Memasuki tahun 2022, budaya filem drakula atau watak ‘vampire’ yang popular di Hollywood nampaknya masih terus diingati masyarakat sehinggakan ia dipetik sebagai inspirasi di sebalik koleksi fesyen terbaru di Paris.
Jenama fesyen Belanda, Viktor&Rolf baru-baru ini telah menarik perhatian dunia setelah mempamerkan koleksi musim bunga 2022 couture-nya bersempena Minggu Fesyen Paris. Apa yang membuatkan ramai orang bercakap mengenainya adalah inspirasi pakaian drakula yang ikonik dalam filem-filem Hollywood lampau untuk kembali diinterpretasikan sebagai pakaian abad ke-21.
Dalam satu kenyataan mengenai koleksi ini, gandingan Pengarah Kreatifnya iaitu Viktor Horsting dan Rolf Snoeren berkata mereka mengimbas semula stail ala drakula yang pernah mereka hasilkan bagi koleksi yang digelar ‘Hyeres’ pada tahun 1993.
Koleksi Hyeres dari tahun 1993 ini kini sering menjadi salah satu bahan pameran sempena jelajah antara muzium dan galeri seni seluruh dunia.
Untuk versi 2021 pula, Viktor&Rolf cuba menimbulkan ‘rasa takut’ menerusi siluet busana.
Sebagai contoh, gaunnya tidak mengikut bentuk tubuh seperti kebiasaan bagi wanita. Bahagian bahu pula dinaikkan sehingga mencecah paras kepala. Kata Viktor&Rolf, ia adalah cerminan idea mereka berdua terhadap ‘rasa takut’ yang masyarakat kita hadapi sekarang dalam konteks fesyen moden.
Ads
REMAJA terus teringatkan kepada tempoh dua tahun pandemik yang terpaksa dunia hadapi dengan perasaan gusar dan berhati-hati bagi melangsungkan hidup dlam norma baharu. Mungkin itulah yang cuba disampaikan secara bijak dan fashionable menerusi elemen ‘thrill’ dan suspen pada koleksi couture kali ini.
Apapun, tidak semuanya menakutkan ketika pertunjukan fesyen Viktor&Rolf ini. Masih wujud ciri-ciri elegan dan old-Hollywood glam yang memberikannya percikan glamor biarpun kelihatan ibarat drakula.
Ads
Stail baru terangkat hingga ke atas seakan ‘pendinding’ bagi bahagian leher yang sering menjadi spot sasaran drakula. Ada juga beberapa busana mempamerkan kemeja putih dengan garisan kolar lantang dan besar; sinonim dengan kemeja yang dipakai drakula.
Rona warna yang lebih ‘muted’ termasuklah hitam, putih dan krim pula mendekatkan lagi koleksi ini kepada inspirasi drakula tadi.
Korang boleh terima tak stail drakula oleh Viktor&Rolf ini? Hehe..
REMAJA memahami tidak semua insan boleh menerima rekaan Viktor&Rolf. Sebagai pereka duo yang tidak gentar dengan pandangan serong dan kritikan, mereka sentiasa cuba untuk mengolah dunia fesyen dengan revolusi idea baharu.
Sebagai contoh, idea ‘gaun sarung bantal’ pada tahun 2018, ‘gaun slogan’ pada tahun 2019 dan ‘gaun penjarakan sosial’ sewaktu musim pandemik 2020.
(Dari kiri) : Koleksi Viktor&Rolf pada tahun 2018, 2019 dan 2020.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Jika dahulu freckles dianggap sebagai satu tanda cacat-cela pada wajah seseorang. Namun sekarang, freckles adalah satu trend yang semakin digilai remaja seluruh dunia.
Bukanlah bermaksud korang perlu berjemur di tengah panas untuk mendapatkan kesan tersebut pada kulit wajah. Apa yang boleh dilakukan adalah menggunakan item solekan bagi mendapat efek yang mirip dengan freckles.
Terbaru, anggota Blackpink, Lisa telahpun mempopularkan kembali trend ini menerusi poster single Blackpink & Selena Gomez yang akan dilancarkan pada hari Jumaat ini berjudul Ice Cream.
Cantik kan! Cuba korang sendiri cipta look seperti ini.
FRECK Faux Freckle Cosmetics Neutral
Bersifat buildable dan mampu tahan lama, item solekan ini membuatkan freckles korang kelihatan realistik dan natural. Ia juga bebas daripada paraben dan phthalate.
LIME CRIME Freckle Pen RM80
Didatangkan dengan felt tip seperti pen, ia memberikan efek yang lebih natural apabila diaplikasikan pada hidung dan pipi. Ia didatangkan dalam 2 warna berbeza untuk kesesuaian kulit cerah dan sawo matang.
LOTTIE LONDON Freckle Tint RM38.50
Mempunyai aplicator seperti bentuk berus, freckle tint ini bersifat vegan dan bebas daripada sebarang kandungan gluten. Dapatkan impak terbaik dengan meratakan (set) translucent powder pada wajah.
MARC JACOBS Highliner Matte Gel Eye Crayon Eyeliner RM124
Sekiranya korang enggan membeli produk baru untuk mencipta freckles, gunakan saja penggaris mata korang dalam tona coklat ataupun perang.
*
Jika korang mempunyai kulit yang sensitif dan tidak boleh mengikut trend seperti ini, hhm mungkin korang ingin tahu sekiranya diri sendiri mempunyai isu sama yang dihadapi oleh pelakon dan finalis Dewi Remaja 2009/10, Izara Aishah.
Pelakon dan finalis Dewi Remaja 2014/2015, Puteri Aishah baru sahaja melangsungkan perkahwinan dengan jejaka pilihan hatinya, Muhammad Firdaus,28, pada 21 November 2021 dalam sebuah majlis yang diadakan di Hotel JW Marriot, Kuala Lumpur.
Majlis yang diadakan secara tertutup itu dihadiri oleh keluarga dan kenalan terdekat, pasangan sama cantik dan sama padan ini telah dinikahkan oleh Ustaz Mohd Abd Nasir Abdullah dan disaksikan oleh bapa pengantin perempuan, Sulaiman Abd. Rahman.
Dalam sesebuah majlis perkahwinan, antara yang menjadi tumpuan semestinya rekaan busana pengantin. Pelakon filem Pulang yang berusia 27 tahun ini dan suaminya memilih untuk menggayakan busana rekaan jenama fesyen lokal tersohor, Rizman Ruzaini.
Puteri kelihatan tampil mempesona, regal dan mewah dalam tiga helai busana berkonsepkan tradisi dan moden yang diolah dengan penuh eksklusif. Setiap satu busana terletak cantik ditubuhnya yang ramping
Busana pertama adalah helaian baju kurung moden rona putih untuk majlis akad nikah. Rekaan pada bahagian leher dan badan secara keseluruhannya dibiarkan polos dan perincian diberikan pada hujung lengan dan labuh baju dengan sulaman manik dan jemeki berona merah jambu lembut. Bahagian kain pula diberikan nuansa lebih dramatik menerusi kemasan lisu (pleated).
Untuk busana kedua pula Puteri menggayakan rekaan baju kebaya songket yang diberi sentuhan penuh kemewahan. Penampilannya dalam kebaya songket rona gangsa berlatar biru sarat perincian ini diserikan lagi dengan pemakaian cucuk sanggul di kepala sebagai pelengkap gaya keseluruhan.
Untuk majlis resepsi pula, Puteri tampil layaknya sebagai seorang ratu sehari. Dia memilih rekaan gaun potongan duyung rona putih bersih. Busana ini menjadi lebih mewah dengan perincian sulaman memenuhi bahagian pinggang sehinggalah ke labuh kain. Menariknya puteri tidak mengenakan sebarang tiara tetapi memilih menggayakannya dengan layah labuh meleret.
Jadi mana satu pilihan busana perkahwinan Puteri Aishah yang anda sukai. As for us, we love all of her dresses! Memang sesuai dengan personaliti dan kecantikan yang dimilikinya.
Selamat pengantin baru REMAJA ucapkan kepada Puteri Aishah dan suami.
++ Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Okay, lets face it. Gigi Hadid memang semulajadi mempunyai rupa paras yang sangat cantik. REMAJA rasa kalau dia bangun tidur pun masih nampak lawa lagi.
Maka disebabkan itu juga supermodel bertaraf dunia ini sentiasa menjadi perhatian ramai terutamanya Zayn Malik.. eh? Ramai yang tertanya-tanya apakah tip kecantikan yang sering diamalkannya.
Jom check out 10 tip yang diamalkan Gigi Hadid.
1. Letak ubat gigi
Persis namanya, Gigi Hadid menggunakan ubat gigi untuk mengeringkan jerawat. Menurut Gigi, ibunya mengajar sejak kecil untuk mengeringkan jerawat pada waktu malam dengan menyapu ubat gigi.
2. Jangan ubah kening
Korang perasan tak Gigi Hadid merupakan antara selebriti yang mempunyai kening paling cantik. Rahsianya jangan ubah bentuk kening semulajadi. Kemaskan bahagian atas atau bawah tapi jangan sesekali mengubahnya.
3. Sentiasa cuci muka
Untuk nampak lebih segar amalkan memcuci muka walaupun dengan hanya air biasa sahaja bila rasa kepenatan. Walau rasa penat macam mana sekalipun jangan tinggalkan amalan mencuci muka terutamanya sebelum dan selepas tidur.
Ramai gadis yang menenakan solekan dalam kehidupan seharian mereka. Begitu juga dengan Gigi yang sering sibuk dengan pelbagai sesi penggambaran. Untuk itu dia sentiasa mengenakan pelembap dengan banyak.
5. Solekan ringkas
Bagi hari-hari biasanya, Gigi lebih selesa mengenakan solekan yang ringkas dan tak keterlaluan. Hanya menggunakan foundation, bronzer dan maskara.
6. Tisu basah
Sebagai seorang selebriti yang sentiasa bergerak, Gigi memerlukan tisu basah dalam kehidupannya seharian. Ia bukan sahaja penting bagi membersihkan tangan daripada sebarang kuman tetapi boleh digunakan untuk mencuci kotoran debu di wajah.
7. Deodoran gel
Ya, Gigi Hadid bukannya immortal yang tak ada bau badan. Untuk deodoran dia lebih selesa menggunakan yang jenis clear gel kerana ia lebih selesa.
8. Bersolek bila perlu
Sejak kecil Gigi sering dinasihatkan oleh ibunya untuk menjaga kulit wajah. Dan antara tip yang sering diamalkannya ialah bersolek hanya bila perlu.
9. Makanan semulajadi
“We are what we eat”. Pernah dengar istilah itu? Bagi Gigi dia sentiasa mengambil berat tentang pemakanannya dan sentiasa bersenam.
10. Basuh rambut
Percaya atau tidak, Gigi Hadid tidak membasuh rambutnya terutamanya dengan menggunakan syampu setiap hari. Tinggal di negera empat musim, Gigi memastikan untuk membasuh rambut selang sehari bagi memastikan ia menjadi sihat semulajadi.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!