Spekulasi hubungan mereka mungkin sering menjadi perhatian, namun kali ini Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tampil dengan momen yang lebih santai dan mencuit hati apabila berkongsi kisah di sebalik pemberian biskut raya kepada Anwar Ibrahim.
Dari Muar Ke Putrajaya, Demi Sampaikan Biskut Raya
Ahli Parlimen Muar itu memaklumkan beliau sendiri ke Putrajaya bagi menyampaikan biskut raya hasil air tangan Bella Astillah kepada Perdana Menteri.
Menerusi perkongsian di media sosial, beliau menjelaskan sebelum ini tidak sempat bertemu Anwar ketika festival jualan kerana terikat dengan komitmen lain.
“Dari Muar terus ke Putrajaya untuk berjumpa dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ads
“Minggu lepas masa YAB PM datang ke Absolute Fest dan sempat jumpa Bella Astillah, saya pula tak dapat bersama sebab tengah LIVE selling dengan Dr Cardin, demi cari rezeki tambahan,” tulisnya.
Biskut Raya ‘Special’, Air Tangan Bella Sendiri
Menurut Syed Saddiq, biskut raya yang diberikan itu bukan biasa-biasa kerana ia dibuat sendiri oleh Bella Astillah.
Ads
“Hari ini dapatlah saya sampaikan sendiri kuih raya yang Bella buat. Freshly baked, straight out of the oven.
“Saya? Setakat tabur cherry dekat atas saja, itu pun dah kira maksimum bakat,” selorohnya.
Dalam masa yang sama, beliau turut berkongsi bahawa pertemuan tersebut bukan sekadar menyerahkan biskut raya, malah sempat berbincang beberapa isu semasa.
Syed Saddiq juga mengambil peluang mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri kerana sudi meluangkan masa walaupun sibuk berdepan pelbagai cabaran.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ramaikan yang kenal Uncle Kuan ini. Walau berlainan bangsa tetapi beliau banyak membantu masyarakat malah amat “popular” di kalangan golongan tidak berkemampuan kerana banyak perkara baik dilakukannya. Misalannya memperkenalkan tambang teksi hanya 10 sen dan banyak lagi kebaikan dilakukannya kepada golongan susah kerana katanya KITA SEMUA ANAK MALAYSIA.
Malah baru-baru ini, kisahnya yang menyewakan van jenazah hanya pada harga RM1 juga mendapat perhatian. Bukan itu saja, kalau korang menjengah fb miliknya, atas nama Kuan Chee Heng, tentu korang dapat membaca pelbagai kisah perkongsiannya yang membantu golongan tidak berkemampuan termasuk menghantar peti ais baru yang disumbangkan oleh seorang individu yang tak mahu dikenali dan Uncle Kuan tolong menyampaikannya. Bukan itu saja, Uncle Kuan hari ini turut membawa satu ibu yang lumpuh dan ayah seorang nelayan untuk menghadiri majlis konvokesyen anaknya di UiTM. Mulianya hati Uncle inikan.
Inilah keluarga yang dibantunya untuk menghadiri majlis konvokesyen anaknya di UiTM hari ini
Memandangkan hari ini, Israk Mikraj, bersamaan 27 Rejab di mana ada beberapa peristiwa penting berlaku di mana Nabi Muhammad SAW yang diangkat ke langit bertemu Allah taala. Turut dicatatkan juga semasa peristiwa Israk (bermaksud dibawa berjalan) dengan menggunakan buraq, berlaku kejadian Malaikat Jibrail melakukan pembedahan ke atas dada Rasulullah SAW.
Dalam peristiwa Israk dan Mikraj ini juga, Baginda Nabi turut diperlihatkan keadaan syurga dan neraka, bertemu Rasul-rasul terdahulu dan apa yang paling penting solat lima waktu difardukan ke atas umat Islam (pada malam kejadian Israk Mikraj) ini.
Ternyata sebegitu besar peristiwa hari ini dan tidak terkecuali berlaku keajaiban seperti dikongsikan oleh Uncle Kuan ini dalam catatan FBnya. Apa keajaiban dilaluinya?
Uncle Kuan memperkenalkan sewa RM1 bagi van jenazah bagi keluarga kurang berkemampuan kira-kira 5 hari lalu dan mendapat perhatian netizen yang memuji kemuliaan hatinya itu.
TUHAN YANG MAHA ESA, MAHA PENCATURAN SEGALA NYA…. kebetulan hari ini Israk Mikraj……….
Pagi pagi satu wanita Melayu yang saya tak pernah jumpa, tak kenal langsung. Masukkan RM2000 kepada akaun peribadi saya dan suruh saya gunakan dengan baik. Selang 15 minit saya terima satu call dari satu gadis Melayu merayu menghantar ayah saudara nya dari surau Hospital Kuala Lumpur ke Klau Pahang kerana tak mampu sewa Van Jenazah dengan harga RM1500.
Saya telah mengumpulkan pilot saya untuk pergi ke KL untuk urus jenazah. Saya tidak perlu pergi, tapi saya tergerak hati untuk ke sana kerana hati saya kurang senang dan mau ucap takziah dan maka saya pandu van tersebut ke surau tersebut.
Saya tiba di surau KL hanya ada 5 orang sedang menunggu saya. Satu ialah isteri arwah, anak saudara arwah, kawan arwah dan isteri kawan arwah dan seorang penjaga surau.
Isteri arwah dalam keadaan sungguh sedih. Saya masuk surau dan lihat jenazah arwah terkaku tiada berteman. Isteri arwah dalam keadaan panik kerana TIADA WANG LANGSUNG untuk menjelaskan kos mandi dan urusan jenazah berjumlah RM 850. Beliau sedang membuat beberapa panggilan talipon tetapi saya boleh sense jawapan yang di beri.
Uncle Kuan banyak berbakti kepada masyarakat tanpa mengira agama dan bangsa. Katanya KITA ANAK MALAYSIA
SAYA TERINGAT RM2000 TADI yang telah dimasukkan kedalam akaun saya dan saya mengeluarkan dompet dan KEBETULAN DOMPET PUN ADA WANG. Saya lantas jelaskan kos jenazah, berikan extra wang kepada isteri arwah untuk balik ke kampung di Klau, Pahang.
Saya imbas kembali, kesemua nya seperti SUDAH DI ATURKAN OLEH MAHA KUASA. Pagi pagi ada orang masuk wang kedalam akaun saya., tiba tiba pulak ada orang mohon bantuan jenazah, tiba tiba saya PULAK SIBUK PERGI MENZIARAH, tiba tiba saya lihat air mata bercucuran kerana kesukaran dalam membayar kos mandi jenazah, dan tiba tiba dompet saya pulak penuh dengan duit yang saya selalu tak bawa banyak macam tu….. SEMUA NYA TELAH DI CATURKAN …… dari awal pagi sehingga selesai segala nya…… Ya Tuhan … kau yang Maha Mengetahui segala nya dan mengaturkan segala nya……… Kebetulan atau percaturan…. hanya Mu yang tahu……
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jika tahun lalu usahawan Hafiz Mahamad telah menaja beberapa buah bas untuk membawa pulang orang ramai balik ke kampung secara percuma, tahun ini sekali lagi Hafiz bakal menyewa tiga ke lima buah bas lagi bagi tujuan yang sama.
Jelasnya di ruangan instagram, walaupun kita semua sudah dibenarkan untuk pulang berhari raya di kampung, namun masih ramai sahabat yang mempunyai masalah kewangan yang tidak mengizinkan. Memikirkan tentang kos minyak, pulang ke kampung pun takkan dengan tangan kosong, semua perlukan duit.
Betul tak?
Disebabkan oleh itu, usahawan ini memahami situasi mereka, khususnya adik-adik yang masih lagi belajar dan menjelaskan bahawa dia telah menyewa tiga buah bas, namun sekiranya ramai yang ingin menyertai bantuan ini, Hafiz mungkin akan menambah enam buah bas lagi.
“Ini semua ‘free’ @ainaabeautyofficial sponsor awak balik raya. Harap penuh semua bas nanti”
Setiap individu boleh menerima lima tiket dan bas akan bergerak pada Jumaat ini (29 April) pada pukul 9 malam dari KL akan ke Pantai Timur.
Usaha yang dilakukan ini mendapat pujian warganet yang rata-ratanya turut mendoakan agar Hafiz Mahamad dan keluarga sentiasa dimurahkan rezeki.
Tidak akan miskin bagi orang yang sentiasa bersedekah. Betul tak? Semoga setiap pertolongan yang diberikan ini dapat memberi manfaat kepada individu yang benar-benar memerlukannya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Nampaknya drama Jangan Benci Cintaku yang disiarkan di slot Akasia TV3 menjadi trending gara-gara Husna, Fika dan Shah. Mengisahkan isteri teraniaya, watak perempuan perampas dibawakan Husna menjadikan media sosial medan menjadi tempat lepas geram kepada nama HUSNA. Bukan saja orang ramai tetapi ada juga artis seperti Datuk Aznil Nawawi memberikan komen kenapa perlu ganggu rumahtangga orang?.
Realitinya, soal perampas dalam rumah tangga orang memang wujud dari zaman nenek moyang cuma tak di exposekan sebegini. Cuma sejak zaman bawang membawang ini, ia menjadi medium orang ramai untuk mengutuk si perampas rumah tangga. Biarpun ia hanya sekadar lakonan tetapi cara orang ramai melepaskan perasaan seolah-olah perampas dianggap sebagai “perempuan” yang tak perlu dikasihani langsung!
Cakaplah apa saja tentang perempuan yang meruntuhkan rumahtangga orang lain, semuanya pasti naik angin dan memberi komen berlebihan. Jadi bila seorang isteri luahkan yang rumahtangganya diganggu gugat oleh perempuan lain sehingga akhirnya terpaksa bercerai, luahan itu ternyata menjadi trending kerana ramai yang bersimpati dengan nasib menimpanya. Ramai memuji wajahnya yang cantik, sanggup berkorban tetapi ternyata cinta seorang lelaki boleh berubah begitu sahaja.
Inilah perkongsian seorang bekas isteri, Syuhaidah Ebie yang membuat luahan hatinya dan mendapat perkongsian lebih 20k di media sosial dua minggu lalu.
Wanita membuat luahan hati yang perkahwinannya sudah musnah akibat perempuan lain
Jadi benarlah HUSNA itu wujud dan memang ada wanita yang ditinggalkan suaminya kerana perempuan lain.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!