Begitulah yang dikatakan apabila muka naik jerawat dan sebaik sahaja jerawat kecut datang pula isu parut jerawat yang degil taknak pudar. Haih…apalah nasib kan?
Sebagai seorang remaja yang meningkat dewasa, mesti takkan lari dengan isu kulit muka. Terutama isu parut jerawat yang amat susah untuk dihilangkan. Namun, usah risau kerana terdapat pelbagai cara yang mudah dan berkesan untuk membantu menyelesaikan masalah ini. Meh sini Remaja kongsi lima cara mudah dan murah untuk anda hilangkan parut jerawat di muka!
Ais
Tahukah anda, meletakkan ais pada jerawat dapat membantu mengurangkan saiz dan kemerahan jerawat. Selain itu, ais boleh membuatkan kulit terasa kebas, membuatkan anda tidak akan merasa sakit daripada sista nanah yang besar dan menyakitkan itu.
Ais juga berfungsi sebagai astringen semula jadi untuk mengetatkan liang sekitar cela dan parut, membuatkan parut kurang jelas, dengan mengurangkan saiz liang yang terjejas disebabkan jerawat. Jadi, ini mungkin cara hilangkan parut jerawat yang mudah, bukan?
Ads
Hirisan Tomato Atau Timun
Menggosok hirisan tomato pada parut juga didapati berkesan dalam mengurangkan kemunculan cela atau parut. Ini disebabkan oleh vitamin A dan karoten yang terkandung di dalam tomato dapat menambah baik tekstur kulit anda.
Timun pula boleh mengurangkan keradangan, melegakan kulit dan menyembuhkan parut yang disebabkan oleh jerawat.
Putih Telur
Telur bukan sahaja bahan penting dalam masakan namun ia juga mengandungi sejumlah besar protein dan dengan menggunakannya secara langsung kepada kulit anda, anda boleh mempercepatkan proses penyembuhan.
Ads
Tahukah anda bahawa protein adalah blok pembinaan tisu selular dan otot? Jadi anda boleh sapukan putih telur secara langsung dan biarkannya di muka untuk mempercepatkan pemulihan parut jerawat anda.
Jus Limau
Sapuan jus limau pada kulit berfungsi untuk mengelupaskan sel-sel mati, menggalakkan keanjalan kulit dan pertumbuhan kulit yang baru. Wow hebat kan? Manakala jika ia diambil secara oral, jus limau boleh membantu liang roma membersihkan liang bagi mendapatkan kulit bersih yang cerah.
Selain itu, jus limau juga membantu dalam pembuangan sel-sel kulit mati dan dalam pertumbuhan semula sel-sel baru, di samping meningkatkan keanjalan kulit.
Minyak Zaitun
Ads
Alternatif lain untuk cara hilangkan parut jerawat di muka adalah minyak zaitun. Selain baik untuk mencerahkan parut jerawat, minyak zaitun juga akan menjadikan kulit licin kembali dan mengurangkan betapa ketara parut anda.
Minyak zaitun penuh dengan antioksidan semula jadi, disebabkan itu ia begitu kerap digunakan di seluruh dunia untuk pelbagai manfaat kesihatan. Dari segi membersihkan cela kulit dan parut, ia adalah salah satu pilihan rawatan sampingan yang terbaik.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: HelloDoktor, Pexels
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Siapa yang tidak kenal dengan Siti Aafiyah, buah hati pengarang jantung penyanyi nombor satu negara dah suaminya, Dato’ Sri Khalid. Jika anda sentiasa mengikuti keletah dan juga ragam Aafiyah di dunia maya, pasti anda akan perasaan pengasuh yang setia disisi. Dikenali dengan panggilan Dayah Zubit, beliau telah menjadi pengasuh kepada Aafiyah dari tahun 2018 lagi.
Dayah bersama Aafiyah. Sumber gambar: Instagram Dayah Zubit
Hari ini dalam satu hantaran di Instagram Rizman Ruzaini, pereka fesyen tersebut telah memuat naik satu busana perkahwinan yang telah direka khas untuk Dayah sempena hari perkahwinannya hari ini. Dalam ruangan komen di hantaran tersebut Dato’ Sri Siti Nurhaliza meninggalkan komen, ‘Terima kasih tunaikan hajat CT untuk kakak Aafiyah’.
Meninjau ke Instagram Dayah pula, gadis anggun ini telah selamat disatukan dengan pilihan hatinya yang merupakan pemain bola sepak Terengganu FC II, Mohammad Ridzuan Razali. Kelihatan berseri dalam persalinan rona putih rekaan pereka tersohor. Gaun tersebut yang diperincikan tatahan batuan dan jemeki rona emas tersebut diberikan elemen dramatik siap dengan ‘cape’ labuh. Menaikan lagi penampilannya, dia disolek manis oleh jurusolek Yasmeen.
Dayah kelihatan sangat cantik menggayakan busana Rizman Ruzaini dan disolek oleh Yasmeen. Sumber gambar: Instagram Yasmeen MUA UTARA
.
Sumber gambar: Instastory Rizman Ruzaini
Untuk pengetahuan anda, Dayah bukanlah sekadar pengasuh biasa. Dia merupakan graduan lepasan diploma kejururawatan. Setelah ditemuduga oleh Dato’ Sri Siti Nurhaliza, dia diberi kepercayaan untuk menjaga Aafiyah sejak dari kecil lagi.
Selamat pengantin baru buat Dayah dan pasangan, semoga berbahagia sampai ke akhir hayat.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Biarpun lewat tiba di acara Kuala Lumpur Fashion Award (KLFA) 2021 semalam, gandingan pereka fesyen Ezuwan Ismail dan muse pilihannya, Rozita Che Wan masih mampu menarik tumpuan seluruh dewan ballroom sebuah hotel terkemuka tanah air.
Ini gara-gara penampilan mereka berdua di acara apresiasi dunia fesyen tanah air itu yang serba-serbi ‘berbalut’ termasuklah bahagian muka dan tapak tangan!
Siapa sangka, Che Ta sanggup ‘berkorban’ tidak makan mahupun minum di acara tersebut demi berfesyen setelah beliau menutup mukanya dengan kain jaring atau ‘net’ yang ditinta batu berlian berwarna perak sepanjang acara berlangsung.
Bercakap dengan REMAJA di karpet merah KLFA 2021, Ezuwan berkongsi kos sebenar di sebalik busana ini dan mengapa pasukan pereka fesyennya memerlukan tempoh hampir sebulan untuk menyiapkannya.
“Gaun berfabrik twill Che Ta ini berharga RM50,000 dan memakan masa sebulan kerana serba-serbi ‘hand made’ atau dijahit tangan. Sarung tangan dan pelitup muka Che Ta juga menggunakan ‘net’ bertatah berlian berwarna perak.
“Ia dijahit penuh dengan lebih 5000 butir batu berlian dan ‘chunky bead,” kata pereka fesyen jenama yang sudah lapan tahun berada dalam industri ini.
Persoalannya, tidak lemaskah mereka apabila ‘dibalut’ sebegitu rupa?
Kongsi Che Ta, “Pelitup muka itu menggunakan kain jaring yang mempunyai lubang udara. Memanglah saya boleh bernafas. Kalau guna kain bertutup tanpa ruang bernafas, saya sendiriakan fikir banyak kali. Barangkali semput juga saya jadinya.
“Tak apalah, malam ini kami berpuasa balut muka,” katanya berseloroh.
Persetujuan Che Ta untuk menjadi muse kepada Ezuwan Ismail semalam adalah demi pengalaman baharu bersama dengan pereka tersebut yang juga kebetulan merupakan rakan baiknya.
“Saya rasa permintaannya untuk tampil dengan gaya sebegini tidak selalu hadir seperti lazimnya. Jadi saya untuk saya tolak, ini adalah satu bentuk kelainan.
“Cuma adalah sedikit cabaran apabila saya harus kekal dengan gaya sebegini sepanjang acara. Aappun, sesekali orang tak perlu tengok muka kita, why not. Menarik juga. Telefon bimbit pun saya terpaksa abaikan ketika majlis berlangsung,” katanya yang turut menjadi penyampai trofi KLFA 2021.
Sementara itu, di sana-sini portal media dan warganet memperkatakan mengenai pertuduhan Ezuwan yang dikatakan meniru atau membayangi gaya orang lain dengan busana kali ini.
Ada yang berkata ia mirip gaya Kim Kardashian di Met Gala 2021, September lalu. Tidak kurang juga menuduhnya sebagai rekaan ‘ciplak’ daripada Richard Quinn dan idea rekaan Wanpa untuk Bintang Paling Popular, Janna Nick di acara ABPBH-34, baru-baru ini.
Tidak mudah melatah dengan pertuduhan tersebut, kata Ezuwan, “Tiada istilah meniru sesiapapun. Fesyen ini pendek kata kenalah dengan musim pandemik. Ia mesra SOP,” jawabnya ringkas.
Apa pendapat korang? LOVE IT or HATE IT?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Mungkin sudah ajal mendiang untuk ‘pergi’ pada usia yang muda..
Namun, khabar kematian singer-song writer K-Pop iaitu Maeng Yuna pada hari ini cukup mengejutkan ramai peminatnya yang terdiri daripada pendengar muzik Indie.
Ini kerana Yuna baru saja berusia 29 tahun dan punca kematiannya disahkan sebagai sakit jantung. Satu punca yang jarang sekali didengari di kalangan insan semuda Yuna. Namun, itulah yang dikhabarkan oleh agensinya, JH Entertainment.
Menurut wakil mereka lagi, Yuna telah meninggal dunia pada 26 Disember 2018. Disebabkan ramai yang masih berada dalam mood perayaan, khabar kematian disorokkan terlebih dahulu dan majlis pengebumiaan Yuna hanya dihadiri oleh keluarga dan kenalan rapatnya saja.
Penyanyi OST drama Sping Waltz ini juga dikatakan sedang bersedia untuk melakukan comeback pada bulan Jun akan datang.
”Kami sendiri terkejut. Selain kadangkala stres akibat kerja, Yuna bagaimanapun tak mempunyai apa-apa sejarah penyakit. Jadi semua masih keliru akan sebab sakit jantung itu,” kata mereka lagi.
***
Menurut pakar, terdapat beberapa sebab utama yang menjadi punca kepada sakit jantung pada usia muda.
Salah satu adalah tekanan darah tinggi. Ia sebenarnya lebih berbahaya terhadap remaja memandangkan tiada simptom darah tinggi yang boleh ‘memberi amaran’ kepada pesakit – tidak seperti di kalangan pesakit dewasa.
Selain itu, remaja juga boleh berdepan dengan sakit jantung jika mempunyai kadar kolestrol tinggi kerana ia punca kepada saluran tersumbat. Situasi yang dinamakan sebagai atherosclerosis ini cukup berbahaya tanpa mengenal usia.
Akhir sekali adalah kerana tabiat merokok. 9 daripada 10 orang perokok mula merokok sebelum tamat sekolah menengah.
Walaupun remaja jarang terkena sakit jantung, namun kajian mendapati 75% perokok terdedah kepada penyakit itu.
***
Apapun, kami tumpang sedih dengan kematian mengejut Maeng Yuna ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Nurhidayah Damanhoori mencipta sejarah sebagai wanita pertama menjadi Pegawai Pemerintah Unit Berkuda PDRM. Kenali perjalanan dan inspirasi kejayaannya.