Penyanyi, Najwa Latif tidak dapat menyembunyikan rasa gembira apabila adiknya yang dikenali sebagai Irma bersetuju untuk menyertainya jamming lagu di dalam kereta.
Dia juga turut berkongsi video tersebut di laman Instagram berserta kapsyen penghargaan.
Bila adik kau yang paling pandai setuju nak buat apa kau selalu buat. #yes #improud #Becauseyoulayanme #Youaremyrealsisternow #adiksayaselaluseriusorangnya #jarangdiatunjukperangaicomeldia #yes #ikutkakakdiacomelharini #doneclaim,” tulisnya.
Susulan itu, ramai yang memuji suara kedua-dua beradik tersebut, malah ada juga yang ingin melihat lebih banyak lagi kolaborasi antara Najwa dan Irma.
Ads
Ads
Untuk pengetahuan, Najwa juga bermula sebagai anak seni melalui video-video cover lagu di dalam kereta. Memang mengimbau memori bila melihatkan aksi Najwa dan adiknya ini.
Nampaknya fenomena iPhone 8 masih lagi hangat diperkatakan di seluruh dunia. Lebih panas lagi apabila sumber melaporkan sebilangan pengguna peranti tersebut mengadu tentang masalah ketika membuat panggilan telefon.
Puluhan orang di forum MacRumors, Apple’s support dan Reddit melaporkan tentang masalah kualiti audio panggilan suara pecah dan mempunyai gangguan statik.
Apple telah membuat kenyataan bahawa isu ini hanya dilaporkan dalam bilangan yang kecil dan syarikat mereka sedang mengusahakan untuk mengemas kini perisian bagi menyelesaikan masalah itu.
Bagaimanapun, masih tidak ada lagi alasan yang jelas tentang kesulitan yang berlaku dan nampaknya ia turut memberi kesan kepada iPhone 8 dan iPhone 8 Plus kerana ia turut dilaporkan daripada beberapa pengguna di negara seluruh dunia.
Masalah ini berlaku dalam beberapa panggilan telefon dan Facetime, namun ia tidaklah mengganggu pada setiap panggilan malah perkara ini juga tidak terjadi jika pengguna menggunakan loudspeaker.
Hal ini mungkin disebabkan masalah software, seperti yang dinyatakan Apple, kerana gangguan speaker ini hanya berlaku sekali-sekala.
Apple tidak menjelaskan tempoh masa yang diambil untuk menyelesaikan masalah ini. Namun, biasanya Apple akan mengeluarkan beberapa kemas kini (update) perisian dalam tempoh beberapa minggu dan bulan selapas melancarkan telefon dan sistem operasi terbaharu. Jadi, sesiapa yang mengalami masalah ini hanya boleh menunggu sahaja sehingga kemas kini berikutnya.
iPhone 8 dan iPhone 8 Plus telah mula dijual di beberapa pasaran tertentu seperti di Singapura dan dengarnya sambutan sedikit suram kalau nak dibandingkan dengan iPhone 7 tahun lepas. Hal ini kerana mungkin ramai yang ternanti-nanti dan lebih berminat untuk membeli iPhone X.
Berikut merupakan video tentang masalah panggilan suara pecah yang boleh anda dengar sendiri. Kalau nak jelas bolehlah guna earphone ye.
Diharap pihak Apple dapat menyelesaikan masalah ini dengan segera kerana sudah ramai rakyat Malaysia yang menanti kemunculan iPhone 8. Please, jangan hampakan kami.
Siapa masih ingat pada isu larangan merokok di restoran dan gerai makan?
Ketika Pakatan Harapan memerintah, berkuat kuasa 1 Januari 2020, mana-mana individu yang didapati merokok di dalam kedai makan dan tidak berjarak tiga meter atau 10 kaki dari premis kedai makan, kompaun sebanyak RM250 boleh dikenakan.
Jika gagal membayar membayar kompaun tersebut, individu disaman akan didakwa di mahkamah dan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM10,000 atau tidak lebih dua tahun penjara.
Ketika larangan ini dikuatkuasakan,ramai dilihat patuh pada arahan walau ramai mempertikaikannya kerana perokok perlu keluar merokok di kaki lima. Isu ini disokong oleh wanita terutama ibu-ibu yang mempunyai anak kecil kerana bahana asap rokok.
Malah, restoran-restoran dilihat patuh pada arahan dengan meletakkan tanda larangan merokok di premis mereka.
Itu cerita di awal Januari 2020 di mana ramai melihat “ia kejayaan peribadi” golongan wanita yang mahu menikmati me time bebas dari asap rokok.
Kini restoran lebih tumpu pada isu COVID-19
Bagaimana pun pertengahan Mac tahun ini menyaksikan pandemic COVID-19 melanda dunia di mana Perintah Kawalan Pergerakan mula diperkenalkan di negara kita. Ia juga termasuk perubahan kerajaan iaitu Perikatan Nasional. Ketika itu, PKP dibuat bagi memutuskan rantaian COVID-19 dan negara berjaya mencapai tahap sifar kerana rakyat patuh pada perintah ini.
