Seorang pengguna TikTok tampil memuji sikap anak kedua usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri dan isterinya Datin Seri Shahida Mohd Rashid iaitu Qadejah El Zahra yang lebih mesra disapa Cess selepas terserempak dengannya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Menerusi perkongsian di platform TikTok @LovelyDelysha66, pemilik akaun tersebut memuji pekerti Cess yang disifatkan sebagai seorang yang sopan, merendah diri dan mudah didekati.
Dalam video berkenaan, Cess dilihat tidak kekok melayan seorang adik perempuan yang berada di situ bersama Cik B, anak kepada usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida.
Malah, Cess juga sempat memberi kata-kata semangat kepada adik tersebut sebelum menghadiahkan sejumlah wang serta memeluknya.
Ads
“Siapa kenal? @qadejah_terlajaklaris… baiknya Ya Allah. Anak yang baik, sopan santun, berbudi pekerti dan sangat humble.
“Bagus didikan dan ajaran Dato’ @aliffsyukriterlajaklaris dan Datin @shahidadherbs2. Subhanallah, Alhamdulillah, tahun 2026 Allah hadirkan semua insan yang baik-baik untuk keluarga kami Ya Allah,” tulisnya panjang dalam kapsyen video tersebut.
Perkongsian itu turut mendapat pelbagai reaksi positif daripada warganet yang memuji sikap Cess.
“The real orang kaya beradab tinggi, tak berlagak dengan harta di dunia,” komen seorang pengguna.
“(Kita seperti oyster, hanya insan terpilih saja boleh tengok oyster kita)… lovenya ayat ini,” tulis seorang lagi.
Ads
“Bagusnya cara dia mengajar adik itu,” kata seorang pengguna TikTok.
Ads
Setakat artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih lebih satu juta tontonan, sekitar 250 komen dan lebih 80,000 tanda suka di TikTok.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Fast & Furious 9: The Fast Saga telah pun menayangkan trailer rasminya pada dua hari lalu dan rata-rata peminat dari siri filem tersebut sudah tidak sabar menantikan tayangannya pada 21 Mei 2020.
Filem kesembilan dari francais "Fast & Furious" ini merupakan kesinambungan dari filem ke-lapan pada tahun 2017 iaitu "Fast & Furious 8". Ia menyaksikan Dominic Toretto dan rakan-rakannya kembali beraksi.
Dibintangi oleh Vin Diesel bersama-sama pelakon asal Michelle Rodriguez, Jordana Brewster, Nathalie Emmanuel, Tyrese Gibson, Ludacris.dan Michael Rooker, filem ini juga bakal menyaksikan kemunculan John Cena bagi menggantikan tempat Dwayne Johnson yang tidak kembali membawa wataknya dalam filem ini.
Rancangan Dom untuk pencen dan menghabiskan waktu bersama anak dan isterinya gagal apabila dia diburu oleh Charlize Theron yang bersekutu dengan adiknya, watak yang dipegang John Cena. Semua geng Dominic Toretto berkumpul untuk memberikan bantuan dan di akhir trailer Han yang telah dianggap meninggal dunia membuat kemunculan.
Part inilah yang membuatkan ramai excited dan tidak sabar untuk menunggu tayangannya kira-kira dua bulan lagi.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Zaman internet dihujung jari ni memang banyak keyboard warrior. Tak kena di mata dan hati mereka je mula la penguna-penguna instagram ni mengeluarkan kata-kata kesat sehingga boleh dikira sebagai menghina dan memfitnah pengguna lain. Tak patut betul kan!
Tapi lepas ni mungkin kaki buli ini akan ‘beringat’…
Mungkin korang tahu atau tidak bahawa seseorang boleh dihukum di bawah Seksyen 233 dengan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau hukuman penjara tidak lebih satu tahun atau kedua-duanya sekali jika anda didapati bersalah menggunakan sosial media untuk menulis komen kesat, berkongsi maklumat dengan niat mengaibkan orang lain.
Perbuatan di atas merupakan satu jenayah buli siber dan mangsa boleh melaporkannya kepada pihak berkuasa. Jika didapati bersalah, pembuli akan didakwa di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (penggunaan tidak wajar perkhidmatan rangakain).
Melalui laporan Utusan Malaysia, difahamkan bahawa sebanyak 2,190 kes buli siber telah dikesan oleh Cyber Security Malaysia (CSM) dalam tempoh lima tahun lalu. Difahamkan bahawa 571 kes berlaku pada 2017, 356 kes pada 2018, 260 kes pada 2019, 596 kes pada tahun 2020 dan 417 kes pada tahun lalu.
Difahamkan bahawa buli siber berlaku melalui emel, laman media sosial, telefon bimbit dan mana-mana platform internet dengan pembuli melakukan perbuatannya dengan tujuan menakutkan, mendatangkan kemarahan dan memalukan seseorang.
Di negara kita juga masalah pembuli sider ini juga semakin menjad-jadi apatah lagi dengan keterbukaan dan keupayaan semua orang untuk berkongsi kehidupan mereka di laman media sosial pada hari ini. Jadi penulis harap korang tidaklah melakukan perkara yang akan membinasakan diri sendiri ini. Lebih baik berdiam diri jika tidak menyukai sesuatu perkongsian di media sosial. Boleh?
ARTIKEL BERKAITAN : 9 Filem Tentang Buli Yang Boleh Ditonton, Beri Kesedaran Kepada Masyarakat
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Siapa je yang tak kenal dengan Che Nom, YouTuber popular tanah air yang sinonim dengan pelbagai video masakan menarik dan menyelerakan. Che Nom atau nama sebenarnya Norma Bakar bijak menggunakan teknologi digital masa kini dalam menerbitkan video kreatif yang memenuhi ‘selera’ warga maya.
Meniti usia 41 tahun, anak kelahiran Kedah ini mencipta pengaruh tersendiri apabila kebanyakan video masakan yang dikongsikan meraih sehingga jutaan tontonan.
Sehingga ke hari ini, Che Nom mempunyai hampir 2 juta subscribers di YouTube dan menerima Gold Play Button pada tahun 2021. Fuh bukan biasa-biasa ni!
Berhenti Kerjaya Jurutera
Khabarnya Che Nom mula menceburi YouTube pada tahun 2012 selepas berhenti kerjaya jurutera di sebuah syarikat rangkaian telekomunikasi selepas 13 tahun bertugas di sana. Keputusan itu diambil kerana dia mahu menjadi YouTuber sepenuh masa.
Berkongsi aneka resipi hidangan dengan langkah yang mudah dan berkesan, Che Nom dikatakan meminati bidang masakan sejak zaman universiti dan serius berkecimpung dalam dunia tersebut selepas kelahiran anak kedua.
Di sebalik kegemilangan sebagai YouTube, Che Nom baru-baru ini mendedahkan realiti hidup seorang YouTuber yang mengalami burn out. Berkongsi simptom dan gejala burn out di media sosial miliknya baru-baru ini, dedah Che Nom. “Yang paling obvious sekarang ni, usaha tak setimpal hasil, susah ya amat nak dapat views kat Youtube sekarang ni, dah la views rendah, income pun rendah.
Bila ringgit jatuh advertiser dari Malaysia terpaksa bayar mahal sebab iklan di’bid’ dalam US dollar, bila tak ramai bid, income akan drop. Kalau tengok top-top channel kat Malaysia ni nak dapat views lebih dari 100k pon susah ya amat.
Tak terkecuali di Youtube, Che Nom tengok sahabat-sahabat memasak kat Instragram dan TikTok pon susah nak dapat views, padahal followers beratus-ratus ribu, juta-juta pon ada.”
Tambahnya lagi, “Jadi nak compensate low views ni Youtubers akan main game volume, lagi tertekan sebab kena buat video yang kerap dengan melipat gandakan usaha dan kos, tidur dan rehat ke laut, poket pun kering.
Dan juga nak buat video kena kreatif dan banyak berfikir, kalau buat content yang sama nanti takda orang tengok, jadi memang takda fikir lainlah, fikir content ja 24×7.
Lagi nak kena selalu connected to audiance, semua social media nak kena jaga, nak bayar orang tak mampu, nak layan Youtube comment lagi, nak layan DM lagi. Untuk yang dah bekeluarga, terabai anak-anak dan kesihatan sendiri.
Nasihat Che Nom
Nasihat Che Nom untuk Youtubers, sentiasa beringat dengan kewangan anda, kalau income tinggi tu simpan sikit kat tepi, kalau time-time income low tu adalah backup, jadi taklah tertekan nak buat content.
Jaga kesihatan mental dan fizikal, selalu workout, makan makanan yang berkhasiat, tidur dengan cukup dan rehat sementara dari Youtube jika perlu.
Dan yang paling penting, kalau rasa buat YouTube ni dah tak ada masa depan, tutup aja channel, lagi cepat kita move on lagi bagus kalau semua usaha dah dibuat namun masih gagal. Kalau tiba-tiba Che Nom menghilang dari Youtube jangan tanya yer.”
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
JALEN Star Chef 2 menyaksikan persaingan semakin sengit apabila peserta Taylor’s University berdepan cabaran masa, tekanan kamera dan kreativiti dalam menghasilkan hidangan terbaik menuju Grand Finale.