Baru-baru ini, skuad Mobile Legends Bang Bang (MLBB) wanita Malaysia berjaya mencipta sejarah apabila menghadiahkan pingat emas pertama negara dalam acara e-Sukan, pada semalam.
Dalam pada itu, kejayaan tersebut diraih selepas skuad kebangsaan menewaskan pasukan pilihan, Filipina, dalam aksi final yang berlangsung di Universiti Chulalongkorn, Bangkok, Thailand.
Pada masa yang sama, skuad negara yang dibarisi oleh Qurratul Ain Nurfarisha Nizam, Afrina Balqis Ibdhi Har Ali, Hanis Wahidah Dashuki, Queenie Lim dan Sharifah Alia Husna Syed Fakrrurozi juga mempamerkan semangat juang tinggi sepanjang perlawanan.
Ads
Dalam perlawanan penentuan pingat emas itu, Malaysia mencipta kejutan apabila menewaskan Filipina dengan keputusan 4-3 dalam perlawanan yang sengit dan mendebarkan.
Kemenangan bersejarah berkenaan turut menghadiahkan pingat emas pertama negara dalam saingan MLBB wanita sejak acara tersebut diperkenalkan pada Sukan SEA 2023 di Phnom Penh, Kemboja.
Di samping itu, ia juga merupakan pingat emas pertama Malaysia dalam acara MLBB sejak sukan itu dipertandingkan buat kali pertama pada Sukan SEA 2019 di Manila.
Ads
Kejayaan skuad wanita negara ini turut menamatkan kemarau pingat emas Malaysia dalam e-Sukan sejak edisi Sukan SEA Manila 2019, ketika Dr Yew Weng Kean muncul juara dalam acara Hearthstone.
Sementara itu, bagi skuad MLBB lelaki negara terpaksa berpuas hati dengan pingat perak selepas tewas 0-4 kepada Filipina dalam aksi final yang berlangsung lebih awal.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Apa je yang tak boleh dilakukan oleh perempuan sekarang? #GirlPower
Ternyata, zaman telah berubah dan lebih ramai perempuan yang telah menunjukkan potensi serta prestasi tinggi dalam apa-apa bidang yang mereka ceburi. Jika pada dekad-dekad lalu, kemungkinan perempuan diletakkan di tangga kedua di belakang kaum Adam.
Bagaimanapun, kehebatan mereka di persada masing-masing semakin diperkatakan. Daripada perkara yang dianggap mustahil seperti menjadi juruterbang pejuang hinggalah kepada peserta Malaysia yang dipilih dalam senarai NASA, perempuan muda dari Malaysia cukup memberikan inspirasi dari semasa ke semasa.
Lantas, jenama pad kebersihan perempuan popular, Kotex ingin memperingati kehebatan 100 orang perempuan Malaysia sempena ulang tahun mereka yang ke-100.
Menerusi anugerah ‘She Can Awards’ pertama ini, mereka telah memilih 100 orang perempuan. Amat membanggakan apabila sebahagian daripada penerima ini masih muda dan berada dalam linkungan usia 20-an.
Jom lihat 6 orang penerima yang menjadi pilihan REMAJA ini.
*
Anja Chong . 26 Tahun
Peluncur ais pertama Malaysia yang diiktiraf dalam senarai ’30 Under 30 Asia 2020’ oleh Forbes di bawah kategori ‘Hiburan & Sukan’. Sesungguhnya, Anja layak untuk menerima gelaran ‘Ratu Ais’ negara pada masa ini. Sekarang, Anja masih berada di Jerman tanpa kehadiran keluarga tercinta dek kerana wabak Covid-19 yang sedang melanda dunia sekarang.
Joanna Soh . 28 Tahun
Dia merupakan perempuan Malaysia pertama yang menerima anugerah YouTube Gold Play Button. Menarik tak menarik video yang dimuat naik oleh Joanna, haa KLIK SINI untuk melihat akaun YouTube-nya.
Penerima anugerah Influence Asia Awards 2017 dalam kategori ‘Health & Fitness’ ini kini mempunyai lebih daripada 1.6 juta subscribers dengan sejumlah 150 juta tontonan. Bukan hanya latihan sukan yang menjadi topik videonya, tetapi juga bab kesihatan, nutrisi dan latihan.
Nor ‘Phoenix’ Diana . 20 Tahun
Penerima pengiktirafan ’30 Under 30 Asia 2020’ oleh Forbes ini juga merupakan salah seorang personaliti kempen Saya #RemajaMalaysia kami pada bulan ini. Diana yang menggarap semangat burung phoenix itu merupakan penggusti berhijab pertama dunia!
Liputan media antarabangsa seperti The Guardian dan ESPN mula menempa pintu remaja ini. Di bawah bimbingan jurulatihnya, Ayez Shaukat-Fonseka, Diana meneruskan semangat yang tidak pernah luntur walaupun dia kehilangan ibunya pada tahun ini.
Natasha Nurida Seatter . 27 Tahun
Bukan biashe-biashe gaiss! Natasha merupakan perempuan Malaysia pertama yang berlumba dalam siri Formula BMW Asia Pasific. Mula memandu pada usia semuda 11 tahun, Natasha tentunya mempunyai cita-cita untuk terus berlumba sehingga ke peringkat kejohanan seprestij Formula 1.
Namun dia akur dengan realiti bahawa sukan permotoran pada peringkat itu memerlukan kos yang tinggi.
Heidy Quah . 26 Tahun
Tak semua orang berada pada level Heidy. Pada tahun 2017, Heidy telahpun menghadap Ratu Elizabeth di Great Britain untuk menerima pengiktirafan Young Leader Award for Her Majesty The Queen dalam kategori Asia – Kemanusiaan.
