Kalau bercakap tentang hubungan cinta pastinya subjek cemburu akan turut muncul, apatah lagi jika hubungan sudah masuk ke peringkat yang semakin serius.

Ada sesetengah orang bijak dan cukup cool berdepan dengan masalah cemburu. Dan tidak kurang juga yang bertindak secara melulu serta melakukan perkara kurang bijak dan kadangkala melanggar undang-undang.

Begitulah yang berlaku kepada seorang jejaka berusia 24 tahun di Lancaster, United Kingdom apabila dia dipenjarakan oleh mahkamah kerana telah mengugut untuk membunuh keluarga kekasihnya.

Ugutan tersebut juga menyaksikan pemuda bernama Matthew Bailey turut mengharamkan kekasihnya yang berusia 19 tahun, Molly Cunlife menggunakan laman media sosial Snapchat. Kerana cemburu melampau dia tidak ingin Molly bercakap atau berkomunikasi dengan mana-mana lelaki di mana-mana laman media sosial lain seperti Facebook dan Instagram.

Teman Lelaki Cemburu Buta Dipenjarakan Kerana Haramkan Teman Wanita Guna Snapchat

ARTIKEL BERKAITAN: Jangan Jadi Bodoh Kerana Cinta Bertepuk Sebelah Tangan

IKLAN

Sebelum ditahan oleh pihak berkuasa Matthew telah mengugut dan memaksa Molly untuk sentiasa memberi ‘laporan’ tentang kedudukannya semasa menerusi Facetime. Jika dia pulang ke rumah, Molly perlu beritahu. Atau jika nak ke mana-mana sekalipun, dia diwajibkan memberitahu dengan siapa dia bersama.

Matthew yang diklasifikasikan sebagai seorang yang obses dan paranoid turut memeriksa telefon pintar Molly dan membuat ugutan secara verbal.

Mereka berdua mengenali antara satu sama lain pada bulan April lalu. Ironinya pertemuan mereka berlaku di laman media sosial Instagram.

Menurut Molly, perkenalan dengan Matthew pada mulanya berlaku secara baik.

IKLAN

“Kami bertemu empat hari berturut-turut selepas berkenalan. Pada mulanya dia sangat okay namun lama-kelamaan dia mula tunjukkan perangai ingin mengawal gerak-geri saya sepanjang masa. Selepas itu kami mula bergaduh dan di situlah dia mula memaki hamun serta mengugut saya”.

Dia juga dilaporkan sering menggangu Molly dengan panggilan telefon tanpa henti.

Teman Lelaki Cemburu Buta Dipenjarakan Kerana Haramkan Teman Wanita Guna Snapchat

IKLAN

“Saya tidak dibenarkan oleh dia untuk mempunyai Snapchat kerana saya telah bercakap dengan seorang lelaki yang hanya rakan biasa. Selepas itu saya turut dihalang untuk follow mana-mana lelaki di Instagram.”

Melihatkan kes ini, majistret di sebuah mahkamah di Manchester menjatuhkan hukuman penjara selama enam bulan terhadap Matthew selepas didapati bersalah melakukan paksaan dan tingkah laku mengawal dalam hubungan serta ugutan terhadap Molly.

Dia juga tidak dibenarkan untuk menghubungi Molly selama lima tahun. Undang-undang baharu di UK kini menggariskan bahawa mana-mana individu tidak lagi diberikan kuasa untuk mengawal pasangan secara mental, kewangan dan juga fizikal.

Diharapkan kes seperti ini dijadikan pengajaran buat kamu semua. Kalau rasa diri dikongkong dan dikawal hingga melampaui batas, keluarlah dari hubungan yang tidak sihat itu.

Ia hanya mendatangkan keburukan kepada kamu pada masa sekarang dan lebih teruk lagi di masa akan datang.

Sumber: Manchester Evening News

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI