Selepas istiadat persandingan Tengku Puteri Raja, Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah dan pasangannya, FD Idzham FD Iskandar yang berlangsung pada 22, 23 dan 25 Ogos lalu, kini Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah dan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah bakal menerima kehadiran seorang lagi menantu.
Menerusi perkongsian di aplikasi Facebook Kesultanan Pahang, istiadat perkahwinan Putera Diraja Tengku Arif Bendahara, Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah akan dilangsungkan pada 24, 25 dan 27 Oktober ini di Istana Abdulaziz, Kuantan, Pahang.
Dalam pada itu, turut memaklumkan, Al-Sultan Abdullah dan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan bercemar duli berangkat ke Majlis Adat Midodareni atau Majlis Suai Kenal yang diadakan di Taman Duta, pada Isnin semalam.
Ads
Majlis Adat Midodareni adalah salah satu acara sempena Istiadat Perkahwinan Putera Diraja Tengku Muhammad Iskandar dengan Tengku Natasya Puteri.
Terdahulu, baginda berdua turut berkenan bercemar duli berangkat ke Majlis Siraman di lokasi yang sama kelmarin.
Ads
Turut berangkat, Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah; Tengku Panglima Raja, Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah; Tengku Panglima Perang; Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah; Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah; Tengku Puteri Ilisha Ameera dan Tengku Puteri Ilyana.
Tunku Azizah Aminah berkenan berangkat ke Majlis Khatam Al-Quran Tengku Natasya Puteri di Taman Duta pada Sabtu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Seorang murid lelaki Tahun Lima dilaporkan cedera selepas dipercayai terjatuh dari siling tingkat tiga sebuah bangunan sekolah di Padang Terap, Kedah ketika cuba menangkap burung merpati, petang semalam.
Dalam kejadian tersebut, mangsa mengalami kecederaan pada beberapa anggota badan termasuk tangan kiri dan kini sedang menerima rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar.
Polis Sahkan Tiada Unsur Jenayah
Menurut Ketua Polis Daerah Padang Terap, Superintendan Mohd. Anuar Junoh, pihaknya menerima maklumat berhubung insiden itu daripada seorang guru sekitar pukul 4 petang.
Katanya, hasil siasatan awal mendapati kejadian berkenaan merupakan kemalangan sendiri dan tidak melibatkan sebarang unsur jenayah.
“Mangsa dipercayai terjatuh ketika mahu mengambil burung dan mengalami kecederaan pada tangan kiri. Murid itu kini dirawat di HSB,” katanya.
Dipercayai Memanjat Melalui Laluan Pili Bomba
Difahamkan, kejadian berlaku ketika murid berkenaan hadir ke sekolah pada sebelah petang bagi mengikuti Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA).
Menurut laporan media tempatan, mangsa dipercayai menggunakan laluan pili bomba untuk memanjat ke bahagian siling di tingkat tiga bangunan sekolah sebelum terjatuh ketika cuba menangkap burung merpati.
Terdahulu, media melaporkan seorang murid lelaki cedera selepas dipercayai terjatuh dari tingkat tiga bangunan sebuah sekolah dalam kejadian yang berlaku di daerah berkenaan.
Setakat ini, keadaan mangsa dilaporkan stabil dan masih menerima rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Kosmo!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Apa yang membuatkan anda mencintai pasangan sendiri? Kerana paras rupa atau peribadinya? Benar, cantik itu memang sedap mata memandang, namun fizikal manusia berubah seiring dengan masa dan usia. Bahkan kecantikan itu tidak kekal lama.
Menurut pelakon terkenal Aedy Ashraf, rupa paras dan kecantikan bukan faktor utama yang mendorongnya untuk jatuh hati terhadap kekasihnya, aktres Amelia Henderson.
Mengakui bahawa dirinya lebih tertarik dengan personaliti bintang berusia 28 tahun itu berbanding rupa parasnya yang sudah sedia maklum cukup menawan setiap mata yang memandang.
“Salah satu faktor saya jatuh cinta adalah sebab dia cantik, namun saya percaya
kami juga akan tua dan kecantikan seperti sekarang ini tidak akan kekal lama.
“Apa yang menguatkan hubungan kami adalah personaliti dia sendiri. Dia sentiasa membuatkan saya rasa selamat dan menjadi seorang yang lebih baik.
“Bagi saya kita semua harus ada pemikiran begitu. Tidak hanya melihat kepada
kecantikan dalam bercinta,” jelasnya.
Tambah pelakon War on Terror: KL Anarchy ini lagi, meskipun mereka sedang dalam fasa bahagia namun tidak lagi meletakkan sebarang perancangan untuk menamatkan zaman bujang dalam masa terdekat.
Menurutnya dia dan Amelia sedang rancak bekerja memenuhi komitmen lain dan mahu memberi fokus kepada apa yang sedang diusahakan sekarang ini.
