Filem ‘Mat Kilau’ memecahkan rekod sebagai filem epik pertama yang berjaya memperoleh kutipan tertinggi dalam sejarah perfileman tempatan.Telah menarik perhatian ramai penggemar filem tanah air negara khususnya pencinta sejarah kepahlawanan Melayu terdahulu.
Penyampaian menerusi filem sebegini rata-rata dianggap sangat berjaya menyuntik semangat patriotisme yang ada dalam setiap warganegara terutamanya anak muda dan remaja.
Tapi tahukah korang, selain Mat Kilau, kita ada ramai lagi pahlawan yang mempertaruhkan nyawa demi Tanah Melayu? Haa mungkin korang dah belajar atau ketahui nama-nama mereka ini masa dalam kelas Sejarah dulu, tapi mungkin dah lupa kan…
Berikut Remaja senaraikan 5 pahlawan Tanah Melayu yang telah memperjuangkan kemerdekaan daripada penjajah:
Dato Maharaja Lela
Sumber : Wikipedia
Pandak Lam Bin Maharaja Lela Maulud adalah nama sebenar buat individu yang memegang gelaran Dato Maharaja Lela ini. Dato Maharaja Lela adalah satu gelaran yang cukup tidak asing dalam lembaran sejarah negeri Perak.
Kisah pembunuhan J.W.W. Birch yang melibatkan Dato Maharaja Lela di Pasir Salak amat popular dalam lembaran teks sejarah negeri Perak. Ramai yang berpendapat bahawa peristiwa itulah merupakan detik bermulanya kebangkitan orang-orang melayu di Tanah Melayu.
Pandak Lam juga telah menerima gelaran yang sama iaitu Dato Maharaja Lela dan beliau punyai peranan yang amat penting dalam menentang kerajaan British di negeri Perak. Pandak Lam adalah antara individu yang terlibat dalam merancang pembunuhan J.W.W. Birch yang merupakan Residen British pertama di negeri Perak. Selain itu, antara mereka lain yang terlibat adalah Dato Sagor dan Ngah Kandin.
Malangnya, beliau telah dihukum gantung sehingga mati pada tarikh 20 Januari 1877 di Taiping bersama-sama dengan Dato Sagor yang terlibat dengan pembunuhan J.W.W. Birch.
2. Tok Janggut
Haji Mat Hassan bin Mat Munas atau lebih dikenali sebagai Tok Janggut ialah seorang ulama dan juga pahlawan Melayu yang sanggup menggadai nyawa demi melawan British.
Ads
Menurut Berita Harian, Tok Janggut yang dilahirkan pada 1853 dan berasal dari Kampung Jeram, Pasir Puteh ini adalah antara penentang British pada awal tahun 1900-an di Kelantan ketika berlakunya Perang Dunia Pertama antara 1914 hingga 1918.
Menerusi hasil kajian para sejarawan, Tok Janggut pada awalnya seorang ulama yang telah mendalami ilmu pondok sebelum ke Makkah. Di Makkah, beliau telah mempelajari ilmu agama sebelum Perang Dunia Pertama meletus.
Perjuangan Tok Janggut menentang penjajah bermula apabila pihak British mengambil alih pemerintahan Kelantan daripada Siam selepas Perjanjian Inggeris-Siam 1909 yang mana membawa kepada banyak perubahan seperti pengenalan kepada cukai.
Beliau dikatakan terbunuh semasa menentang pengenaan cukai oleh pihak British ini dan lebih menyayat hati apabila mayat beliau telah digantung beberapa hari untuk dipamerkan kepada umum sebelum ditanam di Seberang Sungai, Pasir Pekan.
3. Yamtuan Antah
Yamtuan Antah ibni Almarhum Yamtuan Radin merupakan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang ke-6. Beliau telah memerintah dari 1869 hingga Oktober 1888 dan telah memperjuangkan Negeri Sembilan daripada dijajah British pada tahun 1976.
Perjuangan beliau ini katanya bermula pada Mac 1872 apabila Datuk Kelana Sungai Ujong, Datuk Laksamana Syed Abdul Rahman membuat perjanjian membenarkan seorang Inggeris, Henry Velge membuka lombong bijih timah di Sungai Ujong (kini Seremban). Bermula dari itu, British mula melebarkan sayapnya di Negeri Sembilan dan kemarahan orang Melayu makin meluap-luap apabila Datuk Kelana Syed Abdul Rahman dan Datuk Muda Linggi pergi ke Singapura untuk membuat perjanjian dengan wakil British, Andrew Clarke yang menawarkan Sungai Ujong di bawah perlindungan penjajah.
