Dunia pertandingan ratu cantik sepanjang tahun 2019 dan 2020 teruk terkesan disebabkan oleh pandemik COVID-19 di seluruh dunia.
Kebanyakan pertandingan yang pada awalnya dijadualkan berlangsung secara gilang-gemilang terpaksa dikecilkan skalanya, ditunda tarikh malah ada yang dibatalkan terus dan terpaksa dilakukan secara maya saja.
Apapun, beberapa pertandingan ratu cantik melibatkan jelitawan seluruh dunia masih diteruskan pada tahun ini. Terbaru, pertandingan Miss Supranational 2020/2021 baru saja selamat menobatkan gadis berkulit putih dari Namibia, Chanique Rabe sebagai juara baharunya.
Chanique merupakan pelajar jurusan Seni Rekaan Fesyen di FEDISA Fashion School dekat Capetown, Afrika Selatan dan telahpun mempunyai label fesyen sendiri bernama Nami Nami. Baru-baru ini, dia juga telah membuka dua buah sekolah menjahit di Namibia!
Ads
“Keinginan kanak-kanak di sini untuk mempelajari fesyen adalah inspirasi terbesar saya dalam hidup. Ia memberi saya motivasi untuk menjadi seorang individu yang lebih produktif dan bercita-cita tinggi,” katanya.
Apa yang membuatkan kemenangan Chanique ini lebih bermakna adalah apabila dia merupakan wakil pertama dari benua Afrika yang berjaya membawa pulang gelaran Miss Supranational dalam sejarah penganjurannya.
Bukan hanya kejelitaan dan kebijaksanaan Chanique terserlah sepanjang minggu pertandingan yang baru saja berlalu. Tumpuan juga terarah kepada stail pemakaiannya yang pandai berfesyen. Lihat sajalah kepada aksesori anting-anting berbentuk bintang yang dipakainya semasa malam pertandingan.
Ads
Menariknya, Chanique bukanlah juara pertandingan ratu cantik pertama yang memilih motif bintang sebagai ‘lucky charm’ semasa bertanding merebut gelaran. Pada bulan Mei lalu, juara Miss Universe 2020 iaitu Andrea Meza dari Mexico juga memilih anting-anting mirip Chanique! Sudah rancang awal-awal ke ni… hehe
Miss Universe 2020, Andrea Meza.
Dan sebelum mereka berdua, juara Miss Universe 2019 iaitu Zozibini Tunzi serta juara Miss Universe 2018 iaitu Catriona Gray juga memilih motif bintang yang membawa makna berlainan untuk dua orang jelitawan itu.
Miss Universe 2019, Zozibini Tunzi.Miss Universe 2018, Catriona Gray.
Hhm, nampaknya motif bintang ialah motif kejayaan seorang bintang yang bakal menyerlah – mungkin. Komen anting-anting siapakah yang paling korang gemari?
Chanique, Andrea, Zozi atau Catriona?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Mood keseluruhan di acara anugerah BAFTA yang merupakan anugerah paling berprestij untuk dunia perfileman dan televisyen di Britain jelas sedikit muram berbanding tahun-tahun lalu.
Ini berikutan berita kemangkatan Duke of Edinburgh, Prince Philip yang disahkan telah menghembus nafas terakhir pada hujung minggu lalu setelah sekian lama dalam keadaan gering.
Atas rasa hormat terhadap pemergiaan mendiang datuknya, Duke of Cambridge, Putera William yang pada asalnya dijadualkan untuk membuat kemunculan di karpet merah serta di acara tersebut memutuskan untuk tidak menyertai BAFTA pada tahun ini.
“Kami bersimpati terhadap keluarga diraja buat masa ini.”
Selaku presiden persatuan BAFTA sejak tahun 2010, Putera William telahpun menjadi salah seorang VVIP yang sering mencemar duli menghadiri acara berprestij tersebut bersama Duchess of Cambridge, Kate Middleton.
Penghormatan turut diberikan menerusi gaya dan fesyen para penggiat seni dan selebriti yang dicalonkan untuk kategori masing-masing serta mereka yang menjadi penyampai anugerah.
10 gaya pilihan kami ini berjaya menarik perhatian pemerhati fesyen dengan stail elegan serta menangkis tanggapan bahawa busana serba hitam akan kelihatan membosankan.
Phoebe Dynevor Louis Vuitton
.
Rose Bryne Miu Miu
.
Priyanka Chopra Ronald van der Kemp
.
Youn Yuh-Jung Dior Couture
.
Sophie Cookson Giorgio Armani
.
Felicity Jones Valentino
.
Emerald Fennel Roland Mouret
.
Vanessa Kirby Versace
.
Daniel Kaluuya Alexander McQueen
.
Koser Ali Alexander McQueen
*
Kalau korang masih ingat, anugerah BAFTA pada tahun 2018 juga dihadiri oleh jemputan yang memakai busana serba hitam disebabkan oleh pergerakan MeToo yang hangat diperkatakan pada waktu itu sebagai tanda solidariti memerangi ketidak adilan terhadap wanita.
Dah jadi lumrah seorang perempuan bila mana mereka akan menggunakan pelbagai inisiatif untuk mendapatkan kulit yang licin, daripada pencuci muka sampai la mengamalkan supplement untuk kulit wajah.
Namun begitu, moisturizer juga memainkan peranan penting untuk kulit wajah. Mencuci muka akan menurunkan nilai pH pada kulit dan disebabkan itu, korang perlu mencari moisturizer yang sesuai untuk mengembalikan protein keratin pada kulit wajah.
Lebih-lebih lagi bagi mereka yang mempunyai masalah kulit kering, korang kena pandai pilih produk moisturizer yang sesuai dan berikut merupakan beberapa produk yang boleh korang dapatkan.
Tak dinafikan nak cari produk yang sesuai untuk kulit kita ni bukannya mudah. Tapi bila dah ada yang suggest macam ni, sikit sebanyak dapat membantu korang untuk try and error. Mana tahu berkesan kan?
Sumber: Product Review
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Semalam Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan bermula dari 18/3/2020 sehingga 31/3/2020 (14 hari) di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967 bagi mengawal wabak Covid-19 merebak.
Biar bukan lockdown (sekatan pergerakan masuk dan keluar) diumumkan seperti tular di media sosial sebelum ini tetapi hanya Perintah Kawalan Pergerakan sahaja, adalah lebih baik untuk kita saling berjaga-jaga kerana kita tidak tahu indvidu mana yang sudah dijangkiti.
Dalam pada itu, peguam terkenal, Nor Zabetha berkongsi di fbnya mengenai hukuman penjara 2 tahun atau didenda boleh dikenakan pada individu yang melanggar perintah kuarantin Covid-19.
Individu boleh DIPENJARA maksimum 2 tahun atau didenda bagi penyebaran COVID-19- Nor Zabetha
Jadi, kalau korang sudah dinasihat kuarantin dua minggu, sila jangan keluar rumah ya bagi mengelak situasi menjadi lebih buruk. Baca perkongsian peguam ini.
Individu boleh DIPENJARA maksimum 2 tahun atau didenda bagi penyebaran COVID-19.
Waktu cuti sekolah ini, masih ramai yang tidak ambil langkah berjaga-jaga. Tidak hairan langsung tentang penularan wabak ini. Sejak bulan Januari, syarikat penerbangan sudah mula menawarkan harga tiket penerbangan yang serendah-rendah harga. Bukan satu syarikat yang menawarkan, bahkan majoriti mereka.
Jujur saya katakan, bagi kaki jalan yang seperti saya, terliur rasanya melihat tawaran begitu tetapi fikir logik. Tawaran yang terlalu “too good to be true” ini selalunya akan ada udang disebalik batu.
Saya tidak mahu diri sendiri susah, keluarga susah dan siapa-siapa disekeliling susah kerana rasa ‘terliur’ saya yang berakhir dengan COVID-19. Setakat semalam 15/3/2020, di Malaysia seramai 428 disahkan dijangkiti virus ini. Bukan isu yang main-main.
