Budaya merokok dalam kalangan remaja bukan lagi satu perkhabaran baharu. Dari generasi ke generasi, golongan perokok seawal usia belasan tahun sudahpun wujud sehingga ke zaman moden ini.
Cuma, apa yang membuatkan generasi remaja sekarang lebih bertuah berbanding masa lampau adalah kerana mereka mempunyai pilihan untuk beralih daripada rokok kepada alternatif bebas asap rokok.
Disebabkan perkembangan sains, teknologi dan pemerkasaan kajian, semakin ramai perokok yang memilih untuk beralih kepada e-rokok seperti vape atau alternatif bebas asap rokok seperti produk tembakau yang dipanaskan (Heated Tobacco Product, HTP).
Dapatan yang diperoleh hasil Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan pada tahun 2019 mendapati 7.5 peratus daripada remaja berusia 15 hingga 19 tahun menggunakan vape.
Justeru, REMAJA tertanya-tanya akan sebab utama mengapa mereka lebih memilih alternatif seperti vape yang bebas-asap rokok berbanding rokok?
Perbezaan paling jelas di antara rokok dan alternatif bebas-asap rokok seperti e-rokok atau vape adalah pembakaran tembakau yang akan membebaskan asap yang membahayakan.
Bahan tembakau yang terbakar setiap kali seseorang menghisap rokok akan membebaskan asap rokok yang berpotensi menimubul masalah kesihatan yang terhadap perokok.
Ads
Memetik laporan Kementerian Kesihatan Malaysia menerusi laman web MyHEALTH, asap rokok mempunyai hubungkait yang rapat sebagai penyebab penyakit seperti barah dan penyakit jantung – tanpa mengira faktor usia.
Di samping itu, terdapat perbezaan di antara asap yang dihasilkan daripada rokok dan aerosol yang dibebaskan oleh alternatif bebas asap rokok. Vape sebagai contoh hanya menghasilkan aerosol yang mengandungi bahan kimia yang jauh lebih rendah berbanding campuran 6,000 bahan kimia dalam asap rokok.
Bukan bermaksud aerosol yang dihasilkan itu tidak merbahaya. Namun, risiko daripada aerosol yang dihasilkan oleh vape tidak sehebat rokok. Secara tidak langsung, ia mengurangkan kadar bahan kimia merbahaya yang masuk ke dalam tubuh seseorang perokok dan orang sekeliling mereka.
Ads
Oleh itu, perokok yang beralih kepada alternatif bebas asap rokok boleh mengurangkan risiko pengambilan nikotin dengan mengelakkan mereka diri sendiri dan orang sekeliling mereka terdedah kepada asap rokok yang memudaratkan.
Perokok sekunder dan tertier ini sukar sekali untuk mengelakkan diri daripada dikelilingi oleh perokok tegar lebih-lebih lagi sekiranya ia terdiri daripada ahli keluarga dan rakan akrab sendiri.
Foto Hiasan: PEXELS
Hari demi hari, timbul berita yang melaporkan tentang tahap kesihatan bayi dan kanak-kanak yang semakin merudum disebabkan masalah asma, pneumonia (jangkitan paru-paru) dan seringkali sakit tanpa sebab. Ini adalah kerana mereka dikelilingi si perokok pada setiap hari terutamanya ayah sendiri.
Berbeza dengan bahan alternatif seperti vape yang tidak melibatkan pembakaran, ia tidak menghasilkan abu dan melepaskan asap yang mengandungi bahan tar merbahaya kepada orang di sekeliling.
Oleh yang demikian, pemilihan alternatif bebas asap rokok seperti vape atau HTP boleh menolong perokok yang tidak boleh atau tidak mahu berhenti merokok untuk mengurangkan kemudaratan pengambilan bahan tembakau dan ini jelas merupakan pemilihan yang lebih bijak untuk diri sendiri dan juga orang di sekeliling.
Sekiranya keinginan untuk berhenti terus daripada merokok masih sukar untuk direalisasikan, setidak-tidaknya sebagai permulaan, beralihlah kepada alternatif seperti vape atau HTP disebabkan empat perbezaan yang dinamakan di atas.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kehadiran penceramah Muslim dari India, Dr Zakir Naik ke Malaysia tidak pernah lekang daripada kontroversi.
Dan kali ini, situasi tersebut masih tidak berubah.
Pada sebuah slot syarahan yang berlangsung di Kota Bharu Kelantan pada 9 Ogos lalu, Dr Zakir Naik telah mengeluarkan satu kenyataan bersifat rasis terhadap masyarakat Cina serta India di Malaysia.
Menurut laporan rakan media di Sinar Harian, kenyataan itu berbunyi, “Agama Islam tersebar secara aman menerusi para pedagang. Malaysia (awalnya) menjadi (negara) Muslim sepenuhnya. Kemudian Cina datang, India datang, Inggeris datang. Mereka adalah tetamu baru kita.”
Err.. “Kita” ?
Kenyataan tersebut nyata tidak dipersetujui oleh beberapa orang menteri negara. Terbaru, menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman juga inginkan Dr Zakir Naik dihantar pulang ke India.