Ads
Tidak bersetuju dengan tindakan tersebut, Yamtuan Antah tidak mengiktiraf Datuk Kelana sebagai pemerintah Sungai Ujong dan sekaligus mencetuskan pertelingkahan hingga membawa kepada beberapa siri pertempuran dengan British.
Beliau yang terpaksa berundur ke Johor akhirnya dinasihatkan untuk berbaik dengan British. British kemudian melantik beliau menjadi Yamtuan Besar Seri Menanti sebelum beliau kemudian meninggal dunia pada 1888 dan dimakamkan di Seri Menanti.
4. Dato’ Dol Said
Dato’ Abdul Said bin Omar atau dikenali sebagaI Dol Said merupakan penghulu Naning yang ke-9. Perang Naning yang berlaku pada tahun 1831 telah menjadikan beliau seorang pahlawan yang telah mengukir sejarah.
Berasal daripada suku Semelenggang, Dol Said mewarisi Penghulu Anjak sebagai Penghulu Naning pada tahun 1799 ketika berumur 26 tahun. Kemudian pada 1802, Kolonel Taylor telah melantik beliau menjadi Penghulu Naning dengan syarat beliau mesti menggunakan cap mohor syarikat Inggeris.
Sehingga campur tangan Koloner Faquhar pada 1807, Penghulu Naning dibenarkan mentadbir Naning termasuklah dalam urusan hukuman mati. Namun campur tangan kolonel itu menyebabkan kuasa hukuman mati diserahkan kepada kerajaan negeri.
Penentangan Dol Said terhadap Naning bermula dari tahun 1831-1832 disebabkan beberapa perkara seperti ingin mempertahankan kemerdekaan Naning (semasa Belanda menyerahkan Melaka kepada British, British mendakwa Naning sebahagian Melaka namun rakyat Naning menolak dakwaan itu), menentang pembayaran cukai dan perlaksanaan undang-undang British yang telah menggugat pengaruh dan kuasa Dol Said di Naning.
Ads
Sepanjang setahun tempoh penentangan, telah berlaku dua peperangan yang mana salah satunya Dol Said berjaya mengalahkan British. Manakala bagi perang kedua pada 1832, Dol Said akhirnya menyerah diri kepada British. Beliau meninggal dunia pada 1849 dan disemadikan di Tanah Perkuburan Taboh Naning.
Mat Lela bin Buang berasal dari Kampung Luit, Maran, Pahang dan merupakan sahabat baik kepada Mat Kilau. Kedua-duanya seperti kita tahu mempunyai ilmu kepahlawanan yang hebat tetapi Mat Lela lebih gemar berahsia dan tidak suka menonjol.
Menurut KuantanLoka, sewaktu zaman penjajahan Jepun 1941, orang-orang kampung telah melarikan diri ke dalam hutan untuk menyelamatkan diri, namun Mat Lela tidak berbuat demikian dan menentang Jepun seorang diri.
Pada ketika itu, tiada rumah mahupun kedai yang berjaya diselongkar Jepun kerana pergerakan mereka sering terhalang. Mereka juga tidak mampu menangkap Mat Lela kerana jasadnya pun tidak dapat dilihat di mana-mana. Dengan itu, ramai askar Jepun berjaya dicederakan dan mereka akhirnya berundur.
Mat Lela dilaporkan telah meninggal dunia pada tahun 1995 pada usia 118 tahun akibat sakit tua. Jasadnya dikebumikan di pusara Kampung Merchong, Nenasi, Pekan.
Besar betul pengorbanan pahlawan-pahlawan ini demi membebaskan Tanah Melayu dari genggaman penjajah. Sebenarnya ramai lagi pahlawan-pahlawan Tanah Melayu yang handal dan berani, ini hanya segelintir sahaja.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Semenjak Datuk Seri Anwar Ibrahim mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10 pada 24 November lalu, hampir kesemua gerak-geri beliau diperhatikan secara dekat oleh rakyat terutamanya warganet di laman sosial.
Satu-persatu menjadi bualan. Keputusan beliau untuk mengenakan baju Melayu dengan sepatu capal pada hari pertamanya di Pejabat Perdana Menteri dijadikan isu besar kononnya ia bercanggah dengan tata pakaian rasmi seorang penjawat awam.
