Bagi wanita tindik pada telinga merupakan cara menghias diri yang digemari. Bahkan, ada antara kita sudah menindik telinga sedari kecil dan ada pula memilih di usia remaja.
Malah, bagi sesetengah individu menindik pada anggota tubuh badan mereka sendiri memberi keyakinan dan merasakan diri mereka tampak lebih menarik dari biasa.
Tapi awas ya!
Andressa Souza, 20 (Foto Via DailyMail)
Malang tidak berbau, seorang wanita menerima keadaan yang tragis selepas menindik bibir bawahnya dengan bayaran sekitar RM47.50. Memetik laporan daripada Daily Star, Andressa Souza, 20, sebelum itu dilaporkan bertarung nyawa selama 24 hari selepas ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah hospital yang terletak di selatan Brazil.
ALAMI SAKIT KEPALA DAN DEMAM TERUK
Dua bulan kemudian, bahagian yang ditindik mula mengalami radang dan membengkak. Andressa juga dilaporkan mengalami sakit kepala dan demam yang teruk.
Disebabkan kesihatan semakin merosot, gadis itu kemudiannya ditempatkan di wad ICU kerana situasi kesihatannya yang semakin merosot. Lebih mengejutkan, doktor yang merawat Andressa memaklumkan bahawa jangkitan tersebut telah memasuki saluran darah melalui aksesori tindikan hingga merosakkan 37 peratus otaknya.
DIINTUBASI SEBELUM MENINGGAL DUNIA
Berikutan itu, doktor mengambil keputusan untuk melakukan pembedahan. Seperti yang dilaporkan, Andressa turut diintubasi sebelum beliau disahkan meninggal dunia pada 9 Julai yang lalu. Menurut doktor lagi, jika terselamat sekalipun, Andressa berkemungkinan tidak sedarkan diri dan tidak mampu hidup normal seperti sebelum ini akibat kegagalan fungsi otak.
Ads
Untuk pengetahuan korang, bukan semua tempat bagus untuk ditindik ada beberapa bahagian pada tubuh bahaya untuk ditindik.
Tindik Pada Puting
Foto Via Medical News Today
Puting merupakan antara bahagian paling sensitif pada tubuh badan manusia, wanita yang menindik pada puting mereka berpotensi menghidap jangkitan kuman, kerosakan saraf, pendarahan, hematoma, alahan dan parut keloid. Puting yang ditindik mengambil masa lebih kurang enam minggu hingga ke enam bulan atau mungkin lebih, ianya bergantung pada tubuh badan individu.
Tindik Pada Vagina
Vagina merupakan bahagian paling penting dan sensitif bagi wanita. Tapi dengan trend masa kini ramai wanita muda sanggup menindik bahagian intim mereka, wanita yang menindik di bahagian vagina mereka berpotensi untuk mengadapi masalah ini:
Jangkitan kuman
Jangkitan HIV
Hepatitis B dan C
Pendarahan
Parut
Kesan alahan
Jika tiada sebarang jangkitan atau komplikasi berlaku, tempoh untuk pulih selepas tindik vagina adalah lebih kurang empat ke 10 minggu atau lebih.
Tindik Pada Lidah
Ads
Lidah yang berfungsi untuk merasa makanan dan minuman ditindik dengan aneka bentuk besi, menindik pada lidah berpotensi untuk mengalami jangkitan kuman, membuatkan sukar untuk bercakap, menelan makanan dan merosakkan lidah. Malah, menindik pada lidah mengambil masa lebih kurang empat ke enam minggu untuk pulih, tapi jika dalam tempoh tersebut berlaku sebarang komplikasi kamu harus segera mendapatkan rawatan di hospital.
Tindik Pada Kening
Menindik pada kening sangat bahaya kerana ia boleh menjejaskan kesihatan seperti menghidapi migrane, sakit kepala yang teruk, bengkak, pendarahan, dan mata menjadi hitam. Biasanya selepas menindik pada bahagian kening ini, ianya mengambil masa lebih kurang dua ke tiga bulan untuk sembuh jika tiada sebarang komplikasi kesihatan yang lain.
Suka tindik banyak subang dan besi pada tulang rawan telinga (ear cartilage) mengundang risiko menghadapi keradangan pada telinga, jangkitan kuman, telinga bengkak, kerosakan tisu dan saraf, dan menyebabkan trauma pada tulang rawan telinga.
Tempoh untuk pulih selepas tindik dibahagian kening lebih kurang empat bulan hingga ke satu tahun, jika tiada sebarang komplikasi kesihatan berlaku sepanjang tempoh proses pulih.
Ini adalah beberapa tempat yang bahaya untuk ditindik pada badan kita, terang-terang nampak keburukan lebih tinggi dan ia boleh menyebabkan masalah kesihatan untuk jangka masa panjang jika tidak berhati-hati semasa menindik.
Sebaiknya elakkanlah tindik di tempat yang diterangkan di atas, jika mahu juga terpulang risiko sendiri kena tanggung.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tidak dinafikan, acap kali musim Influenza A berlaku, ia sering menimbulkan keresahan dalam kalangan masyarakat, khususnya bagi remaja dan kanak-kanak yang aktif dengan aktiviti harian di sekolah, kolej atau bersama rakan. Influenza A bukan sekadar selsema biasa tetapi merupakan jangkitan virus yang boleh menyebabkan simptom lebih serius, malah jika tidak dikawal dengan baik, boleh membawa komplikasi berbahaya.
Perbezaan Influenza A & Selsema Biasa
Penting untuk kita faham perbezaan antara Influenza A dan selsema biasa. Selsema lazimnya disebabkan oleh rhinovirus yang hanya menimbulkan simptom ringan seperti hidung berair, bersin, dan sedikit sakit tekak. Manakala, Influenza A pula datang dengan gejala lebih berat seperti demam tinggi secara tiba-tiba, sakit badan melampau, keletihan ekstrem, serta batuk berpanjangan.
Kredit foto: FB KKM
Tempoh Penyembuhan Influenza A
Tempoh penyembuhan bagi selsema biasa biasanya hanya beberapa hari tanpa rawatan khusus. Namun, bagi Influenza A, proses sembuh boleh mengambil masa lebih lama dan sering memerlukan rehat total, ubat antiviral tertentu, serta pemantauan rapi, terutamanya bagi golongan berisiko tinggi.
Bagaimana Influenza A Menular
Antara faktor utama yang membezakan ialah tahap penularannya. Influenza A sangat mudah berjangkit melalui titisan pernafasan, permukaan tercemar, dan sentuhan rapat. Oleh itu, langkah pencegahan seperti memakai pelitup muka, mencuci tangan dengan kerap, dan menjaga jarak fizikal amatlah penting untuk mengelak jangkitan.
Mitos Tentang Influenza A
Ramai masih percaya bahawa Influenza A hanyalah batuk selsema versi teruk. Hakikatnya, jangkitan ini boleh menyebabkan komplikasi serius seperti radang paru-paru, serangan asma, malah dalam kes tertentu boleh membawa maut. Jadi, amat penting untuk mendapatkan rawatan segera sekiranya simptom semakin teruk.
Gaya hidup sihat juga memainkan peranan besar dalam menguatkan sistem imun. Tidur mencukupi, pengambilan makanan berkhasiat, hidrasi secukupnya, serta senaman ringan mampu membantu tubuh melawan jangkitan Influenza A dengan lebih baik.
Kredit foto: The Sun Malaysia
Tip Kesihatan & Pencegahan Influenza A
Amal kebersihan tangan: Basuh tangan sekurang-kurangnya 20 saat dengan sabun atau gunakan hand sanitizer.
Pakai pelitup muka: Terutamanya di tempat sesak atau jika ada simptom batuk dan bersin.
Elak berkongsi barang peribadi: Contohnya botol air, tuala atau alat tulis.
Tingkatkan imun badan: Tidur yang cukup, minum air secukupnya, dan ambil vitamin C atau makanan kaya nutrisi.
Tidak mengabaikan rehat: Jika kurang sihat, berehatlah secukupnya dan elakkan hadir ke sekolah atau tempat awam.
Kredit foto: FB KKM
Vaksin Influenza A
Vaksin influenza diberikan setiap tahun kerana virus ini kerap bermutasi. Ia membantu mengurangkan risiko jangkitan serta komplikasi yang serius. Walaupun vaksin tidak menjamin perlindungan seratus peratus, ia mampu mengurangkan tahap keterukan simptom jika dijangkiti.
Vaksin ini juga amat disarankan untuk golongan berisiko tinggi seperti kanak-kanak kecil, warga emas, individu dengan masalah kesihatan kronik, serta remaja yang kerap terdedah kepada persekitaran padat.
Intihanya, Influenza A bukan sesuatu yang boleh dipandang ringan. Bezakan antara selsema biasa dengan influenza, ambil langkah pencegahan, dan jaga kesihatan diri serta orang sekeliling. Ingat, cegah lebih baik daripada merawat.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sistem pemerintahan monarki mutlak hanya diamalkan oleh beberapa negara-negara di seluruh dunia, namun begitu sistem pemerintahan sebuah negara yang memiliki raja atau sultan dilengkapkan dengan kehadiran Perdana Menteri dan juga Jemaah cabinet yang dipilih dari pilihanraya.
Malaysia sebagai contohnya, mengamalkan sistem raja berpelembagaan yang bermaksud Raja adalah merupakan ketua simbolik di dalam rangkai eksekutif dan kuasanya adalah terhad oleh perlembagaan negara. Antara negara yang masih mengamalkan pemerintahan monarki mutlak adalah negara Brunei Darussalam, Oman dan Swaziland.
Keluarga DiRaja merupakan keluarga yang dihormati oleh rakyat. Sistem pewarisan takhta pula akan jatuh kepada anak sulung lelaki. Putera-putera mahkota ini menjadi tunggak lambang kepada institusi DiRaja.
