Bagaikan trend pula mereka mempermainkan agama tanpa rasa bersalah atau malu.
Baru-baru ini, jenama terkemuka Not A Man’s Dream menjadi kontroversi kerana koleksinya yang dipamerkan di Festival Fesyen Melbourne menyinggung perasaan orang Islam dan Kristian terutamanya. Jenama itu mendapat kecaman selepas menggunakan nama Tuhan sebagai motif utama dalam koleksinya.
Dalam foto yang viral itu, tulisan itu hadir dalam pakaian putih yang nipis dengan menampakkan tubuh. Sementara itu, dalam foto lain, nama Tuhan juga dilihat digunakan sebagai motif untuk gasing, balaclava, skirt, dan juga stoking. Selain daripada ‘Allah’, terdapat tulisan Arab lain yang berbunyi ‘Allah berjalan bersamaku’
Pertunjukan fesyen jenama wanita yang membawa konsep androgynous ini mengundang kecaman netizen. Ini malah mendapat respons daripada Agensi Imam Kebangsaan Australia, Bilal Rauf, yang mengatakan pakaian itu menyinggung banyak agama, bukan hanya Islam.
Ads
“Penggunaan perkataan dan simbol agama harus digunakan dengan penuh hormat. Malangnya, baru-baru ini terdapat peningkatan dalam penggunaan simbol suci dan perkataan remeh. Allah ditakrifkan sebagai Tuhan dalam bahasa Arab, digunakan untuk orang Kristian dan Muslim berbahasa Arab. Adalah tidak wajar untuk perkataan seperti itu digunakan dengan cara yang tidak sopan dan tidak hormat, seperti yang berlaku di Festival Fesyen Melbourne,” kata Bilal.
Dapat Perhatian Model Muslim
Selain pemimpin agama, reka bentuk kontroversi itu turut mendapat perhatian model Muslim, salah seorang daripadanya ialah Mona Khalifa. “Saya tidak dapat menahan marah saya. Saya tidak tahan lagi. Lihat sahaja bagaimana model itu berpakaian. Dia berbogel sepenuhnya, dia tidak memakai coli pun. Pakaiannya lutsinar, lutsinar, terdapat tulisan Allah di seluruh tubuhnya,” kata Mona dalam videonya, yang tular di TikTok.
Not A Man’s Dream sendiri sedar akan pelbagai kritikan yang dilemparkan kepada mereka. Pereka, Samantha Saint James, telah mengeluarkan permohonan maaf. Dia mengakui baru menyedari rekaannya itu adalah satu kesilapan dan mengakui tidak berniat menghina agama.
“Itu adalah bertentangan dengan niat saya dan untuk itu, saya benar-benar minta maaf,”
Festival Fesyen Melbourne juga telah memohon maaf dan mengalih keluar foto itu daripada media sosial. “Pesta kami tidak berniat untuk tidak menghormati sesiapa dan kami memohon maaf atas sebarang kesalahan yang dilakukan,” kata festival itu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Model dan pempengaruh berimej seksi, Ms Pui Yi tampil dalam sebuah video YouTube baharu bagi mengumumkan dirinya tidak lagi akan berkecimpung dalam dunia OnlyFans bermula tahun hadapan.
Ms Pui Yi, atau nama sebenarnya Siew Pu Yi, 24 dikenali jutaan lelaki (dan wanita) dengan imej provokatif sejak awal pembabitannya sebagai seorang pempengaruh. Platform tersebutlah yang telah menjadikannya popular hingga tahap sekarang serta menjadi punca pendapatannya.
Di platform Instagram-nya yang memaparkan foto serta video yang ‘masih berlapik’ sahaja, Pui Yi telah berjaya mengumpul lebih 20 juta pengikut lalu menjadi salah seorang personaliti paling popular di laman media sosial itu dari Malaysia.
Begitupun, tidak ramai yang tahu bahawa kerjaya OnlyFans sebenarnya bukanlah pilihan pertama Pui Yi untuk mencari rezeki.
Sekitar tahun 2016, gadis yang mempunyai kelulusan dalam jurusan perniagaan ini pada asalnya bekerja sebagai seorang pelayan.
Malangnya tiga tahun kemudian, dia terpalit dengan insiden foto bogel yang tersebar tanpa kebenarannya setelah dia menghantarkan komputer untuk dibaiki. Foto yang dijual pada harga RM50,000 itu akhirnya membuka jalan bagi Pui Yi berkecimpung sebagai pempengaruh OnlyFans.
Namun kini katanya, dia tidak lagi merasakan keterujaan untuk meneruskan kerjaya tersebut dan ingin beralih angin ke bidang lain iaitu sebagai seorang DJ profesional.
