“Dua hari lalu, burung perkutut (dipanggil Merbuk di Malaysia) tiba-tiba jatuh di takungan air. Hati saya berdetik mengapa ini berlaku. Ternyata ia menjadi petanda pesawat yang anak saya kerja jatuh terhempas,” demikian kata Sukartini, ibu kepada pramugari Alfiani Hidayati Solikah yang maut dalam nahas kapal terbang Lion Air JT – 610.
Kata Sukartini lagi, kejadian itu berlaku dua hari lalu di takungan rumahnya. Masih hidup ketika jatuh dan ibu ini mengambil keputusan merawatnya lalu diletakkan dalam sangkar.
“Hingga ke hari ini, burung itu ada lagi. Saya tak sangka burung jatuh ini petanda kejadian buruk yang menimpa satu-satunya anak perempuan kami,” katanya mengakui mereka sekeluarga fobia untuk menonton tv atau mendengar radio yang menyiarkan tragedi menyayat hati ini.
Alfini (tengah) bersama rakan-rakan pramugari di Lion Air JT-610Ahli keluarganya masih fobia dan tidak mahu menonton tv atau mendengar radio nahas menyayat hati ini
Semalam dunia diberi khabar duka dengan terhempasnya pesawat Lion Air JT610, penerbangan dari Jakarta ke Pangkal Pinang mengorbankan kesemua anak kapal dan penumpang seramai 189 orang.
Tambah ibu ini lagi, ketika mendapat tahu nahas pesawat itu, dia bersama suami, Slamet tidak tidur biar hari sudah tengah malam, tertanya-tanya bagaimana dengan nasib menimpa anaknya itu.
“Ia sangat melelahkan juga terlampau sedih,” katanya ketika menerima kunjungan Bupati Madiun Ahmad Dawami.
Kisah pramugari ini menjadi viral selepas dia memuat naik tulisan tiga jam sebelum berlepas di Insta storynya dengan menulis, “It’s dark inside, i want save that light (dalam kegelapan, aku ingin gapai cahaya itu)” tulis Alfi.
Postingan Alfi itu mendapatkan respon dari 2.248 netizen. Para netizen mendoakan lulusan SMAN 1 Dolopo Madiun tersebut agar selamat. “Merinding liat captionnya,” tulis akun @sahabatviral.
Ads
Ahli keluarganya menunjukkan wajah Alfi memakai seragam pramugarinya
Baru dua bulan bekerja sebagai pramugari di Lion Air selepas tamat latihan pramugari di Yogjakarta, Alfi merupakan juara debat bahasa Inggeris semasa di sekolahnya. Dikatakan memiliki sifat kepimpinan semasa sekolahnya, pramugari berusia 19 tahun ini menjadi kebangaan keluarga. Namun pemergiannya begitu menyedihkan ditambah dia satu-satunya anak perempuan tunggal.
Pesawat ini terhempas selepas 13 minit berlepas dari Jakarta
Ini kronologi & fakta nahas Pesawat Boeing 737 Max 8 Lion Air JT 610
– Boeing 737 Max 8 ini baru diguna pada 15 Ogos 2018 untuk penerbangan pertama. Pesawat ini jatuh di perairan Karawang, Jawa Barat pada Isnin 29 Oktober pagi, 13 minit selepas berlepas dari Bandara Soekarno Hatta dalam penerbangan menuju Pangkal Pinang, Kepulauan Bangka Belitung pada jam 6.20 pagi.
– 13 minit selepas penerbangan, dengan koordinat S 5’49.052” E 107’ 06.628” (sekitar Kerawang),” juruterbang Kapten Bhavye Suneja dan pembantu juruterbang Harvino meminta untuk berpatah balik dan diberi kebenaran untuk berbuat demikian. Namun tidak terduga, ianya jatuh di perairan terbuka. Juruterbang memiliki jam terbang lebih dari 6000 manakala pembantunya lebih dari 5000.