Selang beberapa bulan, kita mulai bebas. Bebas ke sana ke mari termasuk minum di kedai mamak atau restoran di mana hanya perlu tulis nama, check suhu dan lakukan sanitasi tangan.
Apa yang mengecewakan, isu larangan merokok mula dilupakan. Seolah-olah bebas merokok di kedai makan dan perokok pun tak takut lagi merokok walau dalam premis.
Masih ada individu ingkar larangan merokok di premis makanan. Foto: BERNAMA
Persoalannya, adakah larangan dan denda merokok di premis ini sudah tida relevan?
Memetik laporan pernah disiarkan Berita Harian pada September lalu, larangan ini masih berkuat kuasa. Ya, tak boleh merokok dalam premis kedai makan dan denda akan dikenakan.
Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali, berkata kerajaan sebenarnya masih lagi melaksanakan peraturan larangan merokok di kedai makan dan restoran terbuka termasuk menggiatkan lagi aspek penguatkuasaannya.
“Penguatkuasaan ada lagi sampai sekarang, seperti kes COVID-19 kalau dia langgar (larangan kuarantin) dan kena tangkap baharulah mereka kelam kabut. Samalah dengan penguatkuasaan larangan merokok,” katanya.
Ini bermakna, undang-undang larangan merokok masih lagi ada dan belum ‘berkubur’ seperti disangka sesetengah pihak dengan alasan kononnya pengalihan tumpuan pemantauan sudah diberikan penuh kepada isu pematuhan COVID-19.
Malah, Dr Noor Azmi turut meminta orang ramai memainkan peranan dengan melaporkan kepada anggota penguat kuasa Kementerian Kesihatan (KKM) sekiranya melihat ada individu yang melanggar peraturan terbabit.
Apalah salahnya jika kita sebagai rakyat Malaysia terus mengikut peraturan. Kadang kita suka membezakan antara Barat dan negara lain.
Seperti di Jepun, budaya menjaga kebersihannya memang nombor satu tapi isu kebersihan taboo bagi sesetengah orang. Sama dengan bab penguatkuasaan, apa salah kita teruskan larangan itu itu kerana ia baik untuk semua di mana semua premis makanan bebas dari asap rokok.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sempat berkongsi beberapa momen mencuit hari yang berlaku semasa lawatan Kembara Kenali Borneo di Sabah.
Titahnya, ada pihak yang menggelarnya sebagai ‘Pakcik Agong’ dan ‘Abang Agong’, malah menggelar Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah ‘Datin Permaisuri’.
“Saya terharu apabila anak muda panggil saya Pakcik Agong, ada juga yang panggil saya Abang Agong… ada juga panggil gong, gong, gong. Ianya amat menghiburkan saya,
“Raja Permaisuri…(ada yang memanggilnya) Datin Permaisuri, Ada yang memuji isteri saya yang cantik. Ini semua saya tidak dapat saya lupakan dan rakyat Sabah akan kekal di hati saya selama-lamanya,” titah Baginda, semasa majlis makan malam kerajaan Sabah di Sabah International Pusat Konvensyen semalam.
Al-Sultan Abdullah berkata coretan ini telah menjadi sebahagian daripada pengalaman berharga baginda di Sabah.
Beliau berkata, lawatan itu juga memberi peluang kepadanya untuk mendekati rakyat Sabah terutama yang tinggal di kawasan pedalaman.
“Saya bertemu dengan mereka, dan bersalaman dengan mereka, tanpa mengira latar belakang mereka kerana pada saya, kita semua sama… kita rakyat Malaysia.
“Saya dapat merealisasikan perkara ini di Sabah. Saya sudah memandu sendiri sejauh 759km. Saya harap saya dapat menamatkan (keseluruhan) 985km di negeri ini. Saya benar-benar terharu dengan keramahan dan keramahan penduduk Sabah,” katanya.
Semasa lawatan itu, Seri Paduka bertitah kedua-dua beliau dan Tunku Azizah telah mengambil maklum tentang isu yang dibangkitkan rakyat di negeri itu.
“Saya juga akan lakukan bahagian saya di peringkat persekutuan. Apabila saya bertemu PM (Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim) saya akan menyuarakan apa yang patut disuarakan,” titah baginda lagi.
Hadir pada majlis makan malam itu ialah Yang di-Pertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin dan isteri Toh Puan Norlidah R.M. Jasni; Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor, dan dan Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah Datuk Seri Kadzim M. Yahya.
Baginda akan melengkapkan ekspedisi melawat Sabah sejauh 985 km hari ini (7 Sept) sebelum menuju ke Brunei. Jelajah itu akan berakhir di Sarawak pada 13 September.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Utusan Malaysia
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!