Kata beliau menerusi kenyataan media melalui aplikasi WhatsApp, “Serangan ke atas saudara (berbangsa) Cina dan India adalah serangan terhadap semua rakyat Malaysia. Memanggil rakyat Malaysia sebagai ‘tetamu’ adalah tindakan yang tidak masuk akal.
“For God’s sake, they are Malaysians! Enough is enough..,” saran beliau.
Sebelum ini, Dr Zakir Naik menafikan tuduhan akan memecah belahkan masyarakat Malaysia melalui syarahan. Beliau berpendapat ramai pengkritiknya yang selalu salah tafsir ucapan beliau untuk tujian politik dan aniaya.
Dan untuk pengetahuan, beliau kini dikehendaki di India atas tuduhan rasuah serta pengubahan wang haram.
Sumber: Sinar Harian
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Biasa bila ke pasaraya, kita akan nampak deretan susu sama ada dalam kotak atau botol dari jenama berbeza diletakkan dalam rak dingin bagi mengekalkan kesegarannya. Belek dan telek, ada sebahagian dari kita terus memilih susu rendah lemak.
Sebabnya kita fikir susu rendah lemak mesti lah baik untuk kesihatan dan juga boleh buat korang kurus kan?
Sebelum korang terus beli susu-susu ini, jom belajar dulu jenis-jenis susu agar tak tersalah beli seperti dikongsikan oleh seorang doktor dari TikTok yang dikenali sebagai Dr Gafoor Mubarak.
Doktor ini menjelaskan bahawa sebenarnya susu rendah lemak tidak begitu banyak beza dengan susu penuh lemak, dan mungkin bukan pilihan yang sesuai bagi mereka yang ingin mengurangkan pengambilan gula dalam diet..
Namun menurut Dr Gafoor Mubarak, susu rendah lemak atau low fat biasanya diproses dengan lemak susu dikurangkan dari 4% menjadi 1.5-2%. Proses ini juga menyebabkan rasa susu kurang sedap, jadi syarikat susu akan memasukkan gula ke dalam susu untuk menyedapkan rasanya.
Bagi susu full cream pula, syarikat akan menggunakan susu segar yang ditambahkan dengan serbuk susu untuk menjadikan susu lebih berkrim. Kandung gula dalam kedua-dua jenis susu itu juga hampir sama iaitu 2-3 sudu kecil setiap hidangan.
Jadi jika dibandingkan semua jenis susu yang ada, susu yang paling sihat adalah susu segar atau fresh milk kerana dipasarkan terus dari sumber dan mengandungi paling kurang gula.
“lihat di belakang nutrition ingredient tu…”
Dari ruagan komen, rata-rata netizen mengucapkan terima kasih kepada doktor ini kerana memberikan info yang sangat berguna. Tak kurang juga rasa tertipu sebab dari dulu amalkan susu ‘low fat’ dengan harapan cepat kurus.
Tips penulis, lihat di belakang nutrition ingredient sebelum membeli sesuatu barang. Kalau carbs per serving dah lebih 15g, lupakan saja.
Semoga bermanfaat!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Destinasi pelancongan di Thailand paling digemari golongan keluarga Malaysia tahun ini. Mana tidaknya, negara tersebut sememangnya ‘kaya’ dengan pelbagai juadah yang enak selain menawarkan lokasi pelancongan yang indah.
Kota metropolitan Asia yang menawarkan pelbagai jenis hiburan untuk semua peringkat umur merupakan destinasi idaman oleh keluarga Malaysia yang ingin bercuti di luar negara tahun ini, didahului oleh dua bandar raya di Thailand iaitu Hat Yai dan Bangkok, dan diikuti oleh Singapura, Tokyo dan Taipei.
Menurut data carian platform percutian digital Agoda, tujuh daripada sepuluh destinasi
antarabangsa yang mendapat carian tertinggi untuk percutian di tahun 2023 oleh golongan
berkeluarga adalah bandar-bandar besar.
Syurga pantai tropika turut menjadi idaman para pelancong, dengan Phuket (#6), Bali (#7) dan Krabi (#8) mendapat tempat di dalam senarai destinasi percutian keluarga yang mendapat carian tertinggi.
Sementara itu, destinasi domestik yang menjadi pilihan untuk percutian keluarga Malaysia
adalah Kuala Lumpur (#1), Pulau Pinang (#2) dan Melaka (#3). Destinasi percutian lain dengan udara nyaman seperti Cameron Highlands (#5) dan Genting Highlands (#10) juga menarik perhatian pelancong keluarga Malaysia.
Menurut Pengarah Negara Malaysia dan Brunei Agoda, Cleland Robertson, rakyat di negara ini lebih menghargai masa dengan meluangkan waktu bersama ahli keluarga dengan percutian dan melakukan pelbagai aktiviti yang menarik di luar sana.
“Rakyat Malaysia menghargai masa yang diluangakan bersama-sama keluarga, dan dengan
bercuti, ia memberikan peluang untuk mengukuhkan ikatan sesama ahli keluarga sambil
menikmati makanan, pemandangan dan aktiviti baharu,” katanya ringkas.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.