Ramai mengambil langkah berjaga-jaga sejak penyebaran wabak Covid-19. Gambar hiasan.
Untuk pengetahuan semua bagi mereka yang tahu mereka dijangkiti atau percaya mereka berkemungkinan mempunyai penyakit berjangkit dan mendedahkannya kepada orang lain boleh dihukum PENJARA ATAU DENDA dibawah Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (APPPB).
Seksyen 12 memperuntukan bahawa jika anda tahu anda berpenyakit atau percaya anda mempunyai sesuatu penyakit berjangkit kemudian mendedahkan orang lain kepada risiko jangkitan dengan cara pergi ke tempat awam dan menggunakan kemudahan lain, maka ini adalah kesalahan di bawah Akta ini.
Ingat kata kunci atau elemen khusus dalam Seksyen 12 ini adalah “anda tahu”, kalau pun anda tidak tahu “anda mempunyai sebab untuk percaya anda berpenyakit” COVID-19.
Misalnya anda demam dan enggan mendapat rawatan kerana takut hendak berdepan dengan realiti sekiranya hasil pemeriksaan anda sah dijangkiti COVID-19. Nah! Di situ anda mempunyai sebab untuk percaya anda dijangkiti COVID-19 dan anda ke tempat awam seperti biasa. Ini adalah kesalahan.
Pada pendapat saya, anda tidak perlu demam untuk anda percaya anda dijangkiti. Dalam situasi COVID-19 yang menular secara pantas, dalam tempoh beberapa bulan sahaja sudah mencecah puluhan ribu seluruh dunia, saya yakin dan percaya kita semua MEMPUNYAI SEBAB UNTUK PERCAYA KITA BOLEH MENGHIDAP PENYAKIT COVID-19 ini dan sekiranya kita masih pergi ke tempat awam, menggunakan alatan awam maka kita adalah bersalah di bawah Akta ini.
Sekiranya anda di dakwa di Mahkamah, anda boleh didenda bagi kesalahan pertama maksimum 2 tahun penjara atau denda atau kedua-duanya sekali. Kesalahan kedua atau berikutnya maksimum 5 tahun penjara atau denda atau kedua-duanya sekali.
Selain dari kesalahan dari segi Akta ini juga, ahli keluarga atau orang yang terkesan boleh menuntut dari anda secara tuntutan ganti rugi. Bukan sahaja anda berdepan dengan hukuman penjara atau denda malahan anda perlu membayar ganti rugi yang puluhan atau ratusan ribu ringgit.
Ada satu kes tuntutan ganti rugi dibawah Akta ini iaitu Kerajaan Malaysia & ORS v. Lay Kee Tee & ORS [2009] 1 CLJ 663.
Dalam kes ini 184 orang (responden-responden) yang mendakwa mengalami penderitaan akibat dari virus Nipah/Japanese Encaphalities (JE) atau waris-waris mereka yang telah meninggal dunia akibat virus tersebut atau pemilik-pemilik ladang kinzir yang terjejas oleh virus yang sama telah menuntut dari Kerajaan beberapa ganti rugi iaitu dan keseluruhannya lebih kurang RM1.6 juta.
Dalam kes ini. Responden-responden telah meminta kerajaan (perayu-perayu) supaya membunuh khinzir-khinzir bagi mengawal penyebaran virus, kemudiannya memfail tuntutan terhadap kerajaan antara lain atas alasan kerajaan cuai dan gagal bertindak dengan cepat untuk mengawal virus dari tersebar. Menurut responden-responden, perayu-perayu telah membiarkan keadaan menjadi gawat sekaligus menyebabkan mereka menanggung kerugian.
Jadi, beringat, jangan kerana hendak memuaskan rasa sendiri anda tidak ambil langkah berjaga-jaga. Berhati-hatilah. Sila share kepada yang lain-lain sebagai langkah berjaga-jaga dan waspada.
Di tulis oleh Nor Zabetha.
Jom follow saya untuk perkongsian dan ilmu undang-undang. Saya sentiasa berkongsi pengetahuan undang-undang dan isu semasa undang-undang.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!