Kumpulan sensasi K-pop masa ini iaitu Blackpink ternyata sedang menjadi perhatian seluruh dunia setelah mereka berempat melancarkan album berjudul The Album, baru-baru ini.
Walaupun pelancarannya tidak terlepas daripada beberapa kontroversi yang melanda etika pemakaian uniform jururawat oleh salah seorang ahlinya, Jennie Kim dalam klip video Lovesick Girls, sokongan terhadap Blackpink masih berterusan sehinggakan mereka mampu memecahkan beberapa rekod muzik menerusi album ini.
Bercakap mengenai Jennie, namanya menjadi sebutan apabila seorang remaja slash model berusia 11 tahun dikatakan menyerupai penyanyi itu.
Perkenalkan Ella Gross yang menjadi topik perbualan apabila dia mempunyai rupa paras mirip Jennie jika diimbas sekali pandang.. korang rasa sama tak?
Walaupun dalam imej tidak jelas seperti ini, Jennie dan Ella masih kelihatan sama!
Apapun, Ella sememangnya mempunyai rupa fizikal yang cantik dan fresh.
Ini adalah 5 perkara yang kami tahu mengenai model remaja berpotensi besar ini.
01
Ads
Korang mesti pernah melihat wajahnya semasa berada di stor pakaian!
Ella menghiasi poster kempen bagi jenama besar seperti ZARA, Abercrombie & Fitch dan Disney.
02
Ella dilahirkan dalam sebuah keluarga perkahwinan campur. Ibunya berasal dari Korea Selatan manakala ayahnya pula merupakan warganegara Amerika Syarikat.
Adik lelaki Ella bernama Romeo dan dia mempunyai rupa paras yang lebih ‘caucasian’ berbanding Ella yang mempunyai kecantikan seorang gadis Pan-Asia.
Ads
03
Jika tidak sibuk dengan pekerjaan sebagai model ataupun sebagai pelajar, Ella gemar menghabiskan masa lapangnya dengan menari, menunggang kuda dan melukis seni doodle.
Selain itu, Ella juga selalu berkongsi minatnya untuk membaca dan bakatnya dalam bermain gitar. Seriously, what can’t this girl do?!
Seperti Jennie, Ella selalu menyarungkan sweater, sneakers putih, cropped top, seluar kargo dan pelbagai lagi pakaian streetwear popular.
05
Nampaknya masa depan Ella tidak akan lari jauh daripada ‘kembarnya’, Jennie.
Ini memandangkan Ella telahpun dilamar oleh The Black Label iaitu sebuah syarikat adik-beradik kepada YG Entertainment (label yang dinaungi Blackpink).
Pada tahun 2018, produser YG Entertainment iaitu Teddy mengumumkan Ella sebagai artis naungan baru mereka.
Kata beliau, “Dia mempunyai suara istimewa yang mampu dikembangkan sebagai seorang penyanyi.” Wow, nampaknya masa depan Ella lebih daripada sekadar menjadi model saja!
*
*
Lebih dekat kami mendekati Ella Gross, kami semakin dapat melihat bagaimana peminatnya dan peminat Blackpink, Blinks merasakan ada persamaan di antara Ella dan Jennie.
They can practically be long-lost sisters!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selepas kes pembunuhan Zulfarhan Osman Zulkarnain, terdapat lagi satu kes melibatkan kematian bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Amirul Nashriq Othman yang meninggal dunia setahun selepas pemergian Zulfarhan, iaitu pada tahun 2018 bakal dibuka semula.
Ia susulan Peguam Jenayah, Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar difahamkan akan berkunjung ke kediaman Allahyarham Amirul dan bakal membuat persediaan untuk membuka semula kes berkenaan.
Sebelum ini, menurut laporan, hasil siasatan polis mendapati Amirul Nashriq yang berusia 19 tahun pada ketika itu meninggal dunia akibat lemas ketika mandi bersama-sama rakannya di Air Terjun Chamang, Pahang pada 24 Mac 2018.
Namun, kematiannya menimbulkan pelbagai persoalan dalam kalangan keluarga dan rakan-rakan, selain ada juga mendakwa bahawa kematian Amirul Nashriq bukanlah disebabkan lemas tetapi kerana didera.
Dalam pada itu, media juga pernah melaporkan bapa Allahyarham, Othman Yusoff ada membuat laporan polis kerana tidak berpuas hati dengan hasil siasatan polis serta laporan bedah siasat anaknya selepas melihat kecederaan dialami Amirul Nashriq termasuk kesan lebam yang terdapat pada badan mangsa dua (2) hari sebelum kejadian.
“Kami sekeluarga tidak berpuas hati kerana autopsi dilakukan tanpa kebenaran saya sebagai waris, dan hanya menandatangani surat kebenaran sejurus sampai di Hospital Bentong, Pahang”
“Laporan itu amat mencurigakan kerana kesan lebam yang terdapat pada dada anak saya dikatakan berpunca daripada terkena batu semasa lemas, sedangkan dua hari sebelum itu arwah sempat hantar gambar kepada kami menunjukkan kesan lebam akibat dipukul oleh tiga pelajar senior”
Susulan kes Zulfarhan yang baru-baru ini hangat diperkatakan di media sosial selepas enam pelaku dijatuhkan hukuman gantung, warganet berharap agar kematian Amirul Nashriq turut mendapat pembelaan sewajarnya.
Dalam perkembangan terbaharu, difahamkan seorang peguam jenayah iaitu Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar dilaporkan akan membawa kes Amirul Nashriq ke pihak pengadilan.
Sekadar info, Datuk Ahmad Zaharil sebelum ini pernah mengendalikan pelbagai kes termasuk membantu menyelamatkan seorang wanita yang ditahan atas kesalahan mencuri bekas kotak pensel untuk dihadiahkan kepada anak lelaki berusia 10 tahun, daripada menerima hukuman yang berat.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ini mungkin kes pertama kali didengari. Mungkin kurang memahami bahaya minyak brek motor yang tidak sesuai diletakkan pada gigi yang sakit, namun inilah risiko dihadapi seorang lelaki apabila mukanya bengkak dan giginya dipenuhi nanah yang banyak. Lebih menakutkan dirinya ditempatkan di Unit Rawatan Rapi selepas keadaannya amat kritikal kerana nanah sudah memasuki otaknya.
Baca perkongsian dari FB Happy Wee yang bertugas di Jabatan Bedah Mulut & Maksilofasial di Kementerian Kesihatan Malaysia
Muka lelaki ini bengkak gara-gara letak minyak brek motor pada gigi yang sakit
Inilah kisah benar sakit gigi letak minyak brek motor. Sampai masuk ICU.
Consent untuk health promotion and awareness diambil dan pesakit memberi kebenaran untuk post di media social untuk KESEDARAN semua rakyat Malaysia begitu bahayanya penyakit pergigian yang tidak di rawat dengan betul. Dia kata banyak orang tak tahu gigi pun boleh jadi macam ni.
Begini ceritanya.
Encik ini sakit gigi dah bertahun, tapi awal tahun ni sakit semakin teruk. Jadi letaklah dia minyak brek motor. Kali pertama, sakit tu hilang. Selepas beberapa minggu berlalu, sakit pulak gigi geraham atas tu, sekali lagi dia letak minyak brek. Tapi tak berkesan, gusi pun bengkak. Mungkin takut kepada doktor gigi, encik ni pergi jumpa doktor perubatan. Doktor bagi ubat tahan sakit dan antibiotik.
Inilah gigi yang rosak dan diletakkan minyak brek motor sehingga jadi jangkitanMuka jadi bengkak dan dipenuhi nanah sehingga memaksa lelaki ini dimasukkan ke ICU
Selama seminggu makan ubat, tak berkesan (antibiotic resistant?) bengkak semakin membesar, selama 4 hari simpan dan tak tahan, baru encik ini pergi jumpa doktor gigi.
Masa itu muka bengkak macam dua biji kepala dah. Kita panggil facial cellulitis. Dengan segera doktor gigi refer kepada HRPZ II untuk emergency kes encik ni.
