Personaliti media sosial, Andika Putera berkongsi perkembangan terkini mengenai keadaan anak perempuannya, Alisha Puteri yang baru sahaja menjalani pembedahan mata.
Menerusi satu hantaran di TikTok, Andika memuat naik foto terkini Alisha selepas tiga hari menjalani prosedur tersebut dan meluahkan rasa syukur apabila melihat perkembangan positif anaknya.
“Ramai minta update perkembangan anak saya. Ini tiga hari selepas pembedahan, Alhamdulillah makin boleh buka mata.
“Doktor cakap selepas tiga ke empat minggu sudut juling mata dia akan semakin baik,” katanya.
Masih Perlu Jalani Satu Lagi Pembedahan
Dalam pada itu, Andika memaklumkan Alisha dijangka perlu menjalani satu lagi pembedahan mata pada awal tahun hadapan bagi memperbetulkan lagi keadaan matanya.
Menurutnya, pembedahan yang telah dilakukan sebelum ini hanya mampu membetulkan sebahagian daripada tahap kejulingan mata yang dialami anaknya.
Ads
“Alisha akan buat pembedahan mata dia lagi pada tahun depan, mungkin dalam bulan Januari atau Februari.
“Sebab sudut kejulingan dia diopter (degree). Pembedahan boleh ubah sekitar 60 diopter sahaja.
“Jadi ada baki diopter itu lagi untuk betul-betul luruskan mata Alisha,” katanya.
Ads
Alisha Jadi Sumber Kekuatan Andika
Pada masa sama, Andika mengakui Alisha menjadi sumber inspirasi dan kekuatan utama buat dirinya untuk terus berusaha memberikan kehidupan yang lebih baik kepada keluarga.
Malah, melihat ketabahan anak kecil itu berdepan pelbagai ujian sejak usia muda membuatkan dirinya lebih kuat untuk meneruskan perjuangan sebagai seorang bapa.
“Kuat sangat Alisha, kecil-kecil dah banyak ujian kena lalui.
Ads
“Inilah motivasi untuk saya, sentiasa kuat, tak putus asa dan sentiasa kerja keras demi kebaikan Alisha.
“Nak berikan yang terbaik untuk dia dan keluarga sekarang ini. Doakan mata Alisha sembuh dan pembedahan tahun depan dipermudahkan segala urusan,” katanya.
Doa Netizen Mengiringi Perjalanan Alisha
Perkongsian Andika itu turut menerima perhatian ramai yang membanjiri ruangan komen dengan kata-kata semangat serta doa agar Alisha terus diberikan kesembuhan dan dipermudahkan segala urusan rawatan pada masa akan datang.
Rata-rata netizen turut tersentuh melihat ketabahan Alisha dalam menjalani proses rawatan pada usia yang masih muda serta mendoakan agar pembedahan susulan yang dijadualkan tahun depan berjalan lancar.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Telur merupakan makanan ruji dan kegemaran rakyat Malaysia. Memang tak sah kalau sekali tak mengambil telur dalam menu harian. Paling tidak mesti perkena telur rebus atau telur separuh masak bersama roti, lada putih dan cuka atau kicap.
Sebagaimana kita tahu, telur mempunyai banyak khasiat dan nutrisi terutamanya telur rebus. Namun, tular mengenai telur rosak kini sedang tersebar meluas di platform media sosial, apatah lagi pihak berkuasa dan pakar kesihatan juga telah menegah orang ramai agar berhati-hati tidak memakan telur yang sudah rosak.
Hal ini turut dimaklumkan oleh pasaraya dari Jepun iaitu AEON dalam kenyataannya semalam.
Untuk pengetahun korang semua, mengambil telur yang telah tamat tempoh atau telah rosak boleh memudaratkan kesihatan dan boleh mengancam nyawa. Tapi macam mana kita nak tahu, telur itu rosak atau tak.
Baru-baru ini Public Health Malaysia, ada berkongsi beberapa tanda-tanda telur rosak yang perlu korang ambil perhatian.
Sebagai pengguna dan pengusaha, sila ambil perhatian kepada tanda tanda telur yang telah rosak.
Jangan ambil mudah, telur mudah tercemar dengan pelbagai kuman khususnya Salmonella. Ia menyebabkan gejala demam, muntah sakit perut dan juga boleh menyebabkan kematian.
