Selama ini, ramai girls yang tertanya-tanya rahsia di sebalik kecantikan yang dimiliki oleh ahli kumpulan K-pop Blackpink yang satu ini.

Mungkin dari segi muzik yang diperkenalkan, ada di antara kita yang bersifat bias sama ada menggemari lagu-lagu nyanyian Blackpink ataupun tidak. Namun dari segi kecantikan luaran, sukar untuk kita nafikan bahawa Jennie mempunyai kulit wajah idaman ramai remaja di luar sana kerana ia kelihatan sihat dan berseri selalu.

Jadi, apa rahsia Jennie sebenarnya?

Menerusi muat naik video Vlog terbarunya di saluran YouTube peribadi Jennierubyjane Official minggu ini, Jennie telah berkongsi beberapa rutin penjagaan diri ringkas di rumah yang diamalkannya selama bergelar seorang K-pop Idol.

“Pantas Itu Penting!” Tip Cantik Jennie Blackpink, Tanggal Mekap Sebelum Pulang Ke Rumah

 

“Pantas Itu Penting”

Kata Jennie, dia akan cuba menanggalkan solekan pada wajah sebelum dia bertolak pulang ke rumah. Sebaik menamatkan penggambaran, persembahan atau apa-apa pekerjaan pada hari tersebut, Jennie memilih untuk terus memadamkan solekan agar kulitnya boleh kembali ‘bernafas’. Malah selepas mandi pada waktu malam, Jennie tidak teragak-agak untuk mengeringkan rambut dan tidur.

IKLAN

 

Sakit Kepala

Dengan jadual sepadat Jennie, tentulah kita dapat mengagak dia selalu mengalami sakit kepala seperti kita. Jadi Jennie akan menggunakan alat mengurut yang dihadiahkan ibunya pada bahagian kulit kepala. Sebelum itu, dia akan menitiskan minyak aromaterapi untuk menghilangkan tekanan yang dirasai.

“Pantas Itu Penting!” Tip Cantik Jennie Blackpink, Tanggal Mekap Sebelum Pulang Ke Rumah

ARTIKEL BERKAITAN : Ahli Grup BTS & Blackpink Miliki Wajah Paling Kacak & Cantik 2022 – REMAJA

 

IKLAN

Skrub Bibir

Tidak ramai di antara kita yang merasakan produk ini penting. Namun jika korang seperti Jennie yang terpaksa menukar warna gincu secara kerap dengan menggunakan tisu basah, bibir kita boleh cedera dan tidak sihat. Oleh itu, Jennie menggunakan skrub bibir berbau seakan bubble gum. Kongsinya lagi, dia juga gemarkan skrub badan untuk mendapatkan kulit licin lagi lembut.

 

Stres Lagi

She is just like us! Sebab itulah kita mengemari Jennie. Apabila diasak dengan pelbagai perkara yang perlu dilakukan, badan serta minda kita mudah merasa penat dan tertekan. Sekali lagi, Jennie mengambil pendekatan bauan aromaterapi bagi mendapatkan ketenangan. Dia menggemari bath bomb dalam aroma vanila dan body wash dalam aroma citrus.

“Pantas Itu Penting!” Tip Cantik Jennie Blackpink, Tanggal Mekap Sebelum Pulang Ke Rumah

“Bau-bauan adalah sesuatu yang bersifat peribadi dan penting untuk saya; sama seperti muzik. Saya selalu menyukai bau buah-buahan, lemon, citrus, sedikit nada jasmin dan bau bedak bayi. Saya rasa saya lebih tertarik kepada bauan semulajadi. Woody dan earthy,” katanya.

IKLAN

*

Nak jadi secantik dan sesihat Jennie? Jomlah cuba beberapa caranya ini.

ARTIKEL BERKAITAN : Pelanduk Dua Serupa? Siapa ‘Kembar’ Jennie Blackpink Bernama Ella Gross Ini.. – REMAJA

BACA LAGI : Jennie Blackpink Sambut Hari Jadi Dengan Membuka Akaun YouTube! Ini Mesej Pertamanya – REMAJA

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI