Terbaru, jaguh sukan badminton negara, Aidil Sholeh Ali Sadikin membuktikan kebangkitannya di pentas antarabangsa apabila merangkul gelaran juara Cabaran Antarabangsa Sri Lanka 2025, sekaligus menambah koleksi trofinya selepas meninggalkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) tahun lalu.
Pemain perseorangan profesional lelaki negara itu mempamerkan prestasi cemerlang dengan menewaskan pemain India, Pranay Katta dalam aksi final yang berlangsung di Kompleks Sukan St Joseph, Colombo.
Kemenangan ini bukan sahaja mengukuhkan kedudukannya dalam ranking dunia, malah membuktikan bahawa pemain yang kini berusia 25 tahun itu mampu bersaing di peringkat tertinggi.
Kejuaraan ini merupakan yang kedua buat Aidil dalam kariernya, selepas meraih gelaran juara Cabaran Antarabangsa Indonesia 2023 juga bukti bahawa Aidil mampu meraih kejayaan walaupun beraksi sebagai pemain profesional.
Ads
Sepanjang kejohanan, Aidil menunjukkan peningkatan prestasi yang ketara berjaya menewaskan pemain tuan rumah, Viren Nettasinghe di peringkat separuh akhir sebelum menundukkan Pranay Katta di final.
Menerusi kejayaan ini, Aidil membawa pulang hadiah wang tunai AS$17,500 (kira-kira RM78,091), sekaligus menjadi suntikan semangat untuk beliau terus melakar kejayaan pada masa depan.
Ads
Kredit: Facebook ShuttleHard
Sementara itu, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) turut berterima kasih kepada jurulatih perseorangan wanita negara Jeffer Rosobin atas dedikasi dan khidmat baktinya kepada badminton negara.
Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM) Rexy Mainaky, melahirkan rasa terima kasih atas sumbangan Jeffer berkata: “Jeffer telah menjadi ahli yang berharga dalam barisan kejurulatihan kami, membawa kepakaran dan komitmennya kepada program junior.
Ads
“Bimbingannya telah memainkan peranan penting dalam pertumbuhan ramai pemain yang berpotensi. Walaupun kami sedih melihat beliau pergi, kami menghormati keputusannya dan mendoakan yang terbaik untuk beliau dan keluarganya.”
Jeffer sebelum itu melepaskan jawatan jurulatih perseorangan wanita negara. atas komitmen keluarga. Beliau menyertai BAM pada Oktober 2023 sebagai Ketua Jurulatih Junior sebelum ditugaskan semula ke jabatan perseorangan wanita senior pada Oktober tahun lalu.
Sumber: Sinar Harian
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Minggu penuh barakah semasa umat Islam di seluruh dunia menyambut Maulidur Rasul pada hari ini apabila Masjidil Haram di kota suci Makkah kembali beroperasi secara penuh. Bukan itu saja, kerajaan Arab Saudi dan pengurusan masjid juga membuat keputusan untuk menghapuskan jarak fizikal sesama jemaah di saf solat yang dijaga selama musim pandemik ini.
Bermula kelmarin, pelekat penjarakan sosial di lantai masjid telah dicabut oleh para pekerja. Menurut pengurusan, ini seiring dengan kelonggaran yang dipersetujui dan untuk mengizinkan lebih ramai jemaah dan pengunjung bagi memasuki pekarangan masjid bagi tujuan ibadah.
Menerusi beberapa foto yang kini dimuat naik di portal meida Arab Saudi., kelihatan pelekat berbentuk tapak kaki sebelum ini telah digantikan dengan kain menyerupai sejadah yang dikongsi oleh beberapa orang jemaah. Ini adalah kali pertama ia dilaksanakan sejak wabak Covid-19 melanda tahun lalu. Di antara sejadah ini masih terdapat jarak yang jelas.
Dengan kelonggaran yang diberikan ini, beberapa prosedur operasi standard (SOP) masih dipraktikkan di Masjidil Haram. Antaranya termasuklah memakai pelitup muka sepanjang masa. Jemaah yang ingin solat di sini juga perlu sudah melengkapkan vaksinasi mereka.
Selain itu, bahagian struktur kaabah juga masih diawasi dengan penghalang (barricade) dan jemaah dilarang mendekatinya atas faktor keselamatan serta kesihatan.
Syukurlah kota suci ini sudah mula menerima lebih ramai jemaah dari semasa ke semasa setelah sekian lama kapasiti masjid dipantau. Malah pada Ogos lalu, kerajaan Arab Saudi juga telah mengumumkan akan mula menerima kedatangan jemaah warga asing yang sudah lengkap divaksinasi untuk melaksanakan ibadah umrah.
Organisasi Public Health Malaysia di Facebook baru-baru ini ada memuat naik satu hantaran mengenai isu ‘Trend Public Humiliation’ atau memalukan orang dikhalayak ramai.
Menerusi perkongsian tersebut, organisasi itu berharap pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) dapat mewujudkan garis panduan yang jelas bagi membendung trend berkenaan sehingga dapat menjejaskan diri seseorang.
“Diharapkan pihak MCMC yang di terajui YB Fahmi Fadzil dapat mewujudkan garis panduan yang jelas bagi membendung trend jelik ini. Kepada mana mana pihak yang terkesan dari insiden seperti ini, dapatkan bantuan dan sokongan jika mempunyai gejala kemurungan berpanjangan.
“Jika nak jadi artis perlulah kental, lihatlah bagaimana artis lain berjaya selepas dikritik sebegitu’, ini satu persepsi yang ternyata salah. Setiap individu adalah berbeza dan tidak boleh dibandingkan.
“Adalah normal untuk seseorang merasa malu, rasa kecewa dan hilang keyakinan apabila dimalukan dikhalayak umum. Sedangkan dimarahi dihadapan kelas pun terasa rasa malu dan trauma, apatah lagi di siaran tv yang di tonton jutaan penonton secara langsung!” coretnya panjang menerusi itu satu kenyataan di platform tersebut.
Selain itu, Public Health Malaysia juga memberitahu mangsa berisiko mengalami kemurungan, kebimbangan keterlaluan dan boleh mengalami PTSD iaitu Post Traumatic Disorder.
Oleh hal demikian, organisasi berkenaan menyeru agar trend memberi kritikan sehingga menjatuhkan air muka seseorang perlu segera dihentikan.
“Jika perkara ini berlarutan tanpa bantuan dan sokongan, mangsa berisiko mengalami kemurungan, kebimbangan keterlaluan dan boleh mengalami PTSD, Post Traumatic Disorder.
“Ya betul, mendidik, memberi nasihat, memberi teguran memang sangat diperlukan sebagai proses pembelajaran untuk menjadi lebih baik. Namun ia bukan alasan atau lesen untuk seseorang itu meninggikan suara, memalukan atau menengking di khalayak ramai.
“Mungkin pihak produksi teruja, melihat rating program mencadak naik dengan insiden sebegini. Maka trend public humiliation atau memalukkan dikhalayak ramai ini akan berterusan tanpa kawalan,” jelasnya lagi.
Terdahulu, penyanyi Sissy Iman menjadi bualan ramai selepas dia dilihat menitiskan air mata apabila menerima kritikan daripada penyanyi dangdut, Mas Idayu ketika konsert keenam program Famili Duo, pada Ahad lalu.
Menerusi kritikan tersebut, Mas Idayu berpendapat persembahan penyanyi itu yang berduet bersama Naim Daniel ketika menyampaikan lagu Jampi nyanyian Hael Husaini dalam versi keroncong tidak mencapai piawaiannya.
Insiden berkenaan membuatkan Sissy seolah-olah hilang semangat dan membatalkan pelancaran album sulung yang sepatutnya berlangsung pada bulan hadapan susulan kritikan diterima dalam pertandingan tersebut.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Berita baik buat yang belum kesempatan menonton filem ini, filem epik sejarah Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan akan ditayangkan di Netflix bermula 16 September ini. Perkara itu diumumkan oleh Netflix dalam satu video terbaharu di Youtube mereka.
Selain Mat Kilau, satu lagi filem yang bakal muncul bulan September dan turut mendapat sambutan adalah Thai Cave Resque. Filem ini diambil dari kisah sebenar tragedi sekumpulan pemain bola sepak yang terperangkap di dalam gua selepas gua tersebut dilanda banjir. Thai Cave Rescue boleh ditonton bermula 22 September 2022.
Foto Via Netflix
Antara filem dan siri terbaharu lain yang dilancarkan di laman penstriman Netflix bulan September ini adalah seperti Love In The Villa, Cobra Kai: Season 5, Fullmetal Alchemist The Final Alchemy dan Blonde.
Servis penstriman Netflix antara paling popular di dunia dengan pelbagai kandungan filem dan siri Original yang buat anda tak bosan ketika menonton. Dengan langganan serendah RM17 anda sudah boleh menonton semua kandungan Netflix di telefon pintar. Untuk pakej premium, anda perlu melanggan RM55 sebulan dengan kualiti video 4k+Ultra HD.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Spekulasi hubungan mereka mungkin sering menjadi perhatian, namun kali ini Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tampil dengan momen yang lebih santai dan mencuit hati...