Masuk wad hari kedua, bengkak semakin besar, nanah penuh dalam muka. Jadi kita decide untuk cabut gigi dan buat incision and drainage (keluarkan nanah). Banyak nanah keluar weh.Hmmmm
Dengan malangnya, hari ketiga, nanah yang berlebihan sudah sampai ke sistem saraf dan OTAk. Keadan encik ni semakin teruk, dengan segera refer pakar pakar department lain, akhirnya pesakit ni di masuk ICU dengan diagnosa septic encephalopathy.
Jangkitan yg boleh membawa kematian weh.Don play play. Hmmmm. Stres sangat team OMFS/ DENTAL sebab jangkitan kuman encik ni.
Hari yang sama, pesakit ditolak ke dewan bedah untuk keluarkan nanah yang berlebihan. Fuhh, masih banyak lagi keluar.
Selama seminggu di ICU, keadaan encik ni semakin pulih. Ditolak ke ward biasa.Begitulah ceritanya, say post di sini untuk Kesedaran kawan kawan sekalian, kena buat routine check up pergigian 6 bulan sekali. Gigi yag rosak perlu rawatan yang betul dibuat oleh doktor gigi yang bertauliah.
Sama jugak kes FAKE BRACES dan teeth whitening, gigi palsu, kena buat dengan doktor gigi bertauliah. Kalau tak habis semua gigi anda.
KESEDARAN ITU PENTING. Jangan menyesal apabila terlambat.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Mungkin sebelum ini kita hanya melihat dan ditontonkan dalam beberapa drama Melayu tentang kewujudan ‘sugar baby’ ini, tapi in real life ada kebenarannya.
Kehidupan sebagai pelacur (or sugar baby – in this case) di kalangan perempuan bawah 30 tahun sebenarnya bukan lagi satu perkara baru. Tanpa kita sedari, industri ‘sugar-dating’ yang melibatkan gadis Malaysia muda semakin berkembang walaupun ia dilakukan secara senyap.
Laporan oleh rakan media di Malay Mail baru-baru ini telah mendedahkan Malaysia antara lubuk ‘Sugar Daddy’ dan merupakan ketiga tertinggi di Asia.
Malahan, kajian terkini mendapati Malaysia merupakan antara negara mempunyai bilangan sugar daddy tertinggi di Asia, menurut SeekingArrangement laman Sugar Dating terbesar dunia.
Ketua Pegawai Eksekutif Seeking Arrangement Brandon Wade berkata, jurang antara orang kaya dan miskin di Asia meningkat dalam dua dekad, mendorong lebih ramai wanita mencari lelaki lebih berusia kerana pelbagai faktor.
Gambar hiasan. Sumbar foto: Independent Singapore News.
Ini disebabkan negara Asia menembusi kadar pendidikan tertinggi, menjadikan pelajar Malaysia mencatat hutang pinjaman tertunggak berjumlah RM39 bilion sekali gus terdedah dengan trend berkenaan.
“Platform seperti SeekingArrangment membantu menghubungkan wanita muda dengan lelaki lebih kaya, tidak hanya membantu masalah kewangan mereka tetapi sebagai mentor atau ‘pintu masuk’ bagi melancarkan masa depan yang dijanjikan untuk gadis simpanan ini,” katanya dalam kenyataan.
Berikut merupakan kedudukan negara Asia yang menjadi sarang sugar daddy:
1. India – 338,000
2. Indonesia – 60,250
3. Malaysia – 42,500
4. Jepun – 32,500
5. Hong Kong – 28,600
6. Taiwan – 27,300
7. Vietnam – 12,000
8. Korea Selatan – 7,000
9. Sri Lanka – 5,000
10. Kemboja – 3,500
Ingat – walaupun mereka dikaburi dengan wang dan harta lumayan, sekali tersilap langkah, sukar untuk mereka mendapat kehidupan normal semula. Seperkara lagi tentulah faktor larangan agama yang tidak boleh dipermainkan.
Apa-apapun, bagi penulis ini bukanlah sesuatu yang membanggakan buat negara kita di mata dunia memandangkan Malaysia merupakan negara Islam.
Nurhidayah Damanhoori mencipta sejarah sebagai wanita pertama menjadi Pegawai Pemerintah Unit Berkuda PDRM. Kenali perjalanan dan inspirasi kejayaannya.