Sering ditegur sebab nampak lesu dan tak bermaya? Mata panda, eyebag atau lingkaran hitam bawah mata adalah masalah yang disering dialami terutama di bulan Ramadan ini. Maklumlah waktu malam sibuk berterawih manakala sahur pulak di awal pagi.
Walaupun ianya tidak perlu dibimbangkan, sebagai remaja pasti anda ingin wajah yang tampak mulus, berseri tanpa sebarang lingkaran hitam bukan? Haaa..korang tidak perlu risau lagi kerana Remaja telah senaraikan 5 produk berkesan untuk hilangkan isu lingkaran hitam bawah mata dan mata sembab.
L’Oreal Paris Revitalift Triple Action Anti Aging Eye Cream
Umum mengetahui jenama L’Oreal cukup diminati kerana harganya yang berpatutan dan berkesan. Anda boleh cuba krim mata ini untuk menghilangkan lingkaran gelap bawah mata kerana ia mengandungi titanium dioxide yang bertujuan untuk melindungi daripada sinaran matahari. Selain itu, ia dilengkapi dengan kepala bebola metal yang memudahkan aplikasi dan memberi kesan sejuk menyamankan apabila diaplikasikan.
Apa yang best tentang produk ini adalah ianya bebas daripada paraben, minyak mineral, dan alkohol. Cara penggunaannya juga mudah dengan memicit tiub dan memulakan sapuan di bawah mata pada setiap pagi selepas membersihkan wajah.
Jika berminat, anda boleh mendapatkannya di Watson terdekat dengan harga bermula dari RM48. Jangan lupa pakai pelindung matahari (sunscreen) untuk mendapatkan kesan yang lebih cepat okay!
Nutox Eye Refiner
Ads
Krim mata buatan Malaysia ini telah terbukti keberkesanannya dek kerana lambakan testimoni yang memberikan maklum balas yang baik untuk produk ini. Namun, apa yang menarik tentang krim mata ini adalah ianya diformulasikan dengan ekstrak sarang burung sebagai salah satu bahan yang menjadi sumber semula jadi protein dan kolagen.
Nutox Eye Refiner ini tidak melekit selepas pemakaian dan selain menghilangkan eyebag dalam masa yang terdekat, ianya juga berfungsi untuk memudarkan garis halus bawah mata serta kegelapan di kawasan itu. Krim mata ini juga dihasilkan dengan biji Avena Sativa yang kaya dengan agen anti-keradangan. Bagi yang mempunyai kulit sensitif, anda wajib cuba produk ini.
Setiap malam sapukan krim tersebut dengan menggunakan jari yang bersih dan lembut di bawah mata. Anda boleh dapatkannya di farmasi berdekatan dengan harga RM32 sahaja.
A.H.C Ageless Real Eye Cream For Face
A.H.C Ageless Real Eye Cream merupakan produk buatan Korea yang amat popular dan diyakini ramai. Tengok sahajalah duta dia, pelakon terkenal Kim Hye Soo yang masih kelihatan awet muda walaupun umurnya kini mencecah 52 tahun.
Setanding dengan popularitinya, krim ini boleh digunakan pada seluruh muka dan ianya diperkaya dengan kolagen hidrolisis yang dicipta hampir serupa dengan kolagen semula jadi manusia untuk memudahkan penyerapan nutrien. Bahan antioksida yang terkandung dalam krim ini juga boleh membantu menenangkan mata anda yang kelihatan penat serta mencerahkan kawasan kulit yang gelap.
Ads
Cara nak guna pun sangat mudah, anda hanya perlu sapu krim ini sesudah mencuci wajah, dan memakai pelembap. Cepat lari ke Watsons berdekatan untuk dapatkan muka yang lebih berseri dan bebas tanpa lingkaran hitam bawah mata raya ini dengan harga RM34 sahaja!
Cosmoderm Eye Treatment Gel
Krim mata dari Cosmoderm ni merupakan produk yang asyik sold out di Watson. Maklumlah kerana harganya yang berpatutan dan mengandungi bahan yang berkualiti.
Ia diperkaya dengan Koenzim Q10, Vitamin A dan juga ekstrak tumbuhan yang bertujuan untuk mencerahkan lingkaran bawah gelap, mata bengkak dan garis halus. Krim mata ini juga dapat menganjalkan kulit, mengurangkan lingkaran gelap dan menggalakkan pengaliran darah keliling mata untuk elakkan bengkak dan lingkaran gelap. Paling penting produk ini tidak diuji menggunakan haiwan dan sesuai untuk semua lapisan umur.
Anda hanya perlukan sedikit sahaja kuantiti produk ketika mengaplikasikannya. Jangan pakai terlebih banyak nanti isu lain yang muncul seperti biji millia terperangkap di bawah kulit. Haaaa, guna dengan berhemah okay! Dengan harga RM20, sangatlah sesuai bagi anda yang masih belajar.
Mata yang penat seperti yang kita tahu akan lebih cenderung untuk mengalami masalah eyebag yang teruk. Eyebag juga merupakan kesan kurang hidrasi pada kulit, jadi masker khas untuk mata ini sangat sesuai untuk anda yang sedang berjimat dan tidak mempunyai banyak masa terluang untuk memberi perhatian penuh terhadap kondisi bawah mata anda.
Eye mask ini turut bebas daripada alkohol, paraben, dan silikon. Maka usah ragu-ragu kerana tiada bahan berbahaya dikandungi oleh produk ini. Selain itu, ia mengandungi khasiat daripada bahan yang digunakan seperti Niacinamide dan vitamin E yang bersifat anti-penuaan dan boleh mengekalkan keanjalan kulit serta mencerahkan kawasan mata.
Cara penggunaannya juga mudah dan cepat. Letakkan eye mask ini di bawah mata sesudah membersihkan wajah dan biarkan selama 15 minit. Selepas itu, urut wajah anda dengan lembut agar pati produk ini diserap oleh kulit dengan lebih baik.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Cleveland Clinic, Watson, Shopee
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dah jadi satu rutin bagi perempuan bila sedang datang bulan, pad yang telah digunakan mesti dicuci dengan bersih sebelum dibuang.
Rasanya daripada pertama kali datang bulan lagi kita dah dididik oleh ibu untuk sentiasa memastikan kebersihan terjaga. Ada pula ‘cakap-cakap’ yang kalau tak basuh pad yang berdarah nanti dijilat syaitan. Seram wey. Oleh sebab tu memang tak berani nak buang sebelum cuci.
Namun begitu, percaya tak kalau kami katakan bahawa sebenarnya pad yang telah digunakan sebenarnya tak perlu dicuci?
1. Tak perlu basuh kalau guna pad
Ulama’ berpendapat, pad yang sudah digunakan wajib dicuci adalah bidaah dan satu kesilapan dalam pemahaman hukum-hukum agama. Sebenarnya, ia adalah sunat untuk ditanam tetapi kalau tidak ditanam, harus dibuang di dalam tong sampah. Apa yang penting jangan dibuang merata-rata tempat.
Seperti yang dijelaskan oleh Ustaz Azhar dalam video di bawah, situasinya sama seperti kapas luka yang digunakan tidak perlu dibasuh sebelum dibuang. Cuma pasti kan ia dibuang pada tempat yang sesuai.
https://youtu.be/O2UFo75mLPc
2. Dalil cuci untuk kain
Kalau dilihat dari sudut agama, pakaian yang terkena haid haruslah dibasuh sehingga hilang darah tersebut dan boleh digunakan untuk bersolat. Haid adalah termasuk benda najis dan berdasarkan hadis dari Asma, puteri Abu Bakar, bahawa Nabi SAW bersabda tentang darah haid yang terkena pada pakaian:
“Hendaklah (perempuan itu) mengeriknya (darah haid tersebut) kemudian menggosoknya dengan air kemudian mencucinya, kemudian ia (boleh) solat dengan kainnya itu,” Bukhari dan Muslim.
Dalil yang menunjukkan hal ini, dari Asma binti Abi Bakr, beliau berkata, “Seorang wanita pernah mendatangi Nabi SAW kemudian berkata, “Di antara kami ada yang bajunya terkena darah haid. Apa yang harus kami buat?,” Beliau menjawab, “Gosok dan keriklah pakaian tersebut dengan air, lalu percikkanlah. Kemudian solatlah dengannya.”
Zaman dulu mana ada pad untuk digunakan sewaktu datang haid. Jadi, kain yang digunakan perlu dicuci terlebih dahulu untuk digunakan semula.
Pasal syaitan jilat pad berdarah dan sebagainya tu janganlah anda percaya. Jika pad dibuang pada tempat yang betul, insyaAllah semuanya pasti selamat.
Semoga pencerahan ini sedikit sebanyak membantu anda dalam menjawab persoalan yang selama ini mungkin kita tidak pernah tahu.
Sering kali kita melihat individu yang mengamalkan makan overnight oats untuk menjaga diet pemakanan mereka. Namun, ia bukan hanya untuk dimakan pada waktu malam, malah oats ini sesuai juga diambil pada waktu pagi.
Selain daripada rasanya yang sedap, ia juga membantu untuk membuatkan perut korang sentiasa kenyang. Penyediaannya juga mudah dan tidak memerlukan masa yang lama untuk disediakan.
Seorang pengguna di Facebook yang dikenali sebagai Ummi Nadia pernah berkongsi resipi rendah kalori yang diamalkanya sehingga berjaya menurunkan berat badan.
Jom kita try!
Bahan-bahan:
– Rolled oats
– Natural yogurt
– Susu segar
– Kekacang
– Madu asli
– Buah-buahan
– Bekas berpenutup (korang boleh beli di kedai RM2)
Cara menyediakan:
1. Letakkan 2 hingga 3 sudu besar rolled oats
2. Kemudian, letakkan campuran kekacang dan kismis
3. Tambahkan 1 hingga 2 sudu besar natural yogurt
4. Letakkan sedikit madu asli
5. Seterusnya, campurkan dengan buah-buahan pilihan
Pelakon, pengacara dan Dewi Remaja 2005/2006, Scha Alyahya tidak pernah kalah dalam berfesyen hingga digelar ikon fesyen.
Sejak bergelar juara Dewi Remaja 2005/2006, Scha terus kekal dalam industri dalam mengembangkan bakatnya. Malah, walaupun sudah memasuki 40-an, Scha Al-Yahya, tetap awet muda.
Melihat kecantikannya, rasa teruja nak tahu rahsianya. Agaknya apa set penjagaan wajah dan gaya hidup yang ibu kepada Lara Alana dan Lila Ameena ini amalkan, ya.
Scha Al-Yahya Kurangkan Gula Untuk Awet Muda, 2 Bulan Sekali Buat Facial!
Menurut pemilik nama Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Al-Yahya, apabila semakin berusia, dia juga tidak dapat lari dari menerima kesan penuaan seperti garis-garis halus pada wajah.
“Tak nampak ke kat mata saya dah ada garis-garis, dekat leher saya dah ada kesan penuaan, tapi lighting sekarang hebat.
“Memang ada nampak kesan penuaan tu, tapi Scha apa-apa pun, macam orang lain cakap lah, kena ada SPF, Scha itu je,” ujarnya.
Antara kebaikan menggunakan produk yang mempunyai SPF pada wajah adalah bertujuan untuk melindung dan menjaga kesihatan kulit. Ini kerana SPF memiliki kandungan nutrisi dan vitamin yang sangat baik untuk kulit anda.
Malah, kandungan SPF yang sering digunakan dalam krim pelindung matahari (sunscreen) juga dapat mampu meremajakan kulit dengan memperlahankan kesan penuaan serta menjaga kecerahan dan kebersihan kulit setiap masa!
Scha Lakukan ‘Facial Treatment’ Dua Kali Setiap Bulan
Ketika ditanya, adakah Scha masih percaya untuk mengekalkan kecantikan dan kesihatan tubuh badan dengan hanya menggunakan bahan-bahan alami (Au Naturale), Scha menjelaskan bahawa dia percaya dan mengamalkanya dalam kehidupan seharian.
Dalam masa yang sama, katanya melakukan rawatan pemulihan kulit wajah seperti rawatan Facial di pusat kecantikan (SPA) juga merupakan rutin wajib yang diamalkan Scha iaitu sebanyak dua kali setiap bulan.
“Of course masih percaya bahan-bahan alami dan semulajadi (Au Naturale), mereka kata kurangkan gula, jadi itu je yang Scha lakukan!”
“Facial kena buatlah, tipu lah kalau tak buat facial atau benda-benda tu. Kita tetap ada lakukan rutin tu, sebulan dua kali,” jelasnya.
Untuk rekod, Scha Al-Yahya dan Awal Ashaari mendirikan rumah tangga pada 2012 dan hasil perkongsian hidup berkenaan, kehidupan mereka telah diserikan lagi dengan kehadiran dua cahaya mata.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, berpandangan perselisihan antara menantunya, Izara Aishah dan penyanyi Indonesia, Lesti Kejora, seharusnya berakhir selepas kedua-dua pihak tampil membuat...