Diputerakan pada 28 Jun 1994, putera mahkota Jordan ini merupakan anakanda kepada Raja Abdullah II dan Permaisuri Rania Al-Abdullah. Bakal mewarisi takhta Jordan suatu hari nanti, baginda merupakan anak sulung dari empat beradik. Mendapat pendidikan di Universiti Georgetown, Washington dalam bidang sejarah antarabangsa, baginda merupakan individu termuda mempengerusikan sesi Majlis Keselamatan PBB pada usia 20 tahun.
Baginda merupakan anakanda kepada Yang DiPertuan dan Permaisuri Agong Malaysia ketika ini. Diputerakan pada 17 September 1995, Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Mahkota Pahang ini merupakan seorang yang sangat cakna dan prihatin terhadap rakyat setempat.
Kelibat baginda yang tidak kekok menyantuni rakyat jelata membuatkan masyarakat lebih hormat kepadanya. Selain bergelar seorang graduan lulusan Geneva School of Diplomacy and International Relations di Switzerland dalam bidang Hubungan Antarabangsa, Tengku Hassanal juga telah menyelesaikan pengajiannya di Akademi Tentera DiRaja Sandhurst, United Kingdom pada tahun 2019.
Baru berusia 18 tahun, Putera Mahkota Maghribi ini diputerakan pada 8 Mei 2003. Anakanda kepada Raja Mohammed VI dan Puteri Lalla Salma ini mula bergiat aktif dengan kerja-kerja diraja sejak tahun 2015 lagi menonjolkan sikap diplomasi semulajadi yang tinggi di dalam dirinya. Baginda bekerja erat dengan ayahandanya dalam memastikan Maghribi kekal sebagai negara yang aman untuk semua orang.
Dengan kekayaan keluarga DiRaja bernilai US$ 5.7 bilion, putera mahkota Maghribi ini terbang serata dunia menggunakan jet Gulfstream G650 bernilai US$67.4 juta. Menarik tentang dirinya, baginda boleh bertutur dalam beberapa bahasa termasuk bahasa Arab, Perancis, Sepanyol dan Inggeris.
Pernah digelar lelaki terkacak di dunia, Putera Mahkota Dubai ini mewarisi takhta putera mahkota selepas kematian kekanda sulungnya. Diputerakan pada 14 November 1982, baginda merupakan anak keempat dari 12 adik beradik. Mendapat pendidikan London School of Economics, baginda juga turut menerima pendidikan ketenteraan dari Akademi Tentera DiRaja Sandhurst, United Kingdom pada tahun 2001. Popular di laman Instagram dengan lebih 11 juta pengikut, baginda selalu berkongsi momen terkini aktiviti yang dilakukan dan juga hobi yang digemari. Pada 15 Mei 2019, baginda telah berkahwin dengan sepupunya iaitu Sheikha Sheikha bint Saeed bin Thani Al Maktoum.
Diputerakan pada 11 November 1081, Putera Guillaume atau nama panjangnya Guillaume Jean Joseph Marie diangkat sebagai Putera mahkota Luxembourg apabila ayahandanya menaiki takhta pada tahun 2000. Ketika itu baginda baru berusia 19 tahun. Sama seperti putera mahkota yang lain, baginda mendapat pendidikan ketenteraan di Akademi Tentera DiRaja Sandhurst, United Kingdom.
Bagi pendidikan formal pula baginda memulakan pendidikan tinggi di Universiti Kolej, Furham dan juga Universiti Brunel yang terletak di England. Kemudian dia menyambung pengajian di Institut Albert-le-Grand di Perancis dalam bidang sains politik dan persuratan. Berkahwin pada tahun 2012, baginda dan isteri, Countess Stephanie de Lannoy telah dikurniakan seorang cahaya mata.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Musim-musim hujan ini mesti perut asyik lapar memanjang. Setiap saat rasa macam mulut nak mengunyah je walaupun dah makan nasi.
Hmm..apa kata kita try resepi baru mengunakan jagung iaitu cucur jagung.
Resepi ini dikongsikan oleh Ana Mariana Ismail, mesti sekali makan terus nak lagi!
RESIPI CUCUR JAGUNG
Bahan-bahannya :-
Jagung
Tepung Gandum (agak-agak dengan bahan lain)
Bawang besar
Udang (nak guna ikan bilis pun boleh)
serbuk kunyit
Garam
Gula
Serbuk ikan bilis (sikit je)
Cili kisar (nak guna cili kering tumbuk kasar pun boleh)
Telur sebiji
Air
Cara-caranya :-
Kupas bersih jagung, dan hiris isinya. Masukkan ke dalam bekas.
2. Dalam bekas isi jagung tadi, campurkan semua bahan sekali kecuali air. Kacau sebati.
3. Masukkan air sikit-sikit, agak-agak bancuh adunan jangan terlalu pekat atau cair. Kiranya sampai senang kita nak jemput guna tangan.
4. Dah siap, panaskan minyak masak dan mula menggoreng. Guna api sederhana sahaja, biar sampai agak garig baru alihkan bahagian bawah pula.
Dah garing, boleh diangkat. Jangan lupa cuba resipi ni!
Selamat mencuba dan menjamu selera.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!