Keputusan Pui Yi untuk berubah ini juga didorong oleh pandangan negatif dan kritikan orang ramai terhadapnya sebagai seorang pempengaruh OnlyFans. Semua itu terpaksa ditelan olehnya sepanjang tiga tahun ini dan dia kini merasakan sudah tiba masa yang sesuai untuknya menceburi sesuatu yang diminatinya iaitu bidang muzik.
Impian tersebut telah dipendam oleh Pui Yi sejak 2019 lagi dan ia terhenti akibat pandemik Covid-19. Sepanjang tempoh perlu berkuarantin itu, Pui Yi rupa-rupanya telah mengasah bakat serta skilnya sebagai seorang DJ.
Selain karier baharu ini, Pui Yi juga tidak sabar untuk bergelar seorang pelakon setelah dia terlibat dalam penggambaran filem tempatan berjudul KL Love Story.
FOTO: Instagram Ms Pui Yi
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
n
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Temasya Sukan SEA Hanoi 2022 masih lagi berlangsung dan kedudukan kontijen Malaysia dalam carta pungutan pingat dikatakan semakin membimbangkan kerana terus turun ke tangga keenam setelah memasuki hari kesembilan dalam pertandingan.
Malaysia setakat ini berjaya mengumpul 19 pingat emas, 24 perak dan 44 gangsa untuk berada di kedudukan keenam, turun satu anak tangga daripada tempat kelima. Sebagai rakyat Malaysia kita tetap perlu memberikan sokongan buat para atlet negara yang kini sedang berhempas-pulas menempatkan diri di kedudukan terbaik dalam Sukan SEA edisi kali ini.
Namun, disebalik banyak perkara yang berlaku di temasya sukan itu, ada satu insiden yang telah mencuri perhatian ramai apabila atlet silat wanita negara, Siti Shazwana Ajak menutup rambut lawannya Selly Andiriani, atlet Indonesia yang tertanggal hijabnya sewaktu perlawanan.
Tindakan pantas itu menerima pujian daripada warganet yang menyifatkan walau dalam keadaan apa pun sama ada di dalam pertandingan atau tidak, kita tetap perlu menjaga aurat sesama sendiri.
Perlawanan tersebut menyaksikan Malaysia menang dan layak ke peringkat seterusnya.
Tahniah diucapkan kepada Siti Shazwana Ajak kerana sikap prihatin yang ditunjukkan itu sememangnya wajar dicontohi oleh semua. Diharap sikapnya ini dapat menjadi teladan kepada semua tidak kira sama bangsa dan agama.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pagi ini sidang Parlimen “dipanaskan” dengan pertanyaan BN Jerantut, Datuk Ahmad Nazlan Idris yang bertanyakan sama ada kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) akan bertindak tegas terhadap golongan LGBT dalam sesi soal jawab sidang Dewan Rakyat, hari ini.
Ternyata, di sebalik media sosial yang mempersoalkan, dimomokkan dengan golongan ini ternyata jawapan dari Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mujahid Yusof Rawa mengenainya boleh dijadikan panduan.
Jelas Datuk Muhajid Rawa, undang-undang negara ini tidak membenarkan komuniti lesbian, gay, homoseksual dan transgender (LGBT) mengamalkan gaya hidup mereka.
Malaysia melarang gaya hidup songsang LGBT. Gambar kredit Malaysiakini
Safiey dan Sajat antara dua usahawan di media sosial yang sering tampil hangat sehingga menjadi bualan netizen khususnya mengenai jantina mereka.
Perkara itu termaktub dalam Seksyen 377A Kanun Keseksaan serta Enakmen Jenayah Syariah Seksen 25,26 dan 28, Akta Kesalahan Jenayah Wilayah-wilayah Persekutuan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mujahid Yusof Rawa.
“Pada masa sama, atas asas perlembagaan persekutuan, hak asasi manusia dan warganegara sentiasa dipelihara berdasarkan asas dan acuan Malaysia yang meletakkan Islam agama Persekutuan, dalam kata lain, golongan ini tidak boleh ditindas di tempat kerja, dianiaya dan dizalimi.
“Kita ada statistik 80 peratus golongan mak nyah terlibat dalam industri seks. Kalau kita mendiskriminasi golongan ini di tempat kerja, mereka akan terus berada dalam industri tersebut, sedangkan hasrat kerajaan untuk mengeluarkan mereka daripada industri tersebut,” katanya.
Beliau yang bertanggungjawap terjadap portfolio hal ehwal agama berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Ahmad Nazlan Idris (BN-Jerantut).