Tidak cukup dengan itu, penolakan kenderaan rasmi jenama Mercedes yang diperoleh Jabatan Perdana Menteri oleh beliau yang lebih memilih untuk menggunakan kenderaan sedia ada di pejabat bagi kegunaan harian turut diperkatakan. Malah, peluang untuk menaiki kenderaan yang dipandu oleh Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah juga telah dipetik warganet.
Begitulah dugaan menjadi insan nombor satu Malaysia.
Terbaru semalam, Anwar terpaksa membalas satu ciapan pengguna Twitter dengan nama ‘Naratif Rakyat’ yang mempersoalkan bagaimana beliau boleh memiliki sepasang kasut berjenama mewah Louis Vuitton.
Kasut tersebut telah dipakai Anwar sewaktu menerima kunjungan Sultan Brunei ke Malaysia pada 28 November lalu.
Ciap pengguna itu dengan nada sindiran, “Pung pang pung pang tolak S600 Mercedes, pakai capal. Hari ni dah up gred ke kasut berharga lebih daripada RM5,500. Masyukk PM #KitaBoleh.”
Siapa sangka, Anwar (atau pasukan sosial medianya) mengambil maklum tohmahan warganet tempatan terhadapnya dan bertindak untuk membalas komen tersebut dengan penjelasan berikut mengenai kasut mewah itu.
“Ia pemberian Tuanku Sultan Johor dua tahun yang lalu. Saudara nak persoal saya tidak mengapa, tapi jangan bawa naratif fitnah,” ciap Anwar.
Ia pemberian Tuanku Sultan Johor 2 tahun yang lalu. Saudara nak persoal saya tidak mengapa, tapi jangan bawa naratif fitnah. https://t.co/lLOYqxtrr3
Haa, mesti Naratif Rakyat itu terkesan dengan naratifnya sendiri kan!
Sehingga kini, ciapan balas Anwar itu telah menerima hampir 40,000 ‘likes’ dan diciap semula lebih daripada 25,000 kali.
Terdahulu pada bulan Julai, Menteri Besar Johor Onn Hafiz Ghazi juga pernah menjadi mangsa tohmahan tidak benar mengenai kasut yang dipakainya. Siapa sangka, kasut mewah Onn Hafiz juga merupakan hadiah kurniaan Sultan Johor.
Fitnah & tohmahan perlu dihentikan. Untuk rekod, ini adalah kurniaan Tuanku Sultan.
Ini bukan perkara baru malah Tuanku ada juga memberi kurniaan kpd barisan exco kerajaan yang lepas & pegawai kerajaan negeri sebagai motivasi agar sentiasa bekerja keras utk rakyat.@HRHJohorIIpic.twitter.com/eJsZunfrrc
Menurut Onn Hafiz, ini bukanlah perkara baharu memandangkan Tuanku ada memberi kurniaan kepada barisan exco kerajaan lalu dan pegawai kerajaan negeri sebagai motivasi untuk sentiasa bekerja keras bagi rakyat negeri tersebut.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Adalah dimaklumkan bahawa KDYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong, Al Sultan Abdullah menasihati ahli-ahli Dewan Rakyat untuk memberi sokongan padu pada Belanjawan 2021 demi kesejahteraan dan kelangsungan hidup rakyat serta pemulihan ekonomi negara yang terkesan akibat penularan wabak COVID-19.
Al Sultan Abdullah menegaskan bahawa Belanjawan 2021 yang akan dibentangkan di Parlimen pada masa yang terdekat adalah amat penting kepada kerajaan dan pihak-pihak berkuasa khususnya petugas barisan hadapan untuk meneruskan dan melancarkan dasar serta usaha-usaha membendung dan menangani ancaman wabak ini dari terus merebak.
Sehubungan dengan itu, Al Sultan Abdullah menyeru ahli-ahli Dewan Rakyat menghormati titah nasihat Seri Paduka Baginda untuk mereka menghentikan segera perbalahan politik dan sebaliknya mengutamakan kebajikan rakyat serta kesejaterahteraan negara supaya Belanjawan 2021 diluluskan tanpa sebarang gangguan.
Seri Paduka Baginda mengingatkan ahli-ahli Dewan Rakyat bahawa sengketa politik untuk kepentingan peribadi masing-masing akan merugikan negara dan seluruh rakyat akan menjadi mangsa pada ketika negara masih lagi bergelut menghadapi ancaman wabak COVID-19 ini.
Al Sultan Abdullah bertitah demikian selepas menerima mengadap YAB Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mesyuarat pra kabinet di Istana Negara hari ini.
