satu disiksa kerana ia dahulu suka mengadu domba, sedang yang lainnya disiksa kerana tidak membersihkan dirinya dari air kencingnya.
“Sebab itulah Islam sangat indah dan tertib. Pakaian solat mesti bersih dan tidak terkena sebarang najis,” katanya lagi.
Ada juga yang begitu selamba melakukan perbuatan ini di tempat awam..
Semua toilet bold direka untuk lelaki melakukannya dalam keadaan berdiri dan sebaiknya lakukan di dalam tandas bertutup…
Dalam pada itu, Ustaz MK Azman turut memaklumkan, kebanyakan orang Islam tidak kisah di mana perbuatan ini dilakukan dan cara bagaimana ia dilakukan.
“Ramai yang gemar berdiri sebab ia cepat, tak perlu nak buka seluar. Sedangkan apabila berdiri, kemaluannya dicuci tak sempurna. Air yang digunakan untuk membersihkan kemaluan amat sedikit kerana khuatir terkena pada pakaian.
“Jika pun berdehem ia masih tidak mampu mengeluarkan sisa air dalam kemaluan melainkan perbuatan ini dilakukan secara duduk mencangkung,” katanya yang memberi nasihat agar golongan lelaki untuk duduk mencangkung kerana ia lebih indah dan baik dari sudut kesihatan orang lelaki sendiri.
So guys, kalau sebelum ini korang biasa berdiri, apa kata lepas ini ubah-ubahlah ya sikap tu. Bukan saja baik untuk kesihatan tetapi mampu menjaga solat kita juga kerana pakaian sentiasa bersih dan tidak najis.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!