Viral di media sosial baru-baru ini tentang kuih kuba guling yang dijual di Rantau Panjang, Kelantan sehinggakan ramai orang berebut-rebut nak membelinya. Apa yang menarik sangat tentang kuih ni?
Bagi mereka yang bukan berasal dari Pantai Timur, mungkin ada yang tertanya-tanya apa benda kuba guling tu?
Sebenarnya kuih ini berasal dari Thailand dan agak terkenal di wilayah sempadan Kelantan-Thailand. Kuba guling adalah kuih manis yang disediakan dengan pelbagai jenis ramuan dan paling utama adalah abu dari tempurung kelapa yang akan menghasilkan warna hitam/gelap.
Selain itu, ada juga yang menggunakan activated charcoal yang terdapat di bakeri untuk mendapatkan kesan hitam itu juga.
Bahan makanan
Ads
Sebelum viralnya kuih kuba guling ni, ramai peniaga dah menggunakan activated charcoal untuk menghasilkan kesan hitam dalam makanan seperti roti dan ais krim. Mesti korang pernah nampak ais krim warna hitam kan? Yes, dah jadi trend di Malaysia mahu pun luar negara tentang makanan warna hitam ni.
Jadi, jangan nak hairan sangat la kalau korang tengok makanan yang dijual di kedai-kedai sekarang berwarna gelap.
Bahaya ke tak?
Ramai yang tertanya-tanya adakah abu dari tempurung kelapa ini bahaya untuk dimakan. Menurut Root of Science, jawapannya adalah tidak sama sekali. Abu dari tempurung kelapa atau lebih dikenali sebagai activated charcoal merupakan satu komponen yang terhasil apabila tempurung kelapa berkenaan dibakar pada suhu tinggi dan menghasilkan karbon.
Ads
Selain untuk tujuan masakan, activated charcoal ini juga digunakan dalam pelbagai produk kecantikan seperti ubat gigi, pencuci muka dan sebagainya.
Perlu korang tahu, jumlah yang digunakan dalam makanan adalah sedikit dan tidak akan menyebabkan kesan sampingan. Tapi, peniaga jangan pula menggunakannya secara berlebihan dalam masakan kerana abu ini adalah pahit. Takut pula terlebih pahit nanti.
Activated charcoal Vs Polisiklik Aromatik Hidrokarbon
Polisiklik Aromatik Hidrokarbon (PAH) terhasil daripada pembakaran arang/minyak pada suhu tinggi yang lazimnya akan terdapat pada kesan hitam produk makanan seperti sate, daging bakar dan roti canai adalah satu komponen yang dilaporkan oleh IARC (International Agency for Cancer Research) sebagai komponen yang meninggikan risiko untuk mendapat kanser (karsinogen).
Namun begitu, janganlah korang mengambil makanan yang mengandungi activated charcoal ni secara berlebihan sehingga ketagih pula sebab takut ada kesan sampingan lain.
Warna hitam tu memang tak jadi masalah sangat, tapi macam mana pula dengan kandungan gula yang ada dalam makanan tersebut? Itu yang sepatutnya korang fikir.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Siapa tak kenal dengan Lin Dan, lagenda badminton China dan bekas pemain nombor satu dunia melancarkan kejohanan berbayar (semua ditanggung) yang dipanggil Terbuka Badminton Antarabangsa Piala Raja.
Kejohanan ini terbuka hanya kepada 20 pemain perseorangan lelaki terbaik dunia dengan hadiah paling lumayan.
Lin Dan melancarkan kejohanan berbayar (semua ditanggung) yang dipanggil Terbuka Badminton Antarabangsa Piala Raja.
Juara dunia lima kali itu pernah menganjurkan Piala Lin Dan pada September lalu tetapi edisi terbaharu yang dijadualkan di Shenzhen, China itu bakal diadakan secara eksklusif.
Lin Dan is going to launch the《King Cup》International Badminton Open. It’s a tournament for men’s singles,the prize money for Champion is expected to exceed 1.1 million RMB that will exceed all BWF Tour tournaments. It will only invite the top20 men’s singles players to join. pic.twitter.com/QiewMrMrUT
Lebih menarik, pertandingan tersebut menawarkan penanggungan, termasuk perjalanan ke lokasi serta penginapan buat semua peserta terlibat.
“Kami akan memberikan mereka tiket kelas perniagaan apabila mereka terbang ke Shenzhen untuk kejohanan ini,” kata bekas pemain nombor satu dunia itu, yang turut menjelaskan pemain akan memanaskan badan dan berlatih di kemudahan berkelas dunia miliknya dan isterinya, Xie Xingfang.
Lin Dan dan isteri, Xie Xingfang
Untuk pengetahuan semua, pemenang kejohanan ini akan menerima wang tunai sebanyak RMB1.1 juta (RM679,004.52), yang mengatasi angka ditawarkan kejohanan lain.
“Jumlah itu sebenarnya melebihi hadiah yang diberikan oleh semua kejohanan dalam Persekutuan Badminton Dunia (BWF).
“Peranan saya telah berubah daripada atlet kepada penganjur dan saya berharap semua pemain profesional dapat memperoleh pendapatan yang lebih tinggi pada masa hadapan.
“Dapatkan hadiah wang yang lebih tinggi berdasarkan kemampuan anda,” kata pemenang pingat emas Sukan Olimpik dua kali itu.”
Kejohanan itu berkemungkinan akan dianjurkan pada tahun depan. Seorang pemain yang ingin dijemput Lin Dan ialah bekas juara dunia dari Jepun, Kento Momota.
“Saya tidak sabar untuk menjemput Momota menyertai kejohanan ini tahun depan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Seorang graduan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang terkandas akibat banjir besar di Pantai Timur, mencipta kenangan apabila mengadakan majlis konvokesyennya sendiri di rumah.
Momen tersebut dikongsi oleh suami tercintanya, Naqishah, menerusi akaun TikTok, yang memaparkan isterinya, Siti Nur Fatihah Che Ghani, lengkap berjubah dan mortar sambil menerima sejambak bunga daripadanya.
Naqishah berseloroh dalam kapsyen video itu dengan mengatakan bahawa konvokesyen tersebut adalah ‘versi banjir’ kerana isterinya yang sepatutnya menghadiri majlis konvokesyen ke-52 di UKM, terperangkap di Kelantan disebabkan oleh keadaan banjir yang melanda kawasan kediaman mereka.
“Majlis konvokesyen ke-52 (versi banjir)” tulis Naqishah dalam ruangan kapsyen.
Dalam pada itu, Naqishah turut memaklumkan bahawa isterinya telah menghantar permohonan kepada pihak universiti melalui email untuk menghadiri konvokesyen Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah pada sesi tahun hadapan. Mereka berharap agar permohonan tersebut diterima dengan maklum balas yang positif.
Perkongsian tersebut mendapat perhatian ramai di platform TikTok, di mana pengguna-pengguna lain turut mengucapkan tahniah kepada Fatihah atas kejayaannya itu.
Tidak kurang juga yang mendoakan agar urusan keluarga ini dipermudahkan, khususnya dalam menghadapi ujian bencana alam.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: TikTok Naqishah
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Demi melancarkan dan mempercepatkan proses pemberian vaksin, Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Stadium Nasional Bukit Jalil telahpun mula beroperasi sejak Isnin, 21 Jun 2021. Dengan kapasiti 10,000 dos sehari, PPV ini akan menumpukan kepada pemohon di bawah 40 tahun di sekitar Lembah Klang.
Seluruh trek balapan stadium itu bertukar wajah menjadi ruang urusan vaksinasi selaras dengan Pelan Pemulihan Negara yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Ini merupakan salah satu usaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk menjayakan inisiatif yang diterajui oleh Khairy Jamaluddin dan Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi (MOSTI) serta Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan melalui penggunaan fasiliti secara optimum.
Seramai 60 sukarelawan MYVAC di bawah kelolaan KBS akan berkhidmat di Stadium Nasional Bukit Jalil dan jumlah itu akan ditambah mengikut keperluan.
Justeru itu, orang ramai diminta untuk segera mendaftar dan sentiasa menyemak status janji temu mereka melalui aplikasi MySejahtera.
Tinjauan REMAJA di media sosial mendapati ramai yang telah berkongsi foto OOTD mereka sebaik selesai menerima suntikan dos vaksin. Tidak keterlaluan sekiranya kami rasakan PPV ini merupakan lokasi OOTD vaksin terbaik! Bukan mudah ya untuk mengambil foto di berlatar belakang stadium kosong seperti ini.
Lihat sajalah beberapa OOTD yang mencuri tumpuan kami.
REMAJA pasti ramai yang berharap agar proses pemberian vaksin akan bergerak pantas kerana masyarakat sudah menyedari bahawa mereka memerlukan vaskin itu untuk meningkatkan imunisasi badan menentang penularan wabak pandemik COVID-19 yang masih berleluasa.
Diharap semuanya berjalan lancar dan sama-samalah kita berdoa agar inisiatif pemberian vaksin di PPV Stadium Nasional Bukit Jalil dan di PVV lain mampu memberikan kita kehidupan seperti sedia kala.
Penyanyi yang juga juara Big Stage 2023, Nadeera Zaini, meluahkan rasa syukur apabila penampilannya sering menerima pujian daripada peminat yang menyifatkan dirinya kini kelihatan...