Bukan kami nak katakan yang korang tidak perlu fokus pada pelajaran, tapi sebenarnya jika betul-betul rajin dan berusaha, kejayaan pasti akan menyebelahi mereka. InsyaAllah!
Siapa sangka lelaki yang tidak berkerjaya di usia 18 tahun kini menjadi seorang yang sangat berjaya dan jutawan?
Seperti yang dilalui oleh pemuda Ritesh Agrawal ini, beliau dilahirkan di Rayagada terletak di Selatan Odisha, daerah yang mana penduduknya terdiri beberapa etnik dan tidaklah berapa terkenal di dunia berbanding bandar-bandar lain di India.
Ritesh tidak pernah ke universiti dan mempunyai kerjaya pada usia 18 tahun. Disebabkan tidak mempunyai apa-apa, beliau tidak mampu lagi untuk membayar sewa bilik.
Dengan keadaan yang begitu terdesak, Ritesh diusir keluar dengan berbekalkan $0.50 di dalam akaun bank.
Suatu hari, Ritesh berjalan dan ternampak sebuah hotel yang banyak bilik kosong (tidak laku). Pemilik hotel mengadu padanya sudah mencuba pelbagai cara namun masih tidak memberi keuntungan.
Ritesh yang dalam keadaan terdesak ketika itu mengambil risiko paling besar dalam hidupnya. Beliau berjanji kepada pemilik hotel itu untuk menguntungkan hotel dengan lebih baik.
Ads
Setelah mengadakan rundingan, Ritesh menggunakan duit yang diberi pemilik hotel untuk menggantikan lampu, menukar cadar dan menghias bilik kemudian memaparkannya di Internet dengan nama OYO Hotel.
Dalam masa beberapa hari, OYO Hotel sudah mula dipenuhi tempahan dan orang ramai mula bercakap-cakap tentang hotel baru itu.
“Bila saya dah berjaya merubah sebuah hotel, saya yakin saya boleh ubah ratusan hotel lain”
Ads
Ritesh mula mengorak langkah ketika umur 20 tahun dengan mendapat dana dari pelabur-pelabur besar. Kemudian OYO terus mara kehadapan dengan memasuki pasaran China yang mempunyai saiz dua kali ganda lebih besar daripada India. Selepas sepuluh bulan, OYO Hotel telah menapak lebih 171 bandar dengan 87,000 bilik.
Seterusnya, OYO Hotel melebarkan sayapnya ke Malaysia, Nepal dan UK. Pada September 2018, Oyo Hotel mengumumkan bahawa mereka berjaya meraih dana sebanyak $1 bilion.
Ketika Ritesh berumur 26 tahun, OYO Hotel telah menjadi jaringan hotel nombor dua terbesar didunia dengan 43,000 hotel.
Tiada siapa menyangka seseorang yang dilahirkan dalam keluarga kelas pertengahan di sebuah pekan kecil mampu mencipta kejayaan luar biasa seperti ini. Malah menurut Ritesh, beliau kekal bersemangat dan terinspirasi untuk mengecapi kejayaan atas nasihat daripada salah seorang idolanya iaitu pengasas bersama PayPal, Peter Thiel.
Kini, Ritesh mempunyai lebih daripada 10,000 tenaga kerja dan beliau turut menggalakkan setiap individu untuk memegang tanggungjawab pemilikan terhadap projek masing-masing.
Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu.
Cari kelebihan yang ada pada diri sendiri dan jangan pernah bandingkan kemampuan korang dengan orang lain. Kalau korang tidak begitu cemerlang dalam pelajaran, pasti ada jalan lain untuk korang.
Paling penting, rajin dan selalu berusaha. Betul tak?
Dah lama rasanya kita tak menjejakkan kaki ke panggung wayang kerana situasi pandemik COVID-19.
Baru je lebih kurang 3 bulan sektor perniagaan panggung wayang dibenarkan beroperasi setelah kira-kira tiga bulan terpaksa ditutup gara-gara Perintah Kawalan Pergerakan.
Terkini, menurut the star pengusaha pawagam di Malaysia, Persatuan Pameran Filem Malaysia (MAFE), telah membuat keputusan untuk menghentikan sementara operasi di semua pawagam mereka di seluruh negara. Tindakan ini akan dilakukan pada bulan November, sehingga diberitahu kelak.
Sebelum ini kita mendengar perkhabaran sedih buat kaki wayang apabila MBO Cinemas, sebuah syarikat pawagam ketiga terbesar di Malaysia dilaporkan bakal menutup operasinya susulan kemerosotan kewangan.
Penutupan Pawagan Kali ke 2
Menurut kenyataan media dari MAFE yang dipetik daripada The Star, keputusan ini diambil setelah penutupan pawagam kali kedua kerana Perintah Kawalan Pergerakkan Bersyarat (PKPB) dan juga kekurangan filem masuk ke pawagam.
Penurunan kemasukan filem ke pawagam di tengah pandemik ini membuatkan industri pawagam Malaysia mengalami kerugian pendapatan yang agak teruk sehingga 90% dari tahun ke tahun.
Ketua Pegawai Eksekutif Golden Screen Cinemas Koh Mei Lee berkata kepada The Star bahawa industri pawagam mengalami kerugian yang sangat bersar berbanding keuntungan yang diperoleh pada tahun lalu.
“Industri ini mengalami kerugian sebanyak RM1.3 juta sehari iaitu sebanyak RM475 juta pada tahun 2020, dibandingkan dengan keuntungan RM102 juta pada tahun 2019.” Katanya.
Setakat ini, GSC hanya menutup operasinya untuk bulan November. Namun, mereka merancang untuk memulakan semula operasi pawagam pada bulan Disember.
Walau bagaimanapun, pengendali lain pula akan memantau keadaan ketika ini untuk membuka kembali pawagam, melihat daripada keadaan semasa pada masa akan datang.
Sama-sama kita doakan agar wabak pandemik ini beransur pulih dan ekonomi negara dapat ditingkatkan kembali.
Tuduh Malaysia teruk, rupanya pada 2012, Israel pernah menghalang seorang atlet paralimpik Palestin iaitu Khamis Zakout untuk hadir ke program sambutan pra Olimpik London 2012.
Alasan dari rejim zionis yang tiada bernegara ini adalah atas dasar keselamatan.
Erm, apa agaknya ya yang mampu dibuat oleh seorang lelaki yang kakinya lumpuh bagi melawan tentera Israel yang jumlahnya berpuluh ribu orang?
Atlet Palestine ini pernah dihalang menghadiri perayaan pra Olimpik 2012 oleh Israel di Jurusalem atas alasan keselamatan.
Zakout berkata, dirinya dijemput bersama lima lagi atlet Palestine Palestin untuk perayaan pra Olimpik di Jurusalem dan bandar Ramallah di Tebing Barat tetapi dia satu-satunya atlet dilarang menghadirinya.
Atlet berusia 47 tahun ini menyertai acara merejam lembing dan menembak ini mengalami lumpuh selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya pada tahun 1992 ketika bekerja di Israel sebelum ini.
Hokay, inilah namanya mengaku dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih. Jadi REMAJA ingin mengucapkan tahniah kepada angkatan netizen Malaysia yang secara konsisten membawang Israel sehingga memaksa mereka menutup ruang komen sebelum ini.
Begitu juga dengan laman web Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) yang turut menerima tempias selepas memutuskan untuk melucutkan hak penganjuran Malaysia sebagai tuan rumah Kejohanan Renang Para Dunia 2019 yang bakal dianjurkan di Kuching, Sarawak 29 Julai hingga 4 Ogos ini atas alasan Kerajaan Malaysia menerusi Kementerian Dalam Negeri gagal memberi jaminan diperlukan perenang para Israel untuk menyertai kejohanan, bebas dari diskriminasi dan selamat dalam kejohanan.
Israel tuduh Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir sebagai anti-semitisme ekoran ketegasan beliau tentang penyertaan atlet paralimpik dari Israel.
Jelas IPC, semua Kejohanan Dunia perlu terbuka kepada semua atlet dan negara yang layak untuk bersaing dengan selamat dan bebas daripada diskriminasi.
“Apabila negara tuan rumah tidak memasukkan atlet dari negara tertentu, atas alasan politik, pihaknya sama sekali tiada pilihan kecuali mencari tuan rumah baharu bagi kejohanan itu.
“Pergerakan Paralimpik sentiasa akan diteruskan, didorong oleh keinginan untuk memacu kemasukan, bukan pengecualian. Tidak kira negara yang terbabit dalam perkara ini, IPC akan mengambil keputusan sama dalam situasinya sama walaupun negara berbeza,” memetik kenyataan itu.
Jadi tak adalah alasan nak tuduh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir sebagai anti-semitisme melampau kerana Israel lebih jauh melampau sebelum ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Seperti yang diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) iaitu Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri semalam, semua masjid, surau Jumaat dan surau terpilih di Wilayah Persekutuan telah dibenarkan untuk mendirikan solat berjemaah termasuklah solat Jumaat, solat sunat tarawih dan solat sunat Aidilfitri bermula hari ini.
Kebenaran itu juga bukan saja diberikan kepada Wilayah Persekutuan, tetapi juga beberapa negeri lain seperti di Selangor, Perak dan Johor.
Malah, Johor juga dilaporkan sebagai negeri yang mempunyai jumlah masjid dan surau terbanyak mengadakan solat Jumaat pada tengah hari ini. Ia terdiri daripada 836 masjid dan 92 surau di seluruh negeri.
*
Walaupun SOP ketat telah dikeluarkan sebelum membenarkan arahan ini, kebanyakan pihak masih skeptikal akan keselamatan jemaah di masjid.
Ini memandangkan ancaman jangkitan wabak Covid-19 masih belum reda sepenuhnya. Malah media di Indonesia juga melaporkan bahana kepada pengumpulan kumpulan jemaah setelah berlakunya kes yang tidak diingini.
Tinjauan kami di media sosial juga mendapati ramai netizen yang mempertikaikan keadaan jurufoto yang bertugas membuat laporan di Masjid Negara hari ini.
Foto yang menunjukkan bagaimana mereka bersesak di satu sudut di dalam masjid mencetuskan kegusaran. Pemeriksaan suhu sudah dilakukan di luar pintu masjid. Namun, apakah syarat-syarat pengunjung di dalam masjid tidak diperketatkan?
Bagaimana sekiranya ini merupakan situasi biasa di masjid-masjid lain juga?
Bagi kami, syarat solat berjemaah mungkin boleh dipantau lagi agar tiada penularan wabak yang tak diingini berlaku.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!