Heidy yang mula mengajar subjek Bahasa Inggeris kepada kanak-kanak pelarian di sekitar kejiranannya pada usia 18 tahun telah menubuhkan Refuge for the Refugees (RFTF) pada September 2012.
Cassandra Hsiao . 20 tahun
Ramai sebenarnya pelajar bijaksana yang merupakan anak Malaysia dan melebarkan sayap mereka dengan menuntut di institusi berprestij tinggi di luar negara. Namun, Cassandra telah mencipta sejara apabila permohonannya untuk menyertai 8 buah universiti berstatus
Ivy League di Amerika Syarikat telahpun diterima!
Pelajar Yale (ya, dia memilih Yale!) itu juga pernah bergelar wartawan yang melakukan banyak temuramah bersama selebriti berkelas A Hollywood sebelum ini seperti Emma Watson, Chris Evans dan Benedict Cumberbatch.
Dr Nur Amalina Che Bakri . 33 tahun
Okay, kami tahu senarai ini hanya mengandungi mereka yang masih dalam usia 20-an mereka. But we just cannot skip this amazing young woman.
Dr Amalina telah memperolehi kejayaan demi kejayaan peribadi serta kemasyarakatan sejak beliau memperolehi keputusan cemerlang 17 A1 dalam peperiksaan SPM. Antara kejayaan terbaru beliau yang mendapat liputan meluas media adalah menjayakan pembedahan 5 jam membuang ketumbuhan seerat 200 gram di mulut bayi sembilan bulan, Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin.
*
Hebatkan mereka!
Jom lihat pendapat Dewi Remaja 2019, Shaza Bae pula dalam perihal kecantikan perempuan yang dianggapnya bukan lagi terletak pada luaran.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Menjelang 30 hari sebelum Sukan Olimpik Tokyo 2020, semakin ramai atlet negara yang telah berjaya melayakkan diri untuk berentap di temasya sukan terbesar dunia itu.
Sekitar April lalu, penulis pernah menyenaraikan beberapa atlet daripada lima acara sukan yang telah menempah slot masing-masing. 70 hari kemudian yakni pada hari ini, jelas lebih ramai atlet Malaysia yang bakal ‘terbang’ ke Tokyo bagi menyahut cabaran Olimpik mereka.
Terbaru, seramai 23 orang atlet telah mengesahkan tempat manakala beberapa lagi masih menunggu pengesahan daripada persatuan sukan antarabangsa bagi kategori sukan masing-masing. Biarpun begitu, tempoh kelayakan semakin menghampiri tarikh tamat. Harapnya, mereka sempat untuk diserap masuk ke dalam skuad Team Malaysia.
Ya, Sukan Olimpik kali ini sememangnya berbeza tanpa kehadiran penonton antarabangsa. Hanya warganegara Jepun dan masyarakat asing yang kini menetap di Jepun saja yang bakal memenuhi ruang duduk stadium. Ini adalah sebahagian daripada langkah-langkah bagi menjaga keselamatan semua pihak tatkala wabak COVID-19 masih berleluasa termasuklah di Tokyo, Jepun.
Justeru, senarai atlet di bawah haruslah membawa semangat dan persediaan 110 peratus sekiranya mereka ingin menempah kejayaan. Jom lihat siapakah gerangan atlet berkenaan:
MEMANAH
Khairul Anuar Mohamad
BERBASIKAL TREK
Mohd Azizulhasni Awang & Muhammad Shah Firdaus Sahrom
Seperti yang dinasihatkan oleh Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) iaitu Tan Sri Mohamad Norza Zakaria baru-baru ini, kekalkan fokus kalian pada minggu-minggu terakhir persiapan dari segi fizikal dan mental sebelum mereka ke Tokyo.
Anak sulung Rita Rudaini, Airit Rayyan Rizqin sekali lagi membuktikan kecemerlangannya dalam bidang akademik apabila memperolehi gred hampir sempurna 3.99 bagi peperiksaan tingkatan 2 semester 2.
Berkongsi berita gembira itu di laman Instagramnya, pelakon popular itu meluahkan rasa syukur atas pencapaian yang dikecapi anaknya itu.
“Alhamdulillah Syukur pada Allah SWT. Tahun ini Ryan antara 10 peserta terbaik dalam tingkatan lagi, tetapi kali ini SUBES pula. Tahniah, mummy akan pastikan anak-anak mummy cemerlang dalam akhlak dan pendidikan.
“Doa mummy selalu bersama anak-anak. Terima kasih Ustazah Norfaiza. Tahniah kepada Ryan, kawan-kawan dan ustazah,” tulis ibu kepada dua cahaya mat aitu di dalam hantarannya.
Dalam video yang dimuat naik itu dapat dilihat, para pelajar diraikan dalam satu majlis kecemerlangan dan Rayyan menerima sijil kecemerlangan daripada pihak pengurusan Maktab Rendah Sains Mara.
Menarik lagi, tidak melepaskan peluang, dalam video tersebut Rayyan turut mendedikasikan ucapan kepada ibu tersayang.
“Terima kasih mummy sebab daripada kecil sampai besar mummy jaga Rayyan, daripada Rayyan baby mummy ajar Rayyan jalan sampai Rayyan dah dapat 3.99 ni.
“Sikit lagi nak dapat straight A+ tinggal satu sahaja dapat A-. 3.99 ni sebagai hadiah birthday mummy. Semester akan datang Rayyan akan cuba dapat 4.00 untuk mummy,” ujarnya.
Rayyan kini merupakan pelajar di MRSM Sungai Besar (MRSM SUBES) yang mana ia merupakan sebuah sekolah berasrama penuh di bawah kelolaan MARA yang menawarkan program Ulul Albab kepada pelajar tingkatan 1 sehingga 5.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!