Selagi ad rasa ragu ragu, jangan guna dan makan telur tersebut
Menerusi perkongsian di laman Facebok Public Health Malaysia, terdapat tujuh tanda yang boleh orang ramai kenalpasti telur yang sudah rosak dan tamat tempoh.
Kulit telur berdebu, menunjukan pembentukan kulat
Keluar bau hanyir dan busuk
Lihat di bekas telur sudah melebihi tarikh tamat tempoh
Apabila pecahkan telur, warna putih telur berubah
Kulit telur berlendir, menunjukkan terdapat kuman dan bakteria
Telur terapung di atas air, menunjukan telur tersebut telah lama
Dan terakhir adalah kulit telur menjadi retak
Jadi kesimpulannya, sebelum korang nak beli telur di kedai lebih baik periksa keadaan telur tu terlebih dahulu.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Terbaru, Go Pei Kee-Teoh Mei Xing membuatkan peminat badminton tempatan teruja apabila berjaya merangkul kejuaraan selepas menafikan keupayaan pilihan utama beregu wanita Kejohanan Badminton Malaysia Super 100 yang berlangsung dari 15 hingga 20 Oktober lalu.
Beregu kebangsaan itu memerlukan tempoh 42 minit untuk menundukkan wakil Taiwan merangkap pilihan utama, Chan Nicole Gonzales-Wei Ye Hong, dengan ‘straight set’ di Stadium Juara, Bukit Kiara, semalam.
Namun, lima mata yang dikutip Nicole-Yun Yang meletakkan penghujung set pertama dalam keadaan getir 20-20.
Walau bagaimanapun, situasi yang mendebarkan itu tidak dibiarkan berterusan apabila dua mata akhir ditamatkan beregu negara yang berada di kedudukan ke-112 itu untuk menutup permainan 22-20.
Pei Kee-Mei Xing yang hanya satu mata dipisahkan dengan penyingkiran berikutan kecederaan lutut yang menimpa Ng Qi Xuan.
Mereka konsisten untuk menawan set kedua 21-11 bagi mengesahkan kejuaraan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selepas kejayaan #KempenBenderaPutih yang dilancarkan baru-baru ini mendapat sambutan yang positif daripada orang ramai, Kempen Kibar Bendera Merah pula muncul untuk membantu mereka yang mempunyai haiwan peliharaan.
Kempen ini dilancarkan oleh Persatuan Haiwan Malaysia (Animal Malaysia). Menurut Presiden Animal Malaysia Arie Dwi Andika, inisiatif itu bertujuan untuk membantu pemilik haiwan yang terkesan akibat pandemik Covid-19 untuk mendapatkan bantuan untuk haiwan peliharaan mereka.
Foto hiasan: Pexels
Berikutan peningkatan dalam kes pembuangan haiwan akibat pemilik mereka yang terjejas teruk dan banyak kucing dan anjing terpaksa dihumban ke jalanan sedangkan haiwan itu telah lama dipelihara, dan mereka juga adalah keluarga.
Tidak cukup dengan itu, haiwan yang telah dibuang ini juga menerima kecederaan di tubuh badan mereka, dan keadaan mereka juga tidak terurus sejak dibuang oleh pemilik mereka. Keadaan sebegini boleh menyebabkan mereka berisiko untuk mendapat penyakit berjangkit dan juga boleh menyebabkan kematian kerana persekitaran yang tidak baik itu.
Foto hiasan: Pexels
Kempen ini telah diketuai oleh pengurus projek mereka iaitu Ashraf Ariff, dan beliau berkata penduduk hanya perlu mengibarkan bendera merah di rumah mereka, untuk memberi isyarat yang mereka memerlukan bantuan untuk haiwan peliharaan mereka.
Arie juga berharap agar kempen ini mendapat sambutan ramai, seperti mana kempen Bendera Putih juga telah mendapat sambutan. Beliau menyeru semua rakyat Malaysia agar memainkan peranan dalam usaha ini untuk membantu pemiliknya dan membela nasib kucing dan anjing ini.
Foto: Berita Harian
Inisiatif ini juga diambil agar kita dapat mengekang masalah pembuangan haiwan peliharaan ke jalanan dan sekaligus membanteras masalah kezaliman terhadap haiwan.
Semoga kempen ini sedikit sebanyak dapat membantu mereka yang memerlukan, dan juga dapat menarik orang ramai agar tampil kehadapan untuk memberi bantuan.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!