Dalam sesi mengadap yang berlangsung lebih satu jam dari 8 pagi ini Al Sultan Abdulllah telah berkenan menerima taklimat ringkas berkenaan Belanjawan 2021 yang akan dibentang di Parlimen pada 6 November 2020.
Al Sultan Abdullah menzahirkan harapan Seri Paduka Baginda agar Belanjawan 2021 ia memberi penekanan kepada pemulihan ekonomi negara dan kesejahteraan serta kelangsungan hidup rakyat yang terkesan akibat penularan COVID-19.
Al Sultan Abdullah turut menzahirkan keyakinan penuh YB Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menerajui kepimpinan negara pada saat negara sedang diuji dengan pelbagai krisis ini.
Mesyuarat pra kabinet adalah antara aktiviti mingguan atau rutin utama Al Sultan Abdullah untuk berbincang dan bertukar pendapat bersama Perdana Menteri berkenaan urusan dan isu-isu berkaitan kerajaan.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Biasalah apabila berlangsungnya anugerah siaran langsung, akan ada momen yang tak dapat dijangkakan berlaku – BERLAKU di atas pentas.
Anugerah Meletop Era sebagai contoh sudah lali dengan momen usik-mengusik di atas pentas. Sama ada disengajakan dalam skrip ataupun selebriti terlepas cakap semasa menyampaikan anugerah, REMAJA dapat menangkap 10 momen sarkastik semalam di atas pentas.
Leggo!
06
Muka Jihan Muse
Setelah Jihan menukar baju daripada kostum penari tradisional kepada gaun mengelip rekaan Ashraff Zainal, Nabil sempat menegur kenapa belum tukar baju lagi seperti yang sedang dilakukan Neelofa.
”Aku dah tukar ni, tak nampak ke?”
Nak coverline, Nabil pun berseloroh, “Maksud aku, tukar muka.”
Kasar, kasar..
05
Adik-Beradik Ishak
Remy Ishak dan Rashidi Ishak dipilih sebagai penyampai anugerah pertama iaitu Artis Baru Meletop yang akhirnya dimenangi oleh Eyra Hazali.
Tetapi apa yang berlaku sebelum Mira Filzah naik ke atas pentas untuk menyertai ‘adik-beradik Pak Ishak’ ini agak cringing untuk penonton di Axiata Arena.
Remy cuba mengusik Rashidi sama ada sudah jumpa pengganti, dan Rashidi membalas dengan berkata, “Sekurang-kurangnya saya dah merasa berkahwin.” Err..
Okay abang Remy, lets!
04
Adik-Beradik Suhaimi
Alamak, sarkasm mereka berdua ini sebenarnya lebih cringe-worthy. Atikah Suhaime bertanyakan kepada Sufian Suhaime bagaimana cara untuk move on daripada bekas kekasih.
”Mula-mula dengar lagu Mencuba. Kemudian jangan throwback, just pandang ke hadapan.” Atikah pantas membalas, “Tapi awak throwback naik helikopter dalam video muzik itu..”
Burn!
03
Nabil Mengusik Atikah Suhaime
Sebelum Atikah dan Sufian naik ke pentas, hos AME 2019 iaitu Nabil dan Jihan sempat mengusik Atikah.
Nabil berkata, “Kita persilakan Sufian Suhaime dan Atikah Rafael..”
”Huh, tak jadi Nabil! Dia tak jadi dengan Awi!”
02
Lofa Terkena
Ketika memperkenalkan barisan VIP dari pihak Astro Malaysia di kalangan penonton, Nabil mengusik Lofa dan salah seorang daripada Dato’ tersebut masih single.
01
Lofa Sound Jihan
Kesian Jihan! Hehe..
Setelah Jihan ‘enggan’ turun ke pentas untuk menyertai calon-calon Hos Meletop kerana tidak mahu susah-payah terpaksa naik semula ke atas pentas untuk menerima anugerah (Nabil: Astaghfirullah), Jihan berkata dia akan turun pentas jika dia tak memenanginya.
Jihan: “Aku turun pentas kalau tak menang.”
Lofa: “Takpe kau terus boleh balik.”
Jihan: “Baik Lofa..”
*****
Mana satu yang paling ouch, pedas?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Zuhairie Ahmad Tarmizi mencipta kejayaan gemilang apabila meraih emas sulung Malaysia di Sukan Para Asia Aichi-Nagoya 2026 serta memecahkan rekod temasya.