Ads
Sebahagian dari barang-barang mangsa nahas pesawat Lion Air JT 610 ini21 cebisan mayat sudah dijumpai (setakat pagi tadi) dan dibawa ke hospital untuk ujian DNA.
-Jam 10.00 pagi selepas pesawat hilang dari radar yang disahkan oleh Badan SAR Nasional, satu gerakan mencari mula dilakukan dan serpihan pesawat yang pecah mula dijumpai perairan Karawang, Jawa Barat.
– Menjelang petang, Badan SAR Nasional mengumumkan penemuan korban pertama diikuti korban-korban yang lain. Terkini 21 serpihan mayat dibawa ke hospital untuk dikenal pasti. Turut ditemui cebisan mayat bayi. Dalam satu rakaman video kelihatan cebisan kaki penumpang dewasa dibawa naik ke atas bot.
– Kotak hitam pesawat ini sudah ditemui dan punca nahas akan diketahui kemudian.
Sebahagian badan pesawat yang pecah ditemui di lokasi kejadianSerpihan barang-barang mangsa nahas ditemui berselerakan di perairan Karawang ini
– Dikatakan pesawat ini dibawa overspeed kira-kira 3 minit pada minit ke tiga selepas berlepas dari landasan. Kecepatan pesawat ini mencapai 300 knot sementara pesawat belum mencapai ketinggian pada 10,000 kaki dan dilihat naik turun tidak stabil.
– Data turut memperlihatkan pesawat berada dalam kelajuan sekitar 300 knot dengan ketinggian tertingginya tidak sampai 6000 kaki. Bila diukur overspeed 300 knot ini ianya bersamaan 550km sejam jam. Manakala ketinggian 6000 kaki dikatakan bersamaan 1800 dari permukaan tanah.
Rakaman data penerbanagn Lior Air JT-610
– Jika mengikut standart penerbangan dengan ketinggian ia mesti tidak melebihi 250 knot. Kecepatan ini dipantau oleh alat dipanggil airspeed indicator di kokpit pesawat. Kondisi overspeeed ini boleh mengakibatkan beberapa risiko terhadap badan pesawat (airframe).
– Cuaca tiada kaitan dengan nahas kerana Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika (BMKG) menyatakan kecelakaan ini tidak terkait dengan keadaan cuaca di dilintasi pesawat Lion Air JT 610.
Ahli keluarga yang dalam kesedihan berdoa di atas tragedi yang berlaku
Apa pun al-Fatihah untuk kesemua nahas korban ini dan semoga dugaan ini diredhai oleh setiap ahli keluarga terbabit nahas.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sebahagian besar rakyat Malaysia jelas tidak bersetuju dengan keputusan pembubaran Parlimen ke-14 pada hari ini seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri.
Tinjauan di media sosial terutamanya di platform Tiwtter mendapati kecaman rata-rata ditujukan kepada Ismail Sabri yang didakwa terlalu mengikut telunjuk parti UMNO yang diwakilinya dan – well – “tunduk kepada kluster penyamun” sambil merujuk kepada ahli-ahli Parlimen yang dikaitkan dengan perbicaraan di mahkamah.
Sebagai rekod, bekas Presiden UMNO merangkap mantan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kini sedang dipenjarakan selama 12 tahun setelah disabitkan bersalah dalam penyelewengan RM42 juta dana SRC International. Sementara itu, Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahir Hamidi pula berdepan pertuduhan rasuah ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri melibatkan berjuta-juta Ringgit.
Kemarahan orang ramai itu berlipat kali ganda memandangkan musim tengkujuh dan bencana banjir dijangkakan bakal berlaku pada hujung tahun hingga awal tahun hadapan; seperti yang kita semua saksikan berlaku tidak lama dahulu.
Menurut Jabatan Metereologi Negara, ia meramalkan Monsun Timur Laut akan bermula pada November ini dan hanya berakhir pada bulan Mac nanti.
Sepanjang tempoh itu, Malaysia diramalkan menerima tiupan angin dari arah timur laut secara konsisten di antara 10 hingga 20 kilometer sejam. Ia secara tidak langsung akan menganggu keharmonian hidup terutamanya buat penduduk di negeri Pantai Timur Semenanjung dan Pantai Barat Sarawak.
Kekecewaan warganet mengenai pembubaran parlimen tidak terhenti di situ apabila ramai berpendapat ekonomi negara seharusnya dijadikan fokus utama buat masa ini dan bukannya siapa yang memegang tampuk kepimpinan negara. Pembubaran ini menguatkan lagi andaian ‘gila kuasa’ terhadap ahli politik di Malaysia.
Hhm, apa pendapat korang? Setuju dengan luahan perasaan warganet?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Trend minuman popular, Boba Milk Tea akhirnya membuat kemunculan pertamanya di dalam sistem pengangkutan awam.
Di atas kapal terbang, no less.Kelas kau!
Syarikat penerbangan tambang murah iaitu AirAsia Thailand serta AirAsia X Thailand mengumumkan menu terbaru mereka di atas pesawat iaitu minuman Boba Tea, melalui akaun Facebook dan Instagram.
Wow. Nampaknya Boba Milk Tea bukan saja trend yang digemari di Malaysia tetapi juga di negara jiran. Cabang AirAsia tersebut menjadi yang pertama dalam ‘keluarga’ AirAsia untuk menawarkan Boba Tea pada harga BAHT 75 ataupun RM10.
Tak adalah mahal sangat kan berbanding menu atas pesawat lain.
Untuk pengetahuan, bubble yang digunakan diperbuat Konjac iaitu tanaman popular di rantau Asia Tenggara.
Ia dilaporkan membantu mengurangkan kadar gula dan kolestrol. Tak adalah pelanggan takut-takut nak order Boba Milk Tea atas faktor kesihatan.
Buat masa ini, masih belum ada ura-ura pesawat AirAsia dan AirAsia X dari Malaysia menawarkan Boba Milk Tea.
Tapi kalau ada dalam masa terdekat ini, memang terbaiklah!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tatkala pelajar Tingkatan Lima di seluruh negara sedang berusaha memberikan 100 peratus konsentrasi terhadap kertas peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang mereka duduki sejak Isnin lalu, seorang calon peperiksaan berdepan dengan ujian berganda apabila ayahnya menemui ajal pada hari ini.
Muhammad Haikal Iskandar, 18 menerima perkhabaran menyedihkan itu semasa berada di pekarangan Sekolah Menengah Kebangsaan Simpang Beluru, Chemor Perak.
Dalam satu muat naik di akaun Facebook Badariah Mohd Mohaidin, van jenazah singgah sebentar ke kawasan sekolah sekitar jam 10 pagi tadi untuk memberi peluang kepada Haikal bertemu arwah ayahnya itu buat kali terakhir dan memberikan penghormatan kepada arwah.
Suasana pilu jelas kelihatan menerusi foto-foto yang dikongsikan olehnya. Tambahan pula apabila Haikal perlu kekal berada di sekolah bagi menjawab subjek Sejarah kertas 2 yang dijadualkan pada hari ini.
“Semoga Allah memberikan kekuatan kepada Muhammad Haikal untuk menjawab SPM..”
Video berdurasi 57 saat itu cukup menyayat hati apabila Haikal melihat wajah ayahnya itu di dalam van jenazah.
Dalam pada itu, warganet turut mengambil kesempatan itu untuk mengucapkan salam takziah dan menyedekahkan surah Al-Fatihah buat bapanya.
Mereka turut berharap agar pelajar tersebut dapat melalui baki kertas peperiksaan sepanjang tempoh sebulan ini dengan tenang.
Malah ada yang teringat akan peristiwa mirip ini yang pernah menimpa mereka satu ketika dahulu semasa bergelar pelajar.Salam takziah REMAJA ucapkan kepada Muhammad Haikal.