“Belum ada perancang lagi ke arah itu. Sekarang sangat sibuk dengan kerja. Amelia
pun komited dengan kerjaya dan dia ada visi yang tinggi terhadap apa diusahakan.
“Saya menghormati perkara itu dan rasanya perlu menjadi seperti dia,” ujarnya.
Awhhhh, comel sangat lovebirds ini. REMAJA doakan jodoh mereka dipercepatkan dan bahagia selalu di sisi masing-masing!
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Instagram Aedy Ashraf
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bekas kapten pasukan bola sepak England, David Beckham, kini secara rasmi bergelar Sir David Beckham selepas menerima gelaran kesatria daripada Raja Charles III atas sumbangan luar biasa beliau terhadap dunia sukan dan masyarakat Britain.
Menurut Sumber BBC, majlis penuh bersejarah itu berlangsung di Istana Windsor, Berkshire, pada hari Selasa, disaksikan oleh insan-insan tersayang isterinya Victoria Beckham, serta ibu bapanya Sandra dan David Beckham Sr.
Detik Bersejarah di Istana Windsor
Dalam majlis penuh adat itu, Sir David Beckham kelihatan segak mengenakan morning suit rekaan khas isterinya, Victoria. Lebih menarik, Raja Charles sendiri dikatakan memuji sut elegan tersebut, menunjukkan betapa ikoniknya pasangan ini bukan sahaja dalam dunia sukan, malah juga fesyen.
“Raja Charles agak tertarik dengan sut saya,” ujar Beckham sambil tersenyum. “Baginda merupakan lelaki berpakaian paling bergaya yang saya kenal, jadi sebenarnya banyak gaya saya diinspirasikan oleh baginda termasuklah gaya saya kali ini.”
Menurut Beckham, sut yang dipakainya diinspirasikan daripada gaya klasik Raja Charles semasa muda, dan direka sepenuhnya oleh Victoria sendiri.
“Saya Tidak Pernah Berasa Sebangga Ini”
Dalam temu bual bersama BBC selepas majlis itu, pemain berusia 50 tahun itu meluahkan rasa terharu menerima penghormatan tertinggi negara.
“Saya tidak boleh berasa lebih bangga daripada ini,” katanya. “Semua orang tahu betapa patriotiknya saya dan saya amat mencintai negara saya. Saya sentiasa menegaskan betapa pentingnya institusi diraja kepada keluarga saya.”
Sir David Beckham juga menambah, di mana sahaja beliau pergi di seluruh dunia, orang pasti mahu berbicara tentang institusi diraja Britain, dan itu membuatkan beliau berasa bangga menjadi rakyat England.
FSumber Gambar: Andrew Matthews / POOL / AFP
Perjalanan Dari Padang Bola Ke Pengiktirafan Diraja
Sir David Beckham memulakan kariernya bersama Manchester United pada awal 1990-an dan menjadi sebahagian daripada generasi “Class of ’92” yang membawa kejayaan luar biasa kepada kelab tersebut.
Beliau kemudian mengembangkan karier antarabangsa bersama Real Madrid, LA Galaxy, AC Milan, dan Paris Saint-Germain, sebelum bersara pada 2013.
Sebagai kapten pasukan bola sepak England, Beckham terkenal dengan ketepatan sepakan bebasnya serta dedikasi tanpa henti terhadap pasukan dan negaranya.
Namun, kejayaan Beckham tidak terhenti di padang bola. Sejak 2005, beliau menjadi duta UNICEF, aktif memperjuangkan hak kanak-kanak dan menyokong pelbagai inisiatif kemanusiaan.
Itulah sebabnya pengiktirafan sebagai Sir David Beckham ini bukan sekadar untuk prestasi sukan, tetapi juga untuk sumbangannya terhadap masyarakat dan dunia.
Lebih Dari Sekadar Atlet
Hari ini, nama Sir David Beckham bukan hanya sinonim dengan bola sepak, tetapi juga dengan gaya hidup, nilai keluarga, dan inspirasi global.
Beliau berjaya membuktikan bahawa seseorang boleh kekal relevan, berpengaruh dan dihormati walaupun selepas bersara selagi nilai dan integriti dipegang teguh.
Inspirasi Untuk Remaja
Kisah hidup Sir David Beckham ialah bukti nyata bahawa kejayaan tidak datang dalam sekelip mata. Dari seorang budak lelaki yang bermain bola di jalanan East London, kini beliau berdiri di sisi Raja England dan diiktiraf atas bakat, kerja keras dan semangat memberi kembali kepada masyarakat.
Bagi remaja hari ini, Sir David Beckham menjadi simbol bahawa impian besar boleh dicapai jika disertai usaha, disiplin, dan hati yang baik.
Menjelang detik bahagia yang semakin hampir, pasangan selebriti dan politik, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman serta Bella Astillah dijangka berkongsi lebih banyak perincian mengenai...