Sudah menjadi tradisi pada setiap tahun untuk para peminat dunia hiburan di seluruh dunia mengetahui siapakah individu yang dicalonkan sebagai personaliti paling kacak dan paling cantik untuk tahun tersebut.

Khas sempena pencalonan ‘Most Handsome dan Beautiful in the World 2022’  yang dibuka secara atas talian oleh platform Special Awards sepanjang dua bulan lalu, peminat telahpun mengundi siapakah personaliti pilihan masing-masing yang menepati ciri-ciri wajah ideal mereka.

Menariknya, senarai ini tidak dibahagikan mengikut jantina seperti yang selalu dipraktikkan bagi senarai-senarai lain.

Seperti dijangka, idola industri hiburan K-Pop sekali lagi mengungguli senarai tersebut memandangkan hebatnya penerimaan peminat terhadap artis K-Pop tidak boleh disangkal lagi.

IKLAN
Ahli Grup BTS & Blackpink Miliki Wajah Paling Kacak & Cantik 2022
V BTS

Ahli BTS, V aka Kim Tae-hyung menguasai kedudukan tertinggi tahun ini. Dia jelas memiliki ciri-ciri individu yang kacak dan pada masa yang sama, ada ‘sisi cantik’ pada raut wajahnya.

ARTIKEL BERKAITAN : “Hentikan Kebencian Kepada Asia” ARMY Bengang V BTS Dituduh Sebarkan Wabak Di Grammys – REMAJA

Ahli Grup BTS & Blackpink Miliki Wajah Paling Kacak & Cantik 2022
Jungkook BTS

Di kedudukan kedua ialah ahli sekumpulannya iaitu Jungkook yang mempunyai persona ‘baby face’ yang diminati ramai. Tidak ketinggalan, dua ahli kumpulan sensasi, Blackpink iaitu Kim Jisoo dan Kim Jennie juga tersenarai dalam kedudukan Top 5. Melengkapkan Top 5 ialah aktres jelita dari India, Tejasswi Prakash di kedudukan ketiga.

IKLAN
Ahli Grup BTS & Blackpink Miliki Wajah Paling Kacak & Cantik 2022
Jisoo Blackpink
Ahli Grup BTS & Blackpink Miliki Wajah Paling Kacak & Cantik 2022
Jennie Blackpink
Ahli Grup BTS & Blackpink Miliki Wajah Paling Kacak & Cantik 2022
Tejasswi Prakash

Berikut merupakan senarai 30 personaliti paling kacak dan cantik menurut Special Awards untuk tahun 2022.

  1. Kim Taehyung (Korea)
  2. Jeon Jungkook (Korea)
  3. Tejasswi Prakash (India)
  4. Kim Jisoo (Korea)
  5. Kim Jennie (Korea)
  6. Ozge Yagiz (Turkey)
  7. Bright Vachirawit (Thailand)
  8. Lalisa Manoban (Thailand)
  9. Park Jimin (Korea)
  10. Win Metawin (Thailand)
  11. Jung Hoseok (Korea)
  12. Kim Seokjin (Korea)
  13. Kim Namjoon (Korea)
  14. Choi San (Korea)
  15. Lee Minho (Korea)
  16. Hueningkai (Amerika Syarikat)
  17. Park Seonghwa (Korea)
  18. Nattawin W (Thailand)
  19. Hwang Hyunjin (Korea)
  20. Ton Tawan (Thailand)
  21. Dew Jirawat (Thailand)
  22. Jackson Wang (Taiwan)
  23. Selena Gomez (Amerika Syarikat)
  24. Kerem Bursin (Turki)
  25. Mile Phakpum (Thailand)
  26. Park Solomon (Korea)
  27. Hande Ercel (Turki)
  28. Haruto (Jepun)
  29. Shehnaaz Gill (India)
  30. Cha Eun Woo (Korea)

Kalaulah ada personaliti Malaysia yang layak masuk dalam senarai Top 30 ini, siapakah insan itu? Cer komen sikit.

IKLAN

BACA LAGI : Selebriti & Tahanan Politik Myanmar, Paing Takhon Dinobat Sebagai Lelaki Paling Kacak 2